Anda di halaman 1dari 70

FIQH IBADAT

SYI 6053
NAMA PENSYARAH : KHAIRUL AIZAT BIN HAMID

AHLI KUMPULAN :
- ANIS NABILA BINTI ABDUL AZIZ (I 16101040)
- NUR BARIRAH BINTI MOHD RODZI (I 15300814)
- FATIMAH AZZAHRA BINTI ABDULLAH (I 15300805)
- AFFAF BINTI ABD HALIM (I 16100968)
- SITI NORSOLEHA BINTI ABU HASSAN (I 16100922)
- BALKIS MASAE (I 15300847)
- NUR AMIRAH BINTI ROHAZIM (I 16100933)
- NURUL HIKMAH BINTI OTHMAN (I 16100908)
DEFINISI HAJI 

• Pengertian haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram


dalam bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sa’ie dan
wuquf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta
menunaikan segala perkara wajib haji.
HUKUM & DALIL WAJIB HAJI
• Umat Islam bersepakat mengatakan hukum menunaikan haji adalah
fardhu dan merupakan salah satu rukun Islam. Tidak ada seorang pun
yang dapat menyangkalnya.
• Dalil Al-Quran dalam surah Al –Imran 96-97 :-
“Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia
(beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah, yang
berkat dan (dijadikan petunjuk bagi umat manusia”. “ Padanya ada
tanda-tanda yang nyata (diantaranya ialah) Maqam Nabi Ibrahim. Dan
sesiapa yang masuk didalamnya , aman tenteramlah dia. Dan
mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah iaitu bagi
mereka yang mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah. Dan
sesiapa yang mengingkarinya , maka sesungguhnya Allah Maha Kaya
(tiada berhajatkan sesuatupun) dari sekalian makhluk.”
KELEBIHAN MENUNAIKAN HAJI

• Bersatu haluan dalam mempertinggikan syiar Islam.

• Ibadat haji melambangkan perpaduan (persamaan) umat Islam supaya


sentiasa berada dalam ikatan yang kukuh dalam menghadapi segala cabaran.

• Manusia adalah makhluk yang istimewa berbanding dengan makhluk lain


(akal&nafsu).

• Sebagai mentarbiah akhlak dan jiwa.


SEJARAH HAJI DI BAWAH SYARIAT RASULULLAH
- Haji telah diwajibkan pada tahun ke-5 hijrah

- Tahun ke-6 Hijrah : Nabi SAW mengerjakan umrah dan disertai oleh 1500 orang para sahabat
tetapi rombongan ini di tahan di Hudaibiyah.

- Tahun ke-7 Hijrah : Mereka telah membuat umrah Qada.

- Tahun ke-9 Hijrah : Nabi SAW telah mengutuskan Saidina Abu Bakar yang disertai seramai
300 sahabat pergi menunaikan haji.

- Tahun ke-10 Hijrah Rasulullah SAW telah mengishtiharkan untuk menunaikan Fardhu Haji.

- 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah , Rasulullah SAW dengan isteri-isteri baginda telah memulakan
perjalanan dan diikuti oleh 124,000 orang para sahabat.
ADAB SEBELUM MENUNAIKAN HAJI

Niat yang ikhlas.

Mempelajari cara cara pelaksanaan ibadah haji.

Membanyakkan taubat sebelum ke tanah suci.

Membersihkan harta daripada perkara yang syubhah dan haram.

Meninggalkan perkara perkara maksiat.

Membanyakkan istighfar.

Memohon maaf .

Berpesan kepada anak anak dan kaum keluarga agar sentiasa bertakwa kepada Allah.
ADAB SEMASA MENUNAIKAN HAJI
Menunjukkan akhlak yang mulia.

Menyedari perjalanan adalah pejalanan ibadah.

Bersyukur dan redha dengan apa yang di sediakan oleh Amirul Haj (kerajaan Arab
Saudi.

Menjauhi percakapan dan perbuatan keji serta sia sia.

Mengelakkan sikap sombong dan takabur.

Mengelakkan pertengkaran dan perlu bertolak ansur.

Membanyakkan ibadah seperti membaca al quran iktikaf,doa taubat dan istighfar


kepada Allah.
SYARAT WAJIB HAJI
SYARAT ISTITO’AH
JENIS JENIS HAJI
1.HAJI FARDU

 Dikenali haji Islam atau haji wajib.


Wajib di tunaikan oleh setiap muslim yang memenuhi syarat wajib sekali seumur hidup.

2.HAJI BADAL(badal haji)

Mereka yang tidak sempat menunaikan haji fardu semasa hayatnya sedangkan dia sudah
berkemampuan atau kerana terlalu tua atau uzur atau sakit yang tiada harapan sembuh.
Dikenali sebagai haji gantian (niyabah). Ia adalah haji yang di tunaikan oleh seseorang untuk orang
lain menurut syarat syarat tertentu.

Syarat syarat badal haji

I. Telah menunaikan haji bagi pihak dirinya sendiri dengan sempurna.


II. Hanya menunaikan haji untuk seorang sahaja pada satu musim haji.
III. Baligh.
3. HAJI SUNAT

Di kenali sebagai haji tatawu’(sukarela). Ia adalah ibadah haji yang di tunaikan oleh seorang muslim
yang telah menunaikan haji fardhu.

4.HAJI NAZAR
Haji yang wajib di tunaikan oleh sesorang muslim yang telah bernazar untuk menunaikan haji kerana
Allah s.w.t.

5.HAJI QADA
Haji yang di tunaikan oleh seseorang sebagai mengqada hajinya yang fasad pada tahun terdahulu.
RUKUN
HAJI

NIAT SA’IE

Rukun haji ialah perkara asas


yang mesti ditunaikan oleh BERCUKUR
jemaah haji, jika tidak ditunaikan
WUQUF samaada sengaja atau tidak maka
ATAU
tidak sah hajinya. Rukun tersebut BERGUNTING
ialah:-

TERTIB PADA
TAWAF KEBANYAKAN
RUKUN
NIAT HAJI

Iaitu niat mengerjakan haji. Setelah berbuat demikian maka


diharamkan keatasnya melakukan semua perkara larangan
ihram sehingga terhasil tahallul.

Lafaz niat haji:-

Maksudnya:

“Sahaja aku mengerjakan haji dan dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala.”
AMALAN-AMALAN SUNAT IHRAM

Sebelum niat ihram:-

1) Mengerat kuku.
2) Merapikan janggut, misai dan rambut.
3) Menanggalkan bulu-bulu ketiak, ari-ari dan sebagainya.
4) Mandi sunat ihram.
5) Mengambil wuduk.
6) Memakai wangi-wangian pada badan.
7) Memakai minyak rambut.
8) Memakai kain ihram berwarna putih.
9) Mendirikan solat sunat ihram.

Semasa niat ihram:- Setelah berniat ihram:-

10)Menghadap ke arah kiblat. 1) Bertalbiah.


11)Berada dalam keadaan berwuduk. 2) Berdoa dan berzikir.
WUQUF

Maksudnya berada di Arafah walaupun seketika dalam sebarang


keadaan seperti duduk,berbaring atau tidur. Bermula dari gelincir
matahari (masuk waktu zohor) 9 Zulhijjah sehingga seketika
sebelum terbit fajar (masuk waktu subuh) 10 Zulhijjah.

WAKTU AFDAL BERWUKUF

Menggabungkan sebahagian siang 9 Zulhijjah


dengan sebahagian malam 10 Zulhijjah.

SYARAT SAH WUQUF

1) Telah berihram dengan niat haji.


2) Tidak gila, pengsan, mabuk dan hilang akal sepanjang masa wuquf.
3) Berada di Arafah walaupun seketika dalam waktu wuquf.
CARA PEMAKAIAN IHRAM
PAKAIAN WANITA MENUTUP AURAT KETIKA
DALAM IHRAM
1) Berdoa dengan khusyuk.
2) Berzikir.
3) Bertalbiah.
4) Berselawat.
5) Mendirikan solat berjemaah.
6) Tidak berpuasa (ketika wuquf).
7) Berwuduk.
8) Membaca al-quran.
9) Beristighfar.
10)Menghadap kearah kiblat.
11)Memberi tumpuan sepenuh hati semasa melakukan ibadat wuquf.
TAWAF HAJI

Bermaksud mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan bermula


dari sudut Hajarul Aswad dan berakhir pada sudut yang sama
menurut syarat-syaratnya.

SYARAT SAH TAWAF

1) Menutup aurat.
2) Suci daripada hadas besar dan kecil.
3) Suci badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis.
4) Bermula dan berakhir di sudut Hajarul Aswad.
5) Menjadikan Kaabah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan.
6) Dilakukan dalam masjidil haram dan di luar binaan Kaabah, Hijr Ismail dan Syazarwan.
7) Mengekalkan niat tawaf.
8) Cukup 7 pusingan dengan yakin.
AMALAN SUNAT TAWAF

1) Berjalan kaki.
2) Beridtiba’ (memakai ihram dalam keadaan bahu kanan
dinampakkan) bagi tawaf yang diikuti oleh sa’ie bagi lelaki sahaja.
3) Mengucup Hajarul Aswad pada permulaan tawaf.
4) Istilam (menyentuh dengan tangan atau perantara) Hajarul Aswad
dan kemudian mengucup tapak tangan atau isyarat dengan tapak
tangan kearahnya sambil bertakbir lalu mengucup tapak tangan
tersebut pada setiap permulaan tawaf.
5) Istilam Rukun Yamani dan tidak mengucup rukun tersebut.
6) Melakukan ramal (berlari-lari anak) pada 3 pusingan pertama, bagi
tawaf yang diikuti dengan sa’ie bagi lelaki sahaja.
7) Mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan secara muwalat
(berturutan).
8) Melakukan tawaf dengan tawaduk dan khusyuk.
9) Mendirikan solat sunat tawaf 2 rakaat setelah selesai melakukan
tawaf.
10)Berdoa, berzikir dan membaca al-quran.
JENIS-JENIS TAWAF

1) TAWAF QUDUM:-

=> Tawaf Qudum ialah Tawaf Selamat Datang yang disunatkan bagi mereka yang mengerjakan Haji Ifrad
dan Haji Qiran atau sekadar menziarahi Makkah. Sunat dilakukan Tawaf Qudum setibanya di Makkah
dan harus dilewatkan sehingga sebelum berwuquf.

2) TAWAF UMRAH:-

=> Tawaf Umrah ialah Tawaf rukun yang mesti dilakukan oleh orang yang mengerjakan umrah,
sekiranya tidak dilakukan tidak sah umrahnya.

3) TAWAF HAJI:-

=> Tawaf haji ialah Tawaf rukun yang mesti dilakukan oleh jemaah haji setelah masuk waktunya
(bermula selepas separuh malam 10 Zulhijjah), sekiranya tidak dilakukan samaada sengaja atau tidak
maka tidak sempurnalah hajinya. Ia juga dikenali dengan nama Tawaf Ifadhah.
4) TAWAF TAHIYYAT AL-BAIT:-

=> Tawaf Tahiyyat Al-Bait ialah tawaf yang sunat dilakukan bagi menghormati Kaabah sewaktu
memasuki Masjidil Haram.

5) TAWAF SUNAT:-

=> Tawaf sunat ialah tawaf yang sunat dilakukan pada bila-bila masa.

6) TAWAF NAZAR:-

=> Tawaf nazar ialah tawaf yang mesti ditunaikan seseorang apabila ia berniat nazar pada sesuatu
yang dihajatinya.

7) TAWAF WADA’:-

=> Tawaf wada’ ialah tawaf Selamat Tinggal yang wajib dilakukan bagi mereka yang hendak
meninggalkan Makkah pada jarak 2 marhalah (56 batu atau 91 kilometer) dan lebih.
Hukum tawaf wada’ adalah wajib bagi:-

1) Orang yang akan bermusafir meninggalkan Makkah pada jarak yang mengharuskannya
mengqasarkan solat iaitu kadar 2 marhalah.

2) Orang yang akan meninggalkan Makkah dan akan bermukim di luar Tanah Haram selama 4 hari
atau lebih walaupun jaraknya kurang dari 2 marhalah samaada penduduk Makkah atau
sebaliknya.

8) TAWAF TAHALLUL:-

=> Tawaf tahallul ialah tawaf yang dilakukan oleh jemaah haji yang luput wuquf di Arafah bagi
melepaskan dirinya daripada larangan-larangan ihram. Selepas melakukan tawaf, diwajibkan
mengerjakan sa’ie sekiranya sa’ie tidak dilakukan selepas Tawaf Qudum (bagi yang berihram
Haji Ifrad atau Haji Qiran) dan bercukur atau bergunting.
BILANGAN LENGKAP
7 PUSINGAN TAWAF
SA’IE
Bermaksud berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah menurut syarat-syaratnya.

SYARAT SAH SA’IE


1. Dilakukan sama ada selepas mengerjakan :

- Tawaf Qudum untuk Haji Ifrad atau Haji Qiran.


- Tawaf Haji.
- Bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.
- Cukup 7 kali berulang alik dengan yakin. Dari Bukit Safa ke Bukit Marwah dikira
sekali, dan dari Bukit Marwah ke Bukit Safa di kira sekali.
- Hendaklah sampai ke penghujung tempat sa’ie di kaki Bukit Marwah dan kaki Bukit
Safa pada setiap pusingan sa’ie.
- Hendaklah melakukan sa’ie di tempat yg telah ditetapkan.
- Mengekalkan niat sa’ie.
AMALAN SUNAT SA’IE

1) Dalam keadaan wuduk.


2) Dilaksanakan sejurus selepas mengerjakan tawaf.
3) Menaiki Bukit Safa dan Bukit Marwah bg lelaki sahaja.
4) Melakukan ramal (berlari-lari anak) pada setiap pusingan apabila berada di
kawasan yang bertanda lampu hijau bagi lelaki sahaja.
5) Berjalan kaki.
6) Berdoa , berzikir, dan membaca Al-quran.

Bercukur atau
bergunting
Bermaksud menanggalkan sekurang-kurangnya tiga helai
rambut. Waktu bercukur atau bergunting bermula selepas
separuh malam 10 Zulhijjah.
AMALAN SUNAT BERCUKUR ATAU BERGUNTING
RAMBUT

Bagi lelaki afdal bercukur seluruh kepala.

Bagi wanita, disunatkan bergunting rambut sepanjang seruas jari dari mana-mana
sudut kepala.

Bagi yang tidak mempunyai sebarang rambut (botak licin) sama ada semula jadi
atau baru bercukur, sunat melalukan mata pisau cukur di atas kepala.

Mulakan di bahagian kanan, kemudian di bahagian kiri dengan menghadap kiblat,


diiringi dgn bacaan doa semasa bercukur / bergunting sambil memegang rambut di
kepala.
WAJIB HAJI

- Pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji. Jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya,
haji tersebut tetap sah, tetapi dikenakan dam menurut syarat- syaratnya.

*Menanggung dosa jika meninggal perkara tersebut dengan sengaja.


Berniat Ihram di Miqat
• NIAT BERIHRAM

Sebelum seseorang itu berniat ihram sama ada untuk mengerjakan haji di Miqat Makani, maka
hendaklah terlebih dahulu seseorang itu memakai ihram. Sesiapa yang telah berihram dan
berniat demikian maka haramlah baginya melakukan beberapa perkara yang diharuskan
sebelumnya.

• MAKNA IHRAM

Ihram itu asal maknanya ialah mengharamkan atau melarang. Ihram dalam ibadat haji atau ini
ertinya ialah suatu keadaan yang ada pada orang yang sedang mengerjakan haji bermula pada
ketika berniat mengerjakannya dan berakhir pada ketika TAHALLUL. Jadi sebab dinamakan
atau dinamakan IHRAM ialah diharamkan beberapa perkara ketika dalam ihram itu.
PAKAIAN IHRAM
Pakaian ihram bagi lelaki ialah dua helai kain lepas, iaitu tidak dijahit dan tidak pula
dijalin (tidak dicantum). Sehelai dipakai sebelah bawah untuk menutup aurat, iaitu antara
pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang. Kain ini disunatkan berwarna putih.
Pakaian ihram untuk perempuan pula hendaklah menutup semua badannya kecuali muka
dan tapak tangan yang hendaklah terbuka seperti dalam sembahyang.
SUNAT-SUNAT IHRAM

Sunat-sunat ihram antaranya ialah :-

•1. Mandi sunat ihram.

•2. Memotong kuku.

•3. Mencukur atau menanggalkan segala bulu, mengandam misai dan rambut.

•4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan.

•5. Memakai pakaian berwarna putih.

•6. Sembahyang sunat ihram.

•7. Membanyakkan bacaan talbiah selepas berniat haji.


Mandi Sunat Ihram

- Sebelum memakai ihram dan berniat haji di Miqat hendaklah melakukan mandi sunat ihram untuk
membersihkan dan menyucikan badan dari segala kekotoran.
Lafaz niat mandi sunat ihram ialah :
- Maksudnya: "Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta'ala"

Solat Sunat Ihram

Setelah selesai mandi dan membersihkan badan dari segala bulu dan memotong kuku, mengandam
misai serta meminyak rambut dan memakai bau-bauan, pakailah ihram. Setelah selesai memakai
ihram kerjakanlah sembahyang sunat ihram dua rakaat. Lafaz niatnya ialah : Yang bermaksud:

"Sahaja aku sembahyang sunat ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Surah yang dibaca selepas Fatihah di rakaat pertama ialah surah Al- Kafirun dan di rakaat kedua
selepas Fatihah ialah surah Al- Ikhlas.
Membaca Talbiah

• Setelah berniat haji ketika melalui atau melintasi Miqat dengan niatnya :
• Kalau melakukan Haji Lafaz niatnya, yang bermaksud :
• “Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala”.

• Maka perbanyakkanlah bacaan talbiah di sepanjang perjalanan hingga sampai ke


Mekah untuk mengerjakan rukun-rukun haji dan selanjutnya. Bacaan talbiah yang
bermaksud :

• "Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut


panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada
sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala
pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak asa sekutu bagi-Mu“.
MIQAT MAKANI
Miqat Makani ialah tempat kita menunaikan niat.
Miqat Makani bagi Haji :-
 Yalamlam- Bagi orang yang datang dari Yaman MIQAT ZAMANI
& orang yang melalui negara tersebut seperti
Malaysia,Indonesia,India dan lain-lain.
- Miqat zamani ialah masa kita memulakan niat.
 Zulhulaifah( Bi'r Ali)- Bagi orang yang datang
dari Madinah & orang yang melaluinya. - Miqat zamani bagi haji ialah bermula daripada
1 Syawal hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.
 Al-Juhfah- Bagi orang yang datang dari
- Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Baqarah:197
Syam,Mesir,Maghribi.
Maksudnya:- “(Musim) haji itu ialah beberapa
bulan yang termaklum”
 Qarnul Manazil- Najd di Hijaz dan Najd di
Yaman.

 Zatu 'Irqin- Bagi orang yang datang dari sebelah


Iraq dan orang yang melaluinya.
LARANGAN-LARANGAN SEMASA BERIHRAM

1. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki, seperti memakai songkok, serban dan
sebagainya tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah pokok atau payung.
2. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki seperti seluar, baju kemeja
dan sarung kaki.
3. Menutup muka bagi wanita.
4. Memakai sarung tangan.
5. Memakai bau-bauan pada badan atau pakaian
6. Memakai minyak rambut pada kepala atau janggut.
7. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu pada anggota badan.
8. Mengerat atau memotong kuku.
9. Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di Tanah Haram.
10. Memburu binatang buruan
11. Bersetubuh.
12. Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium, atau berpeluk yang menaikkan nafsu
syahwat.
13. Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.
BERMALAM DI MUDZALIFAH

• Bermalam di Muzdalifah dilakukan pada tarikh 10


Zulhijjah, iaitu selepas tengah malam setelah Wukuf di
Padang Arafah. Kebiasaanya berada di Mudzalifah hanya
beberapa ketika sahaja, iaitu secukup waktu untuk
mengumpul atau mengambil 7 anak batu untuk
melontar Jamrah Aqabah.
• Meninggalkan amalan ini wajib membayar dam .
BERMALAM DI MINA

- Maksud bermalam di Mina ialah berada di bumi Mina pada malam-


malam hari Tasyrik iaitu malam 11,12 dan 13 Zulhijjah atau lebih
daripada separuh malam.

- Para jemaah boleh juga keluar meninggalkan Mina dan menuju ke


Mekah pada hari ke 12 Zulhijjah selepas bermalam di Mina pada
malam 11 dan 12 Zulhijjah. Ia di panggil Nafar Awal.
MELOTAR 7 BIJI ANAK BATU DI
Amalan yangJAMRAH KUBRA
pertama dilakukan pada 10 zulhijjah di Mina dan merupakan tahiyyat
(penghormatan) bagi mina.

Masa melontar di Jamrah Kubra bermula selepas separuh malam 10 Zulhijjah dan
berakhir apabila terbenam matahari (masuk waktu Maghrib) pada 13 Zulhijjah.

Waktu afdal melontar pada 10 Zulhijjah ialah apabila masuk waktu Dhuha hingga
gelincir matahari (masuk waktu Zohor) pada hari tersebut.

Muzdalifah ketika mabit di sana.


TEMPAT
UNTUK Tempat yang diharuskan ialah mana-mana tempat sekitar Mina dan Makkah.
MENGUTIP
Makhruh :
ANAK BATU -mengutip anak batu di tempat bernajis.
BAGI -menggunakan anak batu yang telah dilontar.
LONTARAN -menggunakan anak batu yang dipecahkan daripada batu yang besar.
JAMRAH -mengutip anak batu di Tanah Halal.
AMALAN SUNAT MELONTAR JAMRAH
SYARAT MELONTAR JAMRAH KUBRA SYARAT MELONTAR
KUBRA
JAMRAH KUBRA

Melontar selepas masuk waktu (selepas Berhenti bertalbiah apabila melakukan lontaran
separuh malam 10 Zulhijjah) yang pertama dan digantikan dengan takbir.

Lontaran anak batu tersebut mestilah ditujukan  Bertakbir setiap kali melontar.
ke arah takungan Jamrah.
Melontar dengan tangan kanan.
Hendaklah dilakukan dengan gaya melontar.
Anak batu yang dilontar hanya sebesar kacang
Anak batu yang dilontar hendaklah masuk ke kuda.
dalam takungan dengan yakin.
Melontar dalam keadaan kiblat di sebelah kirinya
Melontar dengan anak batu atau jenisnya. dan arafah disebelah kanannya dengan mengadap
takungan Jamrah.
Melontar dengan tangan.
Melontar secara berturutan.
Melontar anak batu dengan satu persatu.
Melontar dengan batu yang tidak bernajis.
MELONTAR ANAK BATU DI TIGA JAMRAH
TARIKH MELONTAR DI KETIGA-TIGA
JAMRAH
•Jemaah haji boleh membuat pilihan sama ada untuk melontar pada 11
dan 12 Zulhijjah sahaja (Nafar Awwal

•11,12 dan 13 Zulhijjah (Nafar Thani)

•Mina ialah tempat yang afdal bagi mengutip anak-anak batu bagi
lontaran pada hari 11,12 dn 13 Zulhijjah.

•Ia juga boleh dikutip di Makkah atau di Muzdalifah.

•Dijauhi mengambil anak-anak batu di tempat yang makhruh walaupun


sah lontaran tersebut.
SYARAT MELONTAR DI KETIGA-TIGA JAMRAH

Melontar tujuh biji anak batu pada tiap-tiap jamrah.

Tertib jamrah.

Tertib hari.

Melontar jamrah itu tidak terpesong kepada tujuan-tujuan lain.

Melontar untuk dirinya sendiri sebelum melontar mewakili orang lain.


Hendaklah dilakukan dengan gaya melontar.

Anak batu yang dilontar hendaklah masuk ke dalam takungan Jamrah dengan
yakin.

Hendaklah melontar dengan anak batu atau jenisnya.

Hendaklah melontar dengan tangan.


 Amalan sunat melontar di ketiga-tiga jamrah:

Amalan sunatnya sama dengan amalan sunat melontar ketika di Jamrah kubra.

Masa yang afdal untuk melontar di ketiga-tiga Jamrah pada hari 11,12 dan 13 Zulhijjah bermula
apabila gelincir matahari (masuk waktu Zohor) hingga terbenam matahari (masuk waktu maghrib) hari
tersebut.

Jika tidak sempat melontar ketiga-tiga jamrah bagi hari ke 11 Zulhijjah pada waktu afdal tersebut
mereka boleh melontar pada waktu malam 12 Zulhijjah. Begitulah juga keadaannya jika tidak sempat
melontar pada siang 12 Zulhijjah boleh melontar pada malam 13 Zulhijjah.

Berakhirnya masa untuk melontar anak batu di ketiga-tiga Jamrah bagi hari ke 11 Zulhijjah itu ialah
apabila terbenamnya matahari (masuk waktu maghrib) hari ke 13 Zulhijjah. Begitu juga dengan
lontaran bagi hari ke 12 dan 13. Oleh itu, bagi yang tidak sempat melontar bagi hari ke 11 dan 12
hendaklah melontar pada hari 13 Zulhijjah sebelum terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib)
pada hari itu.
TAHALLUL DAN NAFAR

Tahallul: Melepaskan diri daripada larangan dalam masih


ihram.

 Melontar Jamrah Tahallul


Kubra. Awal
 Tawaf Rukun dan
Sa’ie.
Tahallul
 Bercukur dan Thani
Bergunting.
Selepas Tahallul Awwal, jemaah haji boleh melakukan perkara yang dilarang
ketika ihram kecuali:
1) Berkahwin atau mengahwinkan orang lain.

2) Melakukan mukadimah persetubuhan .

3) Bersetubuh

Selepas Tahallul Thani, jemaah haji telah bebas dari semua perkara yang
dilarang semasa ihram.
Nafar: Keluar meninggalkan Mina.

Hendaklah ia meninggalkan Mina sebelum terbenam matahari (masuk waktu maghrib) pada
12 Zulhijjah.

Telah menyempurnakan semua lontaran di ketiga-tiga Jamrah pada dua hari Tasyriq
SYARAT-
(11 dan 12 Zulhijjah)
SYARAT
NAFAR
Telah mabit dua malam di Mina iaitu pada malam 11 dan 12 Zulhijjah dengan sempurna.
AWAL
Hendaklah berniat Nafar Awal sebelum keluar daripada Mina.

Tidak berazam untuk kembali bermalam di Mina.


Cara mengerjakan Ibadat
Haji

Haji
Haji Haji Ifrad
Qiran
Tamattu’


Mengerjakan
Mengerjakan haji
haji secara
secara Tamattu’
Tamattu’ bermaksud
bermaksud ::
CARA
MENGERJAKA Berniat
Berniat umrah
umrah pada
pada bulan-bulan
bulan-bulan haji
haji dan
dan menunaikan
menunaikan
N HAJI semua
semua amal
amal ibadat
ibadat yang
yang berkaitan
berkaitan dengan
dengan Umrah.
Umrah. Apabila
Apabila tiba
tiba
waktu
waktu haji
haji pada
pada tahun
tahun yang
yang sama
sama iaia akan
akan berihram
berihram haji
haji pula
pula
TAMATTU’ dan
dan menunaikan
menunaikan amal
amal ibadat
ibadat yang
yang berkaitan
berkaitan dengan
dengan haji.
haji.
MENGERJAKAN
UMRAH
Persiapan sebelum berihram Umrah

i. Mengerat kuku
ii. Merapi janggut
,Menggunting
rambut,Mengemas misai
iii. Menanggalkan bulu-
bulu.
iv. Mandi sunat
ihram
v. Ambil
wudu’
vi. Memakai wangi-wangian pada
badan
vii. Memakai kain Ihram warna
putih
viii. Solat sunat
Ihram
‫ن مويت اَلحج واَلعمرةم وأ م‬
‫ماَ ل هل ل ه‬
‫ه‬ ‫ه م‬
‫ه‬ ‫ه‬ ‫ب‬ ‫ت‬
‫ت‬ ‫م‬
‫م‬ ‫ر‬
‫م‬ ‫ح‬
‫م‬ ‫م‬ ‫م ل م ت م م‬ ‫م م ت‬
َ‫عاَملى‬
‫ت م‬
NIAT UMRAH Aku
Aku niat
niat haji
haji dan
dan umrah,
umrah, dengan
dengan berihram
berihram
untuk
untuk haji
haji dan
dan umrah
umrah karena
karena Allah.
Allah.

Bacaan
Talbiyah
Cara Mengerjakan
Umrah
Bil Perkara

1 Niat Umrah Rukun

2 Tawaf Rukun

3 Sa’ie Rukun

4 Bercukur atau Bergunting Rukun

5 Tertib Rukun
Cara Mengerjakan Haji
Tamattu’
Bil. Perkara
1 Niat Haji Rukun
2 Wuquf Rukun
a.Mabit di muzdalifah Wajib
b.Melontar Jamrah kubra Wajib
3 Bercukur atau bergunting Rukun
c.Mabit di mina Wajib

d.Melontar ke tiga - tiga jamrah Wajib

4 Tawaf Rukun

5 Sa’ie Rukun

6 Tertib pada kebanyakan Rukun Rukun


Cara Mangerjakan Haji
Ifrad
Ia di lakukan dengan berniat Haji
sahaja pada bulan – bulan haji
dan melaksanakan semua amal
ibadat yang berkaitan dengan
haji. Umrah pula boleh di
lakukan setelah selesai
melaksanakan haji.
Niat Haji Ifrad
Cara Mengerjakan Haji Ifrad
Bil. Bil. Perkara
Perkara
1. Niat 1 Niat Rukun Rukun
Tawaf Qudum Sunat
Tawaf Qudum Sunat
2 Sa’ie Haji Rukun
2. Sa’ie 3Haji Wuquf Rukun Rukun
3. Wuquf Mabit di Muzdalifah Rukun
Mabit di muzdalifah Wajib
Melontar Jamrah Kubra Wajib
Tahallul
Bermalam di Mina dan Melontar 3 jamrah Wajib
4. Tawaf Ifadah Rukun
5. Bercukur atau bergunting Rukun
Cara Mengerjakan Haji
Qiran

Iaitu mengerjakan haji dan Umrah


serentak pada
bulan-bulan haji kemudian menunaikan
semua amal ibadat yang berkaitan
dengan haji. Umrah pula dikira apabila
telah selesai menunaikan haji.
Pelaksanaanny Lafaz
a niat
Sebelum berniat
‫ت‬‫ت‬ ‫ح جرج روال تع ممرر رة روأ رمحرر مم‬
‫ر‬ ‫ت ال‬
‫ت‬ ‫م‬ ‫ن ررو ي‬
Ihram hendaklah
‫ هب هه رما له ل جرهه ت رعا رلى‬.
amalan-amalan
Aku niat haji dan
sunat berihram.
umrah, dengan
Tempat berniat
berihram untuk haji
adalah di Miqat
dan umrah karena
yang dilalui atau
Allah.
sebelimnya.
Selepas berniat sempurnakanlah rukun
dan wajib haji cara Ifrad hingga
selesai. Ibdat Umrah terhasil deangan
sendirinya apabila sempurna
mengerjakan rukun-rukun dan wajib –
DEFINISI DAM

Dam ialah binatang ternakan al-an’am (berkaki empat) seperti :

- Unta, lembu, kambing, atau kibas yang disembelih atau gantinya daripada makanan atau
puasa yang dikenakan ke atas mereka yang menunaikan haji dan umrah diatas sebab-sebab
yang tertentu.

JENIS-JENIS
DAM
Dam tertib dan taqdir
 Tertib ialah seseorang itu hendaklah mengerjakan satu demi satu mengikut tertib, ini
bermakna tidak boleh dipilih atau diganti dengan yang lain kecuali tidak berkemampuan
mengerjakannya.

Takdir pula ialah merujuk kepada kadar dam tersebut yang telah ditetapkan oleh
syarak.Antaranya ialah,

1.Menyembelih seekor kambing atau kibasy atau 1/7 lembu atau unta yang mencukupi syarat
untuk dibuat korban, jika tidak mampu;

2.Hendaklah berpuasa 10 hari, 3 hari pada masa ihram haji (sebelum hari wuquf) dan 7 hari
apabila sampai ke kampung masing-masing.

3.Hendaklah bersedekah sebanyak 10 cupak makanan asasi, jika tidak mampu, tanggunglah di
atas ( zimmahnya )
SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM TERTIB DAN TAQDIL
DAM TAKHYIR DAN TAQDIR
 Takhyir ialah seseorang itu boleh memilih antara jenis-jenis dam yang
diwajibkan.
 Taqdir pula ialah merujuk kepada kadar dam tersebut yang telah ditetapkan oleh
syarak.Antaranya ialah;

1.Menyembelih seekor kambing di Tanah Haram.

2.Bersedekah kepada 6 orang fakir miskin di Tanah Haram sebanyak 2 cupak


makanan tiap-tiap seorang.

3.Berpuasa selama 3 hari


SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM TAKHYIR
DAN TAQDIR
DAM TERTIB DAN TA`DIL
 Tertib ialah seseorang itu hendaklah mengerjakan satu demi satu mengikut tertib, ini
bermakna tidak boleh dipilih atau diganti dengan yang lain kecuali tidak berkemampuan
mengerjakannya.
 Ta`dil pula ialah jika seseorang tidak mampu mengeluarkan makanan, hendaklah diganti
dengan berpuasa.

Dam tertib dan ta`dil bagi kesalahan melakukan persetubuhan sebelum Tahallul Awwal (kepada
suami sahaja) adalah seperti berikut:

 Menyembelih seekor unta yang boleh dibuat korban.


 Hendaklah menyembelih 7 ekor kambing.
 Hendaklah membeli makanan asasi Makkah dengan nilai harga unta kemudian
disedekahkannya kepada fakir miskin di Tanah Haram.
 Hendaklah berpuasa sebanyak hari mengikut nilai cupak makanan yang boleh dibeli dengan
nilai seekor unta.
Dam Tertib dan Ta`dil bagi kes seseorang tertahan atau ditahan (ihsar) dalam perjalanan dengan sebab musuh atau
sebab-sebab terkepung yang menyebabkan tidak dapat masuk Makkah sedangkan dia sudah berihram, maka dia
hendaklah bertahallul seperti berikut :

- Menyembelih seekor kambing atau kibas.


- Hendaklah membeli makanan dengan nilaian seekor kambing dan dibahagikan kepada orang miskin di situ (tempat
ihsar).
- Jika tidak berkuasa hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makananyang dapat dibeli dengan nilai
seekor kambing (1 cupak=1 hari)
- Kemudian bercukur atau bergunting dengan niat tahallul.

DAM TAKHYIR DAN DAM TAKDIR


 Takhyir ialah seseorang itu boleh memilih antara jenis-jenis dam yang diwajibkan.
 Ta`dil pula ialah jika seseorang tidak mampu mengeluarkan makanan, hendaklah digantikan dengan
berpuasa.Antaranya ialah:

1.Menyembelih binatang ternakan al-An`am mengikut bandingan binatang atau pokok.


2.Membeli makanan mengikut nilai harga binatang ternakan al-An`am dan disedekahkan kepada fakir miskin di Tanah
Haram.
3.Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli mengikut nilai binatang ternakan al-
An`am(1 cupak bersamaan 1 hari)
SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM TAKHYIR
DAN TA`DIL

1.Memotong / menebang / mengerat / mencabut pokok-pokok hidup di Tanah Haram Makkah,


Muzdalifah dan Mina sama ada dalam ihram atau tidak.

2.Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya :

Jemaah haji samada dalam ihram atau tidak dalam ihram jika memburu binatang yang boleh
dimakan atau membinasakannya di Tanah Haram ( Makkah, Muzdalifah, Mina ) dikenakan dam.

Jemaah haji dalam ihram tetap dikenakan dam jika membiru binatang buruan yang halal dimakan
atau membinasakannya di Tanah Halal.
PERMASALAHAN WANITA DALAM IBADAT HAJI DAN UMRAH

MAHRAM
- Jemaah wanita hendaklah ditemani oleh suami atau mahramnya (orang yang diharamkan berkahwin
dengannya) atau beberapa wanita yang dipercayai (thiqat).

KEIZINAN SUAMI ATAU WALI


- Jemaah wanita juga dikehendaki mendapat keizinan suami atau walinya untuk menunaikan ibadat haji
atau umrah. Sekiranya mereka tidak mendapat keizinan tetapi terus juga ke Makkah, hajinya sah tetapi
berdosa.

BERIDAH ( ‫) عدة‬
- Wanita yang masih dalam Idah kematian suami, tidak dibenarkan bermusafir untuk menunaikan ibadat
haji atau umrah. Manakala wanita yang masih dalam Idah Raj’ie hendaklah mendapatkan keizinan bekas
suaminya.
PERGAULAN
- Jemaah lelaki tidak boleh dijadikan teman kepada wanita yang bukan mahramnya sama ada untuk
berziarah atau menunaikan umrah kerana perkara ini boleh membawa kepada fitnah. Setiap jemaah
diwajibkan menjaga batasan aurat dan tingkah lakunya pada setiap masa.

HAID, NIFAS DAN ISTIHADHAH


- Haid, nifas dan Istihadhah adalah masalah yang selalu dihadapi oleh wanita di mana sahaja mereka
berada, khususnyan semasa berada di Tanah Suci. Wanita yang mengalami masalah tersebuttidak perlu
merasa bimbang kerana ha ini tidaklah menghalang mereka daripada mengerjakan ibadat haji dan umrah.
ADAB DAN CARA MENGEKALKAN HAJI MABRUR

ADAB SELEPAS MENUNAIKAN HAJI

Selepas menunaikan haji, ketika pulang ke Tanah Air jemaah haji hendaklah memelihara segala adab musafir seperti mana
ketika ia mula bermusafir untuk menunaikan Fardu haji dahulu. Disamping itu ia perlulah juga memelihara adab-adab
berikut semasa pulang ke Tanah Air.

- Memaklumkan waktu kepulangan kepada ahli keluarga.


- Solat sunat musafir dua rakaat sebelum berangkat, apabila sampai di rumah tunaikan pula solat sunat mutlak dua rakaat
dan berdoa sebagai tanda syukur kepada Allah s.w.t.
- Disunatkan membaca doa pulang dari musafir.

CARA MENGEKALKAN HAJI MABRUR


1. Memelihara kemurnian akidah.
2. Memelihara solat dan solat jemaah.
3. Memelihara tutur kata dan pandangan.
4. Menghindarkan diri daripada sumber pendapatan yang syubhah dan haram.
5. Berusaha menambah ilmu agama.

Anda mungkin juga menyukai