Anda di halaman 1dari 79

Madinah

8H

Bir Ali

447KM

Mina

3H
Jeddah 75KM
18-28 H

7KM 3-4H

6.9KM
1M Muzdalifah 8KM


1/79

21.9KM

1 H

Arafah

Hilton Hospital Ajiyd

Dar Tawhid Jabal Qubais Bukit Safa

Maulid Nabi

Bukit Marwah

Masjid Kucing

Ibu Pejabat TH

Maala

2/79

Marwah

Babus Salam

Safa

Hilton

3/79

NAMA-NAMA MAKKAH
1. MAKKAH Surah Al-Fath, ayat : 24. Makkah bermaksud : Membinasakan atau mengurangkan, ini kerana Makkah mengurang atau menghapuskan dosa orang yang datang kepadanya, atau membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Makkah. 2. BAKKAH Surah Ali-Imran, ayat : 96. Maksudnya : Sesungguhnya rumah yang mula - mula dibangunkan (tempat beribadat) manusia ialah di Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia seluruh alam Bakkah bermaksud : Memecah, mencarik atau menunduk. Dinamakan Bakkah kerana terlalu ramai manusia datang kepadanya, menyebabkan orang bersesak-sesak. Makkah menundukkan dan menghancurkan orang yang zalim.

Ada 4 pendapat mengenai nama Bakkah : 1. Nama keseluruhan Tanah Haram. 2. Nama kepada tapak Kabah. 3. Nama kepada Kabah dan Masjidil Haram. 4. Nama tempat antara dua bukit disekeliling Kaabah.
4/79

3. UMMUL QURA Surah Al-Anam, ayat : 92 dan as-Syura, ayat : 70. Maksudnya : Dan ini (Al-Quran) adalah kitab yang telah kami turunkan yang berkati, membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Makkah) dan orang-orang yang diluar lingkungannya... maksudnya : Demikianlah kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab supaya kami memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) disekelilingnya serta memberi peringatan (pula) tentang hari berkumpulan (qiamat) yang tidak ada keraguan padanya As-Syura,ayat : 70. Ummul Qura Bermaksud : Ibu kampung (kota) kerana : Bumi dibentangkan kejadian dari bawah nya. Makkah menjadi pusat bumi dan berada ditengah-tengah dunia. Semua bumi yang kering berada disekelilingnya, semua sudut dapat menghadap dengan betul kearahnya untuk bersolat. Merupakan qiblat yang mesti dihadapkan kepadanya. Negeri yang paling lama dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam
5/79

4. AL-BALAD Surah Al-Balad, ayat 1,2 Maksudnya : Aku benar- benar bersumpah dengan kota ini (Makkah), dan kamu (Muhammad) bertempat di Kota Makkah ini. Al- Balad, ayat : 12. Al-Balad bermaksud : Negeri iaitu Makkah

5. AL-BALDAH Surah An-Naml, ayat :9 Bermaksud : Negeri Makkah.


6. HARAMAN AAMINA Surah Al-Qasas, ayat : 57. Bermaksud : Dan mereka berkata : Jika kami mengikuti pertunjuk bersama kamu, nescaya kami akan diusir dari negeri kami. Dan apakah kami tidak meneguhkan kedudukan mereka dalam Daerah Haram (Tanah Suci) yang aman, yang didatangkan ketempat itu buah-buahan dari segala macam (tumbuh-tumbuh) untuk menjadi rezeki (bagimu) dari sisi kami? Tetapi kebanyakkan mereka tidak mengetahui.

Haraman Aamina Bermaksud : Tanah Haram yang aman. Orang yang merasai takut akan berlindung didalamnya .keamanan juga dirasai oleh binatang dan tumbuh-tumbuhan.
6/79

7. MAAD Surah Al-Qasas, ayat : 4. Bermaksud tempat kembali, kembalinya Rasulullah saw ke Makkah pada Tahun 8 Hijrah.

8. AL-QARYAH Surah An-Nahli, ayat 112 dan Surah Muhd. ayat 13. Bermaksud : Dan Allah telah membuat satu perumpamaan (dengan) sesebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezeki yang datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah, kerana itu Allah merasakan kepada mereka, pakaian, kelaparan dan ketakutan, disebabkan yang selalu mereka perbuat-Surah an-Nahli, ayat : 112.
Bermaksud : Dan betapa banyaknya negeri-negeri yang (penduduknya) lebih kuat dari (penduduk) negerimu (Muhammad) yang telah mengusirmu itu. Kami telah membinasakan mereka maka tidak ada seorang penolong pun dari mereka Muhammad : 13.

7/79

9. AL-MASJIDIL HARAM Surah Al-Baraqah, ayat : 127 Bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar- dasar Baitullah bersama Ismail (sambil berdoa) : Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), Sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.-Al-Baraqah, ayat :127. Disebut dalam Al-Quran pada 15 tempat : Lafaz Masjid Haram dimaksudkan dengan beberapa tempat seperti :
1. Masjidil Haram dan sekitarnya, 2. Makkah seluruhnya 3. Seluruh Tanah Haram, Syeikh Badruddin Az-Zarkashi menyebut dengan 30 nama pada Makkah.

8/79

9/79

SEMPADAN TANAH HARAM MAKKAH Tanah Haram Makkah ialah jarak yang melingkungi Masjidil Haram dari segenap penjuru.
Allah menjadikan hukum Tanah Haram sama dengan Makkah sebagai memuliakannya diharam dan ditentukan oleh Allah semenjak dijadikan bumi sehingga ke hari kiamat.

Orang yang pertama dikatakan membuat tanda sempadan Tanah Haram ialah Nabi Ibrahim A.S berpandukan pertunjuk dari Jibril A.S dan selepas pembukaan Kota Makkah Nabi SAW melantik Tamim bin Asad Al-Khuzai memperbaharui tanda sempadan Tanah Haram. Selepas itu Khalifah dan pemerintah Makkah sentiasa memperbaharui tanda Tanah Haram disetiap penjuru termasuk di atas bukit dan lembah yang rendah.
Ada yang telah rosak digantikan dengan yang baru, bilangan sehingga 934 tanda.
10/79

KAWASAN TANAH HARAM Kawasan Tanah Haram Makkah panjangnya 127 km dan keluasannya 550 km persegi dan 300 meter persegi.
Anggaran jarak diantara Masjidil Haram dengan beberapa sempadan Tanah Haram dan jarak ini sentiasa berubah mungkin disebabkan faktor perubahan jalan atau ikhtilaf dalam menentukan ukuran, zaman dahulu digunakan mile hasta sekarang meter dan kilometer. At-Tanem : iaitu jalan keluar menuju Madinah, ia terletak berhampiran Masjid Saidatina Aishah R.H Jaraknya 7.5 km. Adhaat Libn : sekarang dikenali Uqaisyiah jalan menuju ke arahYamen. Jaraknya 16 km. Asy-SyaraI : terletak dijalan menuju ke Masjid Jiranah. Jaraknya 16 km. Al-Hudaibiyyah : iaitu jalan lama menuju ke Jeddah juga disebut AsySyumaisi. Jaraknya 22 km. Jabal Namirah : (Zat As-Sulaim), jaraknya 22 km ikut jalanraya dan 15 km jalan lurus ikut laluan pejalan kaki.
11/79

12/79

Zaman Nabi Ibrahim Ahli sejarah menyebut Kabah dibina semenjak zaman sebelum Nabi Adam.

Sejarah Makkah ialah dengan bermulanya kedatangan Nabi Allah Ibrahim bersama isteri dan anaknya Ismail. Kawasan sekitar Makkah dihuni oleh Kabilah Amaliqah. Setelah Hajar dan Ismail tinggal di Makkah datang pula kabilah Jurhum tinggal bersama mereka. Setelah Ismail wafat anaknya Tsabit mengambil alih pemerintahan Makkah sehinggalah sampai kepada cucunya Mudhad bin Amru Al- Jurhumi.
Penduduk Makkah ketika itu terbahagi kepada dua puak iaitu Jurhum yang tinggal di Jabal Hindi dan puak Amaliqah pula tinggal dikawasan Misfalah dan Ajiyad . Mereka sentiasa berperang dan akhirnya dimenangi oleh puak jurhum. Puak Jurhum memerintah selama dua abad. Semasa tersebut banyak berlaku maksiat di Makkah seperti kecurian dan perzinaan (Asaf dan Nailah dalam Baitullah).
13/79

Makkah didatangi pula oleh kabilah Khuzaah anak cucu Al- Qaththani daripada Yaman yang lari dari banjir Al-Aram. Di Makkah mereka berperang pula dengan puak Jurhum akhirnya kabilah Khuzaah menang dan mereka memerintah pula Makkah dibawa kepimpinan Amru bin Luhai Al-Khuzai.

Bandar Makkah bertambah maju. Beliau memberi makan dan berbagai kemudahan kepada jemaah haji. Beliaulah merupakan orang yang pertama mengubah ajaran Nabi Ibrahim dengan membawa masuk berhala ke Makkah yang dibawa dari Syam dan meletakkannya di dalam Ka abah serta menyeru penduduk Makkah untuk menyembahnya. Amru bin Luhai memerintah Makkah selama 500 tahun hinggalah berakhir kepada Halil bin Habshah. Qusai bin Qilab berkahwin dengan anak Halil Selepas itu beralihlah pemerintahan Makkah kepada kaum Quraisy sehinggalah kepada Abdul Mutalib datuk Nabi saw dan seterusnya.
14/79

Penjuru Yamani Penjuru Hajar Aswad

Penjuru Syami Penjuru Iraqi Pancur Emas

Hijir Ismail

Pintu Baitullah

Maqam Ibrahim

15/79

PEMBINAAN Binaan Pertama Binaan Kedua Binaan Ketiga Binaan Keempat Binaan Kelima Binaan Keenam Binaan Ketujuh Binaan Kelapan Binaan Kelapan Binaan Kesembilan Binaan Kesepuluh

: Oleh Malaikat : Oleh Nabi Adam : Oleh Shith bin Adam : Oleh Nabi Ibrahim dan Ismail : Oleh Kaum Amaliqah : Kaum Jurhum : Qusai bin Kilab (Datuk Nabi) : Binaan Quraisy : Abdullah bin Zubair : Sultan Murad Khan ke 4 : Kerajaan Arab Saudi : 14 meter : 12.84 meter : 11.28 meter : 12.11 meter : 11.52 meter

UKURAN BAITULLAH Tinggi Baitullah Dari Rukun Hajar Asawad ke Rukun Iraqi Dari Rukun Iraqi ke Rukun Syami Dari Rukun Syami ke Rukun Yamani Dari Rukun Yamani ke Hajar Aswad

16/79

Pintu Kabah Dizaman Nabi Ibrahim terdapat dua pintu, pintunya menyentuh lantai, pintu timur untuk masuk dan pintu barat untuk keluar, ianya terletak diatas tanah, dua pintu ini berupa lubang masuk tanpa daun pintu.

Di Zaman Raja Asad Tubba 3 Salah seorang Raja Yamen telah membuat daun pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Setelah Quraish membina Kabah mereka telah mengangkat nya dari aras tanah dan menutup pintu dari arah barat.
Pintu Kabah hari ini terletak 2 meter dari aras tanah, disaluti dengan emas dan perak dan dibuat pada tahun 1399 H, emas 280 kg, berharga SR 13,420,000.00 Pintunya akan dibuka untuk membasuh dalam Kabah dan akan dicuci oleh Khadimul Haramain atau wakilnya dan orang-orang kenamaan menggunakan air zamzam. Penyapu khas yang dibuat dari daun tamar akan digunakan untuk membasuh dinding Kabah, kemudian akan direnjis kan dengan minyak wangi. Ianya juga dibuka jika ada tetamu pembesar Negara Islam lain yang ingin memasuki Kabah. Cucian ini dilakukan setahun sekali pada dan dimasa itu juga ditukar dengan Kiswah (Kelambu) yang baru.
17/79

Tiang Kabah

Sewaktu Quraish membina Kabah mereka telah menutupnya dengan atap dan disokong dengan 6 batang tiang dalam 2 baris, setiap baris ada 3 batang tiang.
Selepas itu ketika pembinaan Ibnu Zubir beliau telah menjadikan 3 batang tiang dari kayu untuk menungkat atapnya, jarak antara satu tiang dengan yang lainnya ialah 2.35 meter, disebelah kanan pintunya pula disediakan tangga untuk naik kebumbung (atap).

18/79

Dua pendapat yang masyhur Pendapat Pertama: Al-Hatim tempatnya ialah antara Hajar Aswad, Hijir Ismail, Telaga Zamzam dan juga Maqam Ibrahim. Kata Ibnu Juraij Maksud Al-Hatim ialah pecah dan rosak kerana orang jahiliyyah bersumpah dan berdoa ditempat itu dan doa mereka terutamanya doa orang yang dizalimi. Dinamakan juga kerana orang bersesak-sesak berdoa disitu. Pendapat Kedua: Daripada Ibnu Abbas dinamakan Al-Hatim kerana tempat itu diruntuhkan daripada kabah.Kabah dibina tinggi pada zaman Quraisy dan Hijir Ismail dikeluarkan darinya. Dinamakan juga sedemikian kerana orang Arab meninggalkan pakaian disitu hingga rosak.

19/79

Keterangannya: Ia merupakan saluran untuk air keluar daripada bumbung kabah. Mizab ini disalut dengan emas. Sebagaimana yang disebut tempat ini termasuk di antara tempat yang mustajab berdoa.

20/79

Keterangannya:

Bingkai dibahagian lantai Kabah yang berbentuk melengkung. Binaan ini dibuat pada 3 penjuru dan tidak termasuk kawasan Hijir Ismail. Tingginya 13 sentimeter dan lebarnya pula 45 sentimeter.
Syazarwan berasal daripada dinding Kabah ketika ianya dibina zaman Nabi Ibrahim. Apabila Quraisy kekurangan belanja mereka telah mengurangkan keluasan asas dinding Kabah bermula dari tapaknya di atas tanah. Mengikut pendapat Mazhab As-Syafie, Maliki dan Hambali Syazarwan termasuk Kabah. Manakala berkata mazhab Hanafi Syazarwan tidak termasuk Kabah.
21/79

Sejarahnya

Pada awalnya kuasa mengawal, membuka dan menutup pintu kabah oleh Nabi Ismail, dan bersilih ganti bertukar tangan hingga Datuk Nabi Qusai bin Kilab. Setelah pembukaan kota Makkah pada 8H , Nabi saw menyerah kunci kuasa dan kunci Kabah diserahkan kepada Usman bin Talhah (Bani Talhah). Selepas kewafatan Usman kunci tersebut diserahkan kepada sepupunya Syaibah. Kemudian anak-anak Syaibah mewarisi turun menurun sehingga sekarang dan sampai hari kiamat . Mereka ini dikenali sebagai Asy-Syaibiyyin. Kunci Kabah panjangnya 40 sentimeter.

22/79

Sejarahnya

Kelambu Kabah iaitu kain hitam atau Kelambu yang menutupi empat segi dinding Kabah. Diriwayatkan orang yang pertama membuat Kiswah ialah Nabi Ismail.
Kiswah ditenun di sebuah kilang khas di Ummul Jud Makkah. Kiswah ditukar pada setiap tahun pada pagi 9 Zulhijjah. Perbelanjaan untuk menyiapkannya menelan belanja 17 juta Riyal Saudi. Di Kilang ini juga tulisan khat ayat Al-Quran di Kabah juga dibuat sebagai hadiah kepada tetamu-tetamu kerajaan.

23/79

Hajar Aswad

24/79

Sejarah Hajar Aswad

Batu yang dibawa oleh Jibrail untuk Nabi Ibrahim untik dipasang pada Kabah sebagai tanda permulaan tawaf.
Pada zaman banjir Nabi Nuh Allah swt telah menyimpan batu tersebut di bukit Abi Qubais. Pada zaman Quraisy berlaku perbelahan mengenai siapa yang berhak memasang Hajar Aswad pada Kabah, akhirnya Nabi saw telah diberi penghurmatan untuk memasangkannya.

Hajar Aswad asalnya adalah sebiji batu sahaja, tetapi sekarang telah pecah menjadi 8 kepingan dengan dilingkungi sebuah penutup yang diperbuat daripada perak.
Warnanya Batu Hajar Aswad diturunkan dari syurga. Warnanya lebih putih daripada susu. Maka dosa anak anak-anak Adam yang telah menjadikannya hitam maksud Hadis Riwayat Attirmizi.
25/79

Kelebihan Hajar Aswad

1. Berasal dari batu syurga: Sabda Nabi saw maksudnya Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim merupakan dua biji batu daripada syurga. Allah telah menghilangkan cahaya keduaduanya. Jika tidak, nescaya cahaya kedua-duanya akan menerangi di antara timur dan barat.
2. Hajar Aswad mendapat kelebihan: Kedudukannya berada dipenjuru rumah Allah dan pernah dikucup oleh semua Nabi-nabi termasuk Nabi saw sebagai ibarat tempat pertemuan bibir para nabi, orang soleh, para jemaah haji dan umrah di sepanjang zaman. 3. Hajar Aswad sebagai saksi: Sabda Rasulullah saw Demi Allah, Allah swt akan membangkitkan pada hari kiamat kelak, baginya dua mata. Dia akan melihat dengannya. Bagi nya lidah yang dia akan berkata-kata dengannya, menjadi saksi kepada siapa yang telah mengusapnya dengan kebenaran
26/79

Sejarahnya

Maqam dari segi bahasa ialah tempat berdiri atau berpijak. Tempat batu yang dipijak oleh Nabi Ibrahim ketika membina Kabah bersama Ismail. Setiap kali bangunan bertambah tinggi, batu (maqam) tersebut ikut Naik. Di atas batu ini Nabi Allah Ibrahim menyeru manusia mengerjakan haji.

27/79

Kelebihan Maqam Ibrahim: 1. Dijadikan tempat solat Dan ingatlah ketika kami jadikan Baitullah tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian Maqam Ibrahim tempat solat (Al-Baqarah:125) 2. Solat sunat tawaf di Maqam Ibrahim. Rasullullah saw lalu ke Maqam Ibrahim dam membaca Dan jadikanlah Maqam Ibrahim sebagai tempat solat 3. Maqam Ibrahim merupakan batu dari syurga. Sesungguhnya Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim merupakan batu-batan dari syurga(Riwayat : Attirmizi) 4. Tempat dikabulkan doa. Menurut pendapat Hasan Al-Basri dan ulamaulama lain bahawa berdoa dibelakang Maqam Ibrahim adalah amat mustajab. 5. Maqam Ibrahim adalah bukti nyata tentang kekuasaan Allah swt dan mukjizat Nabi Ibrahim yang kekal hingga hari ini yang telah dizahirkan melalui batu ini.
28/79

Tempat minum air zamzam

29/79

Sejarah

Telaga zamzam bermula sejarah penghijrahan Siti Hajar bersama anaknya Ismail ke Makkah.
Setelah ditinggalkan Siti Hajar dan Ismail di Makkah , Siti Hajar terpaksa mencari air untuk anaknya Ismail yang dahaga kerana bekalan yang sedia ada sudah kehabisan.Siti Hajar berlari antara bukit safa dan marwah untuk mencari air,akhirnya beliau melihat malaikat sedang menggali tanah dengan sayapnya sehingga air mengalir keluar dari tempat itu.Siti Hajar mula membuat batas dengan tangannya di sekeliling mata air tersebut dan mengisi bekas airnya dengan yang mula mengalir itu. Beberapa nama tenang zamzam antaranya : Zamzam, Barakah, Mubarakah, Barrah, Busyra, Syifa Suqmin, Sofiyah, dan lain-lain lagi.

30/79

Kelebihan: 1. Air zamzam air yang terbaik boleh meyembuhkan penyakit dan juga mengenyangkan (dengan izin Allah). Abu Zar datang ke Makkah untuk memeluk Islam dan tinggal di Makkah selama 30 hari dan kenyang hanya dengan minum air zamzam sahaja. Rasullullah saw bersabda Sesungguhnya Zamzam merupakan air yang diberkati. Sesunggunya ia mengandungi zat makanan (merasakan kenyang). 2. Air zamzam menyempurnakan hasrat peminumnya (dengan izin Allah). 3. Air zamzam dikurniakan Allah swt hasil doa Nabi Ibrahim. 4. Air zamzam tanda kekuasaan Allah di Tanah Haram. 5. Telaga Zamzam muncul melalui perantaran Jibril. 6. Air zamzam, air yang dipilih untuk membersih hati Rasullullah saw. 7. Banyak minum air zamzam tanda keimanan dan tanda kebebasan sifat munafiq (orang munafiq tidak suka air zamzam). 8. Air zamzam sebaik-baik buah tangan. 9. Air zamzam tidak akan kering walaupun ramai yang mengambilnya.

31/79

Adab minum 1. Menghadap Qiblat. 2. Minum dengan 3 kali nafas, iaitu dengan tiga kali teguk. 3. Mambaca Bismillah setiap kali meminumnya. 4. Memuji Allah dengan menyebut Alhamdulillah pada setiap nafas. 5. Minum dengan tangan kanan. 6. Berdoa setelah selesai meminum air.


Ya Allah aku mohon kepada Mu ilmu yang bermanfat , rezeki yang luas dan kesembuhan daripada semua penyakit. Pendapat Ulama Ulama Mazhab Hanafi berkata sunat minum berdiri. Ulama Mazhab Maliki dan Hambali berkata harus minum berdiri. Ulama Asy-Syafi iyyah sunat minum sambil duduk.
32/79

33/79

34/79

1. Bukit yang disyariatkan supaya sa ie.

2. Tempat Nabi Berdakwah: Di atas Bukit ini Nabi menyeru kepada qaum quraisy supaya beriman kepada Allah dan hari Qiamat serta mengingatkan mereka akan api neraka. Nabi saw naik atas bukit Safa dan berseru Wahai Bani Fihr, Bani Adii sehingga mereka berkumpul. Yang hadir termasuk Abu Lahab.
3. Quarisy Minta Bukit Safa Jadi Emas : Quraisy menyeru Nabi supaya minta kepada Tuhan jadikan Bukit Safa Emas. Barulah kami mahu beriman .

4. Bukit dimana Abu Jahal Menyakiti Nabi : Abu Jahal mencerca Nabi saw memukul dengan batu sehinmgga berdarah. Apabila Hamzah Bin Abu Talib mengetahui, maka dipukul Abu Jahal,kemudian Abu Jahal memeluk Islam. 5. Safa tempat pertemuan pemimpin tentera selepas menawan Kota makkah.

35/79

6. Nabi saw mengistiharkan keamanan kepada penduduk Makkah kepada sesiapa yang memasuki rumah Abu Sufian ,meninggalkan senjatanya, memasuki rumah dan menutup pintu. 7. Penyaksian beriman : Orang yang pernah menyakiti Nabi saw berbaiah serta beriman. Begitu juga Hindun Binti Utbah, isteri Abu Sufian datang dan menyamar diri bersama kumpulannya takut Nabi kenal dan akan menghukumnya kerana menyiksa bapa saudara Nabi Saidina Hamzah ketika Perang Uhud. 8. Nabi mengajar mereka : - Jangan menyekutu Allah. - Jangan mencuri. - Jangan berzina. - Jangan membunuh. - Jangan menyebar fitnah dan berita palsu.

36/79

Bukit Marwah adalah sebuah bukit kecil.


Bukit ini menjadi tanda tempat berakhirnya sa ie. Inilah bukit kedua tempat Siti Hajar berlari-lari untuk mencari air sebelum ada telaga Zamzam.

37/79

Dahulu

38/79

Sekarang

39/79

Kedudukannnya berhadapan dengan Bukit Sofa dan Masjidil Haram. Tinggi dari atas laut ialah 420 m dan dari atas tanah 120 Meter. Sebab dinamakannya Jabal Qubais ialah menurut Al-Azraqi kerana Abi Qubais merupakan orang pertama yang membina bangunan diatasnya. Ibnu Abbas berkata Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : Bumi yang pertama dicipta adalah tapak Kaabah kemudian dilebarkan kawasan disekelilingnya, manakala bukit yang pertama dicipta adalah Bukit Abi Qubais.
Pada zaman jahilliah, bukit ini dikenali dengan nama al-Amin (pemegang amanah) kerana Hajarul Aswad disimpan di atasnya ketika berlaku taufan dan banjir pada zaman Nabi Nuh as. Setelah Nabi Ibrahim membina Kaabah, Mailakat Jibril mengeluarkannya. Diantara keistimewaannya : - Ia adalah Bukit pertama diciptakan oleh Allah SWT. - Kedudukannya yang berhadapan dengan Kaabah. - Hajaratul Aswad pernah disimpan diatasnya. - Berlakunya satu mukjizat bulan terbelah dua, sebelah di atas Bukit Abi Qubais dan sebelah lagi di atas Bukit Quaiqian.
40/79

41/79

Lokasi Terletak di tepi al-Hujun, sebelah kiri jalan menuju ke perkuburan Maala. Masjid ini dibina di tempat Rasulullah SAW melukis satu lingkaran yang dibuat sekeliling sahabatnya Abdullah bin Masud yang diajak bersamanya ke situ untuk bertemu dengan sekumpualn jin. Masjid ini juga dikenali juga dengan nama Masjid al-Haras. Riwayat dari Abdullah bin Masud : Rasulullah SAW mengerjakan solat Isya. Setelah selesai solat baginda keluar dari Masjidil Haram dan memegang tanganku dan membawaku sehingga sampai ke satu tanah lapang dan rata. Baginda menyuruhku duduk dan beliau terus melukis garisan disekelilingku sambil berpesan : Jangan kamu keluar dari garisan ini, jika keluar daripadanya maka kecelakaan akan menimpa kamu nanti. Pada akhir malamnya baginda kembali kepadaku sedangkan aku masih dalam garisan tersebut. Baginda SAW telah menyatakan, Orang-orang ini telah menyusahkan aku pada malam ini. Kemudian baginda telah masuk dalam garisan itu serta meletakkan kepalanya diatas peha aku dan tertidur, apabila terlena bunyi nafasnya dapat didengar.
42/79

43/79

Ahli-ahli sejarah seperti al-Azraqi, al-Faqihi dan Ibnu al-Jauzi berpendapat bahawa masjid ini terletak berhadapan dengan masjid Jin. Sejarahnya terjadi satu peristiwa mukjizat tentang sebatang pokok yang tercabut dari bumi dengan akar-akarnya sekali dan datang menghadap Rasulullah SAW setelah dipanggil oleh baginda SAW. Kemudian baginda memerintahkan kepada pokok tersebut kembali semula ketempat asalnya dan ia pun menurut perintah. Al-Fikihi pula meriwayatkan bahawa peristiwa ini berlaku ketika Rasulullah SAW sedang berada di Masjid Jin, di mana jin meminta bukti daripada baginda tentang kebenaran risalahnya, maka Rasulullah lalu memanggil pokok tersebut, lalu pokok itu pun datang dengan akar- akarnya dan mengucap dua kalimah shahadah, kemudian baginda memerintahkan supaya kembali semula ke tampat asalnya. Setelah terjadi mukjizat ini, maka para kumpulan jin di situ pun masuk Islam dan berbaiah (sumpah setia) dengan Rasulullah SAW.

44/79

45/79

Masjid ini dinamakan Masjid Ar- Rayyah, terletak di kawasan Ghazzah Makkah Al Mukarramah. Imam al-Bukhari rahimahullah meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya benderanya dipacakkan di Hujun. Kemudian Abdullah bin Abbas telah membina masjid di tempat tersebut yang sekarang dikenali sebagai Masjid ar-Rayyah.

Masjid ini dikenali dikalangan jemaah haji Malaysia sebagai Masjid Kucing tidak ada maklumat yang tepat diperolehi hingga hari ini sebab dinamakan Masjid Kucing.
Hanya dakwaan mengatakan tempat tersebut banyak kucing-kucing yang dipelihara oleh Abu Hurairah di situ, sehingga ketika Rasulullah SAW meletakkan serbannya disitu dan ada kucing masuk dan tidur didalam serbannya Wallahu waalam.

46/79

47/79

Menurut Ibnu Qayyim lembah Muhassir ialah tempat dimana tempat berlaku tentera bergajah Raja Abrahah yang sedang dalam perjalanan untuk menyerang Ka abah t elah diserang oleh burung-burung Ababil dengan batu-batu, akibatnya mereka semua hancur. Peristiwa ini berlaku pada tahun 571 M sebelum kelahiran Nabi saw. Kisah ini dirakamkan oleh Allah swt dalam surah al Fil .
Kawasan ini terletak diantara antara Muzdalifah dan Mina. Tempat ini sunat bagi jemaah berjalan laju kerana ia merupakan kawasan azab yang diturunkan Allah swt kepada tentera Abrahah. Pendapat Al-Imam Nawawi berkata : Mengikut sunnah Nabi SAW di sunatkan berjalan cepat ketika melintasi tempat ini, kerana Wadi Muhassir Ini ialah tempat wuquf bagi Kaum Nasrani (Kristian), maka kita disunatkan menyalahi mereka. Al-Majmu : 81/83.

48/79

49/79

Maulid Nabi Muhammad bermaksud tempat kelahiran Nabi saw . Sekarang Tempat tersebut telah dijadikan sebagai perpustakaan umum. Dulu tempat tersebut dibangunkan masjid oleh al-Khaizuran iaitu dari ibu kepada Khalifah Harun al-Rashid semasa pemerintahan Abbasiah. Kemudian telah dirobohkan dan dibangunkan perpustakaan oleh Syeikh Abbas Qathhhan pada tahun 1370 Hijrah/1950
50/79

51/79

Sebuah perkuburan besar yang terletak di Hujun . Disinilah disemadinya isteri Rasulullah SAW, Khadidah Khuwailid. Sejak tahun 2003M, tempat ini dikhaskan kepada penduduk Makkah sahaja dikebumikan disini, bagi jemaah haji dan umrah yang meninggal dunia akan dikebumikan di Syaraii, kawasan perkuburan jalan menuju ke Jiranah lebih kurang 15km dari Makkah tetapi kawasan ini masih lagi dalam kawasan Tanah Haram.

52/79

53/79

54/79

Keistimewaan Gua ini (Gua Hira): Allah Taala telah memilihnya sebagai tempat Rasulullah SAW beribadat dan sehingga wahyu yang pertama diturunkan di bukit ini ketika Baginda SAW berada didalam gua ini.

Ayat yang pertama juga wahyu yang pertama diturunkan disini, berkaitan dengan ilmu dan keimanan terhadap Allah SWT. Ayat 1-5, suratul Alaq
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa : Rasulullah SAW berada di atas batu di Hira bersama Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Abu Talhah dan Zubir apabila batu tersebut bergerak, lalu Rasulullah berkata : Tetaplah wahai batu, kerana dia atas engkau adalah Rasulullah dan As Siddiq atau Asy-Syahid. Sohih Muslim No. 2417 dan Fathul Bari 7/47

55/79

Jabal Nur juga dipanggil Jabal Hira. Ketinggiannya dari tanah rata lebih kurang 281 km. Untuk sampai ke kemuncaknya mengambil masa 1 jam secara berjalan kaki.
Di gua inilah Rasulullah SAW selalu mengasingkan diri dengan beribadat mengikut syariat datuknya Nabi AlIah Ibrahim as , sebelum dilantik menjadi Rasul. Pintunya menghadap ke arah utara, jika kita berada disini akan melihat Kaabah. Untuk sampai ke gua ini terpaksa menyusup, atau mengiringkan badan melepasi dua batu yang lorongnya sekirakiranya 60 cm. Gua ini tidak begitu besar panjangnya lebih kurang 3m dan lebarnya tidak sama, paling lebar 1.3m, ketinggiannya 2m , boleh memuatkan untuk dua orang solat, dibahagian kanan gua ini ada satu batu hamparan yang boleh seorang solat secara duduk.

56/79

57/79

58/79

Keisitmewaan Gua ini : Ianya terletak ditengah-tengah Makkah, kira- kira 4 km dari selatan Masjidil Haram. Tingginya lebih kurang 458 m, untuk mendaki sampai keatas mengambil masa antara 1 - 2 jam. Sekarang kawasan bukit ini dikenali Hayyu Al-Hijrah di kawasan Kudai. Sejarahnya : Bukit ini merupakan tempat di mana Rasulullah SAW dan sahabatnya, Abu Bakar As-Siddiq bersembunyi ketika mereka dalam perjalanan hijrah ke Madinah Al-Munawarah, mereka bersembunyi dalam sebuah dari beberapa buah gua di atas bukit ini.
Selama 3 hari berada dalam gua, mereka telah mendapat makanan yang dibawa oleh Asma bt. Abu Bakar dan berita oleh Abdullah bin Abu Bakar. Setelah 3 hari mereka keluar meneruskan perjalanan ke Madinah dengan menaiki dua ekor unta yang dibawa oleh Abdullah bin Uraiqit atas arahan Abu Bakar. (ketika itu Abdullah belum memeluk Islam lagi, tetapi orang dipercayai Abu Bakar).

59/79

60/79

Masjid ini dikenali juga dengan Masjid Bai ah ar-Ridhwan terletak 24 km dari Masjidil Haram dan 2 km diluar sempadan Tanah Haram Makkah. Ia juga dikenali dengan nama Asy-Syumaisi, asal nama sebuah telaga.

Kawasan ini merupakan tempat para sahabat melakukan bai ah (janji setia) kepada Rasulullah SAW untuk memerangi orang-orang kafir Quraisy pada tahun ke 6 Hijrah,
Tempat tersebut asalnya ada sepohon pokok dan sekarang didirikan masjid. Pohon pokok ini telah ditebang pada zaman Saidina Omar Al-Khatab.
Perjanjian ini Allah telah menyebutnya didalam Surah al-Fath, ayat :

10. Bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang (berbaiah) berjanji setia denganmu, sesungguhnya mereka berbaiah dengan Allah Taala.
61/79

62/79

Nama Jiranah diambil sempena seorang wanita yang terkenal dungunya (kebodohan) di daerah tersebut. Riwayat dari Ibnu Abbas mengatakan Surah An-Nahl, ayat : 92. Bermaksud : Dan janganlah kamu menjadi sebagaimana seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi bercerai berai kembali Sejarahnya : Rasulullah Saw pernah berhenti dikawasan ini untuk membahagikan tawanan perang dan harta rampasan perang Hawazin, ketika Nabi dalam perjalanan pulang daripada perang Hunain pada tahun 8 H Baginda juga berihram umrah di situ dan melaksanakan umrah dengan para sahabat yang lain.

Disini juga diturunkan ayat suci Al-Quran Surah Al-Baqarah, ayat : 196. Bermaksud : Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah

63/79

64/79

Masjid Tan im juga dikenali dengan nama Masjid Saidatina Asihah R.H.
Disini adalah tempat Saidatina Aishah melaksanakan umrahnya setelah disuruh oleh Baginda Rasulullah SAW pada Hajjatul Wada Tahun 9 Hijrah. Jarak Masjid ini dengan Masjidil Haram ialah 7.5 km dari utara Masjidil Haram dan letaknya pinggir jalan menuju ke Madinah, jalan ini dikenali dengan nama Tariq Hijrah (Jalan Hijrah).

Masjid ini merupakan sempadan tanah halal dan haram yang paling hampir dengan Bandaraya Makkah, ia terkenal dengan reka bentuk yang unik dan sebagai mercu tanda Makkah Al-Mukarramah.
Sejarah berhampiran Masjid Taniem : Pembunuhan Khubaib bin Adi. Lebih kurang 200 m dari masjid ini menuju ke arah utara jalan menuju ke Madinah, ditepi sebuah bukit dalam kawasan tanah halal, terdapat sebuah tempat dimana berlakunya satu peristiwa orang kafir Quraisy memalang (salib) seorang sabahat Nabi SAW yang bernama Khubaib bin Adi.

65/79

66/79

Kenapa dinamakan Arafah ? Pertama : Ialah kerana Adam dan Hawa dipertemuan dan saling kenal dan mengenali semula dibumi ini setelah terpisah sekian lama dari syurga. Adam yang diturunkan India dan Hawa di Jeddah. Kedua : Kerana disanalah tempat Jibril as mengajar Nabi Ibrahim as tentang manasik (amalan) haji, setelah selesai diterangkan amalan haji maka Jibril bertanya Arafta? bermaksud sudah kamu mengerti ?. Nabi Ibrahim menjawab Araftu! bermaksud Ya, saya tahu!. Ketiga : Mungkin juga kerana di situlah tempat manusia yang datang dari pelusuk dunia membawa dosa yang banyak dan mengakui kesalahan mereka kepada Allah. Jabal Rahmah Di Arafah: Jabal Rahmah sebuah bukit kecil yang terbentuk dari batu- batu besar yang pejal, terletak di timur Arafah diantara jalan No. 7 dan 8. Jaraknya dengan Masjid Namirah 1.5 km. Jumlah anak tangga untuk sampai kepuncaknya 168 buah. Puncaknya sangat luas dikelilingi oleh dinding setingga 57 cm. Ditengahnya terdapat satu tiang bersegi empat setinggi 8 meter dan lebarnya 1.8 meter setiap sisinya.
67/79

PERHATIAN : Banyak dikalangan para ulamak menyatakan tiada dalil khusus yang menyatakan kelebihan bukit ini, Ianya adalah sama sahaja dengan bumi Arafah yang lain, kerana itu tiada disyariatkan untuk kita naik keatasnya. Terdapat juga para jemaah terpaksa naik ke atas bukit untuk menunaikan hajat orang lain atau diri sendiri melambai - lambaikan sahabat, teman atau saudaranya supaya mereka boleh cepat sampai seru hadir menunaikan haji atau umrah, perkara ini tiada Syariat bahkan boleh ianya perbuatan bidaah.

68/79

69/79

Masjid Namirah Nama Masjid ini diambil dari nama bukit Namirah atau Namrah yang Terletak di bahagian barat Masjid, juga dikenali dengan nama Masjid Ibrahim Alaihis Salam. Pada hari Arafah, Rasulullah SAW berkhemah di Namirah, setelah gelincir matahari baginda berpindah ditengah lembah Uranah berkhutbah, menunaikan solat Zohor dan Asar secara Jama Taqim disitu. Selepas itu berpindah semula ketempat wuquf dipinggir Bukit Ila (Jabal Rahmah) di Arafah, apabila terbenam matahari Nabi s.a.w berangkat ke Muzdalifah.

Masjid Namirah sebahagian berada di Arafah dan sebahagiannya diluar Arafah (Lembah Uranah). Kenapa terjadi begini ? Kerana di awal pembinaan oleh Kerajaan Abasiyyah, Masjid ini didirikan ditempat Rasulullah SAW berkhutbah dan solat di lembah Uaranah yang bukan dari bumi Arafah,setelah berlaku pembesaran dibahagian belakang nya maka termasuklah ke dalam bumi Arafah. Bahagian dalam ada tanda yang ditunjukkan sempadan.Jika berwukuf di Masjid ini hendaklah dipasti kan berada di bahagian yang masuk dalam bumi Arafah.
70/79

71/79

MUZDALIFAH

72/79

Dipanggil Muzdalifah : - Kerana manusia mendatangi pada permulaan malam atau tengah malam. - Kerana manusia meninggalkannya secara serentak. - Kerana manusia berada berhampiran dengan Mina. - Juga dikatakan Adam dan Hawa berjumpa bermalam disitu. Bermalam di Muzdalifah bagi jemaah haji adalah wajib bagi pendapat AlImam As-Syafie, meninggalkan tanpa uzur syarie dikenakan dam. Maksud bermalam ialah dengan berada di bumi Muzdalifah sehingga melepasi tengah malam, walaupun melaluinya sahaja. Masjid Masyaril Haram

Terletak dijalan No. 5 Muzdalifah, dibina sebagai tanda tempat Rasulullah SAW, bermabit di Muzdalifah.

73/79

Jamratul Qubra (Aqabah)

Jamratul Wustha Jamratul Wustha Jamratul Wustha Jamratul Sugra (Ula) JamratulSugra (Ula)

74/79

AL SUGRA

AL WUSTA

AL KUBRA

75/79

Mina disebut juga sebagai Masyaril Haram yang terletak dalam kawasan Tanah Haram antara Makkah dengan Muzdalifah. Jarak dengan Makkah sekitar 7 km. Sejarah awalnya : Apabila Nabi Ibrahim as disuruh melaksanakan perintah Allah berkorban sesuatu yang ia paling sayangi, iaitu putranya Nabi Ismail as, maka dengan penuh keimanan dan ketaqwaan Nabi Ibrahim as melaksanakan perintah Allah ini walaupun dalam melaksanakannya ia diganggu oleh iblis ditepi bukit dan dilontar oleh Nabi Ibrahim akan iblis yang cuba mengganggunya. Tempat ini dikenali dengan nama Jamratul Aqabah. Sekarang dipanggil Jamratul Kubra.

Dinamakan Mina kerana juga Kerana banyak darah qurban (hadyu) yang ditumpahkan disitu. Tempat manusia berkumpul kerana disitulah juga berkumpulnya jemaah haji seluruh dunia.
Mina bermaksud cita-cita atau harapan. Kisah ketika malaikat Jibrail as hendak berpisah dengan Nabi Adam as di Mina ia telah bertanya apakah yang dihajatinya. Maka Nabi Adam as menyatakan Aku mengharapkan Syurga.
76/79

Hari-hari Mina : Hari Mina adalah hari yang besar dalam Islam, oleh itu hari pertama 10 Zulhijjah dinamakan Yaumun Nahar (Hari Qurban), Yaumu Aidil Adha dan Yaum Hajj Al-Akhbar. Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah pula dinamakan Yaumu Tasyriq, hari yang diharamkan puasa padanya. Selain dari itu ada nama lain padanya iaitu pada 11 dikenali dengan nama Yaum Al-Qarr. Hari 12 bermaksud Nafar Awwal hari para jemaah hari dibenarkan berangkat meninggalkan Mina pada hari 12 dan hari 13 pula dinamakan hari Nafar Thani. Kawasan Mina : Bermula daripada Wadi Muhassir hingga ke tempat melontar Jamratul Aqabah (bersempadan dengan Makkah). Keluasan Mina banyak pendapat dari kalangan para ulamak, jumlah semua keluasan Mina ialah 8.16 km persegi setelah ditolak kawasan wadi (lembah) Takungan Jamrah : Jamrah bermaksud batu kecil, terdapat tiga jamrah dalam manasik haji. Pertama Jamratul Sughra (kecil), kedua Jamratul Wusto (pertengahan) dan Jamratul Kubra (Yang besar). Dinding yang berada ditengah-tengah parit takungan itu merupakan tanda sebagai tempat melontar, dan bukan tempat untuk dilontar padanya.
77/79

78/79

Masjid Khaif: pula adalah tapak dimana Allah telah menggantikan kibasy kepada Nabi Ibrahim daripada penyembelihan anaknya Nabi Ismail as. Terdapat 3 Jamrah disini, Jamratul Sughra (dulu Ula), Jamaraul Wusto dan Jamratul Kubra (dulu Aqabah). Masjid ini terletak di kaki bukit Sobih di selatan Mina,berhampiran Jamrah sughra (kecil). Makna Khaif pada bahasa ialah tempat yang rendah ditepi bukit yang keras dan lebih tinggi dariapda laluan air. Pada sudut sejarah nya tidak ada ahli sejarah yang mencatatkan tarikh ianya dibina. Hanya catatan awal dibina oleh Kerajaan Abasiyyah dan perbaiki oleh Kerajaan seterusnya.

Masjid ini juga mempunyai kelebihan yang tersendiri : Ibnu Abbas menyatakan Riwayat Al-Fakihi bermaksud : Tujuh puluh orang nabi telah bersolat di Masjid Khaif diantara mereka ialah Nabi Musa as. Rasulullah SAW telah bersolat disini semasa menunaikan fardhu haji.

79/79

Anda mungkin juga menyukai