Anda di halaman 1dari 18

PENURUNAN WAHYU

PERTAMA
PERISTIWA DI GUA HIRA’

• Kehidupan Baginda SAW sebagai Nabi dan Rasul bermula apabila mendapat wahyu
pertama di Gua Hira’
• Bermulalah perjalanan hidup Baginda yang penuh dengan perjuangan
menyebarkan dan menegakkan agama Allah SWT
• Menghampiri usia 40 tahun, Baginda SAW sering mengasingkan diri di Gua Hira’,
Bukit al-Nur untuk beribadah dan menenangkan fikiran
• Ketika berusia 40 tahun, pada suatu malam di Gua Hira’, tiba2 kelihatan Jibril as
menemui Rasulullah dan berkata’ “Bacalah.” Rasulullah SAW menjawab, “Saya tidak
tahu membaca.” perkataan Jibril diulang sebanyak 3 kali dan jawapan Rasulullah
SAW tetap sama. “Saya tidak tahu membaca.” setiap kali mendengar jawapan
Rasulullah SAW, Jibril akan memeluk baginda sehingga lemas
Sambungan…

• Rasulullah SAW terkejut dan cemas dengan peristiwa tersebut, lalu


memberitahu isterinya Khadijah ra
• Khadijah ra membawa Rasulullah SAW bertemu sepupunya Waraqah
bin Naufal
• Sebaik mendengar cerita Rasulullah SAW, dia berkata, “Inilah pembawa
wahyu, iaitu Jibril as yang pernah datang kepada Nabi Musa. Moga-
moga aku masih kuat dan gagah ketika engkau diusir oleh kaummu.”
• Tidak lama kemudian, Waraqah pun meninggal dunia
DAKWAH RASULULLAH SAW
SECARA SULIT DAN
TERANG-TERANGAN
DAKWAH SECARA SULIT

• Setelah 40 hari peristiwa di Gua Hira’, Jibril datang untuk kali kedua
• Nabi Muhammad SAW berselimut ketika itu
• Lalu Jibril menurunkan wahyu kedua buat Nabi SAW yang mengandungi
permulaan urusan dakwah dan menyampaikan ajaran Allah SWT
kepada seluruh manusia
Sambungan…
• Maka, bermulalah dakwah Rasulullah SAW kepada seluruh manusia
secara rahsia termasuklah ahli keluarga terdekat baginda
• Orang yang pertama memeluk agama Islam: Khadijah Khuwailid, Zaid
bin Harithah, Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar as Siddiq
• Kemudian, Abu Bakar pula berjaya mengislamkan beberapa orang
sahabat yang lain ( Uthman bin Affan, al-Zubair bin Al Awwam, Abdul
Rahman bin Auf)
• Mereka melaksanakan segala perintah Allah secara tersembunyi tanpa
diketahui oleh golongan Musyrikin Mekah
DAKWAH SECARA TERANGAN
• Bermulanya dakwah secara terang-terangan apabila Allah menurunkan
ayat dalam surah Al-Hijr, ayat 94:
Maksudnya: “Maka sampaikan olehmu secara terang-terangan segala apa
yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang
musyrik.”
• Juga didalam surah al-Shu’ara ayat 214 hingga 215
Maksudnya: “Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang
terdekat. Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang
mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman
PENENTANGAN TERHADAP
DAKWAH RASULULLAH SAW
PENENTANGAN TERHADAP DAKWAH
RASULULLAH SAW

• Rasulullah SAW memulakan dakwah kepada ahli keluarganya,


kabilahnya dan kaumnya
• Muncullah pelbagai jenis tentangan dan permusuhan terhadap
Rasulullah SAW
• Antaranya penentangan yang jelas adalah penentangan daripada Abu
Lahab sehingga turunnya Surah al-Lahab ayat 1-5 yang mengutuk setiap
perlakuan Abu Lahab terhadap Rasulullah SAW
Sambungan…
Penentangan golongan Musyrikin Mekah terhadap dakwah Rasulullah boleh
dibahagikan kepada 5 cara:
1. Mempermainkan, mendustakan, mentertawakan dan memperkecilkan dakwah
Rasulullah SAW bertujuan untuk melemahkan semangat orang Islam
2. Memburuk-burukkan ajaran Islam, melemparkan sahabat dan kekeliruan pada
agama dan peribadi Rasulullah SAW
3. Menentang Al-Quran dengan kisah-kisah dahulu yang direka cipta serta
menghasut orang Islam dengan kisah-kisah karut dan dusta
4. Memberikan tawaran hadiah, kerajaan, harta yang melimpah ruah kepada
Rasulullah SAW supaya meninggalkan jalan dakwah
5. Menyeksa dan menyakiti orang Islam sehingga mereka kembali kepada agama
nenek moyang yang asal
HIJRAH PERTAMA
• Kaum Musyrikin Mekah telah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan
mereka yang beriman kepada Allah pada masa itu
• Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah (12L 4P)- Saiyyidina Uthman bin
Affan, Sayyidatina Ruqayyah, Abdul Rahman bin Auf dan Abdullah bin Mas’ud

Tujuan Rasulullah SAW memerintahkan agar para sahabat berhijrah ke negeri Habsyah:
• Menyelamatkan iman dan keselamatan diri para sahabat dan pengikut Rasulullah SAW yang
menerima seruan dan dakwah Islam
• Mencari tapak baru supaya Islam dapat berkembang. Dengan kata lain, hijrah mereka pada waktu itu
adalah untuk menyelamatkan agama dari wilayah yang penuh dengan fitnah
• Habsyah dipilih adalah kerana rajanya, iaitu Raja Najasyi terkenal dengan keadilannya, toleransi dan
sikap terbuka

• Setelah 3 bulan rombongan Muslimin di Habsyah, mereka mendengar berita gembira bahawa kaum
Muslimin di Mekah hidup dalam keadaan aman dan selamat daripada gangguan Quraisy setelah
Hamzah memeluk agama Islam
• Namun, itu semua adalah tipu muslihat kaum Musyrikin
HIJRAH KEDUA
• ‘Hijrah ke Habsyah yang Kedua’ diikuti seramai 80 lelaki dan 11 orang wanita
• Rombongan orang-orang Islam ke Habsyah telah menimbulkan kemarahan kaum
Musyrikin Quraisy
• Mereka mengirim satu rombongan yang diwakili oleh ‘Amru bin al-’As dan ‘Amarah
bin al-Walid ke Habsyah dengan membawa bermacam-macam hadiah untuk
memujuk Raja Najasyi dan orang-orang penting di istananya serta pendeta Nasrani
• Setibanya di Habsyah, mereka segera menemui pembesar istana dan para pendeta
Nasrani
• Mereka bersujud di hadapan raja sambil meletakkan pelbagai hadiah di
hadapannya, lalu berlangsunglah dialog antara kaum Musyrikin, Raja Najasyi dan
wakil kaum Muslimin iaitu Jaafar r.a.
• Sejak utusan Quraisy datang kepada Abi Talib, dia semakin sakit dan
KEWAFATAN ABI TALIB tubuhnya lemah dan tidak berdaya
• Abi Talib hanya mampu terbaring sehingga malaikat maut mendampinginya
• Rasulullah SAW datang mendampingi Abi Talib disaat dia sedang nazak. Abu
Jahal dan Abdullah bin Abi Umayyah turut disampingnya
• Nabi tidak mahu bapa saudaranya masih menjadi orang kafir saat maut
datang menjemput, kerana itu Rasulullah berusaha membimbing bapa
saudaranya untuk mengucapkan kalimah tauhid
• Tetapi Abi Talib tetap mahu bersama agama asalnya
• Nabi Muhammad SAW tidak dapat menolong bapa saudaranya namun
baginda sempat berkata, “Abi Talib berada di Neraka yang paling ringan, jika
bukan keranaku (kerana perlindungannya kepadaku), nescaya dia berada di
Neraka yang paling bawah.” (HR Bukhari)
• Abu Talib wafat pada bulan Rejab tahun ke-10 Hijriah dari kenabian setelah
enam bulan keluar dari perkampungannya
• Ada riwayat lain yang menyebutnya bahawa dia wafat pada bulan Ramadhan
KEWAFATAN KHADIJAH • Selang 3 bulan kewafatan Abi Talib, Nabi SAW menerima khabar bahawa
Ummul Mukminim, Khadijah al-Kubra meninggal dunia pada bulan
Ramadhan tahun ke-10 Hijriah dari kenabian dalam usia 65 tahun
• Khadijah merupakan nikmat yang paling agung bagi Rasulullah
• Khadijah merupakan penghibur di saat Nabi SAW cemas, pendorong di saat
kritikal, menyokong penyampaian risalah baginda, ikut serta menghadapi
rintangan yang menghadang jihad, selalu membela, baik dengan jiwa
mahupun hartanya
• Untuk beberapa bulan, Nabi SAW masih belum dapat menghilangkan rasa
dukanya
• Pernah ada seorang sahabat perempuan yang mencadangkan agar Nabi SAW
bernikah lagi. Mendengar tawaran itu, Nabi SAW teringat akan Khadijah
• Nabi berkata, “Adakah seseorang yang lebih baik daripada Khadijah?”
KEWAFATAN KHADIJAH
Sambungan…
• Kecintaan Muhammad SAW kepada arwah bekas isterinya begitu mendalam.
Ia terlihat ketika Rasulullah SAW menyembelih kambing, bahagian pertama
yang dikeluarkan dihadiahkan untuk para sahabat Khadijah
• Suatu ketika, Jibril mendatangi Rasulullah SAW yang menunjukkan
terhormatnya posisi Khadijah di mata Allah. “Wahai Rasulullah! Inilah
Khadijah, dia telah datang dengan membawa lauk pauk, makanan atau
minuman. Bila dia nanti mendatangimu, sampaikan salam Tuhannya
kepadanya serta beritakan kepadanya khabar gembira perihal rumah
untuknya di syurga yang tidak ada kebisingan dan juga memerlukan tenaga di
dalamnya.” (HR Bukhari)
• Selepas kawafatan Abi Talib, semakin bertambah kejam kaum Quraisy
menyeksa Nabi Muhammad SAW
• Suatu saat, seorang hamba Quraisy melemparkan debu ke wajah Rasulullah
SAW
KAUM QURAISY
SEMAKIN KEJI
• Rasulullah tidak menghiraukan ejekan tersebut dan memilih untuk
mempercepat langkahnya ke rumah
• Anak perempuan baginda terkejut melihat keadaan ayahnya lalu
membersihkan debu yang melekat di wajah ayahnya
• Namun, baginda segera menghiburkan kerana tidak ingin anaknya turut
kesedihan
• Pada tahun itu, kesedihan dan seksaan datang silih berganti
• Masa itu, lengkap sudah penderitaan yang dialami Rasulullah SAW. Masa
penuh ujian tersebut dikenal dengan “Tahun Dukacita”.

“ Tidak pernah aku mendapatkan suatu perlakuan yang tidak aku sukai dari
Quraisy hingga Abu Talib wafat.” (Ibnu Hisyam)

Anda mungkin juga menyukai