Anda di halaman 1dari 6

Peperangan Badar

1. Dalam sejarah,terdapat banyak peristiwa-peristiwa hidup yang menyalahi pemikiran manusia.Yang besar tidak semestinya kuat,yang berkuasa tidak selalunya menang,dan begitulah sejarah mengajar kita. 2. Perang Vietnam melawan Amerika Syarikat adalah satu contoh.Perang diantara Mexico melawan Amerika didalam peristiwa War of Puebla juga satu contoh yang lain.Malah pada tahun 2001 kita turut dikejutkan dengan kemenangan yang gilang gemilang barisan tentera Hizbullah menentang Israel laknatullah.Bayangkan,sebuah negara Israel telah gagal melawan sebuah parti Hizbullah dalam sebuah negara yang kecil,Lebanon? Ini benar-benar suatu perkara yang menyalahi pemikiran manusia! 3. Apa-apa pun,ini secara jelas menunjukkan pada kita,bahawa segala-galanya yang berlaku di atas muka bumi ini hanyalah berlandaskan kepada perancangan dan ketentuan Allah semata.Manusia hanya mampu membuat perancangan serta membuat andaian itu dan ini.Tetapi keputusan mutlak terdapat pada pengetahuan Allah jua.

Peperangan Badar,peristiwa menyalahi pemikiran manusia


1. Bagi editor,antara perkara-perkara yang menyalahi pemikiran manusia itu, adalah peperangan Badar al-Kubra yang telah berlaku pada zaman Rasulullah Saw.Peperangan ini berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah.

2. Perang ini merupakan perang pertama yang dilalui oleh Ummat Islam yang ketika itu dalam proses membina kekuatan di Madinah.Sungguh menakjubkan,di dalam situasi serba kekurangan,ummat Islam masih berjaya memenangi peperangan melawan kaum musyrikin yang jauh lebih hebat dari tentera Islam. 3. Menyebut mengenai Madinah,Madinah merupakan sebuah kota yang kebanyakan penduduknya adalah berbangsa Arab dan Yahudi.Walaubagaimanapun,kaum Yahudi lebih menguasai segenap bidang di Madinah, samada dari aspek ekonomi hingga ke bidang politik.Penghijrahan Rasulullah Saw ke Madinah telah menyebabkan ramai orang yang telah memeluk Islam. 4. Di bawah kelolaan Nabi,kota Madinah telah berkembang menjadi sebuah kota yang maju dan membangun.Masyarakat yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan damai.Mereka telah dipasakkan oleh Nabi dengan semangat bertolak ansur dan setiakawan seperti mana yang telah tertulis dalam Piagam Madinah . 5. Keadaan yang sejahtera di Madinah telah diketahui oleh kaum musyrikin Mekah dan mereka berasa dengki dengannya.Didorong oleh perasaan dengki itulah mereka telah mengatur strategi untuk menyerang orang Islam di Madinah.Keadaan ini sungguh manggangu gugat ketenteraman yang ada.

Punca peperangan

1. Suatu masa,sebuah Kafilah Quraisy yang dipimpin Abu Sufian sedang dalam perjalanannya ke Mekkah.Mereka dalam perjalanan balik selepas berniaga di

Syam.Kafilah ini terdiri daripada seribu unta yang sarat dengan muatan.Harta-harta yang dikemudi oleh kafilah ini sebenarnya merupakan barangan orang Islam yang dirampas ketika mereka berhijrah ke Madinah.Ketika berhijrah,orang-orang Islam telah pergi dengan sehelai sepinggan.Barang dan harta-harta ini kemudiannya telah dirampas oleh orang kafir Quraisy. 2. Perihal kafilah ini telah diketahui oleh Nabi. Baginda telah pergi dengan beberapa orang sahabat untuk menahan kafilah tersebut.Perancangan Nabi ini telah diketahui oleh Abu Sufian selaku pemimpin kafilah.Menurut pandangannya,Nabi mahu menyerang kafilah yang dibawanya.Oleh itu,dia telah menghantar utusan ke Mekkah untuk meminta bantuan bagi mempertahankan kafilahnya.Sesampainya utusan Abu Sufian ke Mekah,orang Quraisy segera mengumpulkan persiapan ketenteraan yang terdiri daripada seribu orang tentera yang diketuai oleh Abu Jahal . 3. Pada masa yang sama,Abu Sufian telah mengubah laluan kafilahnya bagi mengelak dari bertembung dengan orang Islam.Abu Sufian telah melalui jalan yang lain dari biasa,dimana jalan yang dilalui itu akan melalui sebuah tempat yang dinamakan Badar.Di Badar,kafilah Abu Sufian telah berjumpa dengan kafilah Abu Jahal yang dalam perjalanannya untuk mempertahankan kafilah Abu Sufian.Apabila kafilah Abu Jahal berjumpa dengan Abu Sufian,maka selamatlah kafilah Abu Sufian dari ditahan oleh orang Islam. 4. Abu Sufian telah mengajak Abu Jahal untuk pulang ke Mekah bersama kafilahnya.Tetapi ajakan itu ditolak Abu Jahal kerana dia ingin melakukan perang ke atas orang Islam.Abu Jahal bercita-cita untuk menghancurkan kaum muslimin dan membuatkan dunia arab gempar dengan kemenangannya itu.Cita-cita asal yang hanya mahu mempertahankan kafilah Abu Sufian telah bertukar menjadi keinginan untuk berperang menentang orang Islam.

Orang Islam tidak dapat mengelak


1. Abu Jahal telah tekad dengan keinginan itu,apatah lagi kafilah yang dibawanya kini sarat dengan kelengkapan perang. 2. Seketika waktu,barisan tentera Islam juga telah sampai di Badar dan Rasul s.a.w. telah berhenti di sebuah perigi Badar yang paling hampir.Didapati oleh Baginda kafilah Abu Jahal yang sedang bersedia untuk berperang dan menunggu kedatangan Nabi bersama orang Islam.Nampaknya peperangan seperti sudah tidak dapat dielakkan lagi.Adalah mustahil dalam keadaan begitu orang Islam akan melarikan diri apatah lagi musuh kini benar-benar mahu melakukan peperangan.

3. Nabi kemudian bertanya kepada para sahabat berapa ramaikah jumlah pasukan Islam yang ada.Sahabat menjawab seramai 313 orang semuanya.Nabi tersenyum mendengar respon para sahabat kerana jumlah pasukan Islam kini mengingatkan Nabi kepada pasukan Nabi Daud yang seramai 313 orang semuanya ketika menentang Raja Jalut. 4. Seorang sahabat Nabi yang bernama al-Hubab bin al-Munzir bertanya kepada baginda,adakah keputusan Nabi untuk berhenti di tempat tentera Islam berada sekarang merupakan wahyu dari Allah atau hanya sebuah strategi yang dirancang oleh Nabi.Mengetahui bahawa keputusan tersebut hanyalah strategi Baginda,al-Hubab bin alMunzir telah mencadangkan kepada Nabi untuk berpindah ketempat yang lebih strategik .Cadangan al-Hubab ini telah diterima baik oleh baginda Nabi.Oleh itu, Rasul s.a. w. dan para sahabat telah berangkat sehingga mereka sampai ke tempat yang dicadangkan oleh al-Hubab. Mereka kemudiannya berhenti di situ.

Perlawanan satu lawan satu

1. Telah menjadi kebiasaan bagi bangsa Arab, sebelum mereka berperang,mereka akan menghantar wakil-wakil dikalangan tentera mereka untuk terlebih dahulu bertanding.Di pihak kaum Quraisy,3 orang pahlawan telah keluar sebagai wakil,begitu juga di pihak kaum muslimin. 2. Pada mulanya wakil dari kaum muslimin terdiri daripada 3 warga ansar.Tetapi kaum Quraisy menolak 3 calon Ansar,sebaliknya meminta Rasulullah Saw untuk menghantar wakil yang sama taraf dengan mereka iaitu dari suku kaum Quraisy sendiri.Oleh

itu,Rasulullah Saw telah menggantikan 3 orang sahabat dari bangsa Quraisy iaitu Ali Bin Abi Thalib,Hamzah Bin Abdul Mutalib dan juga Ubadah Bin Harits. 3. Hasil daripada pertarungan diantara keenam-enam pahlawan tersebut telah membawa kekalahan di pihak Quraisy dimana,ketiga-tiga wakil mereka telah tewas,manakala di pihak Islam hanya Ubaidah Bin Al- Harith sahaja yang telah syahid.Permulaan yang baik ini merupakan satu petanda bahawa kaum Muslimin akan memenangi peperangan.

Ummat Islam memperolehi kemenangan


1. Peperangan akhirnya telah meletus dan berakhir dengan kemenangan telah berpihak kepada orang Islam.Kira-kira 70 orang musyrikin telah terbunuh termasuk Abu Jahal selaku ketua ketenteraan Musyrikin.Juga,seramai 70 orang turut ditawan oleh tentera Islam.Manakala di pihak kaum Muslimin hanya 14 orang sahaja yang telah jatuh syahid ketika peperangan. 2. Peristiwa Peperangan Badar ini telah dirakamkan oleh Allah didalam Surah Al Imran ayat 123 127 ,yang bermaksud :

Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu,bahawa Allah membantu kamu dengan 3,000 tentera dari malaikat yang diturunkan?, Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa,dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan 5,000 malaikat yang bertanda masing-masing.

Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Kemenangan Badar itu) kerana Allah hendak membinasakan satu golongan dari orangorang kafir atau menghina mereka (dengan kekalahan), supaya mereka kembali dengan hampa kecewa. 3. Mengenai tawanan perang yang telah berjaya ditawan,Saidina Umar telah mencadangkan kepada Nabi Saw agar dibunuh sahaja tawanan perang itu.Manakala Saidina Abu Bakar mencadangkan agar tawanan itu dijadikan sebagai harta tebusan dari musyrikin Mekkah. 4. Melalui sifat mulia Nabi yang mempunyai belas ehsan yang tinggi,Nabi telah menerima pendapat dari Saidina Abu Bakar,agar tawanan itu tidak dibunuh tetapi sebaliknya diberi peluang untuk hidup dan dijadikan harta tebusan.Mereka dikenakan tebusan mengikut keadaan masing-masing.Setinggi-tinggi tebusan adalah sebanyak 4 ribu dirham,manakala serendah-rendahnya ialah seribu dirham sahaja.Manakala bagi tawanan yang mempunyai ilmu dalam menulis dan membaca,mereka hendaklah mengajar anak-anak orang Islam dan mereka akan dibebaskan apabila anak-anak Islam ini telah pandai.

FizikrMedia.com//Peperangan Badar

Anda mungkin juga menyukai