Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN KEPADA INTERMITTENT FASTING (BERPUASA TERPUTUS)

Nota: Intermittent Fasting disarankan untuk dijalankan bersama dengan nasihat daripada Doktor yang bertauliah
dan khidmat nasihat di dalam ‘group’ ini adalah berdasarkan pengalaman admin pengamal dan komuniti pengamal
IF. Mereka yang ingin mencuba Intermittent Fasting harus faham mereka melakukannya berdasarkan atas risiko
sendiri, dan ‘page’ ini hanya menjadi sumber rujukan kepada mereka yang ingin mendapatkan ilmu dan nasihat
berkenaan IF. Kajian saintifik berkenaan IF boleh didapati dengan meluas di laman laman kajian saintifik seperti
PubMED atau lain lain pusat kajian kesihatan dunia yang bertauliah.

Pengenalan:

INTERMITTENT FASTING ataupun Berpuasa Terputus BUKANLAH SATU DIET. Ianya adalah pengawalan waktu
pemakanan dan berpuasa secara sistematik, menggunakan keupayaan fisiologi sistem penghadaman (Alimentari)
untuk membakar lemak secara natural. Ini boleh dicapai dengan berpuasa lebih 8 jam dan mengaktifkan sistem
Lipolysis (pembakaran lemak) untuk tenaga fisiologikal simpanan semulajadi.

Berpuasa secara amnya digalakkan oleh kebanyakan Agama dan juga ahli kesihatan untuk beberapa perkara seperti:

 Mengoptimakan kesihatan
 Mengurangkan berat badan (berat lemak tanpa memusnahkan otot)
 Mengelakkan dari terkena penyakit kronik tidak berjangkit seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi
 Mengembalikan keadaan fisiologi kepada normal (detoksifikasi) dan melawan jangkitan kuman
 Mengawal emosi dan psikologi
 Pemulihan sel sel badan yang rosak (Autophagy)
 Lain lain sebab kesihatan dan psikologikal yang boleh diperbincangkan dengan lebih lanjut

Intermittent Fasting diamalkan sejak awal tahun 1990 sebagai satu cara alternatif untuk pengurangan berat badan
yang amat efektif serta mempunyai kelebihan kelebihan seperti yang dibincangkan di atas.

Perihal Intermittent Fasting:

Saya tahu anda tidak mahu membaca sesuatu yang terlampau kompleks, jadi saya akan hanya memberikan fakta
dalam bentuk ‘point’ untuk memudahkan anda memahami isi kandungan serta garapan setiap subjek.

A. Siapakah yang boleh melakukan Intermittent Fasting (tanpa pemerhatian dari Doktor)?
I. Lelaki dan wanita yang sihat tanpa sebarang masalah penyakit auto-imun dan tidak mengamalkan
preskripsi ubatan kerana penyakit penyakit auto-imun yang tertentu seperti Leukimia, Systemic
Lupus Erythomatosus atau SLE, Thalasemia dan lain lain.
II. Berumur lingkungan 16 tahun ke atas.
III. Tidak pernah melakukan pembedahan Gastro-Intestinal atas tujuan menghadkan penyerapan
makanan seperti mengikat perut (Bariatric Surgery) atau Gastric Bypass.

B. Siapa pula yang sepatutnya berjaga jaga dan mengikut nasihat dari Doktor sebelum melakukan IF?
I. Mereka yang mempunyai penyakit kronik tidak berjangkit seperti Diabetes Mellitus Type 2, penyakit
tekanan Darah Tinggi, masalah Jantung dan sistem Kardiovaskular, serta Kanser atau Tumor.
II. Mereka yang mempunyai penyakit berjangkit berjangka lama yang serius dan memerlukan rawatan
perubatan secara aturan seperti Tuberculosis, AIDS, Hepatitis, Penyakit Kelamin seperti Sifilis atau
Gonorrhea, dan lain lain.
III. Ibu yang mengandung serta ibu yang menyusukan anak, di mana pengambilan nutrien secara tetap
menjadi prioriti UTAMA berbanding berpuasa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan
hormonal.
C. Siapakah yang TIDAK BOLEH melakukan IF?
I. Mereka yang pernah melakukan pembedahan Gastro Intestinal seperti Bariatric Surgery atau Gastric
Bypass, di mana penyerapan nutrien adalah minimal dan berpuasa boleh mendatangkan keadaan
kebahayaan.
II. Pesakit Diabetes Type 1 – di mana keadaan pankreas merembes terlampau sedikit Insulin atau
Insulin yang dihasilkan terlampau lemah, berpuasa akan membahayakan nyawa mereka.

Mengapa Intermittent Fasting Menjadi Pilihan?

Kajian beberapa badan saintifik dan kesihatan telah membuktikan bahawa:

A. IF adalah cara yang TERBAIK untuk menyusutkan lemak badan tanpa memusnahkan otot.
B. IF terbukti meningkatkan kesihatan ke tahap optimum.
C. Mereka yang mengamalkan IF mendapati penyusutan lemak badan mereka JAUH LEBIH PANTAS daripada
mana mana teknik diet yang mereka pernah amalkan sebelum ini, WALAUPUN TANPA SENAMAN YANG
KERAP.
D. Pelan berpuasa yang mudah diikuti di samping DAPAT MENIKMATI MAKANAN YANG DIINGINKAN tanpa rasa
bersalah atau kehilangan kenikmatan makanan.
E. Pelan berpuasa yang sangat fleksibel dan mudah diikuti, serta menikmati kebaikan jangka masa panjang atas
pemulihan fisiologi badan, seperti berat badan yang optimum, kesihatan mental yang jelas dan tajam serta
lebih tahan dari dijangkiti penyakit.

NEXT: NUTRIEN DAN PEMAKANAN DALAM IF

Anda mungkin juga menyukai