Anda di halaman 1dari 3

1.

Nyatakan kelebihan dan kekurangan strategi pengajaran Pendidikan


Islam berikut:

i. Berpusatkan guru

Kelebihan:

 Jika guru menggunakan secara bijak pengajaran secara berpusatkan guru, ia


membolehkan guru menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan yang kompleks
mengikut tahap keupayaan murid.
 Melalui strategi ini, guru menyampaikan maklumat yang tidak dapat dicapai oleh murid
kerana ia tidak ada dan tidak terdapat dalam mana-mana sumber walaupun cuba
diakses oleh pelajar.
 Sebagai contoh, pengalaman guru. Ia bagus untuk meningkatkan keghairahan dan
minat murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenal sesuatu topik tersebut.
 Strategi ini juga boleh digunakan secara langsung untuk membolehkan murid
menumpukan perhatian kepada kandungan pelajaran yang releven agar pelajar dapat
mengaitkan pengetahuan yang baru dengan maklumat sedia ada dan pengalaman
lampau.

Kelemahan:

 Salah satu kelemahan utama kaedah ini ialah penyalahgunaan startegi iaitu ramai
guru gagal untuk menyedari sepenuhnya tentangan batasan guru.
 Guru perlu mengakui bahawa keupayaan pengajaran secara terus sebenarnya
terbatas untuk membolehkan murid mengembangkan sepenuhnya keupayaan mereka
untuk berfikir secara kritikal sekaligus membataskan keupayaan murid untuk belajar
atau bekerja dalam kumpulan.
 Oleh itu, pengajaran kaedah ini hanya boleh dilihat dan diterima sebagai salah satu
strategi yang boleh digunakan oleh guru ketika mengajar.

ii. Berpusatkan murid

Kelebihan:

1) Dapat menimbulkan rasa minat murid untuk belajar kerana murid semua murid terlibat
dalam kelas.

 sebagai contoh, murid diberi peluang untuk bertanya dan menjawab soalan serta
bekerja di dalam kumpulan.
2) Menimbulkan rasa yakin setiap murid kerana murid dapat menyampaikan idea secara
bebas.

 guru tidak boleh menghalang murid dari mengekspresikan perasaan tentang sesuatu
topik yang diajar sebaliknya membantu mengarahkan perasaan kepada yang betul.

3) Dapat memahami minat murid dengan lebih mendalam. Dengan ini mudah bagi guru
dalam proses pengajaran.

 murid yang minat terhadap sesuatu dapat dijadikan sebagai pembantu guru di dalam
kelas untuk menerangkan kepada rakan sekelas
 sebagai contoh, murid yang minat kisah sejarah Rasulullah SAW dapat menceritakan
semula kisah perjalanan hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dalam cara yang boleh
menarik perhatian rakan sekelasnya yang lain.

4) Interaksi guru dengan murid akan lebih lancar dengan guru memberikan fokus
sepenuhnya kepada murid.

 berlaku pdp secara dua hala


 melibatkan interaksi dan hubungan guru-murid

5) Banyak masa diperuntukkan untuk aktiviti murid sahaja.

 melibatkan pembelajaran masteri


 kefahaman secara menyeluruh

6) Murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka.

7) Guru dapat mengetahui tahap kemampuan murid.

Kelemahan:

1) Tumpuan tidak boleh diberi kepada keseluruhan murid kerana jumlah pelajar yang ramai
menyebabkan guru sukar untuk memberi perhatian kepada tiap-tiap murid.

2) Penglibatan setiap pelajar tidak menyeluruh.

 murid yang pasif tidak mengambil peluang untuk melibatkan diri terutamanya kerja
berkumpulan
 hanya mengharapkan pelajar yang pintar dalam topik itu sahaja

3) Faktor masa iaitu masa yang terhad yang diperuntukkan kepada guru akan menyebabkan
apa yang ingin disampaikan oleh guru tidak tercapai.

4) Kawalan kelas tidak menyeluruh menjadikan kelas tidak teratur dan tidak bagus.
5) Potensi murid yang berbeza-beza dalam kelas menyukarkan guru semasa dalam proses
pembelajaran.

6) Guru perlu berusaha mencari strategi atau cara yang sesuai dan menarik kerana dalam
sesebuah kelas murid-murid adalah berbeza daripada pelbagai segi mental, fizikal dan
emosi.

iii. Berpusatkan bahan

Kelebihan:

1) Guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, menarik dan berkesan
seperti menggunakan komputer.

2) Murid boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna seperti melihat benda maujud.

 pembelajaran yang melibatkan inkuri penemuan


 sebagai contoh, ke-Esaan Allah SWT dapat dibuktikan melalui penciptaan alam yang
dapat dilihat seperti langit, gunung-ganang, haiwan dan sebagainya.

3) Boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan
tanpa kehadiran guru.

Kelemahan:

1) Bersemuka dengan bahan yang boleh salah faham.

 membuka laman sesawang yang tidak ada kena mengena dengan topik pembelajaran
 sebagai contoh, membuka permainan atas talian.

2) Mengurangkan komunikasi antara guru dengan murid.

 menjarakkan hubungan guru-murid

3) Bahan yang digunakan menggunakan kos yang tinggi.

 sekolah pedalaman dan sekolah luar bandar kekurangan kos dan modal untuk
membeli bahan termasuklah bahan berasaskan teknologi.

Nur Aisyah binti Badrulazlan


Sharifah Samiha binti Syed Abd Halim
Puteri Aisyah Izzati binti Airis Shahrin
PISMP3.01

Anda mungkin juga menyukai