Anda di halaman 1dari 14

2

1. Bersih diri daripada dosa zahir dan batin dengan


bertaubat. Firman Allah:


Maksudnya:
Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat
nasuha (sebenar-benar taubat). (at-Tahrim : 8)

Begitu juga membersihkan harta dengan membayar
zakat serta melangsaikan hutang.

2. Niat suci (ikhlas) di hati dengan tidak riak, ujub, sum'ah
dan takbur. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya; Ya
Allah! Haji yang ditunaikan ini tidaklah bertujuan
kerana riak dan bangga diri.

3. Perbelanjaan menunaikan ibadat haji dari harta yang
halal. Sabda Rasulullah s.a.w.:

` ` `
Maksudnya:
Allah Subhanahu Wataala Bersifat dengan sifat suci
bersih kerana itu Ia hanya menerima amalan dari
harta yang suci (halal).

4. Membawa bekalan yang lebih supaya dapat mem -
ADAB DAN CIRI-CIRI SEBELUM
DAN SEMASA DI TANAH SUCI




buat kebajikan, seperti memberi sedekah kepada
fakir miskin di tanah suci, membantu jemaah haji yang
kekurangan wang dan juga berpeluang
melaksanakan kurban.

5. Hendaklah melazimkan diri dengan sifat-sifat terpuji
dan mensucikan jiwa dari sifat-sifat yang keji. Di
antara sifat-sifat yang keji ialah:

a. Rafats: laitu perkataan, perlakuan dan perbuatan
yang menimbulkan berahi (syahwat).

b. Fusuq: Iaitu tiap-tiap perbuatan, kelakuan dan
perkataan yang boleh menyebabkan dosa
sekalipun dosa yang sekecil-kecilnya.

c. Jidal: Iaitu perbalahan, persengketaan,
perbahasan dan sebagainya walaupun perkara itu
benar. Jalan terbaik ialah dengan berpegang
pada firman Allah dalam Surah An-Nahl: Ayat 125.

`
.
Ertinya:
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan
hikmah dan pelajaran yang baik.

6. Mengerjakan haji dengan semata-mata qasad
kerana Allah Taala, Jangan disertakan haji dengan
berniaga, supaya tidak membimbangkan sesuatu
yang lain (berniaga) selain daripada Allah Taala .


3



7. Meninggalkan bertegang leher pada tawar-
menawar.Dan menerima dengan hati yang redha
pada apa yang dibelinya, atau pada apa yang
didapatinya daripada kerugian dan kehilangan.
Demikian pula yang didapatinya daripada kesusahan
dan bala pada badannya atau hartanya, maka
hendaklah ia sabar dan redha.

8. Memohon restu dan doa dari kedua ibu-bapa serta
mendapat keredhaan keduanya. Menziarahi
keluarga, sahabat handai dan rakan taulan.Pohonkan
kemaafan, mengucapkan selamat tinggal dan
memohon doa restu mereka.

9. Mencari sahabat seperjalanan yang baik dan ikhlas,
yang boleh ditegur dan menegur kerana sabda
Rasulullah s.a.w.:

.
Maksudnya:
Seseorang itu menurut adat (tabiat) temannya
maka hendaklah memerhatikan seseorang kamu
siapakah yang menjadi teman.

(Riwayat Abu Daud)

10. Melantik ketua atau guru agama yang mursyid
semasa di dalam perjalanan, dan sentiasa
mendampingi mereka bagi mempelajari hukum-
hakam dan selok-belok mengenai ibadat haji
khasnya.




4




11. Perempuan yang menunaikan Haji Fardhu atau Umrah
Fardhu hendaklah ditemani oleh suami atau mahram
atau perempuan thiqat (boleh dipercayai).

12. Melaksanakan solat sunat istikharah, sembahyang
sunat safar dan berdoa sebelum memulakan
perjalanan serta bersedekah ketika hendak bertolak
keluar dari rumah.

13. Sembahyang fardhu hendaklah ditunaikan
(sembahyang menghormati waktu) sekalipun di atas
kapal terbang, di dalam bas dan lain-lain kenderaan,
apabila telah masuk waktunya dan dijangka akan
luput waktunya apabila tiba tempat yang dituju.

14. Tidak berlebihan dalam sebarang keadaan,
terutamanya berlebih-lebihan membaikkan tubuh dan
pakaian yang membawa kemegahan dan
kebesaran.Kerana sunat berkusut-masai badan dan
pakaian.

15. Jangan bersekutu (berkongsi) pada bekalan dan
nafkah, kerana dengan tidak bersekutu itu lebih
sejahtera.

16. Ilmu pengetahuan yang cukup mengenai ibadat
haji.Dan juga sediakan ketahanan diri (fizikal dan
mental) kerana mengerjakan haji adalah jihad,iaitu
Jihad dari segi harta dan tenaga.





5




6




1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Merdeka
5. Berkuasa
a. Berkuasa dengan sendiri
b. Berkuasa dengan pertolongan orang lain (Badal
Haji)
Yang dimaksudkan berkuasa dengan sendiri itu ialah:
1. Mempunyai tambang pergi dan pulang.
2. Cukup bekalan / nafkah.
3. Mempunyai kenderaan pergi dan pulang.
4. Aman dalam perjalanan pergi dan pulang.
5. Sihat tubuh badan.
6. Berkesempatan masa (wukuf).

Yang dimaksudkan Berkuasa dengan pertolongan orang
lain (Badal Haji) itu ialah:
1. Uzur.Tidak dapat mengerjakan dengan sendiri.
2. Sakit yang tiada harapan sembuh.
3. Terlalu tua.
4. Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya
semasa hayatnya.

Tambahan bagi perempuan:
Dengan izin suami.
Ditemani oleh suami / mahram / perempuan-
perempuan yang dipercayai (thiqat).

SYARAT-SYARAT WAJIB
HAJI & UMRAH




































RAJAH MAHRAM BAGI SEORANG
WANITA

SETERUSNYA
DATUK
AYAH
BAPA
SAUDARA
BAPA
SAUDARA

PEREMPUAN ADIK ABANG
ANAK
MENANTU
ANAK ANAK SUSUAN ANAK
CUCU
BAPA
MERTUA
CUCU
ANAK TIRI
LELAKI
YANG
BAPANYA
TELAH
DUKHUL
DENGAN
PEREMPUAN
TERSEBUT
CUCU


SETERUSNYA


SETERUSNYA

SETERUSNYA

7





SIFAT-SIFAT TERPUJI DAN










SIFAT SIFAT TERPUJI
(MAHMUDAH)
SIFAT SIFAT TERCELA
(MAZMUMAH)
1. Sabar 1. Pemarah
2. Syukur 2. Takabbur
3. Ikhlas 3. Riak
4. Redha 4. Mungkir janji
5. Bertanggungjawab 5. Khianat
6. Tolong- menolong 6. Hasad dengki
7. Menepati janji 7. Tidak ingat mati
8. Penyayang 8. Kedekut
9. Berjimat-cermat 9. Kufur nikmat
10. Amanah 10. Sombong
11. Rajin 11. Cerca-mencerca
12. Pemurah 12. Pembohong
13. Ingat mati 13. Umpat-mengumpat
14. Bertimbang rasa 14. Bermuka-muka
15. Taubat 15. Pemalas

:
"
"
Maksud Hadis:

Ketahuilah dalam jasad ada seketul daging, jika ia baik
necaya baiklah segala anggota, jika rosak, rosaklah
seluruh anggota. Ketahuilah itulah hati. (As-Syaikhan)

SIFAT-SIFAT TERPUJI DAN
SIFAT-SIFAT TERCELA


8



SEBELUM KELUAR DARI RUMAH
SOLAT SUNAT SAFAR (MUSAFIR)







Sahaja aku sembahyang sunat safar
dua rakaat kerana Allah Taala.

Dan membaca doa safar:





`
`
`



9



`
.
Ertinya:
Ya Allah Engkaulah teman dalam perjalanan, dan
Engkaulah penjaga keselamatan kaum keluarga, harta
benda, anak cucu dan sahabat handai. Ya Allah
peliharalah kami dan mereka dari keburukan dunia dan
kerosakannya. Ya Allah sesungguh-nya kami bermohon
kebaikan dan taqwa dalam perjalanan ini, dan juga
amalan-amalan yang Engkau redhai. Ya Allah kami
bermohon supaya didekatkan dan dimudahkan
perjalanan kami dan kurniakanlah kami di sepanjang
perjalanan ini keselamatan tubuh badan, agama dan
harta benda. Sampaikanlah maksud kami mengerjakan
haji dan mengunjungi Makam NabiMu s.a.w.. Ya Allah
sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada
segala mara bahaya di dalam perjalanan dan perkara-
perkara yang menduka-citakan. Jauhilah buruk
pandangan pada kaum keluarga, harta benda, anak
cucu dan sahabat handai kami. Ya Allah letakkanlah kami
dan mereka sekalian di dalam peliharaanMu. Janganlah
Engkau lucutkan nikmatMu dari kami dan mereka.
Janganlah Engkau mengubah kesihatan yang ada pada
kami dan pada mereka wahai Tuhan yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang.


10




CATATAN :

Haram solat sunat musafir dalam watktu tahrim di Tanah
Halal dan Tanah Haram Madinah.

SEBELUM MENINGGALKAN
RUMAH, BACALAH :

Ayat Kursi : 3 kali


`




Surah Al-IkhIas : 1 kali

.
`
`



11




1 kali Falaq : - Surah AI

.
` ` `
` `

1 kali Nas : - Surah An

.
` `



: 1 kali Fatihah - Surah AI

.
`
` `




12



DOA KETIKA BERDIRI
DI PINTU RUMAH

`

`
`
` ` .

Ertinya:
Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah.
Tiada kuasa atau kekuatan melainkan dengan Allah. Ya
Tuhanku, aku mohon perlindungan daripada menjadi
sesat atau disesatkan, daripada menjadi hina atau
dihinakan, daripada menjadi penganiaya atau
dianiayakan dan daripada menjadi bodoh atau
dibodohkan. Ya Tuhanku, sesungguhnya aku ini berangkat
bukan kerana kesombongan atau kebongkakan atau riak
atau membangga diri. Bahkan aku ini berangkat kerana
menjauhkan diri daripada kemurkaanMu untuk menuntut
keredhaanMu dan menunaikan kewajipan serta menurut
jejak langkah NabiMu.




13



DOA KETIKA MENAIKI KENDERAAN

`
.
Ertinya:
Maha Suci Allah yang telah mempermudahkan
kenderaan ini untuk kami. Sebenarnya kami sendiri tiada
mempunyai kesanggupan untuk mengendalikan.
Sesungguhnya kami semua akan kembali kepada Tuhan
kami.

SEMASA KENDERAAN ATAU KAPAL
TERBANG AKAN BERLEPAS BACALAH:

` ` `

Ertinya:
Dengan nama Allah pada waktu berangkat dan waktu
mendarat. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.






14



DOA UNTUK MEMUDAHKAN
SEBARANG URUSAN


` `
.
Ertinya:
Ya Allah, lembutkanlah bagi kami pada memudahkan
setiap urusan yang sukar, maka sesungguhnya
memudahkan setiap yang sukar itu amatlah mudah di
sisiMu. Ya Allah, mudahkanlah bagi kami segala urusan
kami serta ketenangan hati kami dan tubuh badan kami,
keselamatan dan kesihatan pada agama kami dan dunia
kami.

DOA MEMOHON KEMUDAHAN
- YANG RINGKAS -

` ` ` `

Ertinya:
Ya Allah permudahkanlah segala kepayahan dan
jangan Engkau susahkan. Ya Allah sempurnakanlah ia
dengan kebaikan.



15

Anda mungkin juga menyukai