Anda di halaman 1dari 18

3

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN 3
PENDAHULUAN 4
APA ITU KHUNSA & MUKHANNAS? 5
1.1 Hadis dan Hujah 6
1.2 Ciri-ciri Khunsa & Mukhannas 6
PANDANGAN MENURUT PERSPEKTIF FIQH 7
2.1 Khunsa 7
2.2 Mukhannas 9
2.3 Kaedah Penentuan Jantina Dari Sudut Syarak 10
2.4 Ibadah Haji Bagi Golongan Khunsa & Mukhannas 14
2.4.1 Khunsa 14
2.4.2 Mukhannas 14
ISU-ISU BERKAITAN TERJADI DI MALAYSIA 15
3.1 Pandangan Para Ilmuan Dari Sudut Hukum Syarak 16
PENUTUP 18
RUJUKAN 20
4

PENDAHULUAN

Permasalahan berkaitan isu khunsa & mukhannas dalam ibadah haji dan umrah

hangat diperkatakan baru-baru ini. Ia melibatkan dengan jantina seseorang dan

merupakan satu isu yang perlu diambil serius . Dewan Bahasa dan pustaka memberikan

maksud jantina sebagai kelamin iaitu lelaki atau wanita. Mereka ini bukanlah dilahirkan

sebagai khunsa yang mempunyai masalah kelamin dari segi organ pembiakan dan

sebagainya. Islam melarang untuk membuat sesuatu perkara yang bertentangan di mana

jika seseorang itu telah melafazkan kalimah syahadah , maka secara tidak langsung dia

akan terikat dengan peraturan yang ditetapkan seperti di dalam al-Quran. Perlakuan

merubah jantina atau menyerupai jantina lain ini merupakan suatu perkara yang haram

di sisi agama Islam. Islam sangat melarang perbuatan keji ini kerana ia akan

memberikan masalah yang amat besar lebih-lebih lagi melibatkan ibadah yang penting

sebegini.

Hasil dapatan yang dilakukan pada tahun 2018 berkaitan khunsa & mukhannas

ini di Malaysia menunjukkan bahawa majoritinya adalah dari golongan bangsa melayu.

Bagi kategori agama pula menunjukkan agama Islam merupakan agama tertinggi dalam

golongan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa keseriusan amat penting dan perlu

dititikberatkan oleh semua golongan untuk membantu mereka kembali ke pangkal jalan

Islam yang sebenar. Golongan seperti ini perlu dibantu untuk mereka kembali ke fitrah

yang asal kerana mereka mempunyai keinginan kuat bertentangan jantina asal sejak dari

zaman kanak-kanak sehinggalah dewasa. Sokongan moral yang kurang, dan

pengetahuan iman yang lemah menyebabkan mereka mudah terpesong dan terus kekal

dalam kehidupan mereka yang bertentangan dengan fitrah asal.


5

Oleh itu, marilah kita mengambil ilmu dan pengetahuan tentang isu yang terjadi,

hukum yang terdapat dalam islam berkenaan masalah ini dan sebagainya untuk

menjadikan kita orang islam yang patuh pada perintah & larangan yang ditetapkan oleh

Allah SWT.

APA ITU KHUNSA & MUKHANNAS?

Dalam kitab Al-Mausu’ah al-fiqhiyah Al-Kuwaitiyah menyatakan definisi

khunsa dari segi bahasa bermaksud yang tidak murni lelaki dan tidak murni juga bagi

wanita atau seseorang yang mempunyai yang ada pada lelaki dan semuan yang ada pada

wanita dari sudut kelembutan. Manakala dari segi istilah syarak ialah mereka yang

mempunyai dua alat kelamin, iaitu alat kelamin lelaki dan wanita , atau mereka yang

tidak mempunyai kedua-dua alat kelamin berkenaan tetapi mempunyai lubang untuk

kencing. Al Imam Al Nawawi didalam al-Majmu’(bab mirats’ashobah) menyatakan

khunsa ialah mereka yang mempunyai kemaluan lelaki dan kemaluan wanita. Menurut

Al Imam Sayuti pula, jika disebut lafaz khunsa secara mutlak, ia bermaksud khunsa

musykil.

Mukhannas pula menurut Al-Mausu’ah al Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah mengatakan

bahawa mukhannas itu tidak sama lagi dengan lelaki lembut atau lelaki yang

berpewatakan wanita.Lelaki begini dinamakan mukhannas. Mukhannas ialah lelaki

yang menyerupai wanita lemah gemalainya,tutur katanya , cara melihatnya ,

pergerakannya dan seumpamanya. Mukhannas bukanlah khunsa, mereka adalah lelaki.


6

1.1 Hadis dan Hujah

Terdapat hadith nabi yang melarang dan melaknat perbuatan mukhannas

antaranya adalah riwayat al-bukhari , Ahmad dan Abu Daud :

،‫ لعن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء‬:‫ قال‬،‫عن ابن عباس رضى هللا عنهما‬

.‫والمتشبهات من النساء بالرجال‬

Terjemahannya : Dari Ibnu Abbas r.a katanya , Nabi saw melaknat laki-laki

yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki (Al-Bukhari).

Perlu difahami bahawa perkataan laknat yand disebut didalam hadith ini

mempunyai makna dan impak yang sangat besar bagi mereka yang memikirkan

ancaman daripada Baginda, rasulullah.Kata para alim ulama perkataan laknat seperti di

dalam hadith bererti jauh dari kerahmatan Allah, jauh dari kemuliaan Allah dan jauh

dari keampunan Allah.perlu kita ketahui bahawa pakaian dikhususkan kepada lelaki

dalam sesebuah masyarakat menjadi haram jika dipakai oleh berlainan

jantina.Contohnya seperti baju kurung yang telah diketahu umum dalam masyarakat

bahawa pakaian tersebut merupakan pakaian bagi wanita maka haram bagi lelaki untuk

memakainya begitu juga sebaliknya.

1.2 Ciri-ciri Khunsa & Mukhannas

Khunsa terbahagi kepada dua keadaan iaitu khunsa ghair musykil dan khunsa

musykil . Khunsa ghair musykil ialah yang jelas jantinanya samada lelaki atau wanita

melalui beberapa tanda.Jika terdapat tanda bahawa dia adalah lelaki, maka dia adalah

lelaki. Kalau ada tanda wanita, maka dia adalah wanita.golongan ini adalah lelaki atau

wanita yang mempunyai anggota tubuh yang lebih.dari segi hukum hakamnya yang

berkaitan dengan jantina ,mereka dihukum berdasarkan apa yang nyata dari tanda

jantinanya.
7

Manakala bagi khunsa Musykil iaitu yang tidak jelas jantinanya ia tidak ada

tanda-tanda untuk mengenalpasti jantinanya. Khunsa Musykil ini samada terbahagi

kepada dua iaitu mempunyai dua alat kelamin,lelaki dan wanita,namun tidak ada tanda-

tanda alat kelaminnya cenderung kepada mana-mana jantina samada ke arah lelaki atau

wanita.

Antara ciri Mukhannas terdapat dua jenis mukhannas iaitu yang pertama ialah

mereka yang asal kejadiannya adalah begitu iaitu lembut , gemalai dengan gaya seperti

wanita . Golongan ini tidak berdosa dan tidak dilaknat. Manakala mereka yang asal

kejadiannya bukan seperti wanita tetapi mereka meniru dan bergaya seperti wanita

termasuk gerak geri dan tutur katanya. Mereka inilah golongan yang dilaknat oleh

Rasulullah s.a.w.

PANDANGAN MENURUT PERSPEKTIF FIQH

2.1 Khunsa

Tiada perbezaan yang ketara antara kriteria khunsa seperti yang dibincangkan

oleh para ulama dalam kitab-kitab fiqh dan pakar perubatan terutama pandangan

mengenai ‘khunsa musykil’. Pendekatan yang digunapakai oleh ulama fiqh dalam

menentukan ketidakpastian jantina adalah lebih kepada tanda-tanda zahir yang ada pada

seseorang. Penentuan jantina diukur dengan mengenalpasti salah satu alat kelamin yang

lebih dominan. Walau bagaimanapun, pakar perubatan kini boleh membuat beberapa

ujian bagi memastikan jantina bayi yang mengalami ketidakpastian jantina. Syaikh

‘Atiyyah Saqr, Ketua Lajnah Fatawa al-Azhar menyatakan bahawa bagi seorang lelaki,
8

ada beberapa organ yang dianggap paling penting iaitu zakar, ‘testes’ dan yang

berkaitan dengan kelelakian seperti saluran mani dan prostat serta menunjukkan tanda-

tanda kelelakian apabila baligh begitu juga bagi wanita. Beliau membenarkan

pertukaran jantina bagi khunsa sebaliknya mengharamkan pertukaran jantina bagi

mereka yang dilahirkan sebagai lelaki atau wanita tulen.

Fuqaha mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali berpandangan, jika tumbuh

janggut dan misai maka inidividu tersebut dikira lelaki manakala fuqaha mazhab Syafii

pula berpendapat, ciri-ciri itu belum cukup untuk membuktikan dia adalah lelaki tanpa

disokong dengan tanda-tanda lain. Selain itu, fuqaha mazhab Hanafi dan Hanbali

berpandangan, ciri-ciri wanita seperti pembesaran buah dada adalah tanda ia seorang

wanita. Manakala fuqaha mazhab Syafii dan Hanbali berpendapat ciri-ciri itu mesti

disokong oleh tanda-tanda kewanitaan yang lain.

Wahbah al-Zuhayli mempunyai pandangan yang agak relevan. Menurut beliau,

seseorang itu dianggap khunsa apabila jantinanya tidak diketahui sama ada lelaki atau

wanita. Cara untuk menentukan jantina menurutnya adalah melalui dari mana air

kencing keluar. Selain itu, sifat zahir lelaki wanita seperti tumbuh janggut atau buah

dada boleh menjadi petunjuk sama ada ia lelaki atau wanita. Menariknya, Wahbah al-

Zuhayli mengemukakan pandangan bahawa perkembangan bidang perubatan melalui

kajian membolehkan pembedahan dilakukan bagi menentukan jantina khunsa musykil.

Manakala Ibn Qudamah dalam kitab al-Mughni menyebut bahawa, penentuan

jantina sama ada lelaki atau wanita dapat dikenalpasti berdasarkan salah satu dari alat

kelamin yang lebih dominan keluar air kencing. Jika alat kelamin lelaki lebih dominan

bermakna ia adalah lelaki atau sebaliknya dan seseorang itu tidak lagi dianggap

musykil. Penentuan jantina khunsa musykil ini dapat ditentukan ketika sampai umur

baligh iaitu individu yang mengalami haid dikira wanita atau jelas ciri kelelakian seperti
9

keinginan kepada wanita dan sebagainya maka dikira seorang lelaki. (Shahabudin & Ab

Ghani, 2015)

2.2 Mukhannas

Menurut fuqaha mazhab Hanafi, jika mukhannas melakukan perbuatan keji, dia

sama dengan lelaki, malah lebih dianggap fasik, dipisahkan dari kalangan wanita.

Sekiranya kelembutan yang berlaku padanya adalah pembawaan semula jadi dan dia

tiada syahwat terhadap wanita, tidak melakukan perbuatan keji, sesetengah masyaikh

dalam kalangan Hanafiyyah merukhsahkannya berada bersama wanita.

Malikiyyah pula berpendapat mukhannas bukanlah yang terkenal dengan

perbuatan keji dan dilabelkan dengan perbuatan tersebut tetapi mukhannas ialah

seorang yang sangat serupa dengan wanita pada asal kejadiannya, sehingga dia

menyerupai wanita pada kelembutan gerak-geri, percakapan, pandangan, akal dan

perbuatan, sama ada dia melakukan perbuatan keji atau tidak. Takhannuth pula ialah

kecelaruan dan kelembutan. Jika individu mempunyai ciri seperti yang dinyatakan dan

dia tiada keinginan kepada wanita, lemah akal, tidak celik terhadap urusan manusia dan

bodoh, dia dianggap sebagai individu yang tiada keinginan kepada wanita yang

dibolehkan bergaul dengan wanita.

Syafi‘iyah berpendapat mukhannas ialah orang yang berakhlak dengan akhlak

wanita dalam gerak-geri dan rupa diri dan jika itu merupakan pembawaan semulajadi,

maka dia tidak berdosa.

Hambaliyyah pula menjelaskan, mukhannas ialah mereka yang tiada syahwat.

Hukumnya sama dengan keluarga mahram dalam kes memandang aurat silang jantina.

Sekiranya dia ada syahwat dan keinginan kepada wanita hukumnya adalah sama dengan

hukum lelaki yang lain.


10

Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa mukhannas

terbahagi kepada dua iaitu:

i. Mukhannas semula jadi iaitu lelaki yang berpewatakkan wanita pada

cara bercakap, kelembutan anggota dan kecelaruan kejadiannya. Dia

tiada nafsu terhadap wanita, tidak dikenali dengan perbuatan keji. Dia

tidak dianggap fasiq. Dia juga tidak termasuk dalam lingkungan mereka

yang dilaknat dalam hadis-hadis Rasulullah SAW.

ii. Lelaki yang sengaja berpewatakkan seperti wanita dalam gerak-geri dan

rupa diri (cara berpakaian, berhias dan perhiasan), menyerupai wanita

pada rupa bentuk tubuhnya dan cara bercakap. Ia dianggap perbuatan

buruk, maksiat dan pelakunya dianggap berdosa dan tergolong dalam

mereka yang dilaknat. (Shahabudin & Ab Ghani, 2015)

2.3 Kaedah Penentuan Jantina Dari Sudut Syarak

Dalam penentuan jantina bagi kategori khunsa yang jelas, apabila seseorang itu

mempunyai dua alat kelamin iaitu faraj dan zakar, sekiranya ia kencing melalui

zakarnya maka ternyata ia seorang lelaki dan sekiranya melalui faraj, maka ia adalah

seorang wanita kerana kencing yang keluar dari mana-mana alat kelamin itulah

menunjukkan anggota aslinya. Keluarnya kencing merupakan bukti yang sebenar untuk

menentukan jantina seseorang.

Bagi khunsa musykil iaitu sama ada sebelum baligh atau sesudah baligh.

Penentuan jantina perlu dibuat dengan cara penelitian kepada kedua-dua alat

mengeluarkan air kencing, maka dirujuk kepada tempat yang lebih awal mengeluarkan

air kencing. Perkara ini disebutkan oleh Imam Ahmad dan diriwayatkan oleh Said bin
11

al-Musayyib dan disepakati oleh jumhur ulama. Ia berlandaskan oleh hadis yang

diriwayatkan seperti berikut:

‫ انظروا مسيل البول فورثوه منه‬:‫ شهدت عليا رضي هللا عنه في خنثى قال‬:‫أنا الحسن بن كثير سميع أباه قال‬

Maksudnya: Diberitakan oleh Hasan bin Kathir yang mendengar bapanya

berkata, “Aku telah menyaksikan Ali RA (menjawab) mengenai khunsa dan berkata:

lihatlah saluran air kencing, maka mereka yang khunsa akan mewarisi harta berdasarkan

ketetapan jantina melalui saluran tersebut”.

‫ تسجنونني‬:‫ سجن جابر بن زيد ومن الحجاج فأرسلوا إليه يسألونه عن الخنثى كيف يورث فقال‬:‫عن فتادة قال‬

‫ قال فإن بال منهما جميعا‬،‫ فذكرت ذلك لسعيد بن المسيب‬:‫ انظروا من حيث يبول فورثه منهز قال فتادة‬:‫ ثم قال‬،‫وتستفتونني‬

.‫ فقال سعيد يورث من حيث يسبق‬،‫ ال أدري‬:‫قلت‬

Maksudnya: Daripada Qatadah meriwayatkan, Jabir bin Zaid telah dipenjara

pada musim haji. Maka dihantar kepadanya rombongan untuk bertanya mengenai

bagaimana golongan khunsa mewarisi harta. Beliau menjawab, “Kamu

memenjarakanku tetapi meminta pandanganku”. Kemudian dia berkata, “Lihatlah

kepada saluran air kencing, maka dia akan mewarisi harta berdasarkan ketetapan jantina

melalui saluran tersebut”. Qatadah kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada

Sa`id bin al-Musayyib. Beliau kemudian bertanya, jika seseorang khunsa itu kencing

melalui kedua-dua saluran? Qatadah menjawab, “Saya tidak tahu”. Sa`id kemudiannya

menyatakan, “dia akan mewarisi harta berdasarkan ketetapan jantina melalui saluran

mana yang mengeluarkan air kencing terlebih dahulu”.

(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Berdasarkan kepada kedua-dua hadis yang dinyatakan tadi maka ia jelas

menunjukkan bahawa penentuan jantina bagi golongan khunsa adalah menerusi saluran

yang mula-mula mengeluarkan air kencing. Jika kedua-dua alat mengeluarkan air
12

kencing serentak, disebutkan oleh Ishak bin Ibrahim bahawa Imam Ahmad berpendapat

ia dirujuk kepada alat yang paling banyak mengeluarkan air kencing.

Selain daripada itu, bentuk keluar air kencing juga boleh dijadikan rujukan

untuk menentukan jantina seperti hadis berikut. Sekiranya air kencing tersebut

memancut kehadapan, maka individu tersebut dikategorikan sebagai lelaki. Manakala,

jika air kencing keluar secara meleleh antara pehanya, maka individu adalah wanita.

‫ سئل جابر بن زيد عن الخنثى كيف يورث فقال يقوم فيدنو من حائط ثم‬:‫عن صالح الدهان أو سلمة بن كليب قال‬

.‫يبول فإن أصاب الحائط فهوغالم وإن سال بين فخذيه فهو جارية‬

Maksudnya: Daripada Saleh al-Dahhan atau Salmah bin Kulaib, beliau

meriwayatkan dengan berkata, “Jabir bin Zayd ditanya mengenai khunsa bagaimana

mereka mewarisi harta, beliau menjawab bahawa seseorang khunsa itu hendaklah

berdiri mendekati dinding dan membuang air kecil. Sekiranya air kencing terkena pada

dinding, maka beliau adalah lelaki. Tetapi jika air kencing meleleh antara dua peha,

maka beliau adalah wanita”.

(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Penentuan jantina seterusnya boleh dilakukan apabila dia baligh melalui tanda-

tanda zahir kelelakian seperti tumbuh janggut atau keluar air mani daripada zakarnya

atau tanda-tanda kewanitaan seperti keluar haid dan membesar payudaranya. Al-

Nawawi menyebut sekiranya janggut tidak tumbuh pada waktu yang sepatutnya ia

bukan tanda seseorang itu wanita atau jika payudaranya tidak membesar pada umur

yang bersesuaian ia juga bukan tanda seseorang itu adalah lelaki. Menurut Syed Sabiq,

jika tanda-tanda selepas baligh ini masih tidak kelihatan, seseorang itu dikategorikan

sebagai khunsa musykil.

Seterusnya, kecenderungan perasaan boleh dijadikan petunjuk dengan syarat

semua tanda yang diterangkan sebelum ini tidak dapat dipastikan. Jika seseorang itu
13

mempunyai perasaan kepada seorang lelaki, maka dia adalah seorang wanita dan

begitulah sebaliknya. Al-Nawawi juga menjelaskan bahawa kecenderungan perasaan

ini hanya boleh dirujuk apabila seseorang khunsa itu telah baligh dan boleh berfikir.

Seandainya, seseorang khunsa tidak mempunyai kecenderungan atau tertarik kepada

mana-mana jantina atau cenderung pada kedua- duanya, maka dia masih lagi dalam

keadaan khunsa.

Sebaliknya, jika seseorang itu menyatakan minatnya kepada wanita, sebagai

contoh, dia disahkan sebagai lelaki tetapi selepas itu dia mengandung, maka terbatallah

kata-katanya. Ibn Qudamah juga menyatakan bahawa terdapat sebuah kes yang mana

seorang itu hanya mempunyai satu kawasan perkumuhan yang terletak di antara qubul

dan dubur. Beliau memakai pakaian wanita dan bergaul dengan wanita serta

menganggap dirinya sebagai wanita. Kes seumpama ini dikategorikan oleh Ibn

Qudamah sebagai kes khunsa kerana ia tidak dapat ditentukan melalui tempat keluar air

kencing. Menurutnya, selagi tiada tanda-tanda lain, maka dia tertakluk kepada hukum-

hakam berkaitan khunsa.

Sekiranya jantina sesorang dapat ditentukan melalui kaedah-kaedah di atas,

maka seseorang tertakluk pada hukum-hakam yang berkaitan dengan jantina yang

ditetapkan. Contohnya, jika seseorang mempunyai tanda-tanda kelelakian, maka dia

tertakluk dengan hukum berkaitan lelaki. Seseorang tidak lagi terikat dengan hukum-

hakam berkaitan khunsa. Adapun perkataan khunsa yang digunakan dalam kitab fiqh

untuk menjelaskan hukum-hakam yang berkaitan adalah merujuk kepada khunsa

musykil. (Mahmud, 2015)


14

2.4 Ibadah Haji Bagi Golongan Khunsa & Mukhannas

2.4.1 Khunsa

Jumhur fuqaha berpandangan bahawa hukum yang bersangkutan bagi khunsa

dalam mengerjakan ibadah haji dan umrah adalah mengikut hukum sebagai seorang

wanita. Fuqaha mazhab Hanbali berpandangan bahawa seorang khunsa yang

melakukan ihram adalah dibolehkan memakai pakaian berjahit dan tidak dikenakan

fidyah ke atas dirinya sekiranya dia menutup kepala kerana dianggap sebagai wanita.

Demikian juga jika dia menutup mukanya dengan kain berjahit dan dia dianggap

sebagai lelaki, maka dikenakan fidyah ke atasnya.

Manakala Abu Yusuf, fuqaha daripada kalangan mazhab Hanafi tidak dapat

memberikan jawapan dalam isu ini kerana tidak diketahui kedudukan khunsa tersebut

dari sudut jantinanya. Wahbah al-Zuhayli menyatakan pandangan beliau dalam soal

tawaf. Bagi kaum wanita dan golongan khunsa, mereka hendaklah bertawaf di hujung

tepi kawasan tawaf. Bagaimanapun, sekiranya kawasan tawaf itu lengang daripada

kaum lelaki, maka mereka juga digalakkan bertawaf berhampiran dengan Baitullah

seperti orang lelaki.

Fuqaha mazhab Syafii menjelaskan, sekiranya seorang khunsa sengaja menutup

sama ada mukanya atau kepalanya sahaja, maka dia tidak dikenakan fidyah. Tetapi jika

dia menutup kedua-duanya sekali, maka dia wajib membayar fidyah. (Shahabudin &

Ab Ghani, 2015)

2.4.2 Mukhannas

Oleh kerana mukhannas, sama ada yang semulajadi atau yang disengajakan

pada hakikatnya adalah lelaki, maka hukum ibadat hajinya adalah hukum ibadat haji

lelaki dalam semua perkara. Begitupun, adalah dibolehkan sekiranya ada keperluan
15

untuk menempatkan mukhannas semulajadi yang tiada syahwat terhadap wanita di

tempat yang sama dengan wanita. Ini didasarkan kepada pendapat fuqaha yang

memberikan keringanan kepada mukhannas kategori ini bergaul dengan wanita. Namun

bagi mereka yang sengaja menjadi mukhannas sama ada telah menukar jantina atau

tidak, tidak boleh ditempatkan bersama dengan wanita. (Shahabudin & Ab Ghani, 2015)

ISU-ISU BERKAITAN TERJADI DI MALAYSIA

Masalah berkait khunsa dan mukhannas semestinya sudah tidak asing lagi di

kalangan masyarakat Malaysia, baru baru ini kita dikejutkan dengan isu Muhammad

Sajjad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai 'Nur sajat' yang mengenakan pakaian

seperti wanita ketika menunaikan umrah di Makkah, beliau juga dengan bangga

mempamerkan postingannya yang berpakaian seperti wanita di platform media social.

Isu yang berlaku di luar negara baru-baru ini mendapat liputan hangat masyarakat dari

segala peringkat kerana di anggap mencemarkan kesucian agama Islam dan

menjatuhkan imej negara di mata dunia. Agama Islam telah menyediakan garis panduan

yang jelas tentang aurat antara lelaki dan perempuan. Aurat lelaki secara

keseluruhannya adalah antara pusat hingga lutut, manakala bagi perempuan yang

berhadapan dengan ajnabi (mereka yang dibenarkan berkahwin) adalah semua anggota

badan kecuali muka dan tapak tangan. Dalam konteks golongan mak nyah atau

transgender, batasan aurat masih mengikut jantina asal namun penampilan mereka

adalah bertentangan. Isu aurat ini perlu difahami kerana ia menimbulkan konflik dalam

pelaksanaan ibadah dan muamalat seperti solat, puasa dan pembahagian harta pusaka.
16

Golongan transgender, lelaki menyerupai perempuan, tidak boleh berjemaah bersama

kaum perempuan dan sebaliknya. (Kambol, 2020)

Sebelum ini juga terdapat satu kes berkaitan dengan transgender yang pergi

menunaikan ibadah umrah iaitu Safiey Ilias, akan tetapi beliau bertaubat dan kembali

kepada fitrah asal jantina sebagai lelaki. Walau bagai manapun, penghijrahan beliau

tidak bertahan lama apabila sekembalinya ke Malaysia beliau seperti goyah dengan

perubahannya. Maka, beliau kembali kepada jantina yang berlawanan fitrah asal dengan

alasan yang sangat membangkitkan kemarahan iaitu “adatlah iman naik dan turun”.

Beliau juga mengaku kembali menjadi mak nyah dan penat menjadi baik. Beliau dengan

rasa tidak malu dengan perlakuannya terus memakai pakaian seperti wanita dan

berkelakuan seperti wanita. (Isa et al., 2020)

3.1 Pandangan Para Ilmuan Dari Sudut Hukum Syarak

Salah seorang alim ulama yang membincangkan isu ini ialah mufti Wilayah

Perseketuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan seseorang

transgender (mukhannas) yang menunaikan umrah secara tidak mengikut jantina asal

mereka adalah haram dan dikira berdosa. Walaupun Sajat mematuhi rukun dalam

ibadah umrah tetapi perlu membayar dam kerana melanggar wajib umrah iaitu seorang

lelaki. Hal ini bertepatan dengan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali

ke-28 tahun 1433H di mana seseorang mukhannas semulajadi atau pembedahan perlu

kembali kepada fitrah asal bagi melakukan ibadah haji atau umrah kerana ia melibatkan

hukum dan syarat ibadah tersebut. Kenyataan ini dibuat oleh Dr Zulkifli dalam berita

harian pada 4 Februari 2020.

Di dalam laman sesawang rasmi mufti wilayah persekutuan dalam Qalam Mufti

ke 60 iaitu berkaitan dengan ingatan kepada sajat dan umat yang berkaitan dengan
17

peringatan bahawasanya Allah SWT Maha Berkuasa dan berhak memberikan pahala

atau dosa kepada yang dikehendakiNya. Allah juga berfirman dalam surah Fatir ayat

ke-45 berkaitan dengan kesalahan dan hukuman di samping Allah memberikann

pelunag kepada hambanya untuk bertaubat kepada jalan yang lurus seseungguhnya

Allah itu mahal adil kepada hambaNya. Hal ini menunjukkan bahawa Allah SWT masih

lagi memberikan peluang dan ruang untuk umat manusia yang terlibat dengan isu ini

terus beringat dan bertaubat.

Selain daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Zulkifli al-Bakri, salah

seorang pembantu professor dalam bidang perundangan Islam dari Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM) iaitu Dr Aznan Hasan, mengulas berkaitan isu ini.

Dalam pernyataannya mengatakan bahwa berdasarkan pengalaman beliau sendiri

apabila didatangi dengan seorang transgender yang ingin menunaikan ibadah haji

disebabkan ingin bertaubat kepada Allah SWT. Langkah utama ialah perlu kembali

kepada fitrah asal jika ingin menunaikan ibadah umrah atau haji. Hal ini kerana,

perbuatan menukar jantina adalah merupakan perbuatan yang berdosa dan perlu

bertaubat daripada dosa tersebut terlebih dahulu. Beliau juga menjelaskan lagi dengaan

terperinci di mana jika seseorang transgender tersebut ingin menunaikan umrah

berpakaian persis seorang lelaki akan tetapi dia bertubuh seorang wanita, akan

mengundang berlakunya fitnah. Sama juga sebaliknya kerana akan menimbulkan dosa

dan kedua-dua perbuatan tersebut adalah salah. Oleh yang demikian, saranan beliau

supaya seseorang transgender tersebut perlu menangguhkan niatnya untuk menunaikan

umrah atau haji dan fokus untuk berubah dan kembali kepada fitrah asal yang diciptakan

oleh Allah. Selain itu, kepada mereka yang mengambil ubat hormon di minta untuk

berhenti pengambilan ubat tersebut dan dapatkan nasihat doktor untuk bantuan bagi

aspek fizikal jika perlu. Di samping itu, pandangan para ilmuwan juga perlu berkaitan
18

tubuh badan sama ada sesuai atau tidak untuk pergi menunaikan umrah dan haji

seterusnya dapat mengelakkan daripada timbul fitnah.

Pada masa sama, isu ini juga turut melibatkan pandangan daripada Mufti

Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Beliau menegaskan bahawa walaupun

ibadah haji dan umrah yang dilakukan oleh Sajjad sah kerana cukup syarat akan tetapi

beliau melakukan tiga kesalahan yang melanggar peraturan ditetapkan oleh Allah SWT,

tidak patuh dan taat kepada Allah serta tidak mengikut kepada fitrah yang ditetapkan

iaitu fitrah sebagai seorang lelaki.

Hasil mendapati bahawa kesemua ilmuwan agama menyatakan pendirian dan

hukum yang sama di mana walaupun ibadah tersebut sah akan tetapi berdosa hukumnya

kerana melanggar fitrah yang ditetapkan oleh Allah SWT. Sebagai manusia yang

berakal sempurna seharusnya kita sentiasa memuasabah diri untuk menjadi yang terbaik

bagi agama dan neegara. Perkara seperti ini tidak perlu berlaku supaya apabila kematian

tiba ia tidak akan menjadi satu perkara besar dan memalukan, bukan sahaja keluarga

malahan agama itu sendiri. (Isa et al., 2020)

PENUTUP

Dalam usaha menangani isu akhlak, perlu dinyatakan bahawa telah ada enakmen

dan tatacara jenayah syariah yang mempunyai peruntukan berkaitan kesalahan lelaki

berpakaian wanita atau menyerupai wanita (tasyabbuh) bagi menangani aduan, siasatan,

tangkapan, prosedur sehinggalah kepada tatacara pendakwaan dan perbicaraan, namun

ia dalam bentuk dan bahasa undang-undang yang teknikal dan panjang yang perlu

diperhalusi dan ditambahbaik. Justeru untuk memudahkan operasi dan pemahaman


19

tatacara dan prosedur, satu Standard Operating Procedure (SOP) memang diperlukan

bagi menghalusi lagi langkah-langkah penguatkuasaan dan pendakwaan.

Usaha-usaha penyeragaman perundangan Syariah perlulah diberi perhatian

serius oleh pihak kerajaan bagi memudahkan pelaksanaan undang-undang tersebut di

setiap negeri dan juga mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat. Tafsiran kesalahan-

kesalahan dalam agama Islam perlu difahami, diperhalusi dan diperluas maksudnya

bukan hanya setakat melanggar ‘rukun-rukun Islam’ seperti tidak menunaikan solat dan

tidak berpuasa sahaja misalnya tetapi juga melibatkan segala kesalahan terhadap

‘perintah agama Islam’ yang meliputi akidah, syariah dan akhlak Islamiah. Seharusnya

pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk

memberikan bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah terutamanya

dalam perkara jenayah termasuk penyeragaman peruntukan dan hukuman terhadap

kesalahan jenayah syariah perlulah disokong dan dilaksanakan.

Akhir sekali, kesalahan lelaki memakai pakaian wanita atau menyerupai wanita

(tasyabbuh) adalah merupakan satu kesalahan jenayah syariah yang mendapat perhatian

masyarakat bilamana ianya melibatkan golongan transgender. Isu-isu yang berkaitan

dengan kesalahan yang sering dikaitkan dengan golongan transgender ini perlulah

ditangani sebaik mungkin kerana ia melibatkan kesucian dan keselamatan agama Islam

dan negara. Cadangan-cadangan yang diutarakan sememangnya memerlukan perhatian

untuk dilaksanakan sebaik mungkin oleh pelbagai pihak yang berkepentingan.


20

RUJUKAN

Isa, N. I., A Kadir, N. A., & Hasan, A. M. (2020). PROSIDING SEMINAR FALSAFAH

SAINS DAN KETAMADUNAN - Permasalahan Ibadah Haji dan Umrah dalam

Kalangan Transgender. 2(2), 1-6

https://www.researchgate.net/publication/342747252

Kambol, R. (2020). KESALAHAN LELAKI BERPAKAIAN WANITA ATAU

MENYERUPAI WANITA (TASYABBUH): ISU DAN CADANGAN

PENYELESAIAN. Journal of Law & Governance, 3(1), 113–126.

http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JLG

Mahmud, A. T. (2015). JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM - Kes Kecelaruan Jantina

(Khunsa): Satu Analisis Dari Sudut Syarak dan Perubatan. 27, 77–97.

Shahabudin, R., & Ab Ghani, A. (2015). PERLAKSANAAN HAJI DAN UMRAH BAGI

GOLONGAN KHUNTHA DAN MUKHANNATH. Jurnal Fiqh, 12, 79–94.

http://www.nlm.nih.gov/

Muhammad Soulhiey Zeckry. (2022). MEMAHAMI APA ITU KHUNSA DAN

MUKHANNAS

http://zeckry.net/2022/08/06/memahami-apa-itu-khunsa-

%D8%AE%D9%8F%D9%86%D9%92%D8%AB%D9%8E%D9%89-dan-

mukhannas-

%D9%85%D9%8F%D8%AE%D9%8E%D9%86%D9%91%D9%8E%D8%AB/

Anda mungkin juga menyukai