Anda di halaman 1dari 14

GLOSARI ISTILAH TASAWWUR ISLAM

BIL
1.

ISTILAH

MAKSUD
Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.

2.

Agama, kepercayaan atau ajaran yang diciptakan


oleh manusia sendiri, hasil daripada pemikiran
mereka tanpa bimbingan wahyu. Contohnya
Buddha, Hindu dll.

3.

Agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada


manusia melalui perantaraan Rasul dan Nabi.
Contohnya Agama Islam.

4.

Orang lelaki atau perempuan yang sah dikahwinkan


antara keduanya ( tiada perhubungan kekeluargaan
).

5.

Keupayaan manusia berfikir.

6.

Keyakinan atau kepercayaan tentang kewujudan


Allah SWT yang Maha Esa, yang tiada bersekutu,
mempunyai sifat-sifat kesempurnaan, kesucian dan
kebesaran.

7.

Segala makhluk yang ada dilangit dan di bumi yang


diciptakan oleh Allah SWT.

8.

Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera


dan akal manusia. Kewujudan alam ini dapat
difahami melalui keimanan dan keyakinan yang
teguh kepada Allah SWT. Contohnya seperti alam
kubur, padang mashyar dan sebagainya.

9.

Tempat sementara manusia menunggu hari kiamat


selepas mereka mati.

10
.

Alam nyata yang boleh ditanggapi oleh


pancaindera manusia dan boleh digunakan pada
bila-bila masa mengikut keupayaan akal manusia.
Contohnya haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan
galian dan sebagainya.

11
.

Sarwajagat / global iaitu Islam ialah agama yang


sesuai kepada semua manusia tanpa mengira
tempat dan zaman.

12
.

Fahaman yang menolak hadis sebagai sumber


hokum dalam Islam.

13
.

Sifat Allah SWT yang Maha Penyayang.

14
.

BIL
15.

Sifat Allah SWT yang Maha Pemurah.

ISTILAH

MAKSUD
Allah SWT memiliki nama-nama yang indah dan
sifat-sifat yang mulia, iaitu Allah SWT memiliki 99
nama yang indah bagi diri-Nya dan memiliki 41
sifat yang terdiri daripada 20 sifat yang wajib, 20
sifat mustahil dan satu ( 1 ) sifat yang harus bagiNya.

16.

Perkataan atau perbuatan yang dilakukan ke atas


orang yang menerima bantuan dan pertolongan
daripada seseorang. Perbuatan itu dilakukan oleh
pemberi bantuan tersebut dengan mengungkitungkit pertolongan yang telah diberikannya
sehingga menimbulkan perasaan sakit hati orang
yang mendapat pertolongan tersebut.

17.

Ilmu Allah SWT yang hakiki, qadim, kekal dan


mutlak.

18.

Kontrak jual beli untuk membeli sesuatu barangan


dengan bayaran harga secara tertangguh termasuk
keuntungannya sekali. Pelanggan dibolehkan
membayar secara ansuran mengikut tempoh yang
telah dipersetujui secara bersama.

19.

Perbendaharaan Negara Islam.

20.

Alam tempat roh orang mati berada sementara


menunggu dibangkitkan semula pada hari akhirat
nanti ( alam kubur ).

21.

Orang yang tidak dapat memenuhi walaupun


separuh daripada keperluan dan perbelanjaan
hidup sehariannya.

22.

Kewajipan / perintah Allah SWT yang dikenakan ke


atas setiap orang Islam yang cukup syaratsyaratnya. Jika dilaksanakan akan mendapat pahala
manakala jika ditinggalkan akan berdosa.
Contohnya menuntut ilmu.

23.

Kewajipan / perintah Allah SWT yang dikenakan ke


atas setiap orang Islam yang cukup syaratsyaratnya. Jika sudah terdapat sebahagian daripada
umat Islam dalam sesuatu kawasan telah
melaksanakan perintah tersebut, maka semua
orang terlepas daripada dosa, tetapi jika tiada

sesiapa pun yang melaksanakannya maka semua


orang akan berdosa. Contohnya menguruskan
jenazah.
24.

Pembatalan ikatan perkahwinan atau penceraian


yang berlaku melalui keputusan yang ditetapkan
oleh pihak kadi / mahkamah, disebabkan syaratsyarat yang tidak dipenuhi oleh pasangan terbabit.

25.

NYATAKAN MAKSUD BAGI ISTILAH BERIKUT.


BIL
26.

ISTILAH
Fatwa

27.

Fitrah

28.

Fitrah Beragama

29.

Hadis / Sunnah

30.

Hadis Dhaif

31.

Hadis Sahih

32.

Hak Milik

33.

Haram

MAKSUD

34.

Hari Kiamat

35.

Harta

BIL
39.

Harus

ISTILAH

40.

Hisab / timbangan
amal

41.

Hudud

42.

Itiqad

43.

Ibadat

44.

Ibadat Khusus

45.

Ibadat Umum

46.

Ijab

47.

Ijarah

MAKSUD

48.

Ijmak

BIL
51.

ISTILAH

MAKSUD
Suatu usaha yang dilakukan secara bersungguhsungguh untuk menghasilkan penetapan sesuatu
hukum syarak yang berdasarkan Al-Quran dan AlHadis.

Ijtihad

52.

Ilmu Fardhu Ain

Ilmu yang berkaitan dengan amalan yang wajib


diketahui dan diamalkan oleh semua umat Islam
yang mukallah. Contohnya ilmu syariah, akidah dan
ilmu akhlak.

53.

Ilmu Fardhu Kifayah

Ilmu yang berkaitan dengan kehidupan di dunia


yang membawa faedah kepada manusia dan alam
ini seperti ilmu kedoktoran, kejuruteraan, pertanian
dan sebagainya.

54.

Insan

Manusia atau makhluk Allah SWT yang paling


istimewa kerana mereka boleh berfikir,
berkehendak dan boleh menerima ilmu
pengetahuan.

55.

Irhas

Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang


bakal dilantik oleh Allah SWT sebagai Rasul
contohnya Nabi Isa boleh bercakap semasa masih
bayi.

56.

Islam ( Bahasa )

Selamat, sejahtera, patuh dan menyerah diri.

57.

Islam ( Istilah
Syarak )

Tunduk dan patuh serta menyerah diri dengan


sepenuhnya kepada Allah SWT dengan mengakui
kebesaran dan keagungan-Nya.

58.

Istidraj

Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang


tidak taat atau derhaka kepada Allah SWT untuk
menyesatkannya lagi.

59.

Jaminan
Keselamatan

Kesediaan melindungi keselamatan terhadap


agama, nyawa, akal, harta, maruah dan negara.

60.

Jati Diri

Memiliki daya kretiviti, inovatif dan produktif dalam


melaksanakan pekerjaan.

61.

Kahwin

Ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan

( Perkahwinan )

melalui akad nikah yang sah untuk hidup sebagai


suami isteri secara halal.

62.

Karamah

Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia


biasa yang tinggi darjatnya disisi Allah SWT.

63.

Kesaksamaan
Sosial

Keharmonian hubungan sesama manusia untuk


menjauhi perkara-perkara yang menyebabkan
perpecahan, perbalahan, kekacauan dan
sebagainya.

64.

Khalifah

Pengganti iaitu pengganti Nabi dalam urusan


menegakkan agama dan mentadbir urusan dunia
( pemerintah ).

BIL
65.

ISTILAH
Khulu

MAKSUD
Perceraian yang berlaku ke atas kemahuan isteri
dengan membayar ganti rugi kepada suami.

66.

Khurafat

Kepercayaan atau perbuatan karut yang


bercanggah dengan ajaran Islam.

67.

Komunisme

Komunisme merujuk kepada fahaman politik di


mana rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk
mentadbir Negara dan segala produk keluaran
Negara menjadi milik bersama rakyat. Sebagai teori
sistem sosial, komunisme menjurus kepada sistem
sosial egalitarian iaitu tanpa kerajaan, harta dan
kelas. Menurut ideologi ini, semua harta dimiliki
oleh rakyat dan setiap rakyat mempunyai status
sosial dan ekonomi yang sama. Menurut
komunisme, agama adalah racun yang boleh
mengongkong pemikiran rakyat.

68.

Kufur

Ingkar dan tidak percaya kepada Tuhan.

69.

Liberalisme

Liberalisme adalah satu ( 1 ) fahaman / falsafah


yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai
politik yang tertinggi. Secara amnya, liberalisme
mengutamakan hak-hak peribadi serta
kesamarataan terhadap peluang untuk semua.
Fahaman ini mahukan kebebasan yang menyeluruh
dalam kegiatan ekonomi, politik dan social.

70.

Mahmudah

Sifat-sifat terpuji dan mulia seperti tolongmenolong dan sebagainya.

71.

Makruh

Perkara yang digalakkan untuk ditinggalkan, jika


ditinggalkan mendapat pahala dan jika dilakukan
tidak mendatangkan dosa.

72.

Maksum

Para Nabi dan Rasul terpelihara daripada


melakukan sebarang dosa kecil atau besar serta
perkara-perkara yang boleh mencacatkan
kemuliaan baginda sebagai utusan pilihan Allah
SWT.

73.

Manipulasi

Menggunakan kemahiran dan kepakaran untuk


memperolehi keuntungan peribadi dengan cara
yang salah.

74.

Masalih al-Mursalah

Memelihara tujuan syarak serta membawa


kebaikan umum dengan menolak segala yang
merosakkan dan memudaratkan makhluk.

75.

Matan

Teks Hadis.

76.

Materialisme

Fahaman yang mempercayai bahawa hanya


bendalah yang menyebabkan terjadinya segala
sesuatu di dunia ini.

BIL
77.

ISTILAH
Maunah

MAKSUD
Perkara luar biasa yang berlaku kepada Umat Islam
tanpa diusahakan untuk dipelajarinya. Contohnya
terlibat dalam suatu kemalangan yang dahsyat
namun dia terselamat.

78.

Mazmumah

Sifat-sifat keji yang dibenci oleh Allah SWT seperti


mencuri, berbohong dan sebagainya.

79.

Memelihara

Menjaga, melindungi dan membela sesuatu dengan


baik.

80.

Memelihara Alam

Menjaga dan melindungi alam ini supaya tidak


dirosakkan.

81.

Memulihara

Memulihkan sesuatu supaya sentiasa berada dalam


keadaan yang baik.

82.

Memulihara Alam

Mengembalikan alam kepada habitat asalnya


seperti menanam semula tumbuh-tumbuhan yang
telah ditebang atau dimusnahkan supaya habitat
alam akan kekal dan baik.

83.

Menceroboh Harta

Mengambil harta orang lain tanpa kebenaran yang


sah disisi syarak seperti mencuri.

84.

Merosakkan Harta

Membelanjakan harta kepada perkara-perkara yang


tidak memberikan manfaat kepada pemiliknya atau
orang lain seperti membazir.

85.

Miskin

Orang yang tidak dapat memenuhi keseluruhan


( seratus peratus ) daripada keperluan dan
perbelanjaan hidup sehariannya.

86.

Mizan

Timbangan amalan manusia semasa mereka


berada d idunia

87.

Monopoli

Penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu


barangan, perdagangan, perkhidmatan dan
sebagainya dalam pasaran tertentu oleh seseorang,
sebuah fitma atau sekumpulan orang atau firma.

88.

Muallaf

Orang yang baru memeluk agama Islam.

89.

Muamalah

Tatacara perhubungan sesame manusia dalam


memenuhi keperluan mereka yang berhubung
dengan harta seperti jual beli, sewaan dan
sebagainya.

90.

Mudharabah

Pelabur memberi modal kepada orang tertentu


untuk diperniagakan dan keuntungannya dibahagi
dua atau sebahagiannya menurut perjanjian yang
telah dipersetujui bersama semasa akad, manakala
kerugiannya jika ada hanya akan ditanggung oleh
pihak pelabur saja.

BIL
91.

ISTILAH
Muhasabah

MAKSUD
Perbuatan menilai diri sendiri.

92.

Mujtahid

Ahli hukum Islam yang memutuskan sesuatu


hukum fikah berasaskan bimbingan Al-Quran, AlHadis dan menurut pendapatnya sendiri.

93.

Mukallaf

Orang Islam yang telah akil baligh atau cukup umur


dan diwajibkan mematuhi segala hukum Islam.

94.

Mukjizat

Perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah


SWT kepada para Nabi dan Rasul untuk
membuktikan kebenaran, kenabian dan kerasulan
serta melemahkan musuh-musuh mereka.

95.

Munafik

Seseorang yang berpura-pura menganut dan patuh


kepada ajaran Islam sedangkan hatinya tidak
mempercayai ajaran Islam.

96.

Murabahah

Akad jual beli bagi barangan tertentu. ( Penjual


menyatakan kos yang dikeluarkan dan jumlah
keuntungan yang dikehendaki. Pembayaran
dilakukan semasa penyerahan barang atau pada
masa lain yang dipersetujui bersama ).

97.

Murtad

Keluar daripada agama Islam.

98.

Murunah

Luwes atau anjal iaitu agama Islam boleh berubah


mengikut kesesuaian masa dan keadaan namun
masih tetap atas prinsip asasnya.

99.

Musafir

Orang yang dalam perjalanan dari satu tempat ke


tempat yang lain.

100.

Mushaf

Naskah Al-Quran yang bertulis tangan atau


bercetak.

101.

Musyarakah

Suatu akad antara dua atau lebih untuk berkongsi


modal dalam sesuatu kegiatan ekonomi dan
berkongsi dalam keuntungan. (Syarikat ).

102.

Mutawatir ( Hadis )

Hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih


yang mustahil bagi mereka itu berpakat untuk
berdusta tentang hadis tersebut.

103.

Nabi

Manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan


wahyu untuk dirinya dan tidak wajib disampaikan
kerana orang lain.

104.

Nas

Dalil daripada Al-Quran atau Al-Hadis Rasulullah


SAW.

105.

Nasab

Pertalian keluarga, terutamanya di sebelah bapa.

BIL

ISTILAH

MAKSUD

106.

Negara Islam

Negara yang mengarahkan segala urusan


pemerintahan dan pentadbirannya tunduk kepada
hukum Islam yang bersumberkan Al-Quran dan
Hadis serta Ijtihad yang benar.

107.

Neraka

Tempat balasan azab yang dikhaskan untuk orang


yang mengingkari perintah Allah SWT semasa hidup
di dunia.

108.

Pengaruh Asing

Pengaruh luar yang bertentangan dengan ajaran


Islam yang disebarkan melalui media massa dan
penjajahan pemikiran seperti Rock, Punk, Black
Metal dan sebagainya.

109.

Penyelesaian
Masalah

Menyelesaikan masalah manusia berasaskan


syariat Islam yang merangkumi semua aspek
kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial dan
perundangan.

110.

Perawi

Orang yang meriwayatkan / menceritakan sesuatu


Hadis.

111.

Perpaduan Ummah

Sebuah masyarakat yang hidup sayangmenyayangi dan hormat-menghormati antara satu (


1 ) sama lain.

112.

Perundangan Islam

Hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada


manusia yang merangkumi aspek akidah, syariat,
akhlak dan sebagainya.

113.

Qadha

Penghakiman atau keputusan yang telah


diputuskan oleh pihak mahkamah dalam sesuatu
perbicaraan berdasarkan hujah dan bukti yang
nyata.

114.

Qias

Menghubungkan hukum yang tidak ada ( cabang )


kepada hukum yang ada ( asal ) kerana bersamaan
illat ( sebab ).

115.

Qisas

Hukuman dan kesalahan yang telah ditetapkan oleh


syarak-syarak melalui Al-Quran dan Al-Hadis kerana
kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota
tubuh badan dan nyawa manusia.

116.

Quran

Kalam Allah SWT yang bermukjizat serta diturunkan


kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril
dalam bahasa Arab.

117.

Rabbaniyyah

Ketuhanan iaitu segala hukum, konsep, prinsip, nilai


dan peraturan yang terkandung dalam ajaran Islam
bersumberkan wahyu Allah SWT dan Hadis.

118.

Rahn

Pajak gadai atau menjadikan sesuatu barang yang


berharga sebagai cagaran bagi sesuatu hutang dan
barangan tersebut akan menjadi bayaran sekiranya
dia tidak berdaya membayar hutang dalam jangka
waktu yang telah ditetapkan.

BIL
119.

ISTILAH

MAKSUD
Manusia lelaki pilihan Allah SWT dari kalangan para
Nabi yang diberikan wahyu untuk dirinya dan
dikehendaki menyampaikannya kepada orang lain.

Rasul

120.

Rasul Ulul Azmi

Para Rasul yang memiliki tahap kesabaran yang


amat tinggi dalam menghadapi rintangan dan
tentangan daripada umatnya ketika menyampaikan
ajaran dan seruan kepada umatnya.

121.

Riak

Menunjuk-nunjuk amalan baik yang telah


dilakukannya kepada orang lain dengan tujuan
mendapat pujian dan sanjungan daripada

masyarakat.
122.

Riba

Bunga atau pertambahan dalam urusan pinjaman


hutang piutang atau pertukaran barangan sejenis
atau pertambahan bayaran balik hutang akibat
penangguhan bayaran.

123.

Riddah

Keluar daripada agama Islam ( murtad ).

124.

Rububiyyah

Keyakinan ( iktikad ) dalam hati secara mutlak


bahawa Allah SWT yang mentadbir semua benda
dan perkara di dunia ini dan tiada pentadbir lain
melainkan Allah SWT yang Maha Berkuasa dan Esa.

125.

Rukhsah

Kelonggaran yang diberikan oleh Allah SWT kepada


umat Islam untuk melakukan ibadat dalam
keadaan-keadaan tertentu.

126.

Sabar

Teguh dan tahan uji dalam menghadapi ujian hidup


dengan redha, ikhlas dan tawakal kepada Allah
SWT.

127.

Sabda

Ucapan atau perkataan Rasulullah SAW.

128.

Sanad

Perawi yang menyampaikan Hadis.

129.

Sedekah

Memberi sesuatu yang berharga kepada orang


miskin dan yang memerlukan dengan tujuan
mendapatkan pahala.

130.

Sekularisme

Ideologi / fahaman bahawa urusan dunia seperti


politik, pentadbiran dan undang-undang harus
dipisahkan dari urusan agama.

131.

Sihir

Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang


dengan bantuan daripada syaitan dan boleh
dipelajari.

132.

Sistem Sosial Islam

Pergaulan dan hubungan sesama manusia dalam


menjalani kehidupan masing-masing berlandaskan
ajaran Islam.

133.

Solat Jamak

Menghimpunkan dua solat ke dalam satu waktu


seperti Zohor ke dalam Asar atau Asar ke dalam
Zohor.

BIL
134.

ISTILAH
Solat Qasar

MAKSUD
Memendekkan solat yang empat rakaat kepada
dua rakaat.

135.

Sosial

Segala perkara yang berkaitan dengan masyarakat.

136.

Sosialisme

Merupakan teori atau system organisasi sosial dan


ekonomi di mana salah satu ( 1 ) ciri utamanya
adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama
oleh seluruh rakyat secara sama rata.

137.

Suhuf

Lembaan yang mengandungi hukum yang


diturunkan kepada Rasul tertentu seperti Nabi Syis
sebanyak 50, Nabi Idris 30, Nabi Ibrahim 10 dan
Nabi Musa 10 suhuf.

138.

Sumah

Menceritakan amalan baik yang dilakukan kepada


orang lain dengan tujuan untuk mendapatkan
pujian dan sanjungan daripada orang lain.

139.

Sunat

Perkara yang digalakkan oleh agama untuk


dilakukan dan diberikan pahala serta balasan
syurga, jika ditinggalkan tidak berdosa.

140.

Sunnah / Hadis

Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW


sama ada perbuatan, perkataan, pengakuan atau
sifat-sifat Rasulullah SAW.

141.

Syariat

Segala hukum dan peraturan yang telah ditetapkan


oleh Allah SWT kepada manusia.

142.

Syirik

Menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu dari segi


sifat zat atau perbuatan seperti beribadat selain
kepada Allah SWT.

143.

Syumul

Lengkap dan menyeluruh.

144.

Syumulliyyah

Lengkap iaitu agama Islam yang dibawa oleh Nabi


Muhammad SAW lengkap dan sempurna serta
meliputi kehidupan di dunia dan akhirat.

145.

Syurga

Tempat yang indah dan penuh keseronokan untuk


orang-orang taat dan patuh kepada perintah Allah
SWT semasa mereka berada di dunia.

146.

Taawun

Tolong-menolong dan bekerjasama dalam


memenuhi keperluan dalam kehidupan seharian.

147.

Taghut

Perkara-perkara yang boleh menyesatkan umat


Islam daripada agamanya seperti syaitan, berhala
dan apa-apa sahaja yang menyesatkan.

BIL
148.

ISTILAH
Takaful

MAKSUD
Gabungan anggota masyarakat untuk saling jaminmenjamin dan tolong-menolong bagi meringankan
beban orang perseorangan serta menjauhi

kerosakan yang menyusahkan (insuran secara Isla


m).
149.

Takbur

Sikap membesar diri seperti sombong dan angkuh


dengan perkara kebaikan yang telah dilakukan dan
segala nikmat kesenangan yang telah dikurniakan
oleh Allah SWT kepadanya.

150.

Taklif

Tanggungjawab yang diberikan kepada seseorang


yang telah baligh dan berakal.

151.

Takzir

Kesalahan dan hukuman yang tidak ditetapkan oleh


syarak dan diserahkan kepada budi bicara hakim
atau kadi untuk memutuskannya.

152.

Talak

Pembubaran ikatan perkahwinan yang sah dengan


lafaz talak ( cerai ) atau yang seumpama
dengannya.

153.

Tawakal

Berserah diri kepada ketentuan Allah SWT setelah


berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan
sesuatu perkara.

154.

Thabat

Tetap. Teguh dan tidak berubah.

155.

Thiqah

Boleh dipercayai.

156.

Toleransi

Tolak ansur dan saling memahami serta


menghormati pendapat dan pandangan orang lain
walaupun bertentangan dengan pendapat sendiri.

157.

Ujub

Kagum dengan amalan sendiri serta sombong


dalam melakukan sesuatu ibadat serta memandang
rendah dan melekeh-lekehkan amalan kebaikan
yang dilakukan oleh orang lain.

158.

Uluhiyyah

Mengakui hanya Allah SWT yang Maha Esa yang


layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak.

159.

Universal

Sarwajagat atau meliputi seluruh alam.

160.

Utopia

Sesuatu yang mungkin tidak dapat dilaksanakan.

161.

Wadiah

Mewakilkan sesuatu barang atau harta yang


berharga kepada orang lain untuk disimpan dan
diurus.

162.

Wahyu

Bahasa : Nasihat dan bimbingan daripada Allah


SWT
Istilah : Ilham / perintah daripada Allah SWT yang
disampaikan kepada para Nabi dan Rasul melalui
perantaraan Malaikat Jibril atau terus daripada
Allah SWT.

BIL
163.

Wajib

ISTILAH

MAKSUD
Perintah Allah SWT yang mesti dilaksanakan,
jika dilaksanakan akan mendapat pahala dan
jika ditinggalkan akan mendapat dosa.

164.

Wakaf

Harta yang diserahkan oleh seseorang atau


suatu pihak untuk faedah orang ramai yang
berkaitan dengan agama Islam.

165.

Waqiyyah

Dari segi bahasa bermaksud realiti. Apabila


dihubungkan dengan Islam bermaksud
praktikal, mampu diamalkan oleh semua
golongan manusia.

166.

Zakat

Mengeluarkan sebahagian daripada harta


tertentu untuk diberikan kepada golongan
tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

Anda mungkin juga menyukai