Anda di halaman 1dari 5

1.

Berapakah jumlah nabi dan rasul yang wajib kita ketahui


A. 25
B. 26
C. 27
D. 99
2. Rukun Islam yang pertama ialah?
A. Mengerjakan haji sekiranya mampu
B. Mengucap dua kalimah syahadah
C. Solat lima waktu
D. Mengeluarkan zakat
3. Tugas malaikat Israfil ialah?
A. Menyampaikan wahyu
B. Mengaturkan rezeki
C. Menjaga neraka
D. Meniup sangkakala
4. Berikut bukan sifat yang ada pada nabi dan rasul melainkan
A. al-Baladah
B. al-kitman
C. al-khiyanah
D. al-tabligh
5. Bukti utama wujudnya Allah ialah
A. Adanya alam ini
B. Kita dapat pergi ke sekolah
C. Banyaknya ikan di laut
6. Allah bersifat Qidam. Qidam bermaksud
A. Sedia ada
B. Maha berkuasa
C. Maha pencipta
7. Siapakah nama ayah nabi Muhammad S.A.W.?
A. Abdullah
B. Ismail
C. Abdul Muttalib
8. Apakah pekerjaan nabi Muhammad S.A.W. semasa hidup bersama bapa saudaranya?
A. Berniaga
B. Berkebun
C. Tukang besi
9. Berikut merupakan perkara-perkara yang membatalkan air wudhu' (air sembahyang) melainkan
A. Terkentut
B. Hilang akal
C. Bersin
10. Berapakah jumlah malaikat yang wajib kita ketahui?
A. 10
B. 9
C. 11
11. Kitab Injil diturunkan kepada nabi Isa A.S.
A. True
B. False
12. Tarikh berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj adalah pada 27 Rejab tahun kesebelas kenabian
A. True
B. False
13. Nama tempat yang paling tinggi daripada langit ke tujuh adalah Sidratul Muntaha
A. True
B. False
14. Jumlah rukun Tayammum ada 6
A. True
B. False
15. Orang pertama yang melaungkan azan ialah Bilal bin Rabah
A. True
B. False

1. Bilakah nabi Muhammad s.a.w dilahirkan?


Jawapan 12 Rabiul Awal Tahun Gajah

2. Siapakah nama ibu dan bapa nabi?


Jawapan;ibu =Aminah bt Wahab bin Abdumanaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
Bapa = Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdumanaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah

3. Bilakah bapa nabi meninggal dunia?


Jawapan; ketika nabi berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya

4. Dimanakah ibu nabi wafat dan dikebumikan?


Jawapan; Abwa (sebuah desa antara Madinah dan Juhfah)

5. Ibu Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?


Jawapan; 6 tahun

6. Nabi diberi nama oleh datuknya dengan nama MUHAMMAD, apakah maksud Muhammad?
Jawapan; yang terpuji

7. Siapakah nama datuk nabi yang memeliharanya setelah kematian ibunya?


Jawapan; Abdul Muthalib

8. Datuk Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?


Jawapan; 8 tahun

9. Nabi telah dihantar ke perkampungan Bani Saad untuk disusukan kepada wanita desa. Siapakah nama ibu
susuan nabi s.a.w?
Jawapan; Suwaibah al-aslamiyah dan Halimatus Saadiah

10. Berapa lamakah nabi dijaga oleh ibu susuan di perkampungan bani Saad?
Jawapan; sehingga nabi berumur 5 tahun

11. Siapakah nama bapa saudara yang menjaga Nabi setelah kematian datuknya?
Jawapan; Abu Thalib

12. Ketika nabi masih remaja, baginda telah bekerja mengambil upah sebagai pengembala binatang ternakan.
Apakah binatang tersebut?
Jawapan; kambing

13. Nabi pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk berniaga di Syam bersama dengan pembantu
Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Siti Khadijah tersebut?
Jawapan; Maisarah

14. Pada usia berapakah Nabi dan Khadijah diijabkabulkan/berkahwin?


Jawapan; nabi =25 tahun , Khadijah = 40 tahun
15. Berapakah usia nabi ketika diangkat sebagai rasul?
Jawapan; 40 tahun

16. Apakah ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Iqra

17. Di awal Islam, Nabi telah berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dimanakah markaz/pusat dakwah
tersebut?
Jawapan; di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam

18. Berapa lamakah nabi berdakwah secara sembunyi-sembunyi?


Jawapan; 3 tahun

19. Siapakah orang yang mula-mula masuk Islam sepanjang dakwah nabi secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan;
Khadijah - isteri Nabi
Ali bin Abi Thalib - sepupu nabi
Zaid bin Harithah - hamba nabi kemudian jadi anak angkat nabi
Abu Bakar As-Siddiq - kawan karib nabi
Uthman bin Affan
Zubair bin Awwam
Saad bin Abi Waqas
Abdul Rahman bin Auf
Thalhah bin Ubaidillah
Abu ubaidillah bin Jarrah
Arqam bin Abi al-Arqam
Fatimah bt Khattab (adik Umar al-Khattab) dan suaminya Said bin Zaid al-Adawi

20. Berapakah usia nabi ketika wafat?


Jawapan; 63 tahun

21. Tentera bergajah telah dimusnahkan oleh Allah dengan dikirimkan burung apa?
Jawapan; Burung Ababil

KUIZ UNTUK KATEGORI DEWASA, JUGA SOALAN YANG SENANG2 AJE...

1. Bilakah tarikh nabi Muhammad s.a.w dilahirkan mengikut kalendar masehi?


-jawapan 20 april 571M

2. Apakah peristiwa yang berlaku sebagai tanda sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; api sembahan Agama Majusi di Rom terpadam

3. Kenapakah tahun kelahiran nabi digelar sebagai tahun gajah?


Jawapan; kerana pada tahun berkenaan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah menyerang dan mahu
meruntuhkan Kaabah. Tetapi tentera tersebut dihancurkan oleh Allah dengan burung Ababil..

4. Ketika Nabi berusia 12 tahun, Abu Thalib membawa nabi bersama dalam urusan perdagangan ke Syam.
Ketika itu, Pendeta Nasrani yang alim, telah berjumpa dan menasihati Abu Thalib supaya menjaga dengan baik
dan membawa pulang segera Nabi Muhammad s.a.w kerana dikhuatiri akan dibunuh oleh orang yahudi?
Siapakah nama pendeta Nasrani tersebut?
Jawapan; Buhaira

5. Ketika Nabi berusia 15 tahun, peperangan antara Quraisy dan Qais Ailan yang berlaku pada bulan Zulqaedah.
Menurut pandangan bangsa Arab pada masa itu, peperangan adalah dilarang pada bulan zulqaedah kerana ia
adalah bulan suci. Apakah nama peperangan tersebut?
Jawapan; Harbul Fijar (peperangan mencemar kesucian)
6. Semenjak kematian Abdul Muthalib, pemimpin-pemimpin Quraisy telah bersumpah akan bersatu dan bersama
dalam menangani kes-kes di kota Mekah supaya tiada seorangpun yang akan teraniaya. Aku janji dan sumpah
tersebut telah dilakukan di rumah Abdullah Bin Judaan ketika nabi berusia belasan tahun. Mengikut sejarah,
apakah nama sumpah tersebut?
Jawapan; Halful Fudhul

7. Seramai 13 orang yang telah menjadi isteri kepada nabi Muhammad s.a.w. Sebutkan empat sahaja daripada
isteri baginda.
Jawapan;
1- Khadijah Bt Khuwailid
2- Saudah Bt Zamah
3- Aisyah
4- Zainab Bt Khuzaimah
5- Hafsah
6- Ummu Salamah
7- Zainab Bt Jahsyi
8- Raihanah
9- Juwairiyah
10- Syafiah
11- Ummu Habibah
12- Mariyah Qibtiyah
13- Maimunah

8. Nabi Muhammad s.a.w mempunyai tujuh orang anak. Sebutkan tiga sahaja nama anak Nabi Muhammad
s.a.w?
Jawapan; Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummi Kalthum, Rukiyah,

9. Bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat?


Jawapan; Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masehi - usia 63 tahun

10. Nabi semasa sejak kecil telah digelar al-Amin, apakah maksud al-amin?
Jawapan; seorang yang jujur dan amanah/orang yang dapat dipercayai

11. Sebelum diangkat sebagai rasul, Nabi beruzlah (bertahanus) untuk beribadat dan berzikir kepada Allah s.w.t
selama sebulan. Dimanakah Nabi beruzlah?
Jawapan; Gua Hira (di Jabal Nur)

12. Pada tahun ke 10 baginda diutus sebagai rasul, ada dua musibah yang besar telah menimpa baginda. Dalam
sejarah, tahun tersebut digelar sebagai Aamul Huzni iaitu Tahun Kesedihan. Apakah dua musibah tersebut yang
menimpa Nabi?
Jawapan; Kematian Abu Thalib
Kewafatan Isteri nabi; Siti Khadijah

13. Setahun selepas tahun kesedihan, nabi dihiburkan dengan mukjizat yang besar dan pada ketika itu,
diwajibkan solat lima waktu sehari semalam. Apakah nama peristiwa tersebut?
Jawapan; Isra Mikraj

1. Hukum menunaikan solat jumaat adalah fardhu ain kepada muslim lelaki.
A. True
B. False
2. Solat jumaat dilakukan pada waktu zohor.
A. True
B. False
3. Berikan pengertian Solat Jumaat dengan lengkap.
4. Berikan perbezaan sunat haiat dan sunat abad dari sudut pengertian.
5. Tandakan ( / ) pada syarat sah solat berjemaah.
A. imam
B. makmum
C. makmum tidak mendahului imam
D. makmum dan imam boleh berada di tempat berlainan
6. Solat berjemaah dilakukan oleh dua orang atau lebih secara besama-sama dan diketuai oleh seorang
____________.
7. Makmum yang sempat membaca surah Al-Fatihah bersama-sama imam dalam rakaat pertama
disebut.
A. makmum masbuk
B. makmum munafik
C. makmum muafik
8. Tandakan ( / ) pada pernyataan di bawah berkenaan solat berjemaah.
A. Solat beramai-ramai mengikut imam.
B. Dilakukan sekurang-kurangnya dua orang.
C. Solat bersendirian.

D. Makmum berniat mengikut imam.


E. Pahala 27 kali ganda.
F. Boleh berjemaah untuk orang lain.
9. Tayamum ialah menyapu_____________________ yang suci ke muka dan kedua -dua tangan hingga
ke siku dengan beberapa ___________________ disertai dengan _____________________.
10. Tandakan ( / ) pada perkara yang membatalkan tayamum dan ( X ) pada perkara yang tidak
membatalkan tayammum.
A. Fatimah terkentut selepas bertayammum
B. Imran bertayammum untuk solat Maghrib dan Isyak
C. Pak Ali masih uzur dan tidak boleh berwudhuk menggunakan air
D. Azman tersentuh tangan adiknya tanpa berlapik
E. Ketika hendak mendirikan solat Asar tiba-tiba hujan turun
11. Antara berikut yang manakah salah satu rukun tayammum?
A. berkumur-kumur
B. menyapu debu tanah ke muka
C. menyapu debu tanah ke kaki
12. Senaraikan rukun-rukun tayammum. 1.____________________ 2.__________________
3. _____________________ 4. _____________________
13. Azan ialah pemberitahuan masuknya waktu solat sunat.
A. True
B. False
14. Orang yang melaungkan azan dipanggil____________________.
A. a. Imam
B. b. Makmum
C. c. Bilal
15. Bilangan makmum bagi solat Jumaat mestilah tidak kurang daripada 40 orang.
A. True
B. False

Anda mungkin juga menyukai