Anda di halaman 1dari 48

Tazkirah Ramadhan 6: Lailatul Qadr

Bulan Ramadhan telah diasingkan untuk ibadah khas (Ibadat) dan eksklusif nikmat. Ia adalah bulan tidak seperti bulan-bulan yang lain. Salah satu sebab untuk ini, seperti yang ditakrifkan oleh al-Quran, kerana Al-Quran diturunkan pada bulan ini. Kata Allah dalam Surah al-Baqarah: "bulan Ramadhan, di mana al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi manusia, dan tanda-tanda jelas petunjuk dan terbilang" (2:185). Malah, menurut kepada hadith Imam 6, buku-buku suci yang lain juga diturunkan pada bulan ini. Antara malam-malam Ramadhan adalah satu malam istimewa, yang lebih baik daripada seribu bulan. Perbuatan baik yang dilakukan pada malam itu satu sama dengan yang dilakukan lebih daripada seribu bulan. Ia adalah Malam Power (Lailatul Qadr), apabila alQuran diturunkan. Sesetengah pengulas percaya ia adalah malam apabila Al-Quran telah dibawa turun dari Baitul Ma'mur (Syurgawi tempat tinggal), untuk Jibrael mendedahkan di bahagian-bahagian kepada Nabi. Lain-lain mengatakan ia adalah malam ketika Nabi menerima seluruh AlQuran, tetapi telah diminta untuk menghantar dan apabila keadaan menuntut. Lailatul Qadr adalah perayaan untuk memperingati ketibaan bimbingan akhir bagi manusia.Ia adalah satu penghormatan kepada permulaan mesej yang diturunkan kepada manusia oleh Pencipta mereka, mesej yang menunjukkan mereka cara untuk mencapai kebahagiaan dalam kedua-dua dunia. Sama seperti ketibaan kanak-kanak diraikan, pada kelahiran dan maka setiap tahun, dan sebagai pembawa kegembiraan dan memenuhi untuk keluarga, Lailatul Qadar disambut sebagai pembawa cahaya dan petunjuk bagi manusia. Tidak seperti hari lahir yang disambut dengan perayaan untuk deria, Lailatul Qadr termasuklah perayaan untuk roh, pesta ibadah dan doa.

Beberapa hadis yang menunjukkan bahawa nasib tiap-tiap orang yang beriman untuk tahun yang akan datang telah ditetapkan pada malam ini. Itulah mengapa Du `untuk malam ini meminta istimewa dalam dekri bagi tahun. Wahai orang-orang yang beriman digalakkan untuk berjaga sepanjang malam, dan mendoakan rahmat dan keampunan. Ia adalah malam paling suci dalam tahun, dan ia tidak bijak untuk menjadi lalai manfaat yang besar malam ini.
Read more: http://www.zubirjamal.com/tag/tazkirah/#ixzz1TEOOSe00

Tazkirah Ramadhan 5: Perbanyakkan Doa'

Allah berfirman yang bermaksud: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Aku, maka beritahulah kepada mereka; sesungguhnya Aku sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa, apabila dia berdoa kepadaKu (dengan cara yang betul). Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan beriman kepadaKu, supaya mereka sentiasa menerima petunjuk. Al-Baqarah, ayat 186. Allah memperkenankan doa hambaNya dengan tiga cara. 1. Perkenankan permintaannya dengan segera 2. Dibalas dalam bentuk lain pada hari Akhirat 3. Diperkenankan dalam bentuk lain di dunia, iaitu Allah menjauhkan keburukan daripada hamba yang berdoa Waktu mustajab doa: 1. 1/3 akhir setiap malam 2. Sebelum berbuka puasa 3. Setiap selepas solat fardhu 4. Seketika pada hari Jumaat 5. Antara azan dan iqamah 6. Ketika sujud dalam solat 7. Sebelum memberi salam, ketika tahiyyat akhir 8. Sewaktu hujan

9. Malam lailatul qadr 10. Ketika wuquf di Arafah

Tazkirah Ramadhan 4: Jalan Menuju Taubat

1. Mengetahui hakikat taubat. Hakikat taubat adalah: Menyesal, meninggalkan kemaksiatan tersebut dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Sahal bin Abdillah berkata: Tanda-tanda orang yang bertaubat adalah: Dosanya telah menyibukkan dia dari makan dan minum-nya. Seperti kisah tiga sahabat yang tertinggal perang. 2. Merasakan akibat dosa yang dilakukan. Ulama salaf berkata: Sungguh ketika saya maksiat pada Allah, saya bisa melihat akibat dari maksiat saya itu pada kuda dan istri saya. 3. Menghindar dari lingkungan yang jelek. Seperti dalam kisah seorang yang membunuh 100 orang. Gurunya berkata: Pergilah ke negeri sana sesungguhnya disana ada orang-orang yang menyembah Allah dengan baik, maka sembahlah Allah disana bersama mereka dan janganlah kamu kembali ke negerimu, karena negerimu adalah negeri yang jelek. 4. Membaca Al-Quran dan mentadabburinya. 5. Berdoa. Allah berfirman mengkisahkan Nabi Ibrahim: Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Al-

Maraghi berkata: Yang dimaksudkan dengan terimalah taubat kami adalah: Bantulah kami untuk bertaubat agar kami bisa bertaubat dan kembali kepadaMu. 6. Mengetahui keagungan Allah yang Maha Pencipta. Para ulama salaf berkata: Janganlah engkau melihat akan kecilnya maksiat, tapi lihatlah keagungan yang engkau durhakai. 7. Mengingat mati dan kejadiannya yang tiba-tiba. 8. Mempelajari ayat-ayat dan hadis-hadis yang menakuti orang-orang yang berdosa. 9. Membaca sejarah orang-orang yang bertaubat

Tazkirah Ramadhan 3: Pesan roh kepada manusia

Pesan Roh Kepada Manusia Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh. Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku. Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku. Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu. Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana

sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T. Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain. Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S..W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlismajli! s ilmu. Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir. Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja he ndak menghampiri mata maka berkata mata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: Roh itu menuju ketujuh tempat:1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat. Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama.
Read more: http://www.zubirjamal.com/tag/tazkirah/page/2/#ixzz1TENLPTxz

Tazkirah Ramadhan 2: Taqwa

Saidina Ali ra mentakrifkan taqwa dengan empat perkara: 1. 2. 3. 4. Takut kepada Allah Rabbul Jalil Beramal dengan wahyu yang diturunkan Redha dengan sedikit yang dimiliki Bersedia untuk hari kematian.

Taqwa boleh juga diterjemahkan kepada takut akan neraka Allah taala. Dengan rasa takut inilah maka kita memilih untuk mencari jalan ke rahmat dan syurga Ilahi, bukan apinya yang menyala-nyala. Berikut merupakan berapa persoalan fiqh yang dibincangkan semalam: 1. Bagi pesakit dan orang yang bermusafir, mereka dibenarkan berbuka dan digantikan pada bulan lain 2. Bagi orang tua yang tak mampu berpuasa, mesti membayar fidyah sebagai ganti. Satu hari bersamaan satu fidyah 3. Wanita hamil atau sedang menyusukan anak yang ingin berbuka puasa kerana bimbangkan kesihatan diri, dibenarkan berbuka dan mesti diganti pada bulan lain. 4. Wanita hamil atau sedang menyusukan anak yang ingin berbuka puasa kerana bimbangkan mudharat berlaku kepada anaknya, mesti qadha dan memberi fidyah Fidyah ialah memberi seorang fakir atau miskin beras sebanyak 620 gram. Hati menjadi lemah dan lesu dengan tiga perkara: 1. Banyak makan 2. Banyak tidur 3. Banyak bercakap yang tidak berfaedah Hati disedarkan dengan banyak perkara, antaranya dengan mengingati kematian. Semoga kelemahan hati, ibadah, dan taqwa yang ada pada setiap kita dapat diatasi bermula Ramadhan kali ini. Wallahu alam.
Read more: http://www.zubirjamal.com/tag/tazkirah/page/2/#ixzz1TENZFF5W

Tazkirah Ramadhan 1: Ramadhan

Bertaqwalah kita semua kepada Allah Taala. Ketahuilah bahawa menjadi kewajipan ke atas setiap Muslim untuk menyembah Allah dan mentaatiNya pada setiap masa sepanjang kehidupannya. Firman Allah Taala yang bermaksud: Dan sembahlah Tuhanmu sehingga mati mendatangimu (al-Hajr: 99). Sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan musim-musim ibadah yang berlipat ganda balasan kebaikan melebihi musim-musim lain. Antara musim-musim ibadah yang dinyatakan ialah bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Al-Quran diturunkan pada bulan tersebut yang menjadi petunjuk bagi manusia dan memberikan penerangan dan hidayah. Alangkah bertuahnya sesiapa yang dapat mengecapi musim atau bulan yang amat bermakna ini. Kehadiran Ramadhan makin dapat kita rasakan setiap kali berlalunya Rejab dan menjelmanya Syaban. Bersyukurlah kita kepada Allah apabila kita dipanjangkan usia untuk menyambut kehadiran Ramadhan. Mohonlah kepadaNya agar kita senantiasa diberikan kekuatan untuk melakukan amalan soleh yang diterima di sisi Allah. Nabi Muhamnmad s.a.w. memperbanyakkan doa kepada Allah apabila datangnya Ramadhan. Al-Tabarani meriwayatkan daripada Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. berdoa apabila tibanya Ramadhan. Apabila tiba bulan Rejab, Baginda bersabda: Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaban. Dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan. Nabi Muhammad s.a.w. memberikan perkhabaran gembira kepada para sahabat setiap kali hadirnya Ramadhan. Ibnu Khuzaimah dan Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Salman r.a. bahawa beliau (Salman) berkata: Rasulullah s.a.w. telah berkhutbah kepada kami pada hari terakhir di bulan Syaban. Sabda Baginda:

Wahai sekalian manusia, sesungguhnya hadir kepada kamu semua suatu bulan yang besar kelebihannya dan penuh keberkatan. Suatu bulan dianugerahkan padanya Malam Lailatul Qadar, iaitu satu malam yang lebih baik daripada seribu malam. Allah menjadikan puasa pada bulan Ramadhan sebagai satu fardhu kewajipan dan Dia menjadikan Qiyamullail pada bulan tersebut sebagai satu ibadah sunat yang amat dituntut. Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah pada bulan tersebut dengan melakukan satu kebaikan (amalan sunat), ganjarannya adalah seolah-olah dia menunaikan satu ibadah fardhu. Dan sesiapa yang menunaikan satu ibadah fardhu pada bulan tersebut, ganjarannya seolah-olah dia menunaikan 70 ibadah fardhu. Ramadhan adalah Bulan Kesabaran. Balasan untuk kesabaran adalah syurga. Ramadhan juga bulan yang dilimpahkan rezeki. Sesiapa yang memberi makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, balasannya adalah keampunan bagi dosa-dosanya dan terselamat dari api neraka. Dan baginya juga balasan pahala orang yang berpuasa tanpa ada kekurangan dari segi nilai puasa tersebut. Lalu sahabat-sahabat berkata: Wahai Rasulullah, bukanlah setiap daripada kami mampu memberi makanan kepada orang yang berpuasa. Sabda Rasulullah sa.w.: Allah memberikan ganjaran pahala ini kepada sesiapa jua yang memberi makanan kepada orang yang berpuasa, walaupun dengan hanya susu yang bercampur air (susu cair dan kurang kualiti), sebiji tamar ataupun seteguk air. Sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minum daripada dua kolam, seteguk airnya sudah memadai, bahkan dia tidak lagi merasa dahaga sehinggalah dia masuk syurga. Ramadhan adalah satu bulan yang mana awalnya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya adalah pelepasan dari azab neraka. Maka perbanyakkanlah melakukan empat perkara. Dua perkara adalah sesuatu yang kamu harapkan keredhaan Allah. Manakala dua perkara lain adalah sesuatu yang kamu amat berhajat kepadanya. Adapun dua perkara yang kamu harapkan keredhaan Allah ialah pensaksian bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan kamu memohon keampunanNya. Manakala dua perkara yang kamu amat berhajat kepadanya ialah kamu mendambakan syurga Allah dan kamu mohon perlindunganNya daripada api neraka. Berdasarkan hadis yang dinyatakan ini, Rasulullah s.a.w. menjelaskan kepada kita kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan dan kebaikan-kebaikannya. Baginda menggalakkan kita supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan amalanamalan soleh sama ada yang wajib mahupun yang sunat. Rasulullah s.a.w. menklasifikasikan Ramadhan sebagai bulan yang amat besar ertinya dan penuh keberkatan. Dua penklasifikasian ini menggambarkan kelebihan Ramadhan melebihi bulan-bulan yang lain. Setiap saat dan detik di dalam bulan ini

digambarkan dengan kebesaran dan keberkatan. Keberkatan dari aspek masa, keberkatan dari aspek amalan dan keberkatan dari aspek balasan pahala. Secara ringkasnya, antara kelebihan-kelebihan Ramadhan yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dapat disimpulkan seperti berikut: 1) Malam Lailatul Qadr merupakan satu malam yang lebih baik daripada seribu malam. 2) Kewajipan berpuasa di siang hari dan disunatkan amalan Qiyamullail di malam hari. Berpuasa di siang bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Sementara amalan di malam hari yang merangkumi solat terawih adalah amat dituntut dan tidak disyariatkan pada bulan-bulan lain selain bulan Ramadhan. Imam Ahmad dan Al-Tirmizi meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang bangun mendirikan solat (terawih atau pun Qiyamullail) bersama-sama imam sehingga imam selesai dan beredar, nescaya dicatatkan baginya balasan ibadah satu malam yang penuh. 3) Balasan pahala yang berlipat kali ganda. Dari segi ganjaran, amalan-amalan sunat adalah sama nilainya dengan amalan-amalan fardhu. Manakala satu amalan fardhu pula menyamai 70 amalan fardhu. Bonus ini tidak akan dirasai melainkan hanya pada bulan Ramadhan. 4) Ramadhan adalah bulan kesabaran. Ini bererti menahan nafsu daripada segala syahwat dengan menunaikan ibadah puasa memerlukan tahap kesabaran yang maksimum. Firman Allah Taala yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu diberikan balasan pahala yang tak terhitung (al-Zumar: 10). 5) Ramadhan adalah bulan kurniaan dan anugerah. Anugerah keampunan dan pelepasan api neraka daripada Allah Taala kepada hamba-hambaNya. Pada masa yang sama, anugerah dan pemberian antara manusia sesama mereka melalui pemberian makanan kepada mereka yang kelaparan, minuman kepada mereka yang dahaga dan seumpamanya. Seandainya kelebihan-kelebihan ini dihayati sepenuhnya, maka wajarlah kita merasa gembira dengan kehadiran Ramadhan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri senantiasa berdoa untuk mengecapi bulan yang penuh keberkatan ini. Inikan pula kita yang mengaku sebagai umat Baginda, hendaklah mengikuti sunnahnya. Ya Allah! Sampaikanlah kami kepada Ramadhan, bantulah kami dalam mengerjakan ketaatan di bulan Ramadhan dan terimalah semua amalan kami di bulan Ramadhan.
Read more: http://www.zubirjamal.com/tag/tazkirah/page/3/#ixzz1TENmQo00

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan BaihaqiPENERANGAN HADIS 1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita samasama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya. 3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. 4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat. 5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat. 6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924. 7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak. 8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja. 9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi. 10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak. 11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap. Biografi 1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah. 2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani 3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Adab berpuasa dan solat terawih


Oleh NAZMI AIDARUS Sumber: http://www.utusan.com.my/ Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya; 2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia; 3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih. Ulama silam pernah berpesan: Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka? Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal; 4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei) Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: Saya sedang berpuasa. (Riwayat Bukhari dan Muslim); 5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai; 6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan. Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya. Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t.. Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi) Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang. As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa; 7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat; 8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur. Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim); 9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah) 10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya. Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan alFatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya. Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei) - NAZMI AIDARUS ialah Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

Puasa Syawal "Top-up" Ibadah Ramadan


www.iluvislam.com Dihantar oleh: Isyrak Editor: Rasailul Ashwaq

Menumbuhkan kekuatan jiwa manusia dalam mengawal nafsu syahwat

Setelah berpuasa selama sebulan pada Ramadan dan merayakan Aidilfitri, umat Islam sangat digalakkan berpuasa sunat Syawal selama enam hari bagi mengimbangi kesihatan yang telah menikmati pelbagai makanan ketika hari raya. Puasa enam hari pada Syawal juga dapat melatih kembali hati dan diri daripada godaan nafsu. Puasa sunat Syawal boleh dilakukan enam hari pada bulan Syawal, berturut-turut atau terpisah asalkan tidak sampai melewati bulan berkenaan. Pada hari raya pertama dilarang berpuasa.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Barang siapa berpuasa Ramadan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam hari pada Syawal maka dia seperti berpuasa seumur hidup. (Riwayat Muslim)

Nabi SAW yang bermaksud: Berpuasa sebulan (pada Ramadan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun. (Riwayat ad-Darimi)

Puasa sunat Syawal ini adalah untuk menampung kekurangan yang ada ketika puasa Ramadan kita. Misalnya, kebanyakan daripada kita hanya berpuasa secara menahan lapar dan dahaga saja. Sedangkan, perkara lain harus diberi perhatian seperti puasa telinga, lidah dan sebagainya. Maka puasa sunat Syawal adalah untuk menampung kekurangan yang terdapat dalam puasa fardu.

Umat Islam hendaklah banyak melakukan amalan sunat seperti banyak bersembahyang sunat, membaca alQuran, bersedekah dan berpuasa sunat untuk menguatkan iman kita. Selain itu, kita dapat mengemaskan amalan wajib, kita juga dianjurkan memperbanyak amalan sunat. Ini disebabkan amalan sunat menyempurnakan amalan wajib kita. Meninggikan pangkat dan darjat kita di syurga serta dapat meningkatkan ketakwaan kepada-Nya. Dalam melaksanakan amalan sunat ini, perlu kita ingat, jangan sampai melalaikan perkara yang wajib.

Sebagai contoh kita hendak mengejar tahajud malam sehingga terlewat dan tertinggal sembahyang Subuh atau tidak berpuasa Ramadan tetapi menunaikan puasa sunat Syawal. Selain itu, banyak melakukan sedekah dan

ibadah sunat tetapi tidak bersilaturahim sesama manusia kerana bersilaturahim itu hukumnya wajib dan perlu dilaksanakan dulu.

Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin, menjelaskan mengenai tatacara berpuasa iaitu jika kamu berpuasa, janganlah kamu menyangka bahawa berpuasa itu cuma meninggalkan makan, minum dan bersetubuh. Bahkan juga menahan mata daripada memandang sesuatu yang dibenci oleh Allah, menahan lisan daripada mengucapkan kata-kata yang tidak bermanfaat, menahan telinga daripada mendengar sesuatu yang diharamkan oleh Allah, kerana sesungguhnya pendengaran itu menemani orang yang berbicara. Selain itu menurutnya lagi, masing-masing daripada keduanya adalah pengumpat. Begitu juga kamu mencegah seluruh anggota tubuh seperti mencegah perut dan kemaluan.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Barang siapa tidak dapat meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta (waktu berpuasa) maka Allah tidak menghendaki puasanya, hanya lapar dan dahaga saja. (Riwayat Al Bukhari)
Ibadah puasa mengandung beberapa manfaat yang besar, antaranya adalah menguatkan kemahuan dan menumbuhkan kekuatan dan kedapatan jiwa manusia dalam mengawal nafsu syahwatnya.

Puasa juga perisai kepada kekuatan rohani. Pelbagai penyakit rohani dapat dihalang dengan berpuasa. Antaranya ialah hasad dengki, sombong, riak, memfitnah, mengumpat, melakukan perbuatan zalim, berdusta, marah, mencaci-maki, mungkir janji, bercakap bohong dan menipu.

Dengan berpuasa termasuk puasa sunat dapat merawat pelbagai penyakit rohani seperti mengingati Allah SWT, mengerjakan solat, bertaubat, takut kepada Allah SWT, mujahadah, musahabah diri, sabar, 1qanaah, 2 warak, 3zuhud, 4tawaduk, 5istiqamah, takwa dan menjauhkan makanan dan minuman haram.

Syaitan Itu Kreatif


www.iluvislam.com Pahrol Mohd Juoi Editor:mawaryangtinggi

Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini? Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia, jelasnya. Saya tersenyum. Ada kebenarannya. Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenarantidak sedinamik dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga. Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan! KISAH TIDAK LAMA DULU

Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah ke arah kebaikan. Mengapa tiba-tiba? tanya saya. Hidayah bang jawabnya si dia pendek. Bagaimana dengan segalanya? Risau saya dengan profesyennya. Allah ada. Allah akan membantu segalanya. Syukur, kata saya perlahan. Setahun kemudian. Lihat ini.. kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar. Betul ke ni? Apa kau ingat ini super-impose? Saya terdiam. Kaku. Mana pergi tudungnya? Itu.. tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya. Itu tudung? Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat. Bertutup tapi terbuka, tahupun katanya seakan menyindir. Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kasihan saya melihat wajah si dia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau. Bang saya insaf bang Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan. Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu si dia terpilih, sekarang kembali tersisih? Kini tiba-tiba segalanya semacam ditarik kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali. Kata sesetengah yang setuju, biarlah itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa. Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin! Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:

Syaitan terlalu kreatif Kreatif? Bisik hati saya. Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah grey warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran. Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja was-was baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan. Hasilnya, sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah catwalk dengan dada, make-up galak sambil yang mengundang pesona dan aura dosa. Dan lebih daring lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah grey? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam. Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya: Tudung wanita itu ada empat tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati. Apa ertinya? Tudung pada wajah jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati mengingati Allah dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar Jangan terlalu ekstrem, tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang penghormatannya (baca betul-betul bukan kehormatan). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum. Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah, balas saya perlahan. Aku tak faham. Maksud kau? Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan. Lantas? Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan tentu ada yang salah dalam penutupannya. Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik. Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran Jadi kebenaran menolak keindahan? Keindahan itu satu kebenaran! balas saya cepat. Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai aksesori ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai fesyen orang baik-baik dan orang cantik-cantik berbanding syariat wanita yang beriman!

Hormati, itukan era transisi kata seorang sahabat seakan memujuk saya. Transisi? Apa maksud mu? Sebelum lengkap bertudung err maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung. Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula? Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang. Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawankawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita Kau kata mereka tidak ada ilmu? Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri, kata saya. Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?. Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata. Maksud kau? Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang. Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara. Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua. Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkatakata, kekadang kita jadi semakin bungkam menjadi malaikat yang diam? Oh, tidak Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit!

Puasa Syariat/ Puasa Adat www.iluvislam.com Oleh : Kuhamba Editor: Isyrak Adalah bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka. (Diriwayatkan oleh Salman al-Farisi)

Rasulullah saw. merupakan manusia terpilih dan tauladan terbaik bagi kita. Baginda melipat gandakan ibadah kepada Allah swt. apabila Ramadhan memasuki 10 hari terakhir. Baginda menghidupkan malam harinya dengan mendekatkan diri kepada Allah swt., bahkan baginda membangunkan keluarganya agar turut serta beribadah. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah ra. yang bermaksud: Adalah Rasulullah saw. apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadhan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya. Sahabat dan para ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadith di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah saw. melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan. Bagaimana pula dengan kita? Masing-masing sedar dan tentu dapat membuat penilaian sendiri dengan amal ibadah kita terutamanya pada akhir-akhir Ramadhan. Kita dapat perhatikan bahawa kebanyakan dari kita semakin lalai dan semakin hilang tumpuan untuk beramal ibadat demi mencari keredhaan Allah swt. dalam bulan yang penuh rahmat ini. Apakah perancangan kita apabila menjelang bulan Ramadhan alMubarak? Sudah pasti masing-masing ingin melipat gandakan amal ibadat sematamata untuk merebut ganjaran yang dijanjikan Allah swt.. Ramadhan juga dijadikan landasan untuk menginjak ketaqwaan kita pada Allah swt..

Bagi yang beriltizam dengan harapan demikian, alhamdulillah Dalam mengejar ganjaran Allah, jangan kita lupa untuk memimpin saudara serta teman untuk turut serta mempergiatkan amalan demi mencapai matlamat yang sama. PUASA SYARIAT atau PUASA ADAT? Wujudkah Puasa Adat? Sudah tentu kita berpuasa kerana mengikut syariat Islam. Kita ulangkaji sikit mengenai Rukun Islam 1) 2) 3) 4) 5) Mengucap dua kalimah syahadah Menunaikan solat lima waktu Berpuasa di bulan Ramadhan Menunaikan zakat Mengerjakan haji

Dapatlah kita lihat dari senarai Rukun Islam di atas bahawa kita sekarang berada pada tuntutan rukun yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Apa yang dapat kita lihat pada hari ini, kebanyakan dari kita yang mengakui Muslim tidak melaksanakan puasa sebagai ibadah mengikut tuntutan syariat. Dalam erti kata lain, tidak memahami konsep puasa dalam Islam. Apabila berbicara tentang puasa, apa yang bermain di kepala kita adalah tak boleh makan serta minum. Ada pula yang mengeluh seumpama terpaksa berpuasa selama sebulan. Tiada matlamat. Puasa tak habis lagi, kalut nak raya. Siapa mereka yang tersasar dari matlamat puasa sebenar? Siapa lagi kalau bukan saudara, rakan-rakan bahkan diri kita sendiri. Akibat kejahilan, ibadat puasa yang penuh dengan limpahan rahmat Allah swt. dilalui dengan sia-sia. Tiada ganjaran. Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga, dan ramai yang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apa pun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam".

Amatlah takut orang-orang yang beriman kiranya puasa mereka sia-sia apabila mendengarkan hadith berkenaan. Tumpuan, matlamat, kesungguhan serta keikhlasan mesti hadir dalam diri kita untuk melakukan apa jua ibadah. Andainya salah satunya tiada, maka jawapannya seperti mana hadith di atas. Orang puasa, kita pun puasa. Atas kefahaman yang begitu saja kita berpuasa. Itulah Puasa Adat. Ramai di kalangan kita sekadar berpuasa, tapi solat lima waktu diabaikan. Tuntutan rukun Islam yang kedua pun tak tertunai, tiba-tiba berpuasa untuk mendapat ganjaran. Dapatkah? Ya, memang dapat. Dapat sebagaimana huraian hadith di atas. Tanyalah diri kita masing-masing.

Adakah aku berpuasa mengikut Puasa Syariat atau Puasa Adat ? Marilah kita sama-sama muhasabah diri, kita masih diberi kesempatan untuk membaiki nilai puasa kita walaupun Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya.

.............................................................................................. Tujuan penulisan ini adalah untuk saling nasihat-menasihati dan sebagai ingatan sesama kita saudara seagama bahkan untuk diri yang sering lalai ini. Kelak kepada-Nya jua kita kembali. Mulai saat ini dan seterusnya, marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita sudahpun berada pada 10 malam terakhir Ramadhan. Jangan lepaskan peluang yang ada untuk kita keluar dari cengkaman agenda Iblis, syaitan serta musuh-musuh Islam yang sentiasa mencari jalan menyesatkan kita selama ini. Hari ini kita umat Islam semakin lemah. Inilah masanya kita bangun bersama. Sesungguhnya akhir zaman ini sudah hampir tiba pada kemuncaknya. Wallahualam. InsyaAllah, gerakan kebangkitan umat Islam bermula pada bulan yang mulia ini. Ayuh! bersama berganding bahu. "Jangan biarkan kesedaran anda tergantung"

Kelebihan Sahur & Tamar


www.iLuvislam.com Dihantar Oleh: cincaugoreng Editor: b_b

Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat. -HR Bukhari dan Muslim

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.

Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga

adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka .

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah: Menuruti sunnah; Membezakan diri dengan Ahlul Kitab; Menambah kekuatan untuk beribadat; Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat; Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaikbaik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.

Abu Hurairah ra berkata, Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma. -HR Ibnu Hibban & Baihaqi

Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.

Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Lailatul Qadr : Malam Misteri yang Dirindui Kedatangannya


www.iluvislam.com Oleh: Wan Ct Eyesyah Editor: Erma Farida

Umat Islam di seluruh dunia akan memasuki fasa ketiga pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain pada minggu hadapan, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun.

Apa yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka. Itulah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka. Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta. Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr - atau diterjemahkan sebagai malam takdir.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang

ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5) Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3). Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hambaNya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga. Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain; Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka. Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.

Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.

Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkanIslam.

Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah. Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaikbaik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah) Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.

Hikmah dirahsiakan kehadirannya Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu. Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan. Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27."

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan. Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari."Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan." Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri. Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair. Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguhsungguh.

Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.

Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita. Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat. Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud. Ada yang berkata doa permohonannya makbul. Fokus umat pada malam tersebut Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut: Menghayati malam tersebut dengan ibadah. Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya. Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr. Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr. Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr! Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beritikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan. Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.

Fadilat Lailatul Qadr Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)? Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) : "Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu' [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318]. Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail. Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda : "Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341). Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi : "Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam,dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342)." Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang soleh, InsyaAllah.

Universiti Ramadhan
Oleh: medx Editor: nazir_dinie "Apabila bulan Ramadhan telah datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan." (Muttafaq 'alaih)

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, sedar tak sedar, Ramadhan sudah amat hampir dengan kita. Alhamdulillah. Ya Allah sampaikan kami ke bulan mulia itu. Amin. Teruja tidak untuk menghadapi bulan Ramadhan? Sudah tidak sabar-sabar? Jika para sahabat, bulan Ramadhan merupakan suatu bulan yang amat mereka nanti-nantikan. Sebelum hadirnya Ramadhan, mereka sering meminta-minta kepada Allah agar mereka diketemukan dengan Ramadhan yang berikutnya. Seperti do'a yang diajarkan Rasulullah SAW, Allaahumma Baarik Lana Fii Rajaba Wa Syabaana, Wa Ballighna Ramadhaana." Ertinya: Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami di dalam bulan Rejab dan Syaban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan. Bagi menyambutnya juga, persediaan dari sudut rohani, fizikal dan mental dipersiapkan bagi mengharungi bulan Ramadhan yang peluangnya datang hanya setahun sekali. Seperti lagaknya mahu menyambut satu perayaan besar-besaran, persiapan-persiapan pra-perayaan perlu dilakukan. Pelbagai jenis persiapan akan dilakukan demi memastikan perjalanan pada hari perayaan kelak dapat berjalan dengan lancar dan berjayanya. Begitu juga dalam kita menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Persiapan-persiapan pra-Ramadhan harus kita lakukan sebaiknya. Kita mahu diri kita tenang melaksanakan ibadah-ibadah di dalamnya. Kita mahu latihan diri di bulan Ramadhan dapat kita jalani dengan berjayanya. Dan persediaan yang saya katakan di sini sudah tentu bukan persediaan wang ringgit mahupun materialistik. Persediaan yang dimaksudkan adalah persiapan diri. Itu yang utama. Cuba anda tanya diri. Tika ini, sudah cukupkah persediaan yang aku lakukan untuk menghadapinya?

Universiti Ramadhan Dalam kita mempersiapkan diri, pertama, makna Ramadhan itu sendiri harus kita fahami. Ia amat penting agar hadirnya Ramadhan kita hargai, kemudian ketika di dalamnya kita menggunakan peluang yang ada sehabis baik, lantas di hujungnya, moga-moga Ramadhan kali ini menjadi suatu bulan yang penuh makna bagi kita. Menjadikan kita seorang manusia yang lebih baik daripada sebelumnya.

Pelbagai nama digunakan dalam mendefinisikan Ramadhan. 'Bulan keberkatan' (Ramadhan Al-Mubarak), 'Bulan Kemuliaan' (Ramadhan Al-Kareem), dan pelbagai lagi. Di sini, suka untuk saya sentuh dari satu sudut lain, yakni bulan Ramadhan sebagai universiti, atau sekolah. Atau sering kali dipanggil, 'Madrasah Ramadhan'. Universiti Ramadhan? Apakah? Istilah yang digunakan itu tidak penting mana sebenarnya. Apa yang utama, konsep atau maknanya kita fahami. Baik. Secara mudah, apa yang manusia perolehi apabila berada di sebuah universiti? Didikan, latihan, pengajaran dan pembelajaran, proses pembentukan insan, seterusnya dan seterusnya. Benar? Justeru, begitu juga bagaimana seharusnya kita melihat bulan Ramadhan kali ini. Bulan Ramadhan ini hakikatnya adalah 'Bulan Tarbiyah' (Bulan Didikan), yang mana melaluinya, seseorang Muslim itu seharusnya terdidik jiwanya. Terdidik peribadinya. Bagaimana Ramadhan ini dapat mendidik kita? Sesungguhnya pelbagai didikan yang Allah beri pada kita melalui Ramadhan. Dengan ibadah puasa sahaja, kita didik untuk mengawal nafsu kita. Kita dididik bukan hanya untuk menahan diri dari makan dan minum. Bahkan, pada masa yang sama, kita turut dididik untuk mengawal nafsu syahwat kita. Ketika berpuasa kita hendaklah menjaga kemaluan, menjaga pandangan mata, hatta menjaga hati kita sekalipun. Perkara ini ramai yang terlepas pandang. Bulan Ramadhan sebagai satu bulan pendidik nafsu. Sama ada mereka tidak tahu, atau tahu tapi buat tak endah. "Orang yang berpuasa itu meninggalkan makan, minum dan syahwatnya karena taat pada perintahKu(Allah). Puasa adalah untukKu dan Aku akan memberikan balasannya, sedang sesuatu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipat gandanya." (HR. Imam Bukhari) -Hadis Qudsi Tambahan lagi, kita bukan sahaja sekadar dididik untuk memelihara nafsu, malah kita juga dididik untuk menjaga lidah kita. Kenapa lidah? Bak kata cendekiawan, Lidah itu lebih tajam dari pisau. Dengan mulut yang celupar, ramai yang akan sakit hati. Melalui tutur kata yang kesat, permusuhan dan pergaduhan dengan mudahnya dapat tercetus. Wah! Bahaya sungguh lidah kita ini ya. "Apabila pada hari seseorang di antara engkau semua itu berpuasa, maka janganlah ia bercakap-cakap yang kotor dan jangan pula bertengkar. Apabila ia dimaki-maki oleh seseorang atau dilawan bermusuhan, maka hendaklah ia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (Muttafaq 'alaih) Maka, di bulan Ramadhan ini juga, mari kita latih diri untuk menjaga lidah kita. Memelihara tutur kata kita. Berkatalah menggunakan kata-kata yang baik dan ada manfaat. Jika tidak dapat melakukannya, cukuplah hanya berdiam diri. Ya. Satu perkara yang harus kita pandang serius. Mengapa? Seandainya perintah ini kita abaikan, ditakuti, tidak ada apa-apa yang akan kita peroleh dari puasa kita nanti, melainkan hanya lapar dan dahaga. Dalam sebuah hadis, "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan tidak pula meninggalkan berkelakuan dengan dasar dusta, maka tidak ada keperluannya bagi Allah dalam ia meninggalkan makan dan minumnya. Maksudnya: Di waktu berpuasa itu hendaknya meninggalkan hal-hal di atas, agar puasanya tadi mendapat pahala." (HR. Bukhari) Ayuh! Siapkan diri kita untuk dilatih.

Banyak lagi didikan-didikan yang mampu kita perolehi dari bulan mulia ini. Ramadhan melatih kita untuk sabar dan tabah tika diuji. Mendidik kita untuk mampu mengawal diri kita. Melatih kita berdisiplin. Mendidik diri kita untuk menjadi hambaNya yang sebenar-benarnya selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Mudah kata, didikan rohani dan diri yang diberikan bersifat holistik. Hmm.. Namun begitu, adakah semua muslim akan berjaya terdidik dengan didikan-didikan di dalam Ramadhan? Adakah pasti, diri kita ini akan menjadi seorang insan yang lebih baik selepas melalui bulan Ramadhan? Semudah itukah? Bak kata salah seorang pensyarah saya, I may help you. But if you dont help yourself, I cant do anything to help you. Benar. Justeru, dalam apa-apa perkara sekalipun, semuanya akan kembali pada diri kita sendiri. Biar kita ditempatkan di universiti terbaik sekalipun, malah dididik oleh guru yang terhebat, selagi mana kita sendiri tidak mahu terdidik, tidak mahu menyediakan diri untuk perubahan ke arah yang lebih baik, maka semuanya itu hanya akan menjadi sia-sia sahaja. Bayangkan, ketika berada di dalam universiti, ketika kelas sedang berlangsung, fikiran kita menerawang ke tempat lain. Sewaktu pensyarah sedang mengajar, kita bersembang. Tatkala silibus pelajaran disampaikan, kita tidur. Ataupun, kelas yang diadakan itu sendiri langsung tidak kita hadiri. Maka apakah proses pendidikan itu dapat berjalan? Jika begitu sikap kita, adakah kita dapat mengambil manfaat dari pelajaran yang dikurniakan? Sudah tentu tidak! Maka begitu juga dengan bulan Ramadhan. First rule. Jika kamu tidak mahu membantu diri kamu sendiri, maka kamu tidak akan terbantu. Justeru amat penting kita menyedari bulan Ramadhan kali ini sebagai satu bulan didikan. Satu bulan tarbiyah. Lantas kemudiannya menyediakan diri kita untuk terdidik dengan dididikan-dididikan Ramadhan. Mari kita mempersiapkan diri menghadapinya. Mari sama-sama kita pasang niat serta target, mahu menjadi hambaNya yang lebih baik selepas melalui Ramadhan. Dapat menjalankan peranan sebagai hamba sepenuh masa. Ayuh! Harapannya, proses didikan ini akan menjadi suatu pengalaman yang amat kita hargai dan merasa syukur, ketika kita melihatnya kembali sewaktu berada di Akhirat kelak. InsyaAllah. Moga-moga, Ramadhan kali ini penuh makna.

Interaksi Terbaik Dengan al-Quran


www.iluvislam.com Dihantar oleh : skyjamil Editor: Rasailul Ashwaq

Satu peristiwa yang amat penting kepada umat Islam ialah penurunan al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Pada setiap Ramadan, Rasulullah s.a.w. bertadarus, belajar dan memahami al-Quran daripada Jibrail. Ia bukan sekadar membaca tetapi yang lebih penting ialah memahami dan memerhati serta melaksanakan tuntutan al-Quran. Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Tidak ada satu kaum yang berhimpun pada satu rumah Allah daripada rumah-rumah Allah yang membaca al-Quran dan belajar memahaminya dikalangan mereka melainkan Allah menurunkan rahmat dan ketenangan, dilindungi oleh para malaikat dan diingati oleh Allah disisi-Nya". Firman Allah, maksudnya: "Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran untuk memberi panduan kepada manusia dan keterangan yang nyata.

(Al-Baqarah: Ayat 185)


Al-Quran merupakan cahaya yang menerangi akal, jiwa dan hati manusia serta panduan kepada sistem kehidupan manusia. Ia menjawab persoalan yang sentiasa terpahat dalam pemikiran manusia mengenai dirinya sendiri sejak sekian lama iaitu dari mana ia datang, apakah tujuan hidup dan ke mana ia akan pergi. Kenapa kehidupan ini adanya hidup dan mati. Al-Quran menjawab kesemua persoalan tersebut.

Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya daripada Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah memimpin orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan." ( Al-Ma'idah: Ayat 15-16) Kedatangan manusia di atas muka bumi ini membawa amanah dan kehidupannya bukan untuk sehari atau setahun sepertimana pendapat segolongan yang mengatakan bahawa yang memisahkan hidup dan mati adalah masa sahaja. Al-Quran menegaskan bahawa manusia ini dijadikan untuk mendiami akhirat untuk selama-lamanya dan kematian itu bukan sebagai penghabisan hidup malahan manusia akan berpindah dari satu negeri yang bersifat sementara ke dunia yang kekal abadi. Firman Allah, maksudnya: "Kami jadikan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya." Melalui al-Quran manusia mengetahui tujuan dan matlamat hidupnya serta tugasnya sebagai hamba Allah yang memakmurkan bumi ini." (Al-Mulk: Ayat 2) Keistimewaan al-Quran sebagai 1dastur Ilahi ialah ia merupakan kitab yang lengkap, sempurna dan tidak mengandungi sebarang kecacatan. Al-Quran menerangkan serta meletakkan asas-asas umum yang diperlukan oleh manusia. Firman Allah, maksudnya: "Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri kepada Allah." (An-Nahl: Ayat 89)

Keduanya ialah al-Quran merupakan kitab yang mudah dan senang diingat. Allah memudahkan kepada umat Islam menghafal al-Quran serta memeliharanya daripada penyelewengan. Tidak ada satu kitab yang dihafal oleh jutaan orang melainkan alQuran. Kitab injil juga tidak dihafal oleh tokoh-tokoh agama mereka. Sedangkan alQuran dihafal oleh kanak-kanak Muslim walaupun bahasa Arab bukan bahasa ibunda mereka. Firman Allah, maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami memudahkan al-Quran untuk diingati, maka adakah orang mahu mengambil pelajaran." (Al-Qamar: Ayat 17) Keistimewaan ketiga ialah al-Quran merupakan kitab yang adil sepertimana keadilan Allah kepada hamba-hambanya tanpa mengira pangkat, keturunan, warna kulit, lelaki ataupun wanita. Keistimewaan keempat ialah al-Quran ini kekal dan sesuai untuk semua zaman dan tempat. Al-Quran bukan merupakan panduan untuk satu bangsa atau untuk satu zaman tetapi ia merupakan pembawa rahmat seluruh alam. Al-Qaradawi menyebutkan bahawa al-Quran merupakan sebab kejayaan dan keberkatan orang-orang Islam awal pada zaman Rasulullah. Kehadiran al-Quran telah merubah jiwa, perwatakan dan diri bangsa Arab sehingga mereka dapat membina tamadun ilmu dan iman. Dalam konteks kini, bagaimana sikap dan interaksi umat Islam dengan al-Quran sedangkan kita mengetahui bahawa apabila kita berpegang dan memahami al-Quran, kita merupakan umat yang terbaik dan termaju. Sebenarnya, umat lain menyedari keadaan kaum Muslimin terhadap al-Quran. Oleh itu, kita dapati beberapa siaran radio antarabangsa memperuntukkan waktu untuk menyiarkan program harian untuk bacaan al-Quran. Mereka berbuat demikian kerana mereka yakin umat Islam hari ini hanya

mampu mendengar tetapi tidak memahaminya. Mereka yakin umat Islam tidak akan berubah sikap walaupun mendengar ayat-ayat al-Quran pada setiap hari dan seribu kali sekalipun. Ini disebabkan umat Islam tidak menghiraukan lagi al-Quran yang telah memberi penghormatan yang tertinggi kepada manusia. Rasulullah pernah mengadu kepada Allah mengenai sikap umatnya yang menjadikan al-Quran suatu yang tidak diacuhkan. Firman Allah, maksudnya: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan." (Al-Furqan: Ayat 30) Buta terhadap al-Quran akan menyebabkan umat Islam menghadapi penyakit umat terdahulu iaitu mereka tidak membaca kitab-kitab Taurat dan Injil kecuali untuk anganangan belaka. Firman Allah, maksudnya: "Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui al-Kitab (taurat), kecuali angan-angan belaka." (Al-Baqarah: Ayat 78) Buta al-Quran bukan sekadar tidak tahu membaca sepertimana dalam pengertian umum tetapi maksud buta al-Quran yang kita alami kini ialah kehilangan ilmu pengetahuan yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Kita tidak memanfaatkan segala dimensi-dimensi ilmu yang ada pada al-Quran seperti ilmu kemasyarakatan, ilmu jiwa dan ilmu akhlak. Oleh itu, kaum Muslimin perlu menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan ilmu pengetahuan yang tepat tentang pandangannya terhadap insan, kehidupan dan kewujudan manusia serta pandangannya tentang fitrah kemanusiaan dan sosial. Pengabaian perkara ini yang mengakibatkan gersangnya pemikiran dan perspektif al-Quran dalam realiti kehidupan kita. Lantas al-Quran yang menjadi sumber kekuatan umat bertukar menjadi beku dan diawet dalam lipatan sejarah. Hal ini disebabkan world view yang terbina dalam pemikiran kita semenjak kecil bahawa alQuran tidak perlu ditampilkan kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu seperti menghadapi saat-saat kematian, menziarahi kubur atau dibaca untuk menghiburkan orang-orang yang sakit tenat, selaku bacaan yang menjadi permainan mulut. Akibatnya umat Islam tidak mampu lagi berurusan dengan al-Quran secara terbaik. Sebenarnya objektif al-Quran adalah untuk membentuk manusia. Oleh yang demikian, tuntutan al-Quran ialah menyuruh manusia berfikir, memahami, membuat penelitian dan percubaan serta mengetahui motif-motif dan sebab musabab sesuatu. Skopnya perlu diperluaskan hingga untuk mengetahui masa hadapan. Firman Allah, maksudnya: "Dan sesungguhnya kamu mengetahui kebenaran berita alQuran setelah beberapa waktu." (Sad: Ayat 38) Tuntutan al-Quran yang paling penting kini ialah melihat 2kesyumulan dan kesepaduan perspektif al-Quran terhadap hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam. Sementara itu, tafsir bertema merupakan aliran tafsiran baru yang dapat menonjolkan matlamat Islam. Muhammad al-Ghazali berpendapat tafsir bertema ialah menggarap sesuatu surah dengan seutuhnya, melakar gambaran menyeluruh dan menghubungkaitkan kesepaduan serta kaitan bahawa awalnya ialah pengantar dan penghujungnya ialah kebenaran kepada pengantar. Ia mengumpul dan menyusun kesemua ayat-ayat yang berkaitan dengan sesuatu tema untuk melihat bagaimana alQuran menangani konsep secara padu dan utuh. Tafsir bertema dapat mengemukakan alternatif dan menonjolkan matlamat dan 3maqasid al-Quran. Ia juga mampu mengemukakan 4manhaj dakwah dan 5islah menurut perspektif al-Quran yang sebenar.

Di samping itu, metode tafsir yang paling ideal untuk membimbing manusia mengenal pelbagai petunjuk yang terkandung dalam al-Quran.

Sepatutnya umat Islam bukan sahaja mengelokkan bacaan semata-mata tetapi juga hendaklah 6tadabbur seperti yang dilakukan oleh para sahabat. Mereka membaca, meneliti, memahami dan melaksanakan suruhan al-Quran dan kemudian baru berpindah ke ayat lain. Apabila para sahabat mendengar al-Quran terkesan penghayatannya dalam jiwa mereka. Pernah Saidina Umar bin Abdul Aziz mengulangi ayat 22-24 surah al-Saffat sepanjang malam sehingga waktu subuh sambil menangis kerana terkenang jikalau dia termasuk antara orang yang dihumban ke dalam api neraka akibat melakukan kezaliman di atas dunia ini. Syeikh Muhammad al-Ghazali mengulas mengenai sikap umat Islam terhadap al-Quran dengan katanya "Sikap dan pendirian kaum Muslimin terhadap al-Quran yang telah memberi penghormatan kepada mereka sungguh menyedihkan. Semenjak beberapa kurun, dakwah al-Quran telah dibekukan, risalah Islam laksana sungai yang telah kering airnya atau piala yang disumbat mulutnya." Oleh yang demikian, proses interaksi dengan al-Quran yang terbaik ialah memahami dan menyelami makna serta maksud. Perkara ini amat penting supaya menghasilkan 7izzah yang selama ini telah hilang di tangan umat Islam. Rashid Rida pernah menyebutkan bahawa kebangkitan umat bertitik tolak daripada prinsip al-Quran yang akan mengerah dan mengarah seluruh kekuatan akal dan jasad untuk kesempurnaan jiwanya dan kesejahteraan bangsanya. Revolusi itu akan membebaskan akal insani dan kemanusiaan daripada perhambaan yang dicipta oleh orang-orang yang menganggap dirinya memiliki sifat 8rububiyyah. Revolusi kemanusiaan semacam itu hanya mungkin terjadi melalui prinsip al-Quran. Al-Quran merupakan lambang dan suntikan kepada revolusi dalaman untuk membina umat yang mulia. Al-Quran diturunkan untuk diamalkan, bukan diturunkan untuk menghias dindingdinding rumah, bukan diturunkan untuk dibaca kepada orang-orang mati tetapi diturunkan untuk menjadi panduan bagi orang yang hidup. Al-Quran diturunkan untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Ilahi. Manusia berkata, "Kami hendak mengambil berkat dari al-Quran." Apakah itu berkat? Sedangkan kita tidak pernah mengikuti perintah al-Quran. Berkat itu terletak pada orang-orang yang mengikuti kitab hidayah ini. Firman Allah, maksudnya: "Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran." (Sad: Ayat 29) Malangnya, kita tidak beramal dengan al-Quran sepenuhnya. Umat surah al-Syura tetapi tidak beramal dengannya, umat surah al-Hadid (besi) tetapi tidak menguasai teknologi bidang tersebut, umat surah al-Alaq yang dimulakan dengan Iqra' tetapi tidak membaca malahan masih ramai lagi yang jahil tentang agama Islam. Di manakah kedudukan umat Islam sekarang dengan al-Quran? Oleh itu, perlulah kita bermuhasabah interaksi kita dengan al-Quran dengan menghayati falsafah penurunannya, konsep dan metode penafsiran terkini sebagai panduan dalam kehidupan manusia.

Hasil tulisan: Mohd Rumaizuddin Ghazali (Timbalan Presiden ABIM)

Kepentingan Bersyukur, Bersedekah dan Menghargai


www.iluvislam.com Oleh: leedee Editor: Rasailul Ashwaq

Kita seharusnya menyedari dengan keyakinan yang hakiki bahawa kita telah mempunyai segalanya pada masa ini, kerana dengan menghayati apa yang kita miliki pada waktu inilah baru kita dapat merasai kehidupan yang diimpikan. Kita mesti belajar untuk menerima dan reda terhadap kehidupan kita pada masa ini. Kita hidup di dunia yang serba cukup, walaupun majoriti manusia berpendapat bahawa dunia ini kejam dan sentiasa tidak cukup.

Sebenarnya, anugerah Allah adalah tidak terbatas; ia merangkumi perkara-perkara baik, perkara-perkara yang indah dan pengalaman yang menarik dan berguna. Segalanya adalah mencukupi bagi semua makhluk-Nya, sentiasa cukup! Selama ini kita telah tertipu, kita telah dipengaruhi oleh pendapat yang tidak benar yang mengajar kita bahawa hidup ini penuh derita, sengsara dan sumber-sumber yang terhad. Hakikatnya, kehidupan kita serba cukup dan kita mampu memiliki apa yang kita mahu.

Hasan al-Basri ketika ditanya tentang rahsia zuhudnya, dia menjawab: "Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah kalbuku selalu tenang . Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah."

Ramai daripada kita berfikiran bahawa siapa kita, apa yang kita ada, apa yang kita lakukan, adalah tidak mencukupi. Ini adalah satu pendapat yang salah. Kita telah belajar tentang Hukum Tarikan, dan bila mana tanpa kita sedari kita masih beranggapan bahawa kita belum serba cukup dalam hidup, kita sebenarnya menarik gelombang ketidakcukupan ke dalam hidup kita.

Kita mesti mengakui bahawa diri kita pada saat ini adalah cukup sempurna sebagai manusia, dalam konteks

kesempurnaan seorang hamba. Kita cukup sempurna, sebagaimana diri kita sekarang ini. Sekiranya kita tidak mahu mengakui hakikat ini, kita akan sentiasa merasa tidak puas hati dengan apa yang kita ada, dan kita akan merasa sukar untuk mensyukuri nikmat-Nya. Barang siapa yang mengira lenyapnya kasih sayang Allah daripada ketetapan (qadar) Allah, pemikiran ini adalah kerana dangkalnya pandangan iman.

Menduga-duga tentang pemberian Allah, terutama dengan berburuk sangka ke atas nikmat-nikmat-Nya adalah perbuatan dosa. Seorang hamba dilarang menduga bahawa Allah telah mengurangkan kasih sayang dan pemberian-Nya kerana sesuatu bencana yang sedang dialami oleh si hamba tadi. Bagaimana kita membuat ukuran untuk berasa puas hati dengan hidup dan seterusnya bersyukur?

Kita tidak perlu menunggu sehingga segala impian kita tercapai untuk dapat menikmati dan menghayati rasa kecukupan dalam hidup ini. Jika kita berfikiran begini, kita tidak akan dapat merasai nikmat kehidupan dan kita tidak akan berupaya untuk berasa ikhlas dalam mengucapkan syukur kita kepada Allah.

Apa kata jika kita selarikan fikiran dan perasaan kita dengan rasa serba cukup? Anda adalah sempurna sebagai seorang manusia. Anda adalah seorang yang mempunyai segalanya daripada segi rohaniah, jiwa dan semangat; yang membolehkan anda memiliki apa yang anda inginkan dalam kehidupan dan mencapai cita-cita dan matlamat hidup anda.Berpuas hati dan bersyukurlah dengan apa yang anda telah miliki sekarang ini.

Katakanlah pada diri anda, "Aku berpuas hati dengan apa yang aku telah miliki, dengan segala yang telah dikurniakan Allah kepadaku selama ini - kasih sayang, kebahagiaan, perlindungan, keselamatan, segalanya ada padaku, anugerah dari Allah yang Maha Kaya Raya, Maha Suka Memberi, Maha Pemurah, Maha sebaik-baik pelindung."

Mulakan dari saat ini, dengan apa yang telah ada pada kita pada saat ini. Tetapkan matlamat kita, kenal pasti apa yang kita inginkan, yakini bahawa kita pasti akan dapat mencapai matlamat dan apa jua impian kita. Cuba rasakan bahawa kita telah pun mencapainya. Apabila kita memohon dengan 1husnul zhon dan penuh rasa syukur kerana telah dapat menghayati rasa cukup dalam hidup, 2InsyaAllah, doa kita akan cepat dimakbulkan. Oleh sebab itulah, kita bukan sahaja perlu memahami Hukum Tarikan bahkan juga memahami Hukum Kecukupan.

Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian, sesempurna kejadian seorang manusia yang diberi tugas besar sebagai Khalifah di muka bumi ini. Maka, Allah telah membekali manusia dengan pelbagai keistimewaan berbanding makhluk Allah yang lain. Masihkah anda ingat akan firman Allah mengenai kecukupan alam?

Maksudnya: "Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan tadi, buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu, dan dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk berlayar di laut dengan perintah-Nya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu mengambil manfaat darinya. Dan dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan dia yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu. Dan dia telah memberi kepada kamu sebahagian daripada tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu mahu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia yang ingkar sangat suka menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya." (Surah Ibrahim: Ayat 32-34)

Kita dihidupkan dalam satu keadaan di mana diri kita bersambung dengan aliran tenaga. Apabila kita telah membuat keputusan untuk mengubah cara berfikir kepada sentiasa cukup, maka kita telah menarik tenaga-

tenaga sentiasa cukup itu dalam hidup kita. Kecukupan/kesempurnaan bukan bermakna hanya cukup-cukup, tetapi mewah dan tidak putus-putus. Segala yang anda inginkan, anda boleh perolehi dengan jumlah yang maksima.

Kebahagiaan tidak diukur dengan jumlah wang, berapa besar rumah anda, atau berapa mahalnya kereta anda, tetapi kebahagiaan sebenarnya adalah apabila anda benar-benar merasakan kebahagiaan dalam hati anda, dengan apa yang telah anda miliki, dan juga apabila anda mendapati hati anda berasa tenang dan aman dengan apa yang anda ada pada hari ini (tidak lagi merasakan anda perlu itu, perlu ini, baru anda boleh senyum).

Apabila kita telah berjaya mengajar diri kita untuk mendapat kebahagiaan dalaman (jiwa/rohani), barulah kita dapat menarik kebahagiaan material (luaran) ke dalam kehidupan kita (semak Hukum Tarikan dan frekuensi positif). Maka, terapkan dalam hati kita sekarang ini, "Aku bersyukur dan bahagia dengan apa yang Allah kurniakan kepadaku selama ini - I have plenty." Bersyukurlah dan berbanggalah dengan apa yang anda ada sekarang. Dari situ, anda akan dapat menambahkan lagi apa yang anda belum capai. Firman Allah s.w.t., maksudnya: "Sesungguhnya, kami telah kurniakan hikmat (ilmu pengetahuan) kepada Luqman, supaya dia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang bersyukur, sebenarnya dia telah bersyukur bagi faedah dirinya sendiri, dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Terpuji." (Surah Luqman: Ayat 12)

Bagaimanakah caranya untuk membebaskan diri kita daripada berprasangka tidak cukup dan membawa diri kita ke arah menghayati Hukum Kecukupan?

1. Belajar menghargai dan bersyukur

Hargai dan syukurilah setiap sesuatu yang anda miliki. Ia tidak semestinya harta material, ia boleh jadi kesihatan dan usia anda. Setiap hari masih ada makanan untuk anda makan, masih ada orang yang mahu menegur anda, masih ada orang yang mengucapkan "Selamat pagi", atau "Salam sejahtera", atau "Assalamualaikum."

Syukurilah segala nikmat Allah daripada sekecil-kecil perkara yang selama ini tidak kita hiraukan seperti udara yang percuma, keupayaan membuang air kecil, kesempurnaan deria anggota tubuh badan, dan sebagainya lagi yang tidak mungkin dapat kita sebutkan satu persatu akan nikmat Allah pada makhluk-Nya yang bernama manusia ini. Adalah sangat mudah untuk menyebutkan perkara-perkara yang anda tidak miliki, tetapi luangkanlah sedikit masa setiap hari untuk mensyukuri sekurang-kurangnya pada lima perkara yang anda perolehi pada hari tersebut.

a) Bayangkan seorang kanak-kanak kecil yang anda kenali, yang anda berikan hadiah atau makanan, tetapi kanak-kanak itu tidak menghargainya, malah membuangnya atau mengutuk pemberian anda itu. Apakah kebarangkalian untuk anda membelikan lagi hadiah kepada kanak-kanak tersebut?

b) Bagaimana pula jika kanak-kanak itu menunjukkan perasan gembira dan suka pada pemberian anda itu? Mengucapkan terima kasih, menjaga dengan baik hadiah pemberian anda, sering menunjukkan pada anda hadiah itu setiap kali anda berjumpa dengannya. Bagaimanakah pula kebarangkalian untuk anda memberikan lagi hadiah kepada kanak-kanak tersebut?

Begitulah perbandingan antara Tuhan dan hamba-hamba-Nya.

Firman Allah, maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya, azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim: Ayat 7)

Oleh itu bersyukurlah, berterima kasihlah, dan Allah akan menambahkan lagi apa yang anda miliki. Jika dalam Hukum Tarikan, kita belajar bahawa mewujudkan keinginan itu amat penting, maka dalam Hukum Kecukupan, kita mempelajari bahawa mensyukuri dan menghargai nikmat itu amat penting. Kedua-dua perkara ini saling berkait rapat antara satu sama lain.

2. Bina Persekitaran Baik

Jangan isikan hidup kita dengan perkara-perkara yang sebenarnya kita tidak benar-benar perlukan. Ini adalah pembaziran. Walaupun anda seorang jutawan, tidak bermakna anda boleh membazir. Ingat! Membazir adalah sifat syaitan dan perlu dijauhi.

Tanya diri anda setiap kali anda keluar untuk berbelanja, apakah barangan yang ingin anda beli itu, benar-benar anda perlukan atau tidak. Kecukupan bukan bermakna diri kita penuh dengan barangan-barangan yang kita tidak

perlukan. Kecukupan dalam hidup adalah dengan mencari dan memperolehi perkara-perkara dan pengalaman yang benar-benar berguna untuk diri anda.

Contohnya, kadangkala kita membeli sesuatu barangan kerana kita diberitahu oleh kawan bahawa kita perlu ada barangan tersebut. Mungkin bagi kawan kita, barangan itu memang berguna untuk dirinya, tetapi tidak pada kita. Maka elakkanlah perkara ini dari berlaku. Kenalpasti keinginan anda! Mulakan membersihkan persekitaran peribadi anda seperti bilik anda, daripada barang-barang yang tidak digunakan lagi atau yang tidak anda perlukan. Isikan almari anda dengan pakaian-pakaian yang anda perlukan. Pakaian yang memang tidak dipakai lagi bolehlah disedekahkan pada orang yang memerlukannya.

Kemas meja anda daripada nota-nota atau kertas yang lebih merupakan sampah sahaja. Kemaskini dokumendokumen anda dengan sistem fail yang tepat dan kemas. Bersihkan longkang di rumah anda, atau kosongkan tong sampah anda. Berdisiplinlah dengan hidup ini. Buang semua cara berbelanja yang membazir. Bebaskan pemikiran, cara bercakap, apa yang anda percaya, tindakan-tindakan anda, yang selama ini berasaskan tidak cukup dan tidak puas.

3. Bersedekah .

Jadilah seorang yang pemurah. Kita sentiasa inginkan agar Allah menunjukkan sifat pemurah-Nya pada kita, tetapi adakah kita seorang yang pemurah dengan kemampuan diri yang ada pada kita? Dalam Islam, bagi satu sedekah, ganjarannya adalah sepuluh kali ganda. Maksudnya, setiap satu sedekah yang ikhlas dari kita, maka Allah akan membalas balik dengan sepuluh kali ganda daripada apa yang telah kita sedekahkan. Dalam Hukum Tarikan, amalan bersedekah amat disarankan kerana dengan bersedekah, kita menghantar gelombang bahawa kita mempunyai lebihan wang, maka kita menarik tenaga kecukupan pada diri kita.

Sedekah juga mengajar hati kita menjadi bersih, ikhlas dan dapat menghayati serta memahami kesusahan orang lain. Maka jadilah seorang yang dermawan. Senyum juga satu sedekah. Bersedekahlah dengan apa yang anda miliki, tidak semestinya dengan wang. Anda juga boleh berdoa untuk kesejahteraan orang lain, menyedekahkan tenaga dan sebagainya dengan ikhlas.

Rezeki dalam bentuk apa pun jua, adalah tenaga, sebagaimana yang kita semua faham bahawa seluruh alam ini, termasuk diri kita, adalah terdiri dari zarah-zarah atom yang merupakan tenaga. Tenaga bergetar dan bergerak dalam satu aliran yang tersendiri. Cuba kita lihat pergerakan udara (angin) dalam sebuah bilik yang tertutup, hanya tingkapnya sahaja yang terbuka. Kebarangkalian untuk angin mengalir masuk melalui tingkap adalah amat sedikit, walaupun masih ada cukup udara dan oksigen. Sekarang, kita buka pintu bilik itu. Anda akan dapat rasakan angin mula masuk melalui tingkap dan keluar melalui pintu, kerana sudah ada aliran untuk udara keluar masuk. Begitu jugalah dengan rezeki dan kecukupan diri kita. Rezeki akan datang melimpah ruah andainya kita sedia berkongsi apa yang kita perolehi (bersedekah/murah hati) dengan orang lain. Tidak semestinya wang, ilmu juga jika disimpan, tidak diamalkan dan tidak disampaikan, ianya tidak akan bertambah, malah menjadi semakin malap.

4. Maafkan semua perkara yang menyakiti anda .

Bebaskan hati anda daripada dendam. Apabila anda masih menyimpan kemarahan, tidak kira atas alasan apa pun, sebenarnya anda hanya menyakiti diri anda. Dendam dan marah hanyalah membuatkan kita sentiasa hidup pada hari semalam, iaitu hari di mana kita rasa disakiti. Ini hanya akan menyulitkan kita untuk maju ke hadapan dan memiliki masa depan yang lebih baik. Oleh itu, lepaskanlah... Let it go, let it go... Release it, let it go...'

Antara cara terbaik untuk menghilangkan kemarahan ialah dengan menulis sepucuk surat atau senarai mengenai segala apa yang anda marahkan selama ini. Tulislah kesemuanya hingga anda dapat merasakan kemarahan anda telah pun berpindah ke atas kertas itu dan kemudian, bakarlah kertas tersebut. Maafkan sesiapa yang telah melukakan hati anda, atau bersalah dengan anda. Luangkanlah masa 10 minit sehari dengan mengucapkan: Aku maafkan dan bebaskan... dan aku harap mereka bahagia dan mereka akan pergi dariku...'

Antara kebaikan yang akan anda rasai apabila anda memaafkan seseorang ialah: 1. Hati akan menjadi bersih. 2. Fikiran menjadi tenang. 3. Penyakit rohani dan jasmani mudah sembuh. 4. Wajah lebih cantik/tampan kerana wajah adalah cermin hati. 5. Suntikan hidayah akan memasuki jiwa anda. 6. Rezeki akan dipermudah dan mula melimpah ruah. 7. Mula dapat merasakan kehadiran kasih sayang yang banyak daripada pelbagai sudut. 8. Diri akan menjadi lebih produktif kerana anda lebih bertenaga dan bersemangat. 9. Doa cepat dimakbulkan. 10. Kemampuan tenaga zahir dan batin akan meningkat.

Praktikkan cara-cara ini, semoga anda akan dapat menukar minda anda kepada manusia yang berfikiran serba cukup. Dengan mengamalkan Hukum Kecukupan ini, semoga Hukum Tarikan yang anda amalkan akan mudah dimanifestasikan. Semoga kita semua beroleh rahmat dan petunjuk dari Allah s.w.t sentiasa.

Ingatlah, hidup ini adalah indah apabila kita benar-benar bersyukur . Segalanya terletak pada hati dan fikiran kita. Kita harus melihat pemberian Allah dengan mata rohani, sehingga mampu merasakan kekayaan rohani yang kita miliki itu adalah pemberian Allah. Keselamatan, kesihatan, ketenangan, keyakinan iman dan banyak lagi lainnya, adalah kekayaan rohani yang sangat mahal harganya. Allah s.w.t. tidak pernah melupakan hamba-hamba-Nya, tetapi manusialah yang lupa kepada-Nya. Sedikit sekali manusia yang bersyukur kepadaNya.

Sabda Rasullullah s.a.w., maksudnya: "Pada anggota manusia itu, ada seketul daging, jika baik daging itu, maka akan baiklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, bahawa yang dimaksudkan dengan daging itu, adalah hati." (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Ramadan Datang Lagi


www.iluvislam.com

Dihantar oleh: epid Editor: cincaugoreng

Ramadan kali ini aku nak cuba baiki diri. Lama dah rasanya tak buat amalan sunat. Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak cuba agar sejarah silam tak kembali lagi

Mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. Adakalanya terasa juga ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. Sibuk dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga syariat Tuhan diabaikan. Tuhan semakin ditinggalkan apatah lagi nak dicintai. Huh sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja. Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masukmembazir bukan. Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN

RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah. Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga. Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya. Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya. Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi. Nabi SAW bersabda: Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian

Inilah puasa yang hakiki.. Oh Ramadhankedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit ketenanganku.

Glosari: 1) syuruk: waktu terbit matahari 2) ghurub: waktu terbenam matahari

Anda mungkin juga menyukai