Anda di halaman 1dari 18

FIQH IBADAH

(BSS 3313)

TAJUK :
PERLAKSANAAN MANASIK HAJI MENURUT PENDAPAT
MUKTAMAD MAHAB SYAFI’I
DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZ SHAHRUL HILMI BIN OTHMAN
DISEDIAKAN OLEH :
SYAHIRAH BINTI JOHAR ( B2110043)
FATIN NADIAH BINTI MOHAMAD NAWAWI (B2110044)
MUHAMMAD SYAHIRUL AKMAL IZZAT BIN AB RAZAK (B2110045)
PENGERTIAN HAJI

Menurut bahasa : haji bermaksud kunjungan


Menurut istilah syara : mengunjungi Kaabah untuk melakukan ibadah
tertentu, dengan syarat-syarat yang khusus
Haji berbeza dengan umrah dari segi masa dan beberapa hukumnya
 Dari segi masa
 Dari segi hukum
SEJARAH PENSYARIATAN HAJI
 Pendapat yang lebih kuat menyatakan bahawa tarikh pensyariatan haji dan umrah adalah pada tahun 9
Hijrah.
 berdasarkan hadith Nabi SAW kepada rombongan Abd al-Qais yang menemui Rasulullah SAW pada
awal tahun 9 Hijrah dan bertanya tentang perintah yang wajib mereka lakukan.
 Hadis tersebut bermaksud :
Maksudnya : “Aku perintahkan kamu beriman kepada Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat,
berpuasa pada bulan Ramadhan dan menyerahkan 1\5 daripada harta rampasan perang”

(Riwayat al-Bukhari (7556) dan Muslim, Imam Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaie, Ibn Majah, al-
Darimi)
HIKMAH PENSYARIATAN HAJI
 Allah SWT mensyariatkan beberapa syarat kepada hamba-Nya dan memperincikan hukum-hukum
untuk kepentingan mereka dari segi agama dan kehidupan di dunia pada masa kini dan akan
datang. Apabila menyebut tentang haji, Al Quran mensyariatkan bahawa ibadah tersebut
mempunyai faedah dan kebaikan yang banyak untuk manusia.
 Firman Allah SWT yang bermaksud :
Maksudnya : “Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah
kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari- hari yang tertentu, kerana
pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan qurban).
Dengan yang demikian, makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah
makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”
(Surah al-Hajj : 28)
HIKMAH PENSYARIATAN HAJI

Pertama : Perhimpunan Orang Islam


Kedua : Persaudaraan Sesama Islam
Ketiga : Kesatuan Umat Islam
Keempat : Persamaan di kalangan Umat Islam
Kelima : Mengimbau peristiwa lampau
HUKUM DAN DALIL DALIL HAJI
 Semua ulama’ bersepakat menyatakan bahawa haji adalah fardhu dan salah satu daripada rukun Islam. Ini
berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah :
 Al-Quran
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah
di Makkah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. Di situ, ada tanda-tanda keterangan
yang nyata (yang menunjukkan kemuliannya, diantaranya ialah) Maqam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk
ke dalamnya, aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan
mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepada-Nya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan
kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian
makhluk.”
(Surah ali-Imran : 96-97)
HUKUM DAN DALIL DALIL HAJI
 As-Sunnah
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Maksudnya : “Islam diasaskan atas lima perkara, iaitu : Bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad ialah Rasulullah,
mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan
mengerjakan haji ke Baitullah bagi mereka yang mampu mengunjunginya”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim (122), al-Tirmizi, al-Nasaie, Imam Ahmad, Ibn
Khuzaimah, Ibn Hibban, al-Baihaqi, al-Tabarani, Abu Ya’la)
SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI

 Islam :haji tidak wajib ke atas orang yang bukan islam dan hukumnya tidak sah.
 Berakal : Ibadah haji tidak diwajibkan kepada mereka yang tidak waras dan bodoh. Juga tidak wajib ke atas orang yang
gila disebabkan dia tidak mampu membezakan suruhan dengan tegahan.
 Baligh :Ibadah haji tidak diwajibkan ke atas kanak-kanak, Namun jika ianya dilakukan oleh kanak-kanak yang
mumayyiz hukumnya sah tetapi perlu dilakukan semula selepas mencapai umur baligh.
 Merdeka : Ibadah haji tidak boleh ke atas hamba abdi disebabkan di tidak memiliki sebarang harta. Malah dirinya
sendiri dan apa-apa yang diperolehnya ialah milik tuannya.
 Aman dalam perjalanan : Tidak wajib haji ke atas orang yang bimbang akan ancaman musuh terhadap dirinya atau
hartanya disebabkan ada kemudharatan.
 Berkemampuan : Ibadah haji dan umrah hanya wajib ke atas orang yang berupaya dan berkemampuan.
JENIS-JENIS HAJI

• Haji Ifrad : Mengerjakan haji dan umrah secara berasingan, di mana haji dilakukan terdahulu dan
apabila selesai mengerjakan ibadat haji, barulah mengerjakan ibadat umrah.
• Haji tamattu’ : mengerjakan ibadah umrah terlebih dahulu, kemudian barulah melakukan ibadat
haji. Mereka yang mengerjakan haji jenis isi dikenakan dam kerana haji jenis ini dianggap sebagai
bersenang lenang.
• Haji Qiran :mengerjakan haji dan umrah secara serentak dalam satu masa. Ia berlaku dengan
seseorang itu berniat untuk umrah dan haji sekaligus di miqat, sama ada ia secara hakiki iaitu
dengan niat yang merangkumi kedua ibadah tersebut.
MIQAT

• Miqat Zamani : Miqat zamani, yang bermaksud tempoh yang sah berihram haji iaitu
 Miqat Zamani adalah pada bulan Syawal, Zulkaedah dan 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Tempoh ini
merupakan jangka masa yang boleh dilakukan ihram haji. Ini bererti, seseorang yang berniat haji
sebelum tempoh tersebut, tidak sah niat dan ihramnya.

• Miqat Makani : Melangkaui kawasan tanah haram Makkah dari berbagai bagai arah. Hal ini telah
ditentukan oleh Rasulullah SAW bagi mereka yang datang dari kawasan yang jauh menuju ke
Makkah. Mereka yang sampai di tempat tersebut dan belum berihram, wajib memulakan ihram di
situ.
Miqat Makani terbahagi kepada 5

 Al-Zulhulaifah : miqat bagi orang yang datang dari Syam (Syria), Mesir dan Maghrib. Mereka wajib berihram sama ada
di tempat itu sendiri atau kawasan bersebelahan kanan dan di sebelah kiri yang selari dengannya.
 Yalamlam : miqat bagi orang yang datang dari Tihamah dan Yaman.
 Qarnul Manzil : miqat bagi orang yang datang dari Najad, Hijaz dan Najad Yaman.
 Zatul ‘Irqin : miqat bagi orang yang datang dari kawasan sebelah Timur, seperti Iraq, Teluk Arab dan seumpamanya.
Mereka wajib berihram sama ada di tempat itu sendiri atau di kawasan yang selari dengannya jika tidak melalui tempat
tersebut.
 Makkah : Kediaman dan rumah sendiri, iaitu miqat bagi orang yang tinggal atau berada di Makkah dan kawasan yang
berhampiran dengannya, yang tidak sampai kepada miqat-miqat tersebut. Dia berihram di rumah sendiri atau di tempat
dia memulakan perjalanannya menuju ke Arafah.
RUKUN- RUKUN HAJI
1. Ihram
2. Wuquf di Arafah : Wuquf hendaklah dalam tempoh waktu Zuhur, hari yang ke-9 Zulhijjah hingga terbit fajar pada Hari Raya Qurban.
Ini bererti, seseorang yang wuquf di Arafah sebelum atau selepas tempoh tersebut, hajinya tidak sah.
3. Tawaf Ifadhah

4. Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah : Safa dan Marwah merupakan dua buah bukit yang berhampiran dengan Kaabah, manakala
sa 'ie di antara kedua duanya bermaksud berjalan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya sebanyak 7 kali, iaitu dari Safa ke Marwah dikira
sekali dan dari Marwah ke Safa dikira sekali dan begitulah seterusnya.

5. Bercukur : Pengertian bercukur merangkumi semua memotong rambut. Ia termasuk menggunting tiga helai perbuatan rambut atau
lebih, mencabut atau memendekkannya walau sekadar mana dan dengan apa-apa alat sekalipun.
6. Tertib : Sebahagian besar rukun ini mestilah dilakukan secara tertib, iaitu ihram, wuquf di Arafah, tawaf dan sa'ie. Sementara bercukur
boleh dilakukan selepas atau sebelum tawaf.
WAJIB HAJI

• Definisi wajib haji


-Takrifan Wajib Haji merupakan suatu perbuatan dan suruhan yang bersifat
secara syar'i untuk dikerjakan oleh seorang mukallaf tetapi jika ditinggalkan
hendaklah membayar denda (Dam)
PERKARA WAJIB HAJI

• 1. Berpakaian Ihram Dari Miqat


• 2. Bermalam Di Mudzalifah
• 3. Melontar Jumrah Aqabah
• 4. Bermalam Di Mina
• 5. Melontar Jumrah Ula, Wustha, Dan Aqabah
• 6. Tawaf Wada
13 LARANGAN KETIKA DI DALAM
IHRAM
1. Larangan Yang Dikhususkan Bagi Lelaki Sahaja
• Memakai pakaian bersarung/berjahit/bercantum
• Menutup kepala atau sebahagian daripadanya

2. Larangan Yang Dikhususkan Bagi Wanita Sahaja


• Menutup muka

3. Larangan Umum (Lelaki & Wanita)


• Memakai sarung tangan
• Memakai bau-bauan di bahagian badan, makanan, minuman atau menghidunya ke dalam hidung
• Memakai minyak di kepala, janggut dan semua bulu muka selain daripada yang tumbuh di pipi dan dahi

• Menanggalkan rambut atau bulu daripada mana-mana anggota badan

• Mengerat atau memotong kuku

• Memotong/ menebang/ mengerat/ mencabut pokok-pokok di Tanah Haram Mekah

• Memburu binatang buruan darat yang halal dimakan atau membinasakannya di Tanah Halal atau Haram

• Melakukan pendahuluan persetubuhan

• Bersetubuh

• Berkahwin atau mengahwinkan atau menerima wakil kahwin


TAHALLUL HAJI DAN CARA
PERLAKSANAANYA

• Tahallul Ashghar (Tahallul Awal)


• Tahallul Tsani (Tahallul Akhir)
DAM

• Dam Tertib Dan Taqdir


• Dam Tertib Dan Takdil
• Dam Takhyir Dan Taqdir
• Dam Takhyir Dan Takdil

Anda mungkin juga menyukai