Anda di halaman 1dari 14

HIJRAH DETIK BERSEJARAH

MAKSUD HIJRAH
Hijrah dari segi Bahasa bermaksud berpindah dai satu tempat ketempat yang lain
manakala sari segi istilah pula perpindahan Rasulullah S.A.W. dan umat islam dari
Mekah ke Madinah atau Yathrib. Peristiwa haji ini berlaku pada tahun ke-13
kerasulan.
FAKTOR YANG MENDORONG BERLAKUNYA HIJRAH
Isyarat Allah
Allah mengisyaratkat Rasulullah S.A.W. supaya berhijrah sebagaima firmanya:
َ‫َّللاُ َخي ُْر ْال َما ِك ِرين‬ َ ‫وك أَ ْو يُ ْخ ِر ُج‬
َّ ‫وك ۚ َويَ ْم ُك ُرونَ َويَ ْم ُك ُر‬
َّ ‫َّللاُ ۖ َو‬ َ ُ ‫َو ِإ ْذ يَ ْم ُك ُر ِب َك الَّذِينَ َكفَ ُروا ِليُثْ ِبت‬
َ ُ‫وك أَ ْو يَ ْقتُل‬
Maksud:
Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya
terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau
mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu.
Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya.
Memelihara Aqidah
Umat Islam megorbankan tanah air dan harta mereka demi menyelamatkan
aqidah tauhid yang lebih berharga.

Pelawaan pendududuk Yathrib


Sekumpulan penduduk Yathrib telah mempelawa Rasulullah untuk menjadi
pemimpin mereka. Rasulullah mengadakan bai’ah Aqabah pertama dan
bai’ah Aqabah kedua dengan sekumpulan penduduk di Yathrib. Baginda telah
menghantar Mus’ab bin Umair untuk berdakwah dan mengajar Al-Quran
kepada penduduk Yathrib.
ISI KANDUNGAN BAQI AQABAH PERTAMA
1. Tidak menyukutukan Allah
2. Tidak mencuri
3. Tidak berzina
4. Tidak membunuh anak
5. Tidak mengada-adakan dusta
6. Tidak menderhakai perkara yang baik
ISI KANDUNGAN BAQI AQABAH KEDUA
1. Melindungi dan mempertahankan Rasulullah SAW seperti melindungi
keluarga sendiri.
Penentangan Musyrikin Quraisy Semakin Kuat
Kaum Musyrikin Mekah melakukan pelbagai bentuk penentangan termasuklah
penyeksaan terhadap umat Islam. Tekanan atas Rasulullah SAW pula semakin
hebat terutamanya selepas kematian bapa saudara baginda iaitu Abi Talib.
Kemuncak kepada penentangan mereka ialah mereka berpakat di Darun
Nadwah untuk membunuh Rasulullah SAW.
PERISTIWA PENTING SEMASA HIJRAH RASULULLAH
27 SAFAR - DI MEKAH
Pada waktu tengah malam Rasulullah keluar bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar.
Saidina Ali pula tidur berselimut di tempat baginda untuk mengelirukan musyrikin Quraisy.
Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar menyusuri 2
jalan yang tidak biasa dilaui oleh orang ramai ke
Madinah . Abdullah, putera Saidina Abu Bakar bertugas meninjau dan melaporkan situasi
yang berlaku di Mekah. Asma’, pterinya pula bertugas menyediakan bekalan makanan. Amir
bin Fihairah, hambanya pula membawa kambing ke pintu gua untuk menyediakan bekalan
susu dan menghilangkan kesan jejak kaki Rasulullah SAW. Musyrikin Mekah menawarkan 100
ekor unta kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW. Kumpulan Quraisy
membuat operasi besar-besaran 4 menjejaki Rasulullah SAW. sebahagian daripada mereka
telah tiba ke Gua Thur dengan bantuan Allah SWT mereka tidak dapat menemui Rasulullah
SWT.
Dalam keadaan yang cemas itu, Rasulullah mententeramkan Saidina Abu Bakar sebagaimana
yang di sebut dalam ayat 40 surat at-Taubat.
GUA THUR
Setelah 3 hari di Gua Thur, mereka menuju ke Madinah bersama-sama dengan seorang
penunjuk jalan, iaitu Abdullah bin Uraikid iaitu seorang musyrik yang jujur. Suraqah bin Malik
berjaya menjejaki Rasulullah tetapi apabila dia menghampiri Rasulullah, kuda yang
ditunggangnya terperosok ke dalam pasir sebanyak 3 kali. Rasulullah memaafkan Suraqah
dan memintanya merahsiakan pertemuan mereka lalu menjanjikan mahkota “KISRA” untuknya.

8 RABIUL AWAL - DI QUBA’

Rasulullah SAW tiba di Quba’ dan tinggal beberapa hari di sana. Semasa berada di
Quba’, Rasulullah SAW telah membina masjid yang dinamakan Masjid Quba
12 RABIUL AWAL - DI YATHRIB (MADINAH)
Ketibaan Rasulullah SAW di sambut gembira oleh penduduk Yathrib. Mereka
berlumba-lumba merebut tali unta tunggangan Rasulullah SAW dengan harapan
Rasulullah SAW menetap di rumah mereka. Akhirnya unta Rasulullah SAW berhenti
di rumah Abu Ayub al-Ansori.
KESAN DARIPADA PERISTIWA HIJRAH
RASULULLAH S.A.W. KE MADINAH
ASPEK KESAN

Agama Ajaran Islam semakin tersebar kerana dakwah


dapat dilaksanakan secara lebih terbuka.

Sosial Kehidupan masyarakat Madinah berubah kepada sistem hidup yang lebih baik
dari segi akidah, syariat dan akhlak.

Politik Tertegaknya negara Islam pertama yang berdaulat di bawah pimpinan


Rasulullah SAW.

Ekonomi Kedudukan ekonomi umat Islam semakin kukuh melalui sistem ekonomi Islam yang
dilaksanakan.
IKTIBAR ARIPADA PERISIWA HIJRAH RASULULLAH
S.A.W. KE MADINAH
1. Bijak membuat perancangan dan menyusun strategi sebelum melakukan sesuatu
tindakan.
2. Sentiasa bersikap optimis, yakin bahawa kejayaan pasti bersama-sama dengan orang
yang benar.
3. Mencari teman yang soleh/solehah, baik budi pekerti dan ikhlas membantu.
4. Sabar dan tabah menghadapi halangan dan cabaran.
5. Sentiasa bertawakkal dan memohon pertolongan dengan
Allah SWT serta mematuhi segala perintahnya.
6. Sentiasa mengutamakan dan memelihara kesucian akidah
dan keselamatan nyawa.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai