Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan,


pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model pengajaran
yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan untuk
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Ianya juga
dapat membantu guru memperoleh maklum balas tentang keberkesanan pengajaran
dan aktiviti susulan yang perlu diambil untuk penambahbaikan.Dapat kita lihat
terdapat pelbagai model-model utama pengajaran yang dapat kita gunakan dalam
merancang pengajaran kita antaranya adalah model pemprosesan maklumat ,model
behavioral ,model sosial ,dan model personal.

2.0 IMPLIKASI MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Model pemprosesan maklumat berfokus kepada naluri semulajadi kita untuk


memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah bersistematik
dan berturutan iaitu kepekaan terhadap masalah yang timbul ,pemerolehan dan
penyusunan maklumat ,penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai
,pengembangan konsep yang berkenaan.Oleh itu setiap teori mahupun model
pengajaran mempunyai implikasinya yang tersendiri terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Begitu juga dengan model pengajaran
pemprosesan maklumat ini. Antara implikasinya model ini adalah terhadap guru dan
juga murid selain kepada proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. melalui
model ini guru dapat membimbing murid mengenal pasti ciri-ciri khusus untuk
membina konsep dan hukum. Hal ini kerana apabila murid telah dibimbing oleh guru
mengenal pasti ciri khusus maka murid akan dapat membina konsep atau rumus.
Contohnya, guru memberikan beberapa ciri khusus seperti bersisik, berekor, bersirip
dan berenang kepada murid kemudian murid akan dapat membina konsep bahawa
ciri tersebut merupakan ciri seekor ikan. Selain itu, dari model pemprosesan
maklumat guru dapat mengajar sesuatu kemahiran mengikut urutan (rangkaian
motor). Hal ini kerana dengan mengajarkan sesuatu kemahiran mengikut urutan bagi
memudahkan murid untuk menguasai kemahiran tersebut. Contohnya, dalam
kemahiran bahasa, guru akan mengajarkan kemahiran lisan terlebih kerana
kemahiran ini merupakan kemahiran yang lebih rendah berbanding kemahiran
membaca dan seterusnya kemahiran menulis yang lebih tinggi.
3.0 IMPLIKASI MODEL BEHAVIORISME

Seterusnya Menurut Choong Lean Keow (2009) model behaviorisme ini adalah teori
belajar yang lebih menekankan kepada tingkah laku manusia. Ianya menekankan
peneguhan positif dan peneguhan negatif bertujuan untuk menambahkan
kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku dan bukan untuk
menghentikannya.Dengan kata lain model ini banyak membantu guru dalam
pengajaran dan pembelajaran antaranya menurut Kamarudin Hj. Husin (1997) faktor
motivasi memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan gerak balas yang
diinginkan. Dalam hal ini guru dapat menitik beratkan pemberian atau ganjaran yang
perlu diberi kepada murid. Sebagai contoh ketika murid menjawab soalan yang
diberikan oleh guru dengan betul maka guru boleh memberikan pujian kepadanya
atau dengan memberikannya hadiah supaya pada waktu pembelajaran yang
seterusnya pelajar tersebut akan lebih menumpukan perhatian di dalam kelas untuk
memperoleh pujian yang diingini.Selain itu,dari model behaviorisme guru dapat
mengenal pasti tingkah laku yang dapat dilihat, diamati, diukur dan dikawal
hendaklah diberi perhatian. Hal ini kerana melalui perubahan tingkah laku yang
ditunjukkan oleh murid,guru boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya ianya di
kesan lebih awal. Sebagai contoh sekiranya seseorang murid menunjukkan tingkah
laku yang negatif seperti tidak faham tentang apa yang diajar oleh guru maka guru
boleh membuat pemulihan terhadap dirinya.

4.0 IMPLIKASI MODEL SOSIAL

Manakala model sosial melatih murid menggunakan kemahiran mendengar dan


memahami konteks, berkebolehan menyusun maklumat serta merta dan merangka
soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabung semua maklumat untuk
menyelesaikan masalah.Dari model tersebut anatara implikasi kepada pengajaran
dan pembelajaran murid adalah dapat memberi peluang kepada murid untuk
memerhati dan mencontohi pelbagai tingkah laku yang diingini. Oleh itu,guru
hendaklah menunjukkan tingkah laku yang positif kepada murid-murid. Melalui
contohnya yang positif ini, murid-murid pasti akan mengikut apa yang mereka
rasakan boleh membawa kebaikan kepada mereka. Guru juga dapat menyediakan
persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Intensif,pengukuhan
dan sokongan moral seharusnya diberi bagi menggalakkan berlakunya tingkah laku
yang baik dalam kalangan murid.

5.0 IMPLIKASI MODEL PERSONAL

Model Personal merupakan model yang merujuk kepada kendiri dari individu. Ia
berupaya membuatkan seseorang itu memahami diri sendiri dengan baik, sanggup
memikul tanggungjawab dan lebih kreatif untuk mencapai kualiti hidup yang baik.
Berdasarkan sumber buku Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan oleh Choong Lean Keow telah dijelaskan bahawa model personal
adalah model yang berpegang kepada unsur keperibadian individu. Dalam
menggunakan model personal ini, mengikut Joyce et al., (2002) guru boleh
berpandu teknik-teknik bukan mengarah semasa kita membimbing mereka,
menggunakan kaedah synectics (sinektik) untuk meningkatkan kreativiti mereka, dan
perjumpaan kelas bagi membina pembelajaran komuniti.Selain itu ,melalui model ini
juga membolehkan kita lebih memahami diri kita, bertanggungjawab atas
pendidikan kita dan seterusnya mencapai tahap perkembangan yang jauh melebihi
tahap maksimum kearah kualiti hidup yang tinggi.

6.0 KESIMPULAN

Pada kesimpulanya model-model pembelajaran merupakan kerangka konseptual


sedangkan strategi lebih menekankan pada penerapannya di kelas sehingga model-
model pembelajaran dapat digunakan sebagai acuan pada kegiatan perancangan
kegiatan yang sistematik dalam mengkomunikasikan isi pelajaran kepada murid
untuk murid mengerti . Selain itu model-model yang banyak untuk panduan para
guru, ianya amat membantu para guru agar mehamai setiap model yang telah di
perkenalkan oleh setiap tokoh tersebut untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah dengan harmoni. Guru juga perlu mempunyai
perancangan yang baik dan rapi untuk memastikan sesi pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan baik dan lancer serta sebagai guru,untuk
memastikan pengajaran berkesan perlulah mempunyai sifat guru yang kreatif serta
berinovasi tinggi dan mempunyai kemahiran mengajar yang baik serta tiada
tertanding

Anda mungkin juga menyukai