Anda di halaman 1dari 8

Kisah Saad Bin Abi

Waqqas
Biodata
Nama : Saad bin Malik bin Uhaid bin Abd Manaf Az-Zuhri,
biasa dipanggil Abu Ishaq dan digelari Faris Al-Islam.
Lahir : di Mekkah pada tahun 23 sebelum hijrah.
Keislamannya : ketika berusia 17 tahun, termasuk orang yang
mula-mula masuk Islam.
Berpangkat bapa saudara kepada Nabi Muhammad
s.a.w. kerana beliau merupakan sepupu ibu baginda Aminah
binti Wahab
Kaum : suku kaum Bani Zuhrah
Asal : kota Makkah
Ciri2 fizikal : tubuh yang agak rendah tetapi tegap, rambutnya
hitam dan lebat.
Kisah keislamannya
Setelah masuk islam, ibunya mogok makan agar Saad
murtad dari islam. Saad berkata, perlu diketahui wahai
ibuku, sekiranya ibu memiliki 100 nyawa dan nyawa ibu
dicabut oleh malaikat satu persatu, maka aku tidak akan
murtad dari agama baruku ini.

Kata-katanya itu membuat ibunya kecewa dan marah
lalu menghalau Saad keluar dari rumah hanya dengan
sehelai sepinggang. Kemudian Saad Abi Waqas ikut
berhijrah ke Madinah.
Daripada peristiwa ini, lalu turunlah firman Allah SWT yang
bermaksud, dan Kami wajibkan manusia berbuat baik
kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua
mendesakmu supaya engkau mempersekutukan DAKU
(dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak
mempunyai pengetahuan mengenainya, maka
janganlah engkau taat kepada mereka. kepada Akulah
tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan
menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah
kerjakan. (Al-Ankabut: 8)
Kelebihan
Antara kelebihan Saad Abi Waqas doanya makbul dan
apabila memanah tepat mengenai sasaran.

Nabi Muhamad saw pernah mendoakannya.
Ya Allah, jadikanlah sasaran panahnya tepat dan
makbulkan doanya.

Semasa Perang Badar Saad Abi Waqas bertempur
dengan gagah berani. Begitu juga dalam Perang Uhud
beliau antara sahabat yang sentiasa berada di sisi
Rasulullah serta melindunginya.

Panahlah hai Saad, ibu bapaku jadi jaminannya, kata
Rasulullah sambil menghulurklan anak-anak panah
kepada Saad Abi Waqas.
Mendapat gelaran Singa yang menyembunyikan
kukunya.

Kerana itu beliau diberi tanggung jawab oleh khalifah
Umar al Khattab memimpin 30 ribu tentera Islam bagi
membantu pasukan yang sedang bertempur dengan
tentera Parsi
Akhir Hayatnya
Menjelang akhir hayatnya, Saad lebih banyak menghabiskan
waktunya untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada
Allah Saw.
Dia meninggal di pangkuan salah satu putranya.
Pada saat detik-detik ajal menjemput Saad berkata:
Kenapa engkau menangis, wahai anakku ? ucap Saad
dalam sengal nafasnya, tatkala ia menyaksikan airmata
berlelehan di pipi sang anak yang dikasihi.
Baginda Nabi SAW pernah menyampaikan kabar gembira,
bahwasanya ayahmu ini adalah salah satu penduduk surga.
Sungguh ayah percaya penuh dan mengimaninya. Lagipula,
kepada siapa lagi kita hendak beriman, jika bukan kepada
Allah dan Rasul-Nya
Saad meninggal dunia dan jasadnya di kafani dengan
baju jubah yang dipakai ketika perang Badar. Saat
meninggal pada tahun 54 Hijriyah dan dimakamkan di
pemakaman Baqi di kota Madinah.

Anda mungkin juga menyukai