Anda di halaman 1dari 11

IHRAM Ihram bererti memakai pakaian ihram di miqat tertentu serta niat.

NIAT IHRAM HAJI Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala. NIAT IHRAM UMRAH Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. PERKARA-PERKARA YANG HARAM SEMASA IHRAM 1. Menutup kepala bagi lelaki lelaki dan menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita. 2. Memakai pakaian berjahit bagi lelaki. 3. Memakai bau-bauan pada badan, pakaian, dan makanan. 4. Memakai minyak pada rambut dan janggut. 5. Mencabut bulu atau rambut dari badan 6. Memotong kuku. 7. Membunuh binatang buruan. 8. Bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat. 9. Jimak (bersetubuh) 10. Melakukan akad nikah, mewalikan pernikahan, atau menikahkan. (Nikah yang dilakukan dalam masa ihram adalah tidak sah. WUKUF DI ARAFAH 11. Wukuf maksudnya berhenti seketika di Arafah di antara waktu gelincir matahari hari ke-9 hingga terbit fajar hari yang ke-10 Zulhijjah. 12. Tidak sah sekiranya ia dilakukan selepas waktu ini kerana terlepas bermalam di Muzdalifah. 13. Adalah menjadi sunat sekiranya dapat dihimpunkan waktu zohor pada 9 Zulhijjah dengan asar pada waktu wukuf dengan jamak takdim. TAWAF DI BAITULLAH Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syaratnya. JENIS-JENIS TAWAF 1. Tawaf Ifadhoh.(rukun) 2. Tawaf Qudum : Tawaf selamat datang dilakukan ketika mula-mula sampai ke Mekah. 3. Tawaf Wida : Tawaf selamat tinggal dilakukan ketika hendak meninggalkan Mekah. 4. Tawaf Sunat 5. Tawaf Nazar : Tawaf yang dilakukan kerana menunaikan nazar yang telah dibuat. SYARAT-SYARAT TAWAF 1. Suci daripada hadas besar pada badan, pakaian, tempat tawaf. 2. Menutup aurat. 3. Bermula pada sudut Al-Hajar Aswad dan berniat tawaf ketika itu.

4. 5. 6. 7.

Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan Bertujuan Tawaf bukan bertujuan lain. Cukup 7 kali dengan yakin Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail Syazarwan.

SUNAT-SUNAT TAWAF 1. Berjalan kaki 2. Berittiba (berturutan) bagi tawaf yang diiringi dengan saei (lelaki) 3. Mengucup Al-Hajar Aswad / Istilam Rukun Yamani dan tidak mengucupnya. 4. Membaca zikir dan doa. 5. Berturutan 7 kali pusingan. 6. Tawaf dengan khusyuk dan tawadhuk. 7. Sembahyang sunat Tawaf. SAE'I Saei bererti berjalan berulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak 7 kali. SYARAT-SYARAT SAE'I 1. Dilakukan selepas Tawaf rukun / Tawaf Qudum. 2. Bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. 3. Sampai ke hujung setiap tempat Saei. 4. Berniat Saei semata-mata kerana Allah Taala. 5. Cukup bilangan 7 kali. Bilangan dikira sekali dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. SUNAT-SUNAT SAE'I 1. Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanda hijau. 2. Menghadap Qiblat dan melambai-lambai kedua-dua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah. 3. Keluar ke tempat Saei melalui Bab Al-Safa. 4. Berdoa. 5. Berwudhuk. 6. Berjalan kaki. 7. Berturut-turut. BERCUKUR Bercukur bererti menggunting rambut atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan cara mencukur atau mengguntingnya. Waktu bercukur adalah selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah WAJIB HAJI Wajib Haji ada enam perkara iaitu :1. Ihram di Miqat 2. Bermalam di Muzdalifah 3. Melontar Jamrah Al-Aqabah 4. Bermalam di Mina 5. Melontar ketiga-tiga jamrah 6. Meninggakan perkara-perkara yang haram semasa ihram

MIQAT Miqat bermaksud sempadan waktu atau tempat untuk memulakan niat ihram haji atau umrah. Miqat terbahagi kepada 2 : a) Miqat Zamani : Sempadan masa yang ditentukan bagi ihram haji, bermula dari 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah pada setiap tahun. Manakala bagi Umrah ialah sepanjang tahun. b) Miqat Makani : Sempadan tempat yang telah ditetapkan disekeliling Mekah untuk ihram haji. MIQAT MAKANI 1) Yalamlam bagi jemaah haji yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah. Jaraknya adalah leebih kurang 54 km dari Kota Mekah. 2) Zulhulifah bagi para jemaah haji ang datang dari Madinah dan kawasan sekitarnya. Jarak lebih kurang 450 km dari Mekah. 3) Juhfah Jemaah haji yang datang dari arah barat laut seperti penduduk Mesir dan Syria. Jaraknya lebih kurang 187 km dari Mekah pada arah barat laut. 4) Qarnul Manazil bagi jemaah yang datang dari arah timur seperti penduduk Najd. Jaraknya lebih kurang 94 km dari Mekah. 5) Mekah (dari rumah mereka) Untuk penduduk Mekah sendiri. BERMALAM DI MUZDALIFAH Jemaah haji wajib berada dan bermalam di Muzdalifah walaupun seketika. Waktunya ialah selepas tengah Malam 10 Zulhijjah hingga subuh. MELONTAR DI JAMRAH AQABAH Ertinya melontar 7 biji batu ke dalam takungan Jamrah Aqabah. Setiap lontaran hendaklah dengan hanya sebiji batu. Waktu untuk melontar di Jamrah Aqabah ini ialah Selepas tengah malam 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah Waktu afdal ialah waktu Dhuha pada 10 Zulhijjah. BERMALAM DI MINA Ertinya berada lebih dari separuh malam di Mina pada malam-malam hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. TAHALUL Tahalul bermaksud keluar dari ihram haji atau umrah. Tahalul terbahagi kepada dua, iaitu : a) Tahalul Awal b) Tahalul Thani

TAHALLUL AWAL Tahalul awal dilakukan setelah selesai jemaah haji melakukan 2 dari tiga perkara : 1. Melontar Jumrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah. 2. Bercukur 3. Tawaf Seseorang yang telah selesai melakukan tahalul awal boleh melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram kecuali berwali nikah, bercumbu-cumbuan dan bersetubuh. TAHALLUL THANI Tahalul Thani ialah selepas jemaah haji melaksanakan kesemua 3 perkara yang telah disebut di atas. Seseorang yang telah selesai bertahalul thani, boleh melakukan semua perkara yang diharamkan semasa ihram.

NAFAR Nafar ialah meninggalkan Mina dengan niat tidak akan kembali ke Mina semula. Nafar terbahagi kepada 2 iaitu : c) Nafar awal d) Nafar Thani NAFAR AWAL Nafar awal ialah meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah tanpa bermalam pada 13 Zulhijjah dan juga tidak melontar jumrah pada 13 Zulhijjah. SYARAT-SYARAT MELAKUKAN NAFAR AWAL 1. Keluar dari Mina selepas gelincir matahari pada 12 Zulhijjah. 2. Selesai melontar ketiga-tiga jumrah. 3. Telah bermalam selama dua malam di Mina, iaitu pada malam 11 dan 12 Zulhijjah. 4. Berazam tidak akan datang lagi ke Mina pada musim itu. 5. Keluar dari Mina dengan niat melakukan Nafar awal. HIKMAH NAFAR 1. Memberi kelonggaran kepada jemaah haji yang ada urusan lain. 2. Memberi peluang kepada jemaah haji dengan memendekkan waktu beribadat. NAFAR THANI Segala perbuatan dilakukan seperti biasa iaitu melontar pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah.

HAJI IFRAD

Haji ifrad ialah mengerjakan haji dan umrah secara berasingan sama ada mengerjakan haji sahaja dalam bulan haji sehingga selesai perkara perkara rukun dan wajib haji, kemudian barulah mengerjakan umrah atau sebaliknya. Haji Ifrad lebih afdal daripada haji-haji lain.

Niat haji ifrad : Maksudnya : Sahaja aku berihram dengan haji kerana Allah Taala Cara mengerjakannya :

Rukun

Wajib

Sunat

HAJI TAMATTUK Haji tamattuk ialah mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan haji pada bulan yang sama. Niat haji tamattuk adalah sama dengan niat haji ifrad akan tetapi didahului dengan niat umrah. CARA MENGERJAKAN HAJI TAMATTUK

Rukun Wajib Sunat KELEBIHAN DAN KEBAIKAN HAJI TAMATTUK 1. Memberi kemudahan kepada jemaah haji untuk berehat. 2. Memberi kemudahan kepada jemaah haji yang kesuntukan masa untuk mengerjakan haji. 3. Waktu ihram yang pendek. KEKURANGAN HAJI TAMATTUK 1. Kurang fadhilatnya berbanding dengan haji ifrad 2. Melakukan haji dengan cara tamattuk ini dikenakan dam (denda). PERBEZAAN ANTARA HARI IFRAD DAN HAJI TAMATTUK Haji Ifrad Mengerjakan haji dalam bulan haji kemudian baru mengerjakan umrah Haji Tamattuk Mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan haji.

Tidak dikenakan dam Lebih afdal

Dikenakan dam Kurang fadhilat

HAJI QIRAN Haji qiran ialah mengerjakan haji dan umrah secara serentak dengan bernaiat ihram keduaduanya sekali. Niat haji qiran : Maksudnya : Sahaja aku berihram dengan haji dan umrah kerana Allah Taala. CARA MENGERJAKAN HAJI QIRAN

Rukun

Wajib

Sunat

DAM Dam pada bahasa bererti darah dan pada Istilah hukum syarak bererti denda yang dikenakan ke atas seseorang yang mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau melakukan perkara-perkara yang dilarang. HIKMAH DAM 1) Menampung kekurangan dalam ibadat haji. 2) Berhati-hati melaksanakan Ibadat haji. 3) Meringankan bebanan jemaah haji. Dam terbahagi kepada 4 jenis iaitu : Dam tertib takdir, Dam tertib takdil, Dam takhyir takdir dan Dam takhyir takdil. JENIS-JENIS DAM JENIS DAM 1) Dam tertib takdir Iaitu dam dibayar mengikut susunan (tertib). Kemampuan dam perlu mengikut ketetapan syarak (takdir) Dam ini tidak boleh dipilih atau diganti. KESALAHAN 1) Tidak berihram di miqat 2) Mengerjakan haji secara qiran atau tamattuk 3) Luput waktu di Arafah 4) Tidak bermalam di Mina 5) Tidak melontar jamrah 6) Tidak menepati Nazar yang berkaitan ibadat haji 7) Tidak melakukan tawaf wida' BAYARAN Menyembelih seekor kambing Sekira tidak mampu Berpuasa 10 hari , 3 hari di Makkah dan 7 hari apabila pulang ke tempat masing-masing Bagi jemaah haji yang meninggalkan tawaf wida hendaklah berpuasa 3 hari setelah berlepas dari Mekah dan 7 hari. BAYARAN Sekira tidak mampu Menyembelih seekor Unta Sekira tidak mampu Menyembelih seekor Lembu Sekira tidak mampu Menyembelih 7 ekor kambing Sekira tidak mampu Membeli makanan dengan nilai harga unta dan disedekahkan kepada fakir miskin. Sekira tidak mampu

JENIS DAM 2) Dam tertib takdil Ialah dam yang boleh ditaksirkan (harganya) dan boleh ditukar kepada benda lain mengikut kemampuan masing-masing

KESALAHAN 1) Melakukan persetubuhan sebelum tahalul pertama (membatalkan haji)

Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan seekor unta.

2) Terhalang daripada memasuki Mekah setelah berniat ihram.

Menyembelih seekor kambing dan bercukur Sekira tidak mampu Membeli makanan dengan nilai harga kambing dan bercukur Sekira tidak mampu Membeli makanan dengan harga kambing disedekahkan kepada akir miskin Sekira tidak mampu Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai harga kambing. BAYARAN

JENIS DAM 3) Dam takhyir taqdir Boleh ditunaikan mengikut pilihan sendiri (takhyir)

KESALAHAN

1) Memakai pakaian yang Menyembelih seekor bersarung atau berjahit bagi kambing dan lelaki disedekahkan kepada 2) Memakai bau-bauan. fakir miskin 3) Memotong kuku. Atau 4) Bersetubuh kali kedua sebelum Bersedekah 2 cupak tahalul awal makanan kepada enam orang fakir miskin Atau berpuasa selama 3 hari KESALAHAN BAYARAN

JENIS DAM 4) Dam takhyir takdil Ialah pembayarannya bergantung kepada pilihan sendiri dan tidak ditetapkan tetapi berdasarkan harga sebanding.

1) Berburu binatang darat. Menyembelih binatang 2) Menebang, memotong, atau ternakan yang sebanding mencabut pohon d Tanah Haram. dengan binatang buruan itu. Atau Membeli makanan dengan nilai harga binatang buruan itu. Atau Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan

yang dibeli dengan harga binatang buruan itu.

CARA MENGERJAKAN UMRAH

Rukun

Wajib

Sunat

Anda mungkin juga menyukai