Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN BERCERITA: PERJANJIAN HUDAIBIYAH

Perjanjian Hudaibiyah ini berlaku pada bulan Zulkaedah tahun ke-6 Hijrah di tempat
bernama Hudaibiyah yang berdekatan dengan kota Mekah. Kejadian Hudaibiyah ini
ditandatangani oleh kaum musyrikin Mekah dengan Rasulullah saw.

Hampa tau dak knp berlakunya perjanjian Hudaibyah ini?

Yang pertama, Rasulullah saw telah bermimpi berkunjung ke Masjidil Haram di


Mekah bersama-sama 1500 orang para sahabatNya. Dalam mimpi itu, Baginda dan para
sahabatNya bercukur dan menggunting rambut di Masjidil Haram. Baginda dan para
sahabatNya pun membuat persiapan untuk ke Mekah dan menunaikan umrah pada bulan
Zulkaedah tahun ke-6 Hijrah.

Walau bagaimanapun, kaum Musyrikin Mekah mengahalang Nabi Muhammad dan


sahabatNya memamsuki kota Mekah. Lalu, Nabi Muhammad pun menghantar Saidina
Uthman bin Affan untuk bertemu dengan wakil kaum Musyrikin Mekah.

Saidina Uthman bin Affan telah ditawan oleh kaum Musyrikin. Kemudian, tersebar
berita yang mengatakan bahawa Saidina Uthman bin Affan telah dibunuh. Rasulullah saw
dan orang Islam pun berikrar untuk menuntut bela atas kematian Saidina Uthman bin Affan.
Apabila pihak Musyrikin telah mengetahui mengenai ikrar Rasulullah saw, kaum Musyrikin
Mekah berasa bimbang dan melepaskan Saidina Uthman bin Affan. Kaum Musyrikin Mekah
pun menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Perundingan ini
dipersetujui oleh Nabi Muhammad saw yang membawa kepada berlakunya perjanjian
Hudaibiyah.

Hikmah Perjanjian Hudaibyah

 Berkembangnya syirah Islam.


Cuba hampa bayangkan mcm mne rasulullah menyebarkan ajaran Islam kepada kita
sehingga hari ini
 Kehidupan masyarakat musyrikin dan orang Islam aman damai.
Sbbtu kite kne contohi sifar rasulullah yg x berputus asa dlm menempuhi cabaran dn
rintangan
Kenapa perjanjian ini dinamakan Perjanjian Hudaibiyah?

Perjanjian ini dinamakan Perjanjian Hudaibiyah bersempena deengan nama tempat


termeterai perjanjian ini iaitu di Hudaibiyah yang berdekatan dengan kota Mekah.

Rasulullah saw telah bermimpi berkunjung ke Masjidil Haram di Mekah bersama-


sama 1400 orang para sahabatNya. Dalam mimpi itu, Baginda dan para sahabatNya
bercukur dan menggunting rambut di Masjidil Haram. Baginda dan para sahabatNya pun
membuat persiapan untuk ke Mekah dan menunaikan umrah pada bulan Zulkaedah tahun
ke-6 Hijrah. Mereka membawa haiwan ternakan Bersama-sama untuk disembelih di Masjidil
Haram. Apabila tiba di Zul Hulaifah, Nabi dan kaum Muslimin berihram umrah. Kemudian,
Nabi Muhammad saw mendapat berita bahawa Musyrikin Quraisy di Mekah sedang bersiap
sedia untuk memerangi dan menghalang rombongan Baginda. Oleh itu, Baginda memilih
jalan yang jarang dilalui oleh ramai orang untuk sampai ke Mekah. Mereka terpaksa melalui
jalan yang berliku-liku di celah-celah bukit.

Seterusnya, Nabi Muhammad saw memerintahkan kaum Muslimin agar berhenti di


Thaniyatul Mirar berhampiran dengan Hudaibiyah apabila unta Baginda yang bernama tidak
mahu meneruskan perjalanan. Di sini, Baginda dikunjungi oleh Budail bin Warqa’ al-Khuza’i
yang bertanyakan tujuan Baginda ke Mekah. Baginda menegaskan tujuan mereka semata-
mata untuk menunaikan umrah.

Kemudian, musyrikin quraisy menghantar beberapa utusan lagi antaranya Urwah bin
Masu’d untuk berunding dengan Nabi. Urwah meyakinkan musyrikin quraisy tujuan Baginda
ke Mekah untuk menunaikan umrah. Seterusnya, Baginda mengutuskan Saidina Uthman bin
Affan untuk berunding dengan Musyrikin Quraisy tetapi beliau telah ditahan lalu tersebar
berita bahawa beliau telah dibunuh.

Apabila mendengar berita tersebut, Baginda mengajak kaum Muslimin berbai’ah


untuk bersama-sama mempertahankan hak dan kesucian Islam. Iqrar taat setia yang
dinamakan Baia’tu Ridwan berlaku di bawah sepohon pokok. Selepas itu, kaum Muslimin
mendapat bahawasa Saidina Uthman tidak dibunuh.

Setelah tersebar berita tentang Baia’tu Ridwan, Musyrikin Quraisy berasa gerun dan
mahu perjanjian damai dibuat. Suhail bin Amru pula diutuskan untuk berunding dengan
kaum Muslimin. Maka, termeterailah Perjanjian Hudaibiyah secara bertulis.
IKTIBAR
 Sebagai seorang pemimpin
- Bijak merancang dan mengatur strategi
- Mengatasi masalah dengan tenang dan rasional
- Bijak membuat sesuatu keputusan
 Sebagai seorang dipimpin
- Kita hendaklah taat kepada pemimpin selagi tidak melanggar syarak
- Kita hendaklah erganding bahu dan menyokong pemimpin
- Mengamalkan toleransi
 Sebagai seorang muslim
- Mentaati perintah Allah dan Rasul
- Bersungguh dalam melakukan sesuatu
- Menepati janji

HIKMAH

1. Bukti Islam agama cintakan kedamaian


2. Dakwah Islam semakin berkembang
3. Titik permulaan Pembukaan Kota Mekah

RUMUSAN

1. Kebijaksanaan Nabi Muhammad telah membawa kepada termeterai Perjanjian


Hudaibiyah
2. Perjanjian ini ternyata memberikan kebaikan kepada umat Islam dan factor utama
berlakunya pembukaan kota mekah

Anda mungkin juga menyukai