Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN RIMUP

1. Latar belakang

1.1 Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan program Rancangan Murid


Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah
dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini di perluaskan ke semua sekolah
rendah dan menengah pada tahun 2005.

1.2 Kementerian Pendidikan Malaysia memendang berat akan pentingnya dijalinkan


hubungan erat anatara murid pelbagai kaum di sekolah agar wujudnya persefahaman
dan berbaik sangka antara satu sama lain. Justeru itu akan wujudlah kesefahaman dan
hormat menghormati terhadap agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum dengan
kaum yang lain.

1.3 Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan peluang kepada murid pelbagai


kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat
dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan di dalam masyarakat.
Semua aktiviti dirancang untuk mewujudkan integrasi dan perpaduan antara murid
pelbagai kaum oleh semua pihak yang terlibat.

1.4 Kementerian Pendidikan Malysia berpendapat bahawa usaha yang lebih gigih
hendaklah dijana semula untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan
rakyat Malaysia hidup bersatu pada dan harmoni.

2. KONSEP

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat,


para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta
penggunaan bersama kemudahan, peralatan, pengemblengan tenaga dan kepakaran.

3. MATLAMAT

RIMUP adalah bertujuan untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu


pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan
mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
4. OBJEKTIF

4.1 RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu :

A. Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga
sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam
kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.

B. Mewujudkan sikap bekerjasama, tolong menolong dan suasana muhibbah secara


sedar dan terancang.

C. Melahirkan kesefahaman dan toleransi anatara murid pelbagai kaum di sekolah.

D. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan


kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.

Anda mungkin juga menyukai