Anda di halaman 1dari 58

MUQADDIMAH

‫ والصالة والسالم على سيدنا المرسلين‬،‫الحمد هلل رب العالمين‬


.‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬
‫ والصالة والسالم على سيدنا المرسلين وعلى آله وأصحابه‬،‫الحمد هلل رب العالمين‬
.‫أجمعين‬
Dengan taufiq dan hidayahNya dapatlah disusun sebuah nota perjalanan haji
secara tamattuk , ifrad dan qiran.

Isi kandungan nota ini pada mulanya ialah sebagai risalah edaran mingguan
kepada peserta-peserta kursus. Namun di atas permintaan peserta kursus
supaya risalah ini dibukukan sebagai panduan tambahan. Maka risalah
tersebut disusun semula seberapa ringkas dengan ditambah lain-lain amalan
yang berfaedah untuk diamalkan di Tanah Suci kelak

Doa-doa yang terkandung di dalam nota ini dirujuk dari kitab-kitab lama yang
muktabar seperti Fathul Mubin, Bughyah At-Thullab, Bahru al-Wafi wa Nahru
Shofi dan al-Azkar Imam Nawawi.
.‫وصلى هللا على سيدنا وموالنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬
Disusun oleh
(USTAZ ABDUL RAZAK AHMAD)
Penceramah-penceramah Kuliah Haji Umrah:
Tel : 04-7355051
019-4776125 / 012-4738902
DALIL WAJIB HAJI DAN UMRAH
Firman Allah SWT:

.‫ْح َّج َوالْعُ ْم َر َة لِلّ ِه‬ ِ


َ ‫َوأَت ُّموا ال‬
Maksudnya: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.”
)Al-Baqarah: 196(
Sabda Nabi s.a.w.:

ِ ‫َن رس و َل‬
‫اهلل َعَل ْي ِه َوسََّلَم‬
ُ ‫اهلل صََّلى‬ ْ ُِ َ َّ ‫ُما أ‬
َ ‫اهلل َعْنه‬ ُ ‫َع ِن ابْ ِن عُ َم َر َرضَِي‬
َّ ‫ادة أَ ْن الَ إِل هَ إِالَّ اهللُ َوأ‬
‫َن ُم َح َّم ًدا‬ ٍ ‫ بُنِى اْ ِإل ْس الَ ُم َعلَى َخ ْم‬:‫ال‬
َ ‫ َش َه‬:‫س‬ َ َ‫ق‬
ِ‫ت وصو‬ َ
َ َ َ ْ َ َ ِ ‫الز َك ِاة َو َح ِّج الَْب ْي‬
.‫ضا َن‬ ‫م‬ ‫ر‬ ‫م‬ َّ ‫الصالَ ِة َوإِ ْيتَ ِاء‬ ِ ‫رسو ُل‬
َّ ‫اهلل َوإِقَ ِام‬ ُْ َ
Maksudnya:“Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda: Dibinakan Islam di atas lima rukun, iaitu mengucap dua
kalimah syahadat (pengakuan dan penyaksian bahawa tiada Tuhan
yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan
bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah), mendirikan
sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di
bulan Ramadhan.”

SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Merdeka
5. Berkuasa
a. Berkuasa dengan sendiri
b. Berkuasa dengan pertolongan orang lain (Badal Haji)
Yang dimaksudkan “berkuasa dengan sendiri” itu ialah:

1. Ada tambang pergi dan balik


2. Ada bekalan atau nafkah
3. Ada kenderaan pergi dna balik
4. Aman dalam perjalanan pergi dan balik
5. Sihat tubuh badan
6. Berkesempatan masa

Yang dimaksudkan “Berkuasa dengan pertolongan orang lain (Badal


Haji)” itu ialah:
1. Uzur tidak dapat mengerjakan sendiri
2. atau sakit yang tiada harapan sembuh
3. atau terlalu tua
4. atau yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hayatnya.

Tambahan bagi perempuan:


1. Dengan izin suami
2. Ditemani oleh suami / mahram / perempuan-perempuan yang
dipercayai.

RAJAH MENUNJUKKAN MAHRAM


SETERUSNYA BAGI SEORANG WANITA

RAJAH MENUNJUKKAN
DATUK MAHRAM
BAGI SEORANG WANITA
BAPA SAUDARA AYAH BAPA SAUDARA
SEBELAH IBU SEBELAH AYAH

ADIK PEREMPUAN ABANG

ANAK MENANTU ANAK ANAK SUSUAN ANAK

CUCU BAPA CUCU ANAK TIRI CUCU


MERTUA LELAKI YANG
BAPANYA
TELAH DUKHUL
DENGAN
PEREMPUAN
TERSEBUT

SETERUSNYA SETERUSNYA SETERUSNYA


PEMBAHAGIAN JENIS-JENIS HAJI DAN UMRAH
1. Haji / Umrah Fardhu
2. Haji / Umrah Nazar
3. Haji / Umrah Qadha
4. Haji / Umrah Sunat
5. Haji / Umrah Badal

MATLAMAT HAJI

1. Haji Mabrur
2. Haji Maksus
3. Haji Maqbul
4. Haji Mardud

MIQAT ZAMANI (KETENTUAN MASA)

Masa mengerjakan haji ialah bermula pada 1 syawal hingga fajar 10


Zulhijjah dan masa mengerjakan umrah ialah pada bila-bila masa
kecuali ketika kerja-kerja haji belum lagi selesai.

MIQAT MAKANI (KETENTUAN TEMPAT BERNIAT IHRAM)

Tempat untuk berniat/ihram samaada jemaah haji secara Tamattuk,


ifrad atau qiran ialah seperti berikut:-

Miqat Bir Ali:


Bagi jemaah yang datang daripada Madinah (Terus dari Malaysia ke
Madinah kemudian memasuki Makkah)

Miqat Qarnul Manazil:


Bagi jemaah yang datang dari Najd (Terus dari Malaysia memasuki
Makkah kemudan ke Madinah)

Miqat Juhfah:
Bagi jemaah yang datang dari Syam

Miqat Yalamlam
Bagi jemaah yang datang dari Yaman

Tempat untuk berniat umrah yang berikutnya bagi jemaah Tamattuk


dan Qiran atau ibadat umrah bagi jemaah Ifrad setelah selesai
melaksanakan ibadat haji, ialah dimana sahaja Tanah Halal atau di
Jaaranah, Tan im ataupun Hudaibiyah.

Miqat Tanah Haram Makkah:


Untuk berniat haji bagi penduduk Makkah, manakala untuk berniat
umrah sama juga di Tanah Halal (Jaaranah, Tan im atau Hudaibiyah).
CARA-CARA PERLAKSANAAN IBADAT HAJI

1. Secara Haji Tamattuk : Mengerjakan umrah terlebih dahulu


dalam bulan-bulan haji (1 Syawal hingga fajar 10 Zulhijjah),
kemudian dikerjakan haji dalam tahun itu juga. Cara ini
dikehendaki seorang itu berniat ihram umrah sahaja serta
ditunaikan segala rukun-rukun dan wajib-wajibnya apabila tiba
waktu niat haji 8 Zulhijjah hendaklah ia berihram haji pula.
2. Secara Haji Ifrad : Mengerjakan haji dahulu dalam bulan-bulan
haji (1 Syawal hingga fajar 10 Zulhijjah), kemudian mengerjakan
umrah pula dalam tahun itu (Ifrad Addhal)
3. Secara Haji Qiran : Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak
dalam bulan-bulan haji (1 Syawal hingga fajar 10 Zulhijjah).

RUKUN DAN WAJIB UMRAH

RUKUN HAJI WAJIB HAJI

1. Niat Ihram Haji 1. Niat ihram di Miqat


2. Wukuf di Arafah 2. Meninggalkan 13 perkara
3. Tawaf Haji larangan dalam ihram.
4. Sa'ie Haji 3. Bermalam di Muzdalifah
5. Bercukur atau bergunting 4. Melontar Jamratul al-
6. Tertib pada kebanyakan rukun Kubra (Aqabah).
5. Bermalam di Mina, malam 11,
12, 13 Zulhijjah
6. Melontar ketiga-tiga Jamarat
pada 3 hari Tasyriq (11, 12, 13
Zulhijjah).

RUKUN HAJI WAJIB HAJI

Sekiranya tidak dilakukan salah Sekiranya tidak dilakukan salah


satunya dengan sengaja atau satunya dengan sengaja atau
terlupa, ibadat umrah tidak sah. terlupa, ibadat umrah sah tetapi
wajib dam.
Catatan : Tawaf Qudum hukumnya sunat dan Tawaf wadaq hukumnya
wajib yang berasingan

SUNAT- SUNAT SEBELUM IHRAM

1. Mengerat kuku
2. Menanggalkan bulu ketiak, ari-ari, mengandam misai / janggut dan
rambut.
3. Mandi Sunat Ihram.
4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan di badan
5. Memakai pakaian ihram berwarna putih dan baru.
5. Sembahyang Sunat Ihram
PERJALANAN HAJI SECARA TAMATTUK

Perjalanan haji secara Tamattuk ialah mengerjakan umrah dahulu


sekali atau berkali-kali dalam bulan-bulan haji kemudian dikerjakan
pula haji dalam tahun itu juga.

Cara perjalanan ibadat umrah bagi jemaah secara tamattuk sama


seperti dalam huraian bab umrah sebelum ini, dimana setelah selesai
melaksanakan ibadat umrah jemaah akan berada di Tanah suci dalam
bulan Zulkaedah dengan melaksanakan ibadat-ibadat yang lain dan
menunggu sehingga masuk bulan Zulhijjah atau bersamaan 8 zulhijjah
untuk melakukan pula sunat-sunat sebelum ihram dan niat ihram haji
di Tanah Haram Makkah

LAFAZ NIAT IHRAM HAJI


(Berniat dalam hati - Rukun)

‫نَ َو ْيتُ ا ْل َح َّج َوأَ ْح َر ْمتُ بِ ِه هّلِل ِ تَ َعالَى‬


“Sahaja aku mengerjakan Haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala.”

PERJALANAN HAJI SECARA IFRAD

Haji secara Ifrad ialah niat mengerjakan haji dahulu dalam bulan haji
kemudian setelah selesai perlaksanaan ibadat haji dilaksanakan pula
ibadat umrah sekali atau berkali-kali sebelum pulang ke Tanah Air.

Jemaah yang memilih haji secara ifrad kebanyakkannnya datang dengan


penerbangan yang akhir samaada penerbangan akhir dari Madinah atau
penerbangan akhir yang terus ke Makkah.

Bagi jemaah yang datang dengan perbangan akhir dari Madinah maka
sunat-sunat sebelum ihram akan berlaku di Madinah dan niat ihram
haji pula akan berlaku ketika di Bir Ali dan setelah selesai ibadat haji
dilaksanakan pula umrah dan niat ihram umrah akan berlaku di Tanah
Halal (Jaa ranah, Tan im atau Hudaibiyah).
Manakala jemaah yang datang dengan penerbangan akhir yang terus ke
Makkah, maka sunat-sunat sebelum ihram akan berlaku di Tanah Air
dan niat ihram haji pula akan berlaku ketika berada di atas Kapal
Terbang (Miqat Qarnul Manazil)

LAFAZ DAN NIAT IHRAM HAJI


(Berniat dalam hati - Rukun)

‫ت بِ ِه لِلّ ِه َت َعالَى‬
ُ ‫َح َر ْم‬
ْ ‫ْح َّج َوأ‬
َ ‫ت ال‬
ُ ْ‫َن َوي‬
“Sahaja aku mengerjakan Haji dan aku berihram dengannya kerana Allah
Taala.”

Setelah berniat ihram haji samaada di Bir Ali atau Qarnul Manazil,
jemaah ifrad akan terikat dengan larangan ihram 13 perkara .

Sebaik sahaja tiba di Makkah, jemaah ifrad akan melakanakan tawaf


qudum (selamat datang) hukumnya adalah sunat , dan setelah selesai
dan sah tawaf qudum jemaah boleh melaksanakan pula sa ie haji,
hukumnya adalah rukun.

Setelah selesai sa ie haji , jemaah ifrad tidak boleh bercukur dan


bergunting kerana belum tiba masanya, Oleh itu jemaah perlu berada
dalam larangan ihram bagi tempoh tertentu sehingalah waktu berangkat
ke Padang Arafah.

PERJALANAN HAJI SECARA QIRAN

Haji secara Qiran ialah niat mengerjakan haji dan umrah serentak
dalam bulan haji ketika berada di Miqat.

Jemaah yang memilih haji secara qiran sama juga seperti haji ifrad iaitu
yang datang dengan penerbangan yang akhir samaada penerbangan
akhir dari Madinah atau penerbangan akhir yang terus ke Makkah.

Bagi jemaah yang datang dengan perbangan akhir dari Madinah maka
sunat-sunat sebelum ihram akan berlaku di Madinah dan niat ihram
haji serta umrah akan berlaku ketika di Bir Ali

Manakala jemaah yang datang dengan penerbangan akhir yang terus ke


Makkah, maka sunat-sunat sebelum ihram akan berlaku di Tanah Air
dan niat ihram haji serta umrah pula akan berlaku ketika berada di atas
Kapal Terbang (Miqat Qarnul Manazil).

LAFAZ NIAT IHRAM HAJI SERTA UMRAH


(Berniat dalam hati - Rukun)

‫ْح َّج والعمرة وأحرمت بهما لِلّ ِه َت َعالَى‬


َ ‫ت ال‬
ُ ْ‫َن َوي‬
“Sahaja aku mengerjakan Haji dan umrah dan aku berihram dengan keduanya
kerana Allah Taala.”

Setelah berniat ihram haji samaada di Bir Ali atau Qarnul Manazil,
jemaah qiran akan terikat dengan larangan ihram 13 perkara .

Sebaik sahaja tiba di Makkah, jemaah qiran akan melaksanakan tawaf


qudum (selamat datang) hukumnya adalah sunat , dan setelah selesai
dan sah tawaf qudum jemaah boleh melaksanakan pula sa ie haji serta
sa ie umrah, hukumnya adalah rukun.

Setelah selesai sa ie haji serta saie umrah , jemaah qiran sama juga
seperti haji ifrad tidak boleh bercukur dan bergunting kerana belum tiba
masanya, Oleh itu jemaah perlu berada dalam larangan ihram bagi
tempoh tertentu sehingalah waktu berangkat ke Padang Arafah.

MENINGGAL LARANGAN DALAM MASA IHRAM – WAJIB

Sebaik sahaja telah berniat ihram (samaada Tamattuk, Ifrad dan Qiran )
maka wajiblah menjaga pantang larang ihram seperti berikut:

1. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki seperti


memakai songkok, serban dan sebagainya tetapi tidak menjadi
larangan sekiranya berteduh di bawah payung atau pokok.

2. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya


bagi lelaki seperti seluar, baju kemeja dan sarung kaki.

3. Menutup muka bagi wanita.


4. Memakai sarung tangan.

5. Memakai bauan sama ada pada badan atau pakaian atau pada
makanan, minuman atau menyedutnya ke dalam hidung.

6. Memakai minyak rambut pada kepala atau janggut.

7. Menanggalkan rambut atau mana-mana bulu di anggota badan.

8. Mengerat atau membuang kuku.

9. Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di


Tanah Haram.

10. Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau


dibinasakannya sama ada di Tanah Haram atau Tanah Halal.
11. Bersetubuh.

12. Melakukan perkara pendahuluan per-setubuhan seperti bercium,


berkucup-kucupan atau berpeluk yang menaikan nafsu syahwat.

13. Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau
mewakili orang lain.

CATATAN

Kebiasaannya jemaah akan memilih haji secara Tamattuk, Ifrad


atau Qiran setelah mendapat jadual penerbangan masing-masing dan
telah mengetahui dimana miqat atau tempat untuk berniat ihram.

Jemaah secara Tamattuk sebelum tiba masa wukuf tidak berada dalam
larangan ihram. Tetapi jemaah yang mengerjakan haji secara Ifrad dan
Qiran sentiasa berada dalam larangan ihram selagi tidak berlaku
tahallul awwal.

PERLAKSANAAN DAN PENYELESAIAN IBADAT HAJI

Jemaah Haji secara tamattuk dan haji secara qiran wajib melaksanakan
Dam seekor kambing iaitu Dam tertib dan Takdir. Bagi haji secara ifrad
pula wajib membayar dam kecuali ada berlaku perlanggaran wajib-
wajib haji.
Walau bagaimanapun baik haji secara tamattuk, ifrad ataupun qiran
sekiranya berlaku perlanggaran larangan ihram tetap juga dikenakan
dam. Dam-dam seperti tersebut perlu diselesaikan semasa berada di
Tanah Suci iaitu sebelum berangkat ke Padang Arafah atau setelah
perlaksanaan ibadat haji dan umrah sebelum pulang ke Tanah Air.
Pada 1 Zulhijjah hingga 7 Zulhijjah, waktu ini jemaah haji yang datang
dari seluruh pelusuk dunia telah berkumpul di bumi Makkah dalam
persiapan untuk ke Padang Arafah bagi tujuan melaksanakan rukun
haji yang ke-2 iaitu Wuquf di Arafah.

Bagi Jemaah secara Ifrad dan qiran pada tempoh tersebut sememangnya
telah berada dalam ihram masing-masing sebelum bertolak ke Arafah
pada 8 atau 9 Zuhijjah.

Bagi jemaah secara Tamattuk pula pada 8 atau 9 Zulhijjah akan berniat
ihram haji di Miqatnya Tanah Haram Makkah

Semua jemaah pada 8 atau 9 Zulhijjah akan berangkat ke Padang


Arafah sejauh 21.9 km dengan mengambil masa selama 1 hingga 2 jam.
WUQUF DI ARAFAH – RUKUN HAJI
(9 Zulhijjah selepas gelincir matahari)

Arafah adalah tempat wuquf. Makna wuquf ialah berada di bumi Arafah,
sekalipun mereka tidur atau jaga atau duduk atau baring atau berjalan
dan sama ada mereka itu suci daripada hadas atau tidak, seperti
perempuan yang didatangi haidh atau nifas dan mereka yang sedang di
dalam junub.

Masanya berwukuf ialah berada di dalam waktu di antara selepas


daripada gelincir matahari pada hari yang ke 9 bulan Zulhijjah hingga
fajar hari ke 10 bulan Zulhijjah dengan telah niat (berihram)
mengerjakan haji.

Sebaik sahaja masuk waktu wukuf, khatib akan membaca khutbah


Arafah, para jemaah hendaklah mendengar dan menghayati isi
kandungan khutbah tersebut.
SUNAT-SUNAT WUKUF
(Rujuk Kitab Bugyah At Tullab)

1. Sunat mandi wuquf di Padang Arafah (mengikut kesesuaian).


2. Sunat berzikir dan berdoa.
3. Membaca aI-Quran istimewa Surah Al-Hasyar.
4. Membaca selawat atas Nabi seperti di dalam tasyahud terlebih
aula daripada yang lainnya.
5. Diperbanyakkan membaca segala zikir, doa dan lainnya hingga
sampai jatuh matahari Hari Arafah.
6. Mambaca Surah al-Ikhlas 1,000 kali.
7. Membanyakkan istighfar bagi diri dan bagi dua ibu bapa dan bagi
segala orang yang dikehendakinya dan segala muslimin dan
muslimat kerana sah pada Hadith Nabi s.a.w.:
ِ ِّ ‫اَللّه َّم ا ْغ ِفر لِلْح‬
.‫اج‬
ُّ ‫ْح‬ ْ ‫اج َول َم ِن‬
َ ‫اسَت ْغ َف َر لَهُ ال‬ َ ْ ُ

8. Sunat berwuquf dengan berkeadaan panas di bawah matahari


melainkan kerana uzur atau kurang zikir dengan doanya kerana
panas.
9. Sunat bersuci daripada hadas besar/kecil dan sentiasa menutup
aurat
10. Sunat tidak berpuasa pada Hari Arafah.
11. Sunat di Arafah ketika berzikir dan berdoa menghadap Qiblat.
12. Sunat membanyakkan bersedekah pada Hari Arafah.
13. Sunat membanyakkan doa di Arafah kerana Sabda Nabi:

‫الد َع ِاء ُد َعاءُ َي ْوِم َع َرفَ ٍة‬


ُّ ‫ض ُل‬
َ ْ‫أَف‬
14. Sunat mengangkat dua tangan ketika berdoa dan jangan
mengangkatkan tangan melampaui akan kepala dan makruh
bersangatan pada menyaringkan suara dengan doa.
15. Sunat membanyakkan menangis kerana disanalah tempat
menumpahkan air mata dan tempat mengaku kesalahan diri.

DI ANTARA ZIKIR DAN DOA DI ARAFAH


(Rujuk Buku Doa Tabung Haji)

.‫ب إِلَْي ِه‬ ِ ِ ‫َس َت ْغ ِف ُر‬


100 َ ‫اهللَ ال َْعظ ْي َم الَّذ ْي الَ إِل هَ إِالَّ ُه َو ال‬
ُ ‫ْح ُّي الْ َقُّي ْو ُم َوأَُت ْو‬ ْ ‫ أ‬-1
‫كايل‬
“Aku minta ampun kepada Allah Tuhan Yang Maha Besar yang tidak ada
yang lain melainkan Allah Tuhan yang hidup kekal abadi dan aku
bertaubat kepadaMu.”
‫ك‬
َ َ‫ ل‬،َ‫ِّع َمة‬ َ ‫ إِ َّن ال‬،‫ك‬
ْ ‫ َوالن‬،‫ْح ْم َد‬ َ ‫ك لََّب ْي‬ َ ْ‫ك الَ َش ِري‬
َ َ‫ك ل‬ َ ‫ لََّب ْي‬،‫ك‬َ ‫ك اللّ ُه َّم لََّب ْي‬
َ ‫ لََّب ْي‬-2
‫ كايل‬3 .‫ك‬َ َ‫ك ل‬ َ ْ‫ْك الَ َش ِري‬ َ ‫َوال ُْمل‬
“HambaMu datang menyambut panggilanMu. Ya Allah Ya Tuhanku!
hambaMu datang menyambut panggilanMu yang Engkaulah tidak ada
sekutu bagiMu sekali-kali, sesungguhnya segala puji-pujian, nikmat dan
kerajaan adalah kepunyaan Engkau yang tidak ada sekutu bagiMu.”

‫ كايل‬3 .‫ْح ْم ُد‬ ِِ


َ ‫ َوللّه ال‬،‫ اَهللُ أَ ْكَب ُر اَهللُ أَ ْكَب ُر اَهللُ أَ ْكَب ُر‬-3
“Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha
Agung, segala pujian tertentu bagi Allah jua.”
،‫َن اهللَ َعلَى ُك ِّل َش ْي ٍء قَ ِد ْي ٌر‬
َّ ‫ أَ ْش َه ُد أ‬،‫اهلل ال َْعلِ ِّي ال َْع ِظ ْي ِم‬
ِ ِ‫ الَ حو َل والَ ُق َّوةَ إِالَّ ب‬-4
َ َْ
‫ كايل‬100 .‫ط بِ ُك ِّل َش ْي ٍء ِعل ًْما‬ َ ‫َحا‬ َّ ‫َوأ‬
َ ‫َن اهللَ قَ ْد أ‬
“Tidak ada upaya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan izin Tuhan
yang Maha Tinggi yang Maha Agung, Sesungguhnya aku naik saksi
bahawasanya Allah Taala itu amat berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu
dan bahawasanya ilmu Allah itu meliputi segala-galanya.”

ُ ‫ْح ْم ُد يُ ْح ِي َويُ ِم ْي‬


‫ت‬ َ ‫ْك َولَ هُ ال‬ َ ْ‫ الَ إِلهَ إِالَّ اهللُ َو ْح َدهُ الَ َش ِري‬- 5
ُ ‫ لَ هُ ال ُْمل‬،ُ‫ك لَ ه‬
‫بِيَ ِد ِه‬
‫ كايل‬100 .‫لْ َخ ْي ُر َو ُه َو َعلَى ُك ِّل َش ْي ٍء قَ ِد ْي ٌر‬
“Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
yang Maha Esa yang tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala pemerin-
tahan dan bagiNya jua segala pujian. Tuhan yang menghidupkan dan
yang mematikan dengan kekuasaanNya sahajalah berlaku segala
kebaikan. Dialah yang berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.”

‫ كايل‬3 .‫الس ِم ْي ُع ال َْعلِ ْي ُم‬


َّ ‫الر ِج ْي ِم إِ َّن اهللَ ُه َو‬
َّ ‫ان‬ َّ ‫اهلل ِم َن‬
ِ َ‫الش ْيط‬ ِ ِ‫ أَعُوذُ ب‬-6
ْ
“Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang kena rejam.
Bahawa sesungguhnya Allah Taala ialah Tuhan yang Maha Mendengar
dan Maha Mengetahui.”

ٌ ‫َحد‬ ِ
َ ‫ولَ ْم يَ ُك ْن لَ هُ ُك ُف ًوا أ‬،
َ ‫ لَ ْم يَل ْد َولَ ْم ُي ْولَ ْد‬،‫الص َم ُد‬
َّ ُ‫ اهلل‬،‫َح ٌد‬
َ ‫ قُ ْل ُه َو اهللُ أ‬-7
‫كايل‬3

“Katakanlah (Wahai Muhammad) Allah itu satu, Allah itu tempat


bergantung dan berharap dan menyempurnakan segala hajat. Allah tidak
beranak dan tidak diperanak-kan. Tidak ada sekutu baginya yang
menyamaiNya sekali-kali.”

.‫َج َم ِع ْي َن‬ ‫ص ْحبِ ِه‬ ِِ


ْ‫أ‬ َ ‫ص ِّل َو َسلِّ ْم َوبَا ِر ْك َعلَى النَّبِ ِّي اْأل ُِّم ِّي َو َعلَى آله َو‬
َ ‫ اَللّ ُه َّم‬-8
‫كايل‬ 100
‫‪“Ya Allah! Selawat dan salam serta berkatilah ke atas Nabi, yang tidak‬‬
‫‪tahu membaca dan menulis. Demikian juga ke atas keluarganya‬‬
‫”‪sekalian.‬‬

‫‪DOA DI PADANG ARAFAH‬‬

‫الر ِح ْي ِم‬
‫الر ْحم ِن َّ‬ ‫اهلل َّ‬‫بِس ِم ِ‬
‫ْ‬
‫اس ِم َ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫ك اْألَ ْعظَ ِم َو َما أُنْ ِز َل‬ ‫ك الْ َك ِريْ ِم ُو ُج ْود َك الْ َق ديْ ِم َوبِ ْ‬ ‫ك بَِو ْج ِه َ‬ ‫اَللّ ُه َّم إِنِّ ْي أ ْ‬
‫َسأَلُ َ‬
‫ص لَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم َوإِ ْخ َوانِ ِه ِم َن النَّبِِّي ْي َن‬ ‫ٍ‬ ‫ِ‬
‫ك َس يِّدنَا ُم َح َّمد َ‬ ‫َعلَى نَبِيِّ َ‬
‫ص ْحبِ ِه َوالتَّابِ ِع ْي َن لَ ُه ْم ِم َن الْعُلَ َم ِاء ال َْع ِاملِ ْي َن َواْأل َْولِيَ ِاء‬ ‫ِِ‬ ‫ِ‬
‫َوال ُْم ْر َس ل ْي َن‪َ ،‬و َعلَى آل ه َو َ‬
‫ص لِّ ْي َعلَى َس يِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َوأَ ْن َت ْغ ِف َر لَنَا‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫َّ ِ ِ‬
‫الص الح ْي َن‪َ .‬وبِ ُح ْر َم ة ه َذا الَْي ْوم أَ ْن تُ َ‬
‫ِ‬ ‫ولِوالِ ِدينَا وأَوالَ ِدنَا وإِ ْخوانِنَا وأَقْ ِربائِنَا وم َ ِ‬
‫س َن إِلَْينَا‬ ‫َح َ‬‫َص َحابِنَا َول َم ْن أ ْ‬ ‫ش ائِخنَا َوأ ْ‬ ‫َ َ َ َ ََ‬ ‫ََ ْ َْ‬
‫َس أْنَا إِلَْي ِه َولِ َج ِم ْي ِع ال ُْم ْس لِ ِم ْي َن‬ ‫ِ‬
‫َول َم ْن لَ هُ َح ٌّق َعلَْينَا َول َم ْن ظَلَ ْمنَ اهُ أ َْو أ َ‬
‫ِ‬
‫ات ال ُّد ْنيَا‬ ‫اهم َخ ْي ر ِ‬ ‫ي‬ ‫ات‪َ ،‬وأَ ْن َت ْر ُز َقنَا َوإِ‬ ‫َحي ِاء ِم ْن ُهم واْأل َْم و ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫َّ‬ ‫ْ َ َ‬ ‫َوال ُْم ْس ل َمات اْأل ْ َ‬
‫الد ْنيَا َوأ َْه َو ِال َي ْوِم ال ِْقيَ َام ِة‪َ ،‬وأَ ْن‬ ‫اه ْم ِم ْن َج ِم ْي ِع الْبَالَِء ُّ‬ ‫ِ ِ‬
‫َواْآلخ َرة َوأَ ْن تَ ْح َفظَنَا َوإِيَّ ُ‬
‫َت ْر ُز َقنَا الْعُلُ ْو َم النَّافِ َعةَ َواْألَ ْع َم َ‬
‫ال‬
‫الد َو ِ‬ ‫س وال ِ‬ ‫ص منا ِمن َش ِّر اْأل ْ ِ‬ ‫ِ‬ ‫َّ ِ‬
‫اب َوغَْي ِر َه ا‪،‬‬ ‫ْج ِّن َو َّ‬ ‫َش َرا ِر م َن اْ ِإلنْ ِ َ‬ ‫الصال َحةَ‪َ ،‬وأَ ْن َت ْع َ َ ْ‬
‫آلخ َر ِة‬‫وأَ ْن تَ ْختِم لَنا ولَهم بِحس ِن الْ َخاتِم ِة‪ .‬ر َّبنا آتِنا فِي ال ُّد ْنيا حس نةً وفِي اْ ِ‬
‫َ َ ََ َ‬ ‫َ ََ َ‬ ‫َ َ َ ُْ ُ ْ‬ ‫َ‬
‫ص ُف ْو َن َو َس الَ ٌم َعلَى‬ ‫ب ال ِْع َّز ِة َع َّما ي ِ‬ ‫ك َر ِّ‬ ‫اب النَّا ِر‪ُ ،‬س ْب َحا َن َربِّ َ‬ ‫ِ‬
‫َ‬ ‫س نَةً َوقنَا َع َذ َ‬ ‫َح َ‬
‫ب ال َْعالَ ِم ْي َن‪.‬‬‫ْح ْم ُد لِلّ ِه َر ِّ‬ ‫ِ‬
‫ال ُْم ْر َسل ْي َن َوال َ‬

‫‪“Ya Allah Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku pohon akan Dikau dengan‬‬


‫‪kemuliaan zatMu, dengan kemurahan-Mu yang kekal abadi, dengan‬‬
‫‪segala namaMu Yang Maha Besar, dengan apa yang diturunkan ke atas‬‬
‫‪NabiMu Sayyidina Muhammad s.a.w. dan sekalian saudara-saudaranya‬‬
‫‪daripada Nabi-nabi dan Rasul-rasul serta keluarganya, sahabat-‬‬
‫‪sahabatnya dan sekalian pengikut-pengikut mereka daripada golongan‬‬
ulamak-ulamak yang beramal, wali-wali yang soleh. Dengan kehormatan
di hari yang mulia itu bahawa Engkau memberi rahmat ke atas Nabi
Muhammad, bahawa Engkau ampunkan kami, kedua ibubapa kami,
anak-anak kami, saudara mara kami, sekalian kaum keluarga kami,
guru-guru kami, sahabat handai kami, mereka yang berbuat baik kepada
kami, mereka yang mempunyai hak ke atas kami, mereka yang kami
zaliminya atau yang menyakitinya dan kepada sekalian orang-orang
Islam lelaki dan perempuan sama ada yang masih hidup ataupun yang
telah mati. Engkau memberi rezeki dan kebajikan kepada kami dan
mereka itu di dunia dan akhirat dan Engkau peliharakan kami dan
mereka daripada segala bencana. Engkau jauhkan malapetaka dunia
dan akhirat. Bahawa Engkau kurniakan kepada kami dengan ilmu
pengetahuan yang berguna dan amalan soleh. Engkau peliharakan kami
daripada perbuatan-perbuatan jahat sama ada daripada manusia, jin,
binatang yang buas dan lainnya. Engkau matikan kami dan mereka itu di
dalam Husnul-khatimah. Wahai Tuhan kami! Berilah kami di dunia ini
kebaikan, di akhirat juga kebaikan. Peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya, sahabat-
sahabatnya. Maha Suci Engkau Ya Allah daripada sifat kekurangan.
Salam sejahtera ke atas sekalian rasul-rasul dan segala pujian itu
tertentu kepada Allah yang memiliki sekalian alam.”

CATATAN:
1. Jika berniat ihram haji melepasi miqat seperti yang ditetapkan
berdosa dan wajib membayar dam seekor kambing.
2. Jemaah yang tidak wukuf di Arafah dikira sebagai luput wukuf di
padang Arafah dan wajib tahallul dengan tawaf, sa'ie dan
bercukur /bergunting. Wajib membayar dam tertib dan taqdir
serta mengqadha hajinya itu.
3. Gunakan sepenuh masa untuk berzikir dan berdoa secara
bersendirian walaupun amalan yang dilaksanakan secara
berjemaah telah pun selesai sebelum solat asar.
4. Jangan merayau-rayau di luar khemah dan tidak digalakkan
mendaki Jabal Rahmah pada hari wukuf.
5. Jangan melanggar pantang larang dalam ihram dan sentiasa
menutup aurat.

6. Waktu yang sangat maqbul berdoa ketika di Aafah ialah ketika


hendak jatuh Matahari.

7. Setelah selesai berwuquf di Arafah, jemaah akan diuruskan oleh


pihak berkenaan untuk ke Muzdalifah bagi tujuan bermalam.
Jarak dari Arafah ke Muzdalifah sejauh 8 km dengan keadaan
yang terlalu sesak.

BERMALAM DI MUZDALIFAH - WAJIB HAJI

Muzdalifah yang membawa erti Zulfa iaitu mendekatkan diri kepada


Allah atau bermakna Jama' iaitu manusia berhimpun di situ secara
serentak. seluruh kawasan Muzdalifah adalah tempat bermalam.

Wajib bermalam di Muzdalifah setelah wukuf di Arafah iaitu hadir di


Muzdalifah sesudah tengah malam walaupun sebentar (satu lahzah)
pada malam 10 Zulhijjah sama ada mengetahui atau tidak mengetahui
tempat itu Muzdalifah atau bermalam berterusan sehingga solat subuh
di Muzdalifah.

Muzdalifah terletak lebih kurang 8 kilometer dari Arafah dan 6.9


kilometer ke Mina. Semasa di Muzdalifah sunat menghidupkan malam
dengan berzikir dan berdoa, mengutip 7 biji anak batu pada waktu
malam untuk melontar Jamratul Aqobah (Al-Qubra) pada hari-hari
Nahar iaitu 10 Zulhijjah. Jika tidak mengutip batu di Muzdalifah boleh
juga batu dikutip di bumi Mina.
Sunat Muaakkad solat suboh berjamaah di Muzdalifah dan sunat wukuf
di Muzdalifah pada siangnya mengikut pendapat Mazhab Shafie,
Hambali dan Maliki.

Jika tidak bermalam di Muzdalifah tanpa Uzur Syar'ie berdosa dan wajib
membayar dam (tertib dan takdir).
UZUR SYAR'IE KERANA TIDAK BERMALAM DI MUZDALIFAH
(TIDAK BERDOSA DAN TIDAK DAM)

1. Dibawa oleh pemandu bas sebelum tengah malam terpaksa


(Mukrah) terus ke Mina atau ke Makkah.
2. Menunggu kenderaan di Arafah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.
3. Orang yang takut keselamatan dirinya, hartanya atau perkara
yang di hormati oleh syarak.
4. Orang yang menjaga orang sakit atau menemaninya.
5. Kerana mencari keluarga, sahabat dan sebagainya yang hilang.
6. Orang yang ada penyakit yang sukar baginya untuk bermalam.

BERDOA KETIKA DI MUZDALIFAH


‫الر ِح ْي ِم‬
‫الر ْحم ِن َّ‬ ‫بِس ِم ِ‬
‫اهلل َّ‬ ‫ْ‬
‫اَللّ ُه َّم َك َما أ َْو َق ْفَتنَا َوأ ََر ْيَتنَا إِيَّاهُ َف َو ِّف ْقنَا لِ ِذ ْك ِر َك َك َما َه َد ْيَتنَا َوا ْغ ِف ْر لَنَا َو ْار َح ْمنَا‬
‫ات فَاذْ ُك ُروا اهللَ ِع ْن َد‬ ‫ضتُم ِمن َعرفَ ٍ‬
‫ْحقُّ‪ :‬فَإ َذا أَفَ ْ ْ ْ َ‬
‫ك ال َ ِ‬ ‫ك‪َ ،‬و َق ْولُ َ‬ ‫َك َما َو َع ْدَتنَا بَِق ْولِ َ‬
‫ْح َر ِام َواذْ ُك ُر ْوهُ َك َما َه َدا ُك ْم َوإِ ْن ُك ْنتُ ْم ِم ْن َق ْبلِ ِه لَ ِم َن َّ‬
‫الض الِّْي َن‪ ،‬ثُ َّم‬ ‫ال َْم ْش َع ِر ال َ‬
‫اس َت ْغ ِف ُروا اهللَ إِ َّن اهللَ غَ ُف ْو ٌر َر ِح ْي ٌم‪ .‬اَللّ ُه َّم إِنَّا‬ ‫َّاس َو ْ‬ ‫ُ‬ ‫ن‬ ‫ال‬ ‫اض‬
‫َ‬ ‫ف‬
‫َ‬ ‫َ‬
‫أ‬ ‫ث‬‫ُ‬ ‫ي‬
‫ْ‬ ‫ح‬
‫َ‬ ‫ن‬‫ْ‬
‫ض وا ِ‬
‫م‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫ي‬‫ْ‬
‫أَفِ‬

‫اب اْ ِإل َجابَ ِة يَا َم ْن إِ َذا َس أَلَهُ‬ ‫ِِ‬ ‫ِ‬


‫ك يَا غَ ُف ْو ُر يَا َرح ْي ُم أَ ْن َت ْفتَ َح ألَ ْدعيَتنَا أ َْب َو َ‬ ‫نَ ْس أَلُ َ‬
‫اك بِ َج ْم ِعنَا‬ ‫ش ْي ٍء ُك ْن َفيَ ُك ْو ُن‪ .‬اَللّ ُه َّم إِنَّا ِج ْئنَ َ‬ ‫َجابَ هُ يَا َم ْن َي ُق ْو ُل لِ َ‬ ‫ض طَُّر أ َ‬ ‫ال ُْم ْ‬
‫ض َل َما ُت ْؤتِ ْي بِ ِه‬ ‫ك ذُ ُن ْو َبنَا فَالَ َت ُر َّدنَا َخ ائِبِْي َن َوآتِنَا أَفْ َ‬ ‫ك بِغُ ْف َرانِ َ‬ ‫ش ِّف ِع ْي َن إِلَْي َ‬‫ُمتَ َ‬
‫ص ِر ْفنَا ِم ْن ه َذا ال َْم ْش َع ِر ال َْع ِظ ْي ِم إِالَّ فَ ائِ ِزيْ َن غَْي َر َخ َزايَا‬ ‫الصالح ْي َن‪َ ،‬والَ تَ ْ‬
‫اد َك َّ ِ ِ‬ ‫عبَ َ‬
‫ِ‬
‫اح ِم ْي َن‪ .‬اَللّ ُه َّم َو ِّف ْقنَا لِل ُْه َدى‬‫ض لِّين يا أَرحم ال َّر ِ‬ ‫ِ‬ ‫اد ِم ْي َن َوالَ َ ِّ‬ ‫والَ نَ ِ‬
‫ض ال ْي َن َوالَ ُم ْ َ َ ْ َ َ‬ ‫َ‬
‫س فَِإ َّن َها َش ُّر‬ ‫اب الْج ْه ِل وال َّر َدى‪ ،‬وس لِّمنَا ِمن آفَ ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫الن ُف ْو ِ‬
‫ات ُّ‬ ‫ََ ْ ْ‬ ‫َس بَ ِ َ َ‬ ‫َوا ْعص ْمنَا م ْن أ ْ‬
‫ك‪،‬‬ ‫اك َو ُخ ْذ بِأَيْ ِد ْينَا إِلَْي َ‬ ‫ض َع َّم ْن ِس َو َ‬ ‫ِ‬
‫ْت َعلَْي ه فَ أَ ْع َر َ‬ ‫اج َعلْنَا ِم َّم ْن أَقَْبل َ‬ ‫ال َْع ْد َوى َو ْ‬
‫ِ‬
‫اس َت َق ْمنَا َو ُك ْن‬ ‫ك‪ .‬إِلَ َـهنَا َق ِّو ْمنَا إِ َذا ا ْع َو َج ْجنَا َوأَعنَّا إِ َذا ْ‬ ‫ض ُّر َعنَا َب ْي َن يَ َديْ َ‬ ‫َو ْار َح ْم تَ ُ‬
‫َحيِنَا فِي ال ُّد ْنيَا ُم ْؤ ِمنِْي َن طَ ائِ ِع ْي َن َوَت َّو َفنَا ُم ْس لِ ِم ْي َن تَ ائِبِْي َن‪،‬‬ ‫لَنَا َوالَ تَ ُك ْن َعلَْينَا َوأ ْ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫اج َعلْنَا ِع ْن َد ُّ‬
‫اج َعلْنَا َي ْو َم‬ ‫اج َعلْنَا م َّم ْن يَأْ ُخ ُذ كتَابَ هُ بِيَ ِم ْينِ ه‪َ ،‬و ْ‬ ‫اج ْي َن‪َ ،‬و ْ‬ ‫الس َؤ ِال نَ ِ‬ ‫َو ْ‬
‫ك الْ َك ِريْ ِم بَِر ْح َمتِ َ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫ك‬ ‫ِّعنَا اللّ ُه َّم بِ النَّظَ ِر إِلَى َو ْج ِه َ‬ ‫الْ َف َز ِع اْألَ ْكبَ ِر م َن اْآلمنِْي َن‪َ ،‬و َمت ْ‬
‫الر ِ‬
‫اح ِم ْي َن‪.‬‬ ‫يَا أ َْر َح َم َّ‬
‫‪“Ya Allah Ya Tuhan! Sebagaimana Engkau himpunkan kami dan Engkau‬‬
‫‪perlihatkan kami pada hari ini, berilah taufiq kepada kami untuk‬‬
‫‪mengingati dan memuji-muji kebesaran Engkau sepertimana yang telah‬‬
‫‪Engkau tunjukkan kepada kami. Ampunilah kami serta kasihkanlah‬‬
‫‪kepada kami sebagaimana yang telah Engkau janjikan kepada kami di‬‬
‫‪dalam kitab Engkau aI-Quran: Apabila kamu telah selesai menunaikan‬‬
rukun haji kamu, iaitu berwuquf di Padang Arafah maka hendaklah kamu
mengingati Allah banyak-banyak dengan menyebut-nyebutNya di AI-
Masy`aril Haram (Muzdalifah) sebagaimana yang diberi petunjuk kepada
kamu. Sesungguhnya kamu sebelum daripada mendapat hidayah
petunjuk daripada Allah adalah di dalam keadaan sesat yang amat
nyata. Setelah selesai kamu berzikir di sini turunlah kamu ke Mina
sepertimana yang telah dilakukan oleh semua manusia dan hendaklah
kamu meminta ampun kepada Allah. Bahawasanya Allah itu amat
mengampuni dan amat mengasihani. Ya Allah! Kami memohon kepadaMu
Tuhan yang Maha pengampun dan Maha Belas Kasihan. Terimalah
segala permintaan kami. Wahai Tuhan yang menerima segala permintaan
mereka yang di dalam kecemasan. Wahai Tuhan yang apabila
menghendaki sesuatu berlakulah perkara itu dengan tidak dapat
direntangi lagi. Ya AIlah Ya Tuhanku! Kami ini datang beramai-ramai
untuk mendapat ampunan daripada Engkau di atas segala dosa kami.
Janganlah Engkau kecewakan kami. Berilah kepada kami sepertimana
yang Engkau berikan kepada hamba Engkau yang soleh-soleh.
Janganlah Engkau palingkan kami daripada tempat suci ini melainkan
kami dapat kemenangan dan tidak kecewa, tidak menyesal dan tidak
kami daripada golongan orang yang sesat dan menyesatkan. Wahai
Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Ya Allah Ya Tuhan! Berilah petunjuk dan taufiq kepada kami.


Peliharakanlah kami daripada terjerumus di dalam lembah kejahilan dan
kemusnahan. Selamatkanlah kami daripada segala penyakit jiwa.
Jadikanlah kami daripada golongan orang yang menjauhkan diri dari
runtunan hawa nafsu yang buas kerana itulah sejahat-jahat musuh yang
berjangkit. Ya Allah jadikanlah kami daripada golongan mereka yang
sentiasa menghadapi Engkau tidak kepada yang lain. Bawalah kami ke
jalan Engkau. Kasihan belaslah ketika kami bertadharru' bersemadi
terhadap Engkau.

Ya Allah! Perbetulkan kami kiranya kami telah menyeleweng.


Perkuatkanlah kami di dalam pendirian kami. Hidupkanlah kami dalam
iman dan taat kepada Engkau. Matikanlah kami di dalam Islam dari
golongan mereka yang bertaubat. Begitu juga semasa soal akhirat.
Jadikanlah kami daripada mereka yang menerima suratan amalannya
dengan tangan kanan. Jadikanlah kami daripada golongan mereka yang
beroleh keamanan pada hari kiamat. Berilah kesukaan kepada kami Ya
Allah dengan dapat memandang kepada wajah Engkau Yang Mulia
dengan berkat rahmat Engkau Wahai Tuhan yang Maha Mengasihani.”
MINA DAN AMALANNYA

Mina sebahagian daripada Al-Masyair al-Haram. Terletak di dalam


kawasan Tanah Haram di antara Makkah dan Muzdalifah dengan
keluasan lebih kurang 8 kilometer persegi.

1. Dinamakan Mina kerana beberapa sebab antaranya:


 Banyak darah korban (hadyu) yang ditumpah-kan di sana.
 Tempat berkumpul jemaah haji.
 Pengharapan Nabi Adam setelah ditanya oleh Jibrail ketika hendak
berpisah di muka bumi “Apa yang engkau hajati” dan dijawab oleh
Nabi Adam ‘Aku mengharapkan syurga’.

2. Mina tempat jemaah haji berkumpul untuk melontar jamarat dan


bermalam selama 3 malam di sana seperti hari-hari berikut:
 Hari 10 Zulhijjah dikenali (Hari Nahar) hari melontar Jamratul
Aqabah (al-Kubra), Hariraya Korban.
 Hari 11, 12 dan 13 Zulhijjah disebut sebagai hari-hari Tasyriq iaitu
hari di mana jemaah haji bermalam selama 3 malam dan melontar
ketiga-tiga jamarat. Setiap hari Tasyriq mempunyai gelaran-gelaran
tertentu seperti hari 11 Zulhijjah disebut ‘Yaum al-Qarr’ yang
bermaksud hari tetap di Mina, hari 12 Zulhijjah disebut hari ‘Nafar
Awwal’ dan hari 13 Zulhijjah disebut hari ‘Nafar Thani’.
3. Di Mina terdapat sebuah masjid yang diberi nama Masjid Khaif yang
dibina oleh Kerajaan Abbasiyyah dan kerajaan seterusnya. Di sini
dikatakan 70 nabi telah bersolat di dalamnya antaranya ialah Nabi
Musa a.s. dan juga tempat Rasulullah bersolat semasa menunaikan
haji.
MELONTAR JAMRATUL KUBRA – WAJIB HAJI

Setelah tiba di Mina jemaah-jemaah akan berehat di khemah masing


-masing untuk mendapat kerehatan yang secukupnya dalam keadaan
berihram dengan menjaga pantang larang ihram serta banyak berzikir,
bertalbiah dan berdoa.

Setelah diberi arahan jemaah haji akan dibawa oleh pihak yang
berkenaan untuk melontar Jamratul Kubra (Al-Aqabah) mengikut jarak
jauh dari perkhemahan masing-masing secara berjalan kaki.

Jemaah hendaklah memastikan membawa bersama-sama batu untuk


lontaran sebanyak 7 biji atau lebih, buku doa, gunting dan bergerak
secara berkumpulan mengikut kumpulan Muassasah / Pakej seperti
nombor maktab masing-masing.

Setelah tiba ke Jamratul Kubra (Al- Aqabah) talbiah dihentikan dan


sunat bertakbir ketika melakukan lontaran Jamratul Kubra (Al-Aqabah)

SYARAT-SYARAT MELONTAR JAMRATUL AL-KUBRA SEPERTI


BERIKUT:

1. Masuk waktu melontar iaitu selepas separuh malam 10 Zulhijjah


sehingga jatuh matahari di akhir Hari Tasyriq 13 Zulhijjah.
2. Hendaklah cukup 7 kali lontaran (sebiji-sebiji)
3. Hendaklah menggunakan batu atau jenisnya.
4. Batu-batu yang dilontar hendaklah masuk ke dalam Jamratul
Aqabah (al-Kubra) dengan yakin, bukan lontaran pada dinding yang
berdiri di tengah-tengah dan juga bukan pada dinding Iengkongan
itu.
5. Hendaklah melakukan lontaran dengan gaya melontar.
6. Hendaklah melontar dengan tangan.
7. Melontar hendaklah tidak terpesong niat daripada tujuan-tujuan
lain.
8. Tidak boleh melontar untuk orang lain kecuali setelah melontar
untuk diri sendiri.

SUNAT-SUNAT MELONTAR JAMRATUL KUBRA (AL-AQABAH)

Mengikut pendapat Imam dalam Kitab-kitab Mazhab As-Syafie di antara


sunat-sunat melontar Jamratul Aqobah (al-Kubra) pada hari 10
Zulhijjah:

1. Ketika melontar sunat dengan keadaan bahu kiri ke arah Makkah.


2. Sebelum melontar, sunat batu dibasuh.
3. Sunat tangan diangkat setinggi sekira-kira kelihatan putih ketiak,
tetapi tidak disunatkan untuk wanita.
4. Melontar dengan diletakkan batu di antara ibu jari dengan jari
telunjuk tangan kanan.
5. Sunat batu yang dilontar sebesar hujung anak jari atau sebesar
kacang kuda.
6. Sunat bertakbir ketika melontar dengan menyebut sekurang-
kurangnya:

ِ ‫بِس ِم‬
‫ اَهللُ أَ ْكَب ُر‬،‫اهلل‬ ْ
7. Berdoa selepas melontar Jamratul Kubra(Al-Aqabah):

‫صالِ ًحا‬
َ ً‫ َو َع َمال‬،‫ َو َس ْعيًا َم ْش ُك ْو ًرا‬،‫ َوذَ ْنبًا َمغْ ُف ْو ًرا‬،‫اج َعلْهُ َح ًّجا َم ْب ُر ْو ًرا‬
ْ ‫اَللّ ُه َّم‬
.‫ َوتِ َج َار ًة لَ ْن َت ُب ْو َر‬،ً‫َم ْق ُب ْوال‬
“Ya Allah, Ya Tuhanku! Kurniakanlah haji yang mabrur, dosa yang
diampuni dan usaha yang dipuji dan amalan soleh yang diterima dan
perniagaan yang tidak rugi.”

atau
،‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ٍ ِ َ ِّ‫اعا لِسن َِّة نَبِي‬ َ ِ‫ص ِد ْي ًقا بِ ِكتَاب‬
َ ‫ك َسيِّدنَا ُم َح َّمد‬ ُ ً َ‫ك َو ِّاتب‬ ْ َ‫اَللّ ُه َّم ت‬
ِ ‫اهلل ب ْكر ًة وأ‬
ِ ِ ِِ
َّ‫ الَ إِلهَ إِال‬،ً‫َص ْيال‬ َ َ ُ ‫ َو ُس ْب َحا َن‬،‫ْح ْم ُد للّه َكث ْي ًرا‬ َ ‫ َوال‬،‫اَهللُ أَ ْكَب ُر َكبِْي ًرا‬
.‫اج َعلْهُ َح ًّجا َم ْب ُر ْو ًرا َو َس ْعيًا َم ْش ُك ْو ًرا‬ َ ْ‫اهللُ َو ْح َدهُ الَ َش ِري‬
ْ ‫ اَللّ ُه َّم‬،ُ‫ك لَه‬
PERKARA MAKRUH KETIKA MELONTAR JAMRATUL KUBRA
(AL-AQABAH)

1.Mengutip batu di kawasan najis.


2.Menggunakan batu yang telah dilontar orang lain atau batu yang
telah dilontar oleh diri sendiri.
3.Menggunakan batu yang telah dipecah-pecahkan daripada batu yang
besar
4. Mengutip anak batu di Tanah Halal

BERCUKUR/BERGUNTING – RUKUN HAJI

Setelah selesai melontar Jamratul Aqabah (Al-Kubra) jemaah bolehlah


melakukan bercukur / bergunting iaitu menghilangkan 3 helai rambut
di kepala dengan apa cara sekalipun. Dan bagi orang yang tidak
berambut (botak) sunat dilalukan mata pisau di kepalanya.

Di antara adab-adab bercukur/bergunting:


 Mengadap kiblat.
 Bertakbir dan berdoa.
 Bercukur di sebelah kanan dahulu sekiranya bercukur. Afdhal bagi
jemaah haji lelaki bercukur sekaligus bukan bergunting dahulu
kemudian pulang ke khemah baru bercukur.
 Semasa bergunting jemaah wanita hendaklah memastikan tidak
dilihat oleh lelaki ajnabi rambut mereka.
 Bagi jemaah wanita yang berambut panjang memadai dipotong
hujung rambutnya sahaja dengan kadar seruas jari. Bukan
bergunting bulu di bahagian tengkuk kerana ia bukan daripada
sebahagian daripada kepala.
 Rambut wanita yang telah digunting eloklah ditanam atau
dibungkus kemudian dibuangnya.
DOA BERCUKUR ATAU BERGUNTING
‫اج َع ْل لِ ْي بِ ُك ِّل َش ْع َر ٍة‬ ِ
ْ َ‫اصيَتِ ْي بِيَد َك ف‬ ِ َ‫ اَللّ ُه َّم َه ِذ ِه ن‬،‫اَهلل أَ ْكبر اَهلل أَ ْكبر اَهلل أَ ْكبر‬
َُ ُ َُ ُ َُ ُ
‫ْح ْم ُد لِلّ ِه الَّ ِذ ْي‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫ اَل‬.‫ َوا ْغف ْر ل ْي ذَنْبِ ْي يَا َواس َع ال َْم ْغف َرة آم ْين‬،‫ُن ْو ًرا َي ْو َم الْقيَ َام ة‬
‫ َو ْارفَ ْع لِ ْي‬،ً‫ِّي بِ َها َس يِّئَة‬ ْ ‫ َو ْام ُح َعن‬،ً‫س نَة‬
ٍ ِ ِِ ِ ُ‫ض ى َعنِّي ن‬
َ ‫س ك ْي آتن ْي ب ُك ِّل َش ْع َرة َح‬ ُ ْ َ َ‫ق‬
‫ اَللّ ُه َّم ِز ْدنِ ْي‬.‫ص ِريْ َن َولِ َج ِم ْي ِع ال ُْم ْس لِ ِم ْي َن‬ِّ ‫بِ َها َد َر َج ةً َوا ْغ ِف ْر لِ ْي َولِل ُْم َحلِّ ِق ْي َن َوال ُْم َق‬
‫اجنَا‬ِ ‫ وا ْغ ِف ر لَنَا وآلب ِاءنَا وأل َُّم َهاتِنَا وألَ ْزو‬،‫إِيْمانًا وي ِق ْينًا وَتوفِ ْي ًقا و َعونً ا‬
َ َ َ َ َ ْ َ ْ َ ْ َ ََ َ
ِ ،‫ وصلَّى اهلل علَى سيِّ ِدنَا مح َّم ٍد وعلَى آلِ ِه وصحبِ ِه وسلَّم‬،‫وألَوالَ ِدنَا‬
.‫آم ْين‬ َ ََ َْ َ ََ َُ َ َ ُ َ َ ْ َ
Ertiya:
“Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha
Agung. Ya Allah ya Tuhan kami! Inilah hujung rambutku maka jadikanlah
tiap-tiap sehelai ini cahaya bagiku di hari kiamat dan ampunkanlah
dosaku. Wahai Tuhan yang amat luas pengampunannya, amin. Segala
puji-pujian tertentu bagi Allah yang telah menyempurnakan ibadat-
ibadatku, kurniakanlah satu kebajikan dengan tiap-tiap sehelai
rambutku. Hapuskan-lah dengannya satu kejahatan. Angkatkanlah aku
dengannya darjat. Ampunilah aku serta orang-orang bercukur, bergunting
dan sekalian orang Islam. Ya Allah ya Tuhanku! Tambahkanlah
keimanan, keyakinan, berikan taufik pertolongan kepadaku dan
ampunilah kami serta ibu bapa kami, dan anak-anak kami. Selawat dan
Salam ke atas penghulu kami Muhammad s.a.w., keluarga dan sahabat-
sahabatnya sekalian.”

TAHALLUL

Tahallul ialah halal bagi orang yang mengerjakan haji melakukan


perkara-perkara yang diharamkan ke atasnya dalam masa berihram
kerana dia telah keluar dari ihram itu setelah dia menyempurnakan
ibadat tersebut.
HAJI TERBAHAGI KEPADA 2 TAHALLUL
1. Tahallul Awwal:

Tahallul Awal ialah apabila selesai mengerjakan 2 dari 3 perkara iaitu;


 Melontar Jamratul Aqabah (Al-Kubra)
 Bercukur/bergunting
 Tawaf Haji / Sa`ie Haji
 Bagi jemaah lelaki yang telah selesai tahallul awal secara melontar
Jamratul Aqobah (Al-Kubra) dan bercukur/bergunting maka
sudah boleh memakai pakaian biasa seperti baju, seluar, kasut,
songkok, berwangi-wangian dan sebagainya semasa berada di
Mina, begitu juga jemaah haji wanita sudah dibolehkan menutup
muka, memakai sarung tangan, berwangi-wangian dan
sebagainya.

 Walaubagaimanapun, tiga perkara yang diharamkan iaitu


muqaddimah jimak (pendahuluan persetubuhan), bersetubuh,
berkahwin/ mengahwinkan/ menerima wakil kahwin masih tidak
dibolehkan.

2. Tahallul Thani:

Tahallul Thani ialah apabila selesai mengerjakan ketiga-tiga perkara


yang tersebut di atas seperti dengan bertawaf atau Sa'ie setelah
melaksanakan melontar Jamratul Aqobah (Al-Kubra) dan bercukur atau
bergunting, maka 3 perkara yang diharamkan tersebut sudah
dibolehkan.

CATATAN

1. Jemaah yang mengerjakan haji secara Tamattuk sekiranya


dibawa terus ke Makkah setelah bermalam di Muzdalifah
dibolehkan tahallul awwal secara melaksanakan tawaf haji ,sa'ie
haji dan bergunting di Makkah kemudian datang semula ke
Mina untuk melaksanakan lontaran Jamratul Aqobah (Al-
Kubra). Maka setelah melaksanakan lontaran tersebut terjadilah
tahallul thani.
2. Bagi jemaah yang mengerjakan haji secara ifrad atau qiran jika
telah pun tawaf qudum dan sa ie ketika tiba dahulu , maka
sekira berlaku keadaan yang sama iaitu dibawa terus ke
Makkah maka dibolehkan juga tahallul awwal secara tawaf haji
dan bergunting sahaja.

3. Bagi jemaah yang melaksanakan tahallul awwal secara


melontar Jamratul Aqobah (Al-Kubra) dan bergunting
khususnya jemaah wanita yang dibimbangi kedatangan haidh
bolehlah pulang ke Makkah segera untuk melaksanakan
tawaf ,sa'ie dan sebagainya kemudian datang semula ke Mina
untuk melaksanakan wajib haji yang wajib dilaksanakan.

MELONTAR PADA HARI-HARI TASYRIQ - WAJIB HAJI

Melontar pada hari-hari tasyriq ialah melakukan lontaran pada hari 11


Zulhijjah sebanyak 21 biji batu dengan pecahan 7 biji batu di Jamratul
Ula (As-Sughra), 7 biji batu di Jamratul Wusta dan 7 biji batu di
Jamratul Aqobah (Al-Kubra).
Begitulah juga cara yang sama dilakukan pada hari 12 dan 13 Zulhijjah.
Maka jumlah batu yang dilontar pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah adalah
sebanyak 63 biji. Batu-batu tersebut boleh dikutip di Muzdalifah atau di
Mina.
SYARAT-SYARAT MELONTAR HARI TASYRIQ

1. Masuk waktu melontar ialah bermula pagi pada setiap hari tasriq
sehingga hari-hari berikutnya siang atau malam sebelum jatuh
Matahari 13 Zulhijjah.
2. Hendaklah melontar 7 kali pada tiap-tiap jamrah (sebiji-sebiji)
3. Melontar dengan tertib dimulai dari Jamratul as-Sughra (Ula)
kemudian Jamratul-Wusta dan akhir sekali Jamratul al-Kubra (al-
Aqobah).
4. Melontar hendaklah tidak terpesong daripada tujuan-tujuan lain.
5. Hendaklah melontar dengan batu atau jenis-jenisnya.
6. Batu-batu yang dilontar hendaklah masuk ke jamrah-jamrah dengan
yakin, bukan lontaran pada dinding yang berdiri di tengah-tengah
dan bukan pada dinding lengkongan itu.
7. Hendaklah melakukan lontaran dengan gaya lontaran.
8. Hendaklah melontar dengan tangan.
9. Tertib hari melontar bermakna tidak sah melontar hari ke-11
melainkan setelah melontar Jamratul al-Kubra (al-Aqobah) dan tidak
sah melontar pada hari ke-12 melainkan telah melontar pada hari
ke-11 dan seterusnya tidak sah melontar hari ke-13 kecuali telah
melontar pada hari ke-12 Zulhijjah.
10. Dilarang melontar untuk orang lain kecuali setelah melontar ketiga-
tiga jamrah untuk dirinya sendiri.

SUNAT-SUNAT MELONTAR JAMARAT PADA HARI TASYRIQ


(Rujuk kitab Bughyah at-Tullab)

Di antara sunat-sunat melontar pada hari Tasyriq mengikut seperti


dalam kitab-kitab Mazhab Syafie adalah seperti berikut:

1. Ketika melontar pada hari Tasyriq sunat mengadap kiblat.


2. Sebelum melontar, sunat batu dibasuh terlebih dahulu.
3. Tangan diangkat tinggi sekira-kira kelihatan putih ketiak. Tetapi
tidak disunatkan untuk wanita.
4. Melontar dengan diletakkan batu di antara ibu jari dengan jari
telunjuk tangan kanan.
5. Sunat batu yang dilontar sebesar hujung anak jari atau sebesar
kacang kuda.
6. Bertakbir ketika melontar sekurang-kurangnya:

ِ ‫بِس ِم‬
‫ اهللُ أَ ْكَب ُر‬،‫اهلل‬ ْ
7. Melontar secara berturut-turut (muwalat)
8. Selepas melontar Jamratul As-Sughra (Ula) dan Wusta pada hari-
hari Tasyriq sunat memohon doa dengan kadar lama seperti tempoh
panjang membaca Surah al-Baqarah. Manakala tidak sunat berdoa
lagi di Jamratul Al-Kubra (al-Aqabah) dengan mengambil sempena
telah makbul berdoa ketika di Jamratul As-Sughra (Ula) dan Wusta.

PERKARA MAKRUH KETIKA MELONTAR KETIGA-TIGA JAMARAT


PADA HARI TASYRIQ

1. Mengutip batu di kawasan najis.


2. Menggunakan batu yang telah dilontar orang lain atau batu yang
telah dilontar oleh diri sendiri.
3. Menggunakan batu yang telah dipecah-pecahkan daripada batu yang
besar
4. Mengutip anak batu di Tanah Halal

MEMOHON DOA SELEPAS MELONTAR JAMRATUL AS-SUGHRA

.‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْحم ِن‬ ِ ‫بِس ِم‬
َّ ‫اهلل‬ ْ
‫َحيِنَا ُم ْس لِ ِم ْي َن‬ ِ
ْ ‫ اَللّ ُه َّم َت َو َّفنَا ُم ْس ل ِم ْي َن َوأ‬،‫ف َعنَّا‬ ُ ‫اَللّ ُه َّم َر َّبنَا َت َقبَّ ْل ِمنَّا َو َعافِنَا َوا ْع‬
‫ف ِم ْن َي ْو ِمنَا ه َذا‬ َ ْ‫الش ِري‬
َّ ‫ت ه َذا ال َْم َح َّل‬ ُ ‫ اَللّ ُه َّم إِنِّ ْي أ َْو َد ْع‬،‫الص الِ ِح ْي َن‬ ِ ‫وأَل‬
َّ ِ‫ْح ْقنَا ب‬ َ
َّ ‫َش َه ُد أَ ْن الَ إِل هَ إِالَّ اهللُ َوأ‬ ِ ِ ِ ِ ِ
ُ‫َن ُم َح َّم ًدا َع ْب ُده‬ ْ ‫ أ‬.‫ص ا‬ ً ‫ص ا ُم ْخل‬ ً ‫إِلَى َي ْوم الْقيَ َام ة َخال‬
....‫ الفاتحة‬.ُ‫َو َر ُس ْولُه‬

“Ya Allah ya Tuhan kami, terimalah daripada kami dan sejahtera kami
dan maafkan kami, Ya Allah matikanlah kami sebagai orang Islam dan
hidupkan kami sebagai orang Islam dan hubungkan kami dengan orang-
orang soleh. Ya Allah sesungguhnya hamba memberi selamat tinggal
tempat yang mulia ini dari ini hingga hari kiamat ikhlas dan suci hati; dan
membaca surah al-Fatihah...
BERDOA SELEPAS MELONTAR JAMRATUL WUSTA

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْحم ِن‬َّ ‫اهلل‬ِ ‫بِس ِم‬
ْ
ِ ِ ِ ِ ِ
‫ت‬ َ ْ‫ك أَن‬ َ ‫اء َعلَْي‬ ً َ‫ُحص ْي َثن‬ ْ ‫ اَللّ ُه َّم الَ أ‬،‫ْح ْم ُد للّ ه َح ْم ًدا َكثِْي ًرا طَيِّبًا ُمبَ َار ًكا ف ْي ه‬ َ ‫اَل‬
‫ك‬ َ ‫ت َوإِلَْي‬ ُ ‫َش َف ْق‬ ْ‫ك أ‬ َ ِ‫ت َو ِم ْن َع َذاب‬ ُ ‫ض‬ ْ َ‫ك أَف‬ َ ‫ت َعلَى َن ْف ِس‬
َ ‫ اَللّ ُه َّم إِلَْي‬،‫ك‬ َ ‫َك َما أَْثَن ْي‬
‫ض ُّر ِع ْي َواقْبَ ْل‬ َ َ‫َج ِر ْي َو ْار َح ْم ت‬ ِ ِ ُ‫ فَاقْب ل ن‬،‫ت‬
ْ ‫س ك ْي َوأَ ْعظ ْم أ‬ ُ ْ َ ُ ‫ب‬
ْ
ِ‫ك ر‬
‫ه‬ َ َ ‫ن‬
ْ ِ‫ت و‬
‫م‬ َ ُ ‫ب‬
ْ
ِ‫ر‬
‫غ‬ َ
َ‫ اَللّ ُه َّم َت َقبَّ ْل ِمنَّا َوال‬،‫ب َد ْع َوتِ ْي َوأَ ْع ِطنِ ْي ُس َؤالِ ْي‬ ِ ْ ‫َت وبتِي وأَقِ ل ِع ْث رتِي و‬
ْ ‫اس تَج‬ َ ْ َ ْ َ ْ َْ
ِ ‫الر‬
.‫اح ِم ْي َن‬ َّ ‫الصالِ ِح ْي َن يَا أ َْر َح َم‬َّ ‫اد َك‬ ِ ‫ وأَ ْد ِخلْنَا فِي ِعب‬،‫تَجعلْنَا ِمن الْمج ِر ِمين‬
َ ْ َ َْ ْ ُ َ َْ
“Segala puji bagi Allah sebagai pujian yang banyak (ikhlas) yang baik
dan berkat padanya. Ya Allah tiadalah hamba dapat menghitungkan
pujian atas engkau seperti yang engkau puji atas diri engkau. Ya Allah
kepada engkau hamba menumpukan dan berlumba-lumba. Dan daripada
azab engkau hamba lemah dan takut. Dan kepada Engkau hamba
cenderong. Dan daripada Engkau hamba gerun. Maka terimalah ibadat
hamba dan besarkan balasan hamba. Dan rahmatkan kerendahan
hamba. Dan terimalah taubat hamba dan baiki kesalahan hamba dan
terimalah doa hamba dan kurniakanlah pada hamba permohonan
hamba. Ya Allah terimalah daripada kami dan jangan jadikan kami
daripada orang yang mengerjakan dosa. Dan masukanlah kami pada
kalangan hamba-hamba Engkau yang soleh. Wahai Tuhan yang Maha
Penyayang daripada orang-orang yang penyayang..”

MELONTAR JAMARAT PADA HARI 11,12 DAN 13 ZULHIJJAH


JUMLAH BATU LONTARAN

Hari Jamrah Jumlah Batu


Jamrah Aqobah
10 Zulhijjah 7 Biji
(Al-kubra)

Jamrah Ula
11 Zulhijjah 21 Biji
(As-Sughra)

12 Zulhijjah Jamrah Wusta 21 Biji

Jamrah Aqobah
13 Zulhijjah 21 Biji
(Al-kubra)

Jumlah 70 Biji

UZOR SYAR IE
(TIDAK BOLEH MELONTAR DAN PERLU DIWAKILKAN)

Uzor Syar ie ialah sakit atau lemah sekira-kira mendatangkan mudarat


ke atas dirinya apabila dia melontar. Seumpama orang bersembahyang
fardhu tidak boleh berdiri, apabila dia berdiri akan mendatangkan
mudarat ke atas dirinya. Di sini barulah dia boleh sembahyang dengan
duduk. Begitu juga dengan melontar jamrah.
CATATAN
1. Jemaah yang uzur untuk melontar hendaklah terlebih dahulu
mendapat pengesahan (uzur syar’ie) daripada guru agama dan
pegawai perubatan di maktab masing-masing sebelum mengupah
atau mewakili orang lain untuk melontar.
2. sekiranya jemaah tidak sempat melontar hari 11 dan 12 daripada
hari Tasyriq bolehlah dikumpulkan (jamak) lontaran tersebut dan
dilakukan pada hari terakhir 13 Zulhijjah.
3. Malam ke 11 , ke 12 dan malam ke 13 tidak sah jika dibuat lontaran
untuk hari - hari tersebut kerana dikira masuk waktunya ialah
siang 11, siang 12 dan siang 13 Zulhijjah. Dan waktu afdhal
melontar jamarat pada hari-hari tasriq ialah pada selepas gelincir
Matahari pada hari-hari tersebut.
4. Jemaah yang tidak melontar (melebihi 3 batu ) tanpa uzur syar’ie
dikenakan dam tertib dan taqdir. Jikalau kurang daripada 3 biji
batu, damnya seperti (1 cupak makanan bagi sebiji batu dan
seterusnya).
5. Berwakil melontar kepada orang lain dengan sebab uzur hendaklah
dengan berakad wakil dari orang uzur kepada penggantinya setelah
masuk waktu melontar.
6. Tidak sah melontar untuk orang lain yang tidak memberi izin atau
tidak uzur.
7. Sunat orang yang uzur bertakbir semasa menyerahkan anak batu
kepada penggantinya.
8. Jemaah yang melakukan nafar awwal tidak perlu lontar untuk hari
13 Zulhijjah tanpa dikenakan dam.
9. Batu-batu Tanah Haram hendaklah ditinggalkan di Tanah Haram.
10. Bagi jemaah lelaki semasa berada di Mina tidak memakai pakaian
ihram kerana telah pun Tahallul Awwal.
11. Semasa berada di Mina jika jemaah ingin pulang ke Makkah untuk
melaksanakan Tawaf haji dan sa ie haji dibolehkan dan pastikan
bermalam di Mina pada hari-harinya cukup melebihi separuh malam
jika sekira balik ke Makkah pada sebelah malam. Dan pulang
semula ke Mina setelah selesai tawaf dan sa ie untuk melaksanakan
wajib-wajib haji yang masih berbaki.

BERMALAM DI MINA

Wajib bermalam di Mina pada malam hari-hari Tasyriq iaitu malam ke


11,12,13 Zulhijjah. Bermalam di Mina disyaratkan bermalam
sepenuhnya atau berada lebih daripada separuh malam di malam-
malam tersebut.

Pada 12 Zulhijjah jemaah boleh juga keluar meninggalkan Mina menuju


ke Makkah dengan tidak bermalam pada 13 Zulhijjah. Cara ini
dinamakan Nafar Awwal.
AMALAN-AMALAN SUNAT KETIKA DI MINA
1. Solat berjemaah
2. Menghadiri majlis ilmu dan tazkirah.
3. Melaksanakan korban
4. Berzikir dengan bertakbir (muqayyad) selepas solat.
5. Berdoa.
6. Qiyamullail secara bersendirian.
7. Membaca dan mengkhatam al-Quran.

PENGECUALIAN BERMALAM / MABIT DI MINA


(UZUR SYAR’IE)
1. Takut terancam keselamatan diri atau harta.
2. Menjaga atau menemani orang sakit.
3. Mencari keluarga, sahabat dan sebagainya yang hilang.
4. Berpenyakit dan sukar bermalam kerana penyakitnya.
5. Terpaksa (Mukrah)
DOA KETIKA DI MINA

ِ
‫ت بِ ِه َعلَى‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ا‬ ‫م‬ ِ
َ ْ َ َ َ َّ َ ْ ُ ْ‫ب‬ ‫ي‬ ‫ل‬
َ ‫ع‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ام‬ ‫ف‬
َ ‫ى‬ َ ُ ‫اَللّ ُه َّم ه ِذ‬
‫ن‬ ‫م‬ ‫ه‬
‫الس َم ِاء‬
َّ ‫ ُس ْب َحا َن الَّ ِذ ْي فِي‬،‫ك‬ َ َ ِ
‫ت‬ ‫اع‬َ‫ط‬ ‫ل‬ ِ ‫َه‬ ِ
ْ َ َ َ‫أ َْول‬
‫أ‬ ‫و‬ ‫ك‬ ‫ائ‬ ‫ي‬ِ
‫ ُس ْب َحا َن‬،ُ‫ض ُس ط َْوتُه‬ ِ ‫ ُس ْب َحا َن الَّ ِذ ْي فِي اْألَ ْر‬،ُ‫َع ْر ُش ه‬
‫ ُس ْب َحا َن الَّ ِذ ْي فِي النَّا ِر‬،ُ‫الَّ ِذ ْي فِي الْبَ ْح ِر َس بِْيلُه‬
‫ ُس ْب َحا َن‬،ُ‫ْجن َِّة َر ْح َمتُ ه‬ ‫ل‬‫ا‬ ‫ي‬ ِ‫ س بحا َن الَّ ِذي ف‬،ُ‫س ْلطَانُه‬
َ ْ َُْ ُ
‫ ُس ْب َحا َن‬،‫ض بِ ُق ْد َرتِ ِه‬ ‫ر‬ َ
‫أل‬ ‫ا‬
ْ
َ ْ َ َ ََ َ َ‫ع‬ ‫ض‬ ‫و‬ ‫و‬ ‫اء‬ ‫م‬ ‫الس‬
َّ َ َ ْ َّ‫ال‬
‫ع‬ ‫ف‬
َ ‫ر‬ ‫ي‬ ‫ذ‬ِ
.‫ْجأَ ِم ْنهُ إِالَّ إِلَْي ِه‬ ‫ل‬‫م‬ ‫ال‬
َ
َ َ َ َ َ ْ‫و‬ ‫ا‬‫ج‬ ‫ن‬
ْ ‫م‬ ‫ال‬
َ ‫ي‬ ‫ذ‬ِ َّ‫ال‬

“Ya Allah! Aku memohon dengan berkat Mina ini Engkau anugerahkan
daku dengan apa yang telah Engkau anugerahkan kepada wali-wali
Engkau dan hamba-hamba Engkau yang taat kepada Engkau. Maha Suci
Allah yang 'arasy-Nya terletak di langit, Maha Suci Tuhan yang
memperlihatkan kekuatanNya di bumi. Maha Suci Tuhan yang
menjalankan segala lautan, Maha Suci Tuhan yang melihatkan
kekuasaan dan pemerintahan di api neraka. Maha Suci Tuhan yang
melihatkan rahmatNya di dalam syurga. Maha Suci Tuhan yang telah
mengangkat 7 petala langit dan menetapkan 7 petala bumi dengan
qudratNya. Maha Suci Tuhan yang tidak ada tempat untuk bergantung
dan tidak ada tempat untuk meminta pertolongan melainkan kepadaNya
sernata-mata.”

NAFAR AWWAL DAN NAFAR THANI

Jemaah diberi pilihan sama ada bermalam 2 malam di Mina atau 3


malam berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Baqarah ayat
203 yang bermaksud:
“Sesiapa yang bersegera meninggal-kan Mina hanya pada selepas malam
2 hari, maka tidak berdosa. Dan barangsiapa yang melambatkan
(meninggalkan Mina pada hari Tasyriq yang ketiga), maka tidak berdosa
atasnya bagi mereka yang bertaqwa.”

A. Nafar Awwal ialah meninggalkan kawasan Mina pada hari


kedua Tasyriq iaitu 12 Zulhijjah dengan syarat-syaratnya :

1. Meninggalkan Mina sebelum jatuh matahari ke 12 Zulhijjah.


2. Telah menyempurnakan lontaran ketiga-tiga jamrah pada dua Hari
Tasyriq (11 dan 12 Zulhijjah).
3. Telah bermalam di Mina 2 malam.
4. Telah berniat Nafar untuk kembali ke Makkah semasa berada di
kawasan Mina dan tidak berazam kembali lagi ke Mina.

B. Nafar Thani ialah meninggalkan kawasan Mina pada hari


ketiga Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah:

Apabila seseorang itu tidak melakukan Nafar Awwal, maka dengan


tersendirinya dinamakan Nafar Thani iaitu dengan bermabit (bermalam)
di Mina malam yang ketiga dan melontar keesokan harinya (13
Zulhijjah).

Nafar Thani adalah lebih afdhal berbanding Nafar Awwal kerana Nabi
s.a.w. berbuat demikian.
CATATAN:
1. Semasa berada di Mina pada hari 11, 12 dan 13 Zulhijjah, jemaah
boleh juga pergi ke Makkah untuk menyegerakan Tawaf Haji dan
Sa’ie Haji dengan terlebih dahulu mendapat panduan daripada guru-
guru agama di maktab.
2. Jemaah yang membuat Nafar Awwal, tidak perlu lagi bermalam pada
malam 13 Zulhijjah dan tidak perlu juga melontar pada hari 13
Zulhijjah.
3. Jemaah haji yang membuat Nafar Awwal dengan cukup syarat-
syaratnya tidak perlu membayar dam kerana tidak bermalam pada
malam 13 Zulhijjah dan melontar pada hari 13 Zulhijjah.
4. Jemaah haji perlu mendapat nasihat terlebih dahulu daripada guru-
guru agama maktab sekiranya ingin melaksanakan Nafar Awwal.

5. Jemaah yang tidak bermalam (3 malam) di Mina tanpa uzur syar’ie


atau tanpa nafar awwal dikenakan dam tertib dan taqdir. Jikalau
tidak bermalam kurang daripada tiga malamnya seperti (1 cupak
makanan bagi 1 malam dan seterusnya).
6. Jemaah boleh juga bermabit di Mina 2 malam sahaja iaitu (malam
11 dan malam 12) tidak berdosa dan tidak dikenakan dam jika
melakukan nafar awwal yang melengkapi syaratnya.
TAWAF HAJI / TAWAF RUKUN

Setelah selesai melontar Jamarat dan bermalam di Mina kebiasaannya


pada 13 Zulhijjah sebelum atau selepas Zohor jemaah akan diuruskan
berangkat pulang ke Makkah. Semasa di Makkah setelah cukup
kerehatan bagi jemaah yang melaksanakan haji secara tamattuk perlu
melaksanakan Tawaf Haji / Tawaf Ifadhah dan Sa`ie Haji.

Bagi jemaah yang melaksanakan haji secara ifrad dan qiran hanya perlu
melaksanakan tawaf haji sahaja sekiranya telah melaksanakan sa ie
haji selepas tawaf qudum pada hari ketibaan dahulu.
SYARAT-SYARAT TAWAF HAJI (RUKUN)

1. Suci daripada hadas


2. Suci badan, pakaian, tempat tawaf daripada najis.
3. Menutup aurat.
4. Bermula dan berakhir pada sudut Hajar aI-Aswad.
5. Menjadikan Baitullah di sebelah kiri berjalan ke hadapan.
6. Berjalan bertujuan tawaf
7. Cukup 7 kali dengan yakin.
8. Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail/
Syazarwan.

SUNAT-SUNAT TAWAF HAJI

1. Sunat lafaz dan berniat ketika tawaf haji.


2. Berjalan kaki.
3. Istilam Hajarul Aswad dan mengucupnya, Istilam Rukun Yamani
dan tidak mengucupnya (pastikan bahu tidak terpesong dari
Kaabah).
4. Berturut-turut 7 kali pusingan.
5. Berzikir dan berdoa ketika sedang tawaf,
6. Tawaf dengan khusyuk dan tawadhuk.
7. Sembahyang sunat tawaf 2 rakaat di belakang Makam Ibrahim
atau di mana sahaja di dalam Masjidil Haram kemudian berdoa,
seterusnya minum air zamzam dan berdoa.

Bagi jemaah lelaki tidak perlu memakai pakaian ihram ketika tawaf dan
sa'ie haji kerana telahpun berlaku tahallul awwal sebelum ini

LAFAZ NIAT TAWAF HAJI:


‫س ْرهُ لِ ْي‬
ِّ َ‫ْح ِّج َفي‬
َ ‫اف ال‬
ٍ ‫ك الْحر ِام سبعةَ أَ ْشو‬
َ ‫اط طََو‬ َ َ ْ َ َ َ َ ‫اف َب ْيت‬
ِ َ ‫اَللّ ُه َّم إِنِّي أُ ِريْ ُد طَو‬
َ ْ
.‫ِّي لِلّ ِه َت َعالَى‬
‫ن‬ ِ ‫وَت َقَّبلْه‬
‫م‬
ْ ُ َ
“Ya Allah Ya Tuhanku! Aku hendak tawaf Baitullah 7 keliling Tawaf Haji.
Maka permudahkanlah bagiku dan terimalah dariku kerana Allah Taala.”

SA`IE HAJI – RUKUN

Bagi jemaah yang melaksanakan haji secara ifrad dan qiran hanya perlu
melaksanakan sa ie haji lagi kerana telah pun dilaksanakan selepas
tawaf qudum pada hari ketibaan dahulu.

SYARAT-SYARAT SA`IE HAJI (RUKUN):


1. Dilakukan selepas Tawaf Rukun (haji)
2. Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah
3. Cukup 7 kali dengan yakin dikira sekali daripada Safa ke Marwah
dan sekali daripada Marwah ke Safa.
4. Hendaklah sampai ke penghujung tempat Sa`ie di Safa dan Marwah.
5. Hendaklah Sa`ie di Batnul Wadi - tempat yang termaklum.
6. Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan Sa`ie.

SUNAT-SUNAT SA`IE HAJI:


1. Sunat lafaz dan berniat sa'ie haji
2. Dilaksanakan sejurus selesai tawaf.
3. Keluar ke tempat sa`ie melalui Babul-Safa.
4. Menaiki Bukit Safa dan Marwah hingga sampai batu-batu bukit.
5. Menghadap qiblat dan mengangkat kedua tangan serta bertakbir di
Safa dan Marwah.
6. Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanda
lampu hijau atau tiang hijau.
7. Muwalat - (Berturut-turut).
8. Ada air sembahyang.
9. Berjalan kaki.
10. Berzikir dan berdoa

LAFAZ DAN NIAT SA`IE HAJI

‫ْح ِّج لِلّ ِه‬ ٍ ْ ‫الص َفا والْم رو ِة س بعةَ أ‬


َ ‫َش َواط َس ْع َي ال‬ ْ ‫اَللّ ُه َّم إِنِّ ْي أُ ِريْ ُد أَ ْن أ‬
َ ْ َ َ ْ َ َ َّ ‫َس َعى َب ْي َن‬
.‫َت َعالَى‬
“Ya Allah aku hendak Sa`ie di antara Safa dan Marwah 7 kali Sa'ie Haji
kerana Allah Taala.”

CATATAN

1. Selepas Tawaf Haji Dan Sa’ie Haji tidak ada lagi


bercukur/bergunting kerana sudah melakukan-nya semasa berada
di Mina.
2. Dengan melaksanakan Tawaf Haji dan Sa’ie Haji selesailah sudah
pantang larang ihram yang tiga perkara sebelum ini (iaitu
mukaddimah jimak, persetubuhan, berkahwin, mengahwini atau
menerima wakil kahwin). Ini dinamakan Tahallul Thani.

TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN


(RUKUN HAJI)

1. Rukun haji hendaklah dikerjakan dengan tertib pada kebanyakan


rukun iaitu didahulukan niat ihram dari rukun-rukun yang lain.
Didahulukan dengan wuquf dari Tawaf Ifadhah (Tawaf Haji) dan
dahulukan Tawaf dari Sa'ie. Walaupun begitu bercukur dan
bergunting boleh dilakukan selepas wuquf (selepas tengah malam 10
Zulhijjah) iaitu sebelum Tawaf Rukun.
2. Tertib pada kebanyakan rukun:
Cara pertama ialah niat haji, wuquf, tawaf haji, sa'ie haji akhir sekali
bercukur / bergunting
Cara kedua ialah niat haji, wuquf, bercukur / bergunting, tawaf haji,
dan akhir sekali sa'ie haji.

AMALAN ATAU AKTIVITI SEBELUM MENINGGALKAN MAKKAH


(TAWAF SELAMAT TINGGAL)

1. Membayar dam-dam yang berkaitan jika ada.


2. Memastikan batu-batu Tanah Haram tidak dibawa pulang.
3. Membuat Umrah sunat atau Tawaf sunat lagi atau lain-lain amalan
yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT khususnya bagi
jemaah penerbangan tengah atau akhir jika berkemampuan dan
berkesempatan.
4. Bagi jemaah wanita yang ingin melaksanakan umrah sunat lagi
sekiranya dibimbangi kedatangan haidh, di mana rukun-rukun
umrah berikutnya tidak dapat diselesaikan, eloklah berniat ihram
secara bersyarat. Maka apabila datang halangan (haidh) maka
halallah ia daripada larangan ihram.
5. Bagi jemaah penerbangan awal, hendaklah bersiap sedia bagi
melaksanakan Tawaf Wada' untuk pulang ke Jeddah sebaik sahaja
diberi arahan oleh pihak berkenaan.
6. Bagi jemaah haji penerbangan akhir pula akan melaksanakan Tawaf
Wadaq untuk ke Madinah setelah diarahkan.

TAWAF WADA’ (SELAMAT TINGGAL) - WAJIB


1. Tawaf Wada` diwajibkan ke atas tiap-tiap orang yang hendak
meninggalkan (musafir) daripada Makkah kerana kembali ke
negerinya atau kerana pergi ke suatu tempat yang jauhnya 2
marhalah atau lebih, atau kerana pergi ke suatu tempat yang
hendak ditinggal di tempat itu selama 4 hari atau lebih. Tawaf
Wadaq adalah wajib yang berasingan.
2. Setelah selesai Tawaf Wada`, bersembahyanglah Sunat Tawaf 2
rakaat, berdoa, seterusnya beredar dengan segera.
3. Bagi jemaah yang uzur syar’ie tidak perlu dilakukan tawaf Wada’
tidak berdosa dan tidak dikenakan dam jika meningalkannya.

4. Setelah Tawaf Wada` dibolehkan berhenti di Makkah seketika atau


sekejap untuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan
musafirnya (tidak mengambil tempoh masa yang begitu lama). Di
antara perkara yang dibolehkan selepas Tawaf Wada` seperti berikut:

i. Membeli bekalan makanan untuk dimakan dalam perjalanan.


ii. Mengikat barang-barangnya di atas kenderaan
iii. Ikut sama sembahyang berjemaah sekiranya sembahyang itu
telah didirikan (diiqamatkan), bukan kerana menunggu azan solat
yang sedang dilaungkan.
iv. Menunggu kenderaan yang terlewat tiba dari masa yang telah
dijadualkan.

5. Kadar masa boleh menunggu selepas Tawaf Wada` dalam


jangkamasa singkat sekira-kira tidak lulus sembahyang 2 rakaat.

LAFAZ TAWAF WADA’

.‫اع لِلّ ِه َت َعالَى‬


ِ ‫اف ال َْو َد‬ ٍ ‫ك الْحر ِام سبعةَ أَ ْشو‬
َ ‫اط طََو‬ َ َ ْ َ َ َ َ ‫اف َب ْيت‬
ِ َ ‫اَللّ ُه َّم إِنِّي أُ ِريْ ُد طَو‬
َ ْ
Maksudnya:
“Ya Allah Ya Tuhanku aku hendak Tawaf Baitullah 7 keliling tawaf
Wada` kerana Allah Taala.”

CATATAN:
1. Syarat-syarat dan sunat-sunat Tawaf Wada` sama seperti
perlaksanaan tawaf-tawaf yang lain.
2. Bagi jemaah lelaki semasa pelaksanaan tawaf wada' tidak perlu
memakai pakaian ihram.

UZUR SYAR'IE TAWAF WADA’


(Tidak Berdosa dan Tidak Dam)

1. Perempuan haidh / nifas atau mustahadhah dalam tempoh haid.


2. Penyakit kencing tidak tus (Sil-sil Baul)
3. Orang luka yang darahnya tidak berhenti.
4. Dipaksa meninggalkan tawaf
5. Takut kepada orang zalim.
6. Takut ditinggalkan teman dan keluarga.
7. Takut dari peminta hutang kerana tidak upaya menjelaskannya.
8. Takut harta / keselamatan / kehormatan diri terancam.
9. Tiada air dan tanah untuk bersuci.
DOA TAWAF WADA’

َ‫ َو ْار ُزقْنِ ْي إِلَْي ِه ال َْع ْو َدة‬،‫ف‬ ِ ْ‫الش ِري‬


َّ ‫ان‬ ِ ‫آخ ر الْع ْه ِد ِمن ه َذا الْم َك‬ ِ
َ ْ َ َ ُ‫اَللّ ُه َّم الَ تَ ْج َع ْل ه‬
‫ت‬ُّ ‫ َوإِ ْن ُم‬،‫ت‬ ُ ‫اء اهللُ ِج ْئ‬ َ ‫ت إِ ْن َش‬ ُ ‫ص َّح ٍة َو َس الَ َم ٍة إِ ْن ِع ْش‬ ِ ‫فِي َخ ْي ٍر و َعافِي ٍة و‬
َ َ َ ْ
‫ادتِ ْي َوأ ََم انَتِ ْي َو َع ْه ِد ْي َو ِم ْيثَ اقِ ْي ِم ْن َي ْو ِمنَا ه َذا إِلَى َي ْوِم‬ َ ‫ت ع ْن َد َك َش َه‬
ِ ُ ‫أَود ْع‬
َْ
َّ ‫ادةُ أ‬
‫َن‬ َ ‫ َو َش َه‬،ُ‫ك لَ ه‬ َ ْ‫ادةُ أَ ْن الَ إِل هَ إِالَّ اهللُ َو ْح َدهُ الَ َش ِري‬ َ ‫ َو ِه َي َش َه‬،‫ال ِْقيَ َام ِة‬
‫ َو َس الَ ٌم َعلَى‬،‫ص ُف ْو َن‬ ِ ‫ب ال ِْع َّز ِة َع َّما ي‬
ِّ ‫ك َر‬َ ِّ‫ ُس ْب َحا َن َرب‬،ُ‫ُم َح َّم ًدا َع ْب ُدهُ َو َر ُس ْولُه‬
َ
ِّ ‫ْح ْم ُد لِلّ ِه َر‬
.‫ب ال َْعالَ ِم ْي َن‬ ِ
َ ‫ال ُْم ْر َسل ْي َن َوال‬
Ya Tuhanku, janganlah dijadikan hambaMu pada tempat yang mulia ini
sebagai ziarah yang penghabisan. Kurniakanlah kepada hamba peluang
untuk menziarah kembali ke tempat ini dalam keadaan sihat dan baik.
Jika panjang umur hamba, InsyaAllah, hamba akan datang lagi. Jika
sampai ajal hamba, maka hamba telah mengabdikan kepadaMu
syahadah dan perjanjian hamba dari hari ini sehingga hari kiamat, iaitu
hamba bersaksi tidak ada tuhan melainkan Allah. Tuhan yang tidak ada
sekutu bagiNya dan hamba naik saksi bahawa Nabi Muhammad
hambaNya lagi pesuruhNya. Maha Suci Tuhan yang mempunyai
keagungan dan kekuasaan daripada apa yang mereka sifatkan. Salam
sejahtera kepada sekalian rasul dan segala puji-pujian yang tertentu bagi
Allah. Tuhan yang memelihara serta mentadbirkan seluruh alam.
DAM – DAM

DAM – DAM
:
1. Tertib dan takdir (tiada pilihan kecuali jika tidak mampu.
2. Takhyir dan Takdir (boleh pilih).
3. Tertib dan Ta’dil (tiada pilihan kecuali jika tidak mampu.
4. Takhyir dan Ta’dil (boleh pilih).

A. Tertib dan Takdir


1. Menyembelih seekor kambing atau 1/7 lembu/unta.
2. Jika tidak mampu hendaklah berpuasa 10 hari, 3 hari di Makkah
semasa berihram haji dan 7 hari di tempatnya sendiri.
3. Jika tidak mampu kerana sakit tua berlarutan hendaklah 10 cupak
makanan.

Sebab-sebab dikenakan:
1. Tidak niat di miqat.
2. Tidak melontar Jamrah
3. Tidak bermalam di Muzdalifah.
4. Tidak bermalam di Mina.
5. Tidak tawaf Wada’.
6. Melanggar nazar.
7. Tidak wuquf di Arafah.
8. Melaksanakan haji secara Tamattuk mengikut syarat-syaratnya
9. Melaksanakan haji secara Qiran

B) Takhyir dan Ta'dil

1. Menyembelih binatang al-An'am mengikut bandingan binatang


/pokok atau;
2. Membeli makanan mengikut nilai harga binatang al-An'am dan
disedekahkan kepada fakir miskin di Tanah Haram Makkah, atau;
3. Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang
dapat dibeli mengikut nilai binatang al-An'am (1 cupak = 1 hari).

Sebab-sebab dikenakan:

1. Memotong / menebang / mengerat / mencabut pokok-pokok di


Tanah Haram sama ada dalam ihram atau tidak.
2. a) memburu binatang yang halal dimakan atau membinasakannya di
Tanah Haram atau di Tanah Halal semasa dalam ihram.
b) memburu binatang yang halal dimakan atau
membinasakananya di Tanah Haram Makkah semasa dalam
ihram atau tidak berihram. (Belalang adalah binatang buruan)

C) Takhyir dan Taqdir

1. Menyembelih seekor kambing atau;


2. Bersedekah kepada 6 orang fakir miskin tiap-tiap seorang 2 cupak
makanan daripada gandum, atau;
3. Berpuasa tiga hari.

Sebab-sebab dikenakan:

1. Memakai pakaian bersarung.


2. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya.
3. Menutup muka atau sebahagian daripadanya
4. Memakai sarung tangan
5. Memakai bau-bauan sama ada di badan, pakaian, makanan,
minuman atau menghisapnya ke dalam hidung.
6. Memakai minyak di kepala atau janggut dan semua bulu muka
selain daripada tumbuhan di pipi dan dahi.
7. Menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan.
8. Mengerat atau memotong kuku.
9. Melakukan pendahuluan persetubuhan.
a)bersetubuh selepas persetubuhan yang merosakkan haji atau
umrah.
b) bersetubuh selepas tahallul awwal dan sebelum tahallul thani.

D.i) Tertib dan Ta'dil

1. Menyembelih seekor unta (suami sahaja)


2. Jika tidak mampu, sembelih 7 ekor kambing (suami sahaja).
3. Jika tidak mampu hendaklah membeli makanan yang
mengenyangkan (gandum) dengan nilai harga seekor unta untuk
disedekahkan kepada fakir miskin (suami sahaja).
4. Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa mengikut bilangan cupak
makanan daripada harga seekor unta (1 cupak = 1 hari).

Sebab-sebab dikenakan:

1. Bersetubuh sebelum tahallul awwal atau sebelum tahallul umrah


(merosakkan haji/umrah - wajib teruskan kerja-kerja haji/umrah
dan Qada' haji tahun berikutnya serta Qada' umrah dengan segera.

D.ii) Tertib dan Ta'dil

2. la hendaklah bertahallul iaitu menyembelih seekor kambing dan


bercukur/bergunting.
3. Jika tidak berkuasa hendaklah membeli makanan dengan nilai
seekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin tempat
tahallul.
4. Jika tidak berkuasa, hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak
bilangan cupak yang dapat dibeli dengan seekor kambing.

Sebab-sebab dikenakan:
1. Tertahan / ditahan oleh musuh dalam perjalanan / atau terkepung
tidak dapat masuk Makkah sedangkan ia sudah berihram.

PENUTUP

Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya dapat disiapkan risalah ini


secara ringkas bagi membantu jemaah mendapat gambaran awal
tentang ibadat haji dan umrah walaupun terdapat banyak kelemahan
dan kekurangan.

Kepada Allah SWT kita memohon agar diberi kefahaman dan


kesempurnaan ibadat haji dan umrah yang dilaksanakan serta
mendapat haji yang mabrur.
. ‫آمين يا رب العالمين‬
Sebarang pertanyaan
atau soal jawab sila email :
razak_abdol@yahoo.com
RUJUKAN
atau Telefon 019 4776125/012-4738902

Anda mungkin juga menyukai