Anda di halaman 1dari 15

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

-06-5327

Pemakanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan
seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga.
Makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber
yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak. Makanan yang memberi
tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhkan kita daripada penyakit-penyakit berisiko.
Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan
seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang
dikongsi bersama seluruh ahli keluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan yang seimbang
seharusnya mampu memberi :i) Tenaga yang mencukupi.
ii) Karbohidrat, lemak dan protein yang optimum.
iii) Kandungan fiber yang mencukupi.
iv) Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.
Pemakanan yang seimbang ialah pemakanan yang mengikut piramid makanan yang telah
ditetapkan. Panduan piramid pemakanan merupakan satu saranan pengambilan pemakanan yang
sempurna dan perlu menjadi ikutan dalam pengambilan makanan harian. Pengambilan makanan
yang mengikut kuantiti dan pada kelas pemakanan yang tertentu akan menjamin keseimbangan
dan kesempurnaan diet harian. Dengan pengambilan makanan yang sistematik dan seimbang
mengikut piramid makanan akan terhindar dari pelbagai penyakit akibat diet yang salah dan akan
menjamin kesihatan yang optima. Berikut dinyatakan antara lima contoh penyakit akibat
pengambilan makanan yang tidak seimbang dan tidak sihat.

OBESITI.
Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan seseorang. Obesiti boleh
mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah
kesihatan yang serius. Kajian juga menunjukkan penyakit ini turut memendekkan jangka hayat
penghidapnya. Antara karakteristik masalah obesiti pada seseorang adalah berat badan sekurangkurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal, berat badan sekurang-kurangnya 45
kilogram melebihi berat badan sepatutnya, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35,
1

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

-06-5327

mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes, dan gagal mengekalkan
berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun dia mengikut diet yang disarankan oleh
pakar-pakar pemakanan.

Untuk memudahkan lagi seseorang itu mengetahui adakah dia terlibat atau tidak dalam
masalah obesiti, bolehlah membuat penilaian melalui Indeks Jisim Badan (BMI). Indeks Jisim
Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian atau isipadu seseorang. Cara
pengiraan Indeks Jisim Badan adalah seperti berikut :-

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada masalah obesiti dikalangan


masyarakat. Berikut dinyatakan faktor dan kaedah rawatan yang boleh diberikan kepada individu
yang menghadapinya.
i) Persekitaran.
Faktor lingkungan atau persekitaran ternyata juga mempengaruhi seseorang untuk
menjadi gemuk. Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan yang menganggap
gemuk adalah simbol kemakmuran dan keindahan, maka orang tersebut akan
cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh
2

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

-06-5327

faktor luaran, maka orang yang obesiti tidak akan mengalami masalah-masalah
psikologi berkaitan dengan kegemukan.
Untuk itu individu dalam kelompok ini perlu mengamalkan aktiviti-aktiviti
kecergasan supaya dapat keluar dari perasaan selesa. Individu dalam kelompok ini
akan sedar bahawa mereka perlu sihat dan aktif dan bukan mahu menjadi kurus.
2) Genetik.
Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi
berikutnya da dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu
bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini
nampaknya, faktor genetik telah ikut campur dalam menentukan jumlah unsur sel
lemak di dalam tubuh.
Hal ini demikian kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur
sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan
diturunkan kepada bayi sewaktu dalam kandungan.
3) Kerosakan pada Salah Satu Bahagian Otak.
Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian
otak yang disebut Hipotalamus, sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang
berhubungan dengan bahagian-bahagian lain daripada otak dan kelenjar di bawah
otak. Hipotalamus mempunyai satu bahagian yang dipanggil Hipotalamus
Ventromedial (HVM) yang bertugas mengekang nafsu makan (pemberhentian dan
pusat kenyang). Kajian mendapati bahawa apabila Hipotalamus Ventromedial
mengalami kerosakan, maka seseorang akan menjadi rakus atau gelojoh dan
kegemukan. Apabila ini berlaku, individu patut mengimbangi dengan menggunakan
bahagian otak yang lain untuk memikirkan cara hidup sihat.
4) Pola Makan Berlebihan.
Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat
badannya normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau
ketika waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan apabila ia merasa ingin
3

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

-06-5327

makan, bukan makan pada ketika ia lapar. Pola makan berlebihan inilah yang
menyebabkan mereka sukar untuk keluar daripada perangkap kegemukan jika
individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk
mengurangkan berat badan.
5) Kurang Bersukan.
Metabolisme mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga
orang yang normal. Meskipun aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga
pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki
kelebihan berat badan, aktiviti fizikal mempunyai peranan yang sangat penting.
Aktiviti fizikal membantu membakar kalori. Makin banyak bersukan, maka semakin
banyak kalori yang hilang.Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem
metabolisnme. Orang yang duduk bekerja seharian akan mengalami penurunan
metabolisme tubuhnya. Jadi, sukan sangat penting dalam penurunan berat badan.
Tidak sahaja kerana dapat membakar kalori, malahan dapat membantu mengatur
berfungsinya metabolisme normal.
6) Pengaruh Emosional.
Suatu pandangan popular adalah bahawa obesiti bermula daripada masalah
emosional yang tidak terkawal. Orang-orang gemuk dahagakan kasih sayang seperti
kanak-kanak yang menganggap bahawa makanan adalah simbol kasih sayang ibu atau
makan lebih hadnya adalah sebagai elemen pengganti kepuasan lain yang tidak
tercapai dalam kehidupannya. Orang gemuk seringkali menyatakan bahawa mereka
cenderung makan lebih banyak apabila mereka di dalam keadaaan ketegangan atau
cemas. Orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat
mencengkam atau menekan; orang yang yang mempuyai berat badan normal akan
dalam keadaan kurang mencengkam atau menekan (McKenna,1999). Pada orang
gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek setelah
menyaksikan filem yang tegang dibandingkan setelah menonton filem yang
membosankan. Sedangkan orang dengan berat badan normal tetap dengan selera yang
sama setelah menonton filem yang tegang atau yang membosankan.
4

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

-06-5327

DARAH TINGGI.
Darah tinggi atau Hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi
dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan
darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan tekanan darah
tinggi.
Jika anda memiliki tekanan darah tinggi atau memiliki riwayat keluarga yang memiliki
penyakit ini, sebaiknya anda menghindari makanan yang boleh menghalang kemampuan anda
untuk menurunkan tekanan darah anda. Penting juga untuk menghindari makanan penyebab
darah tinggi yang bertujuan untuk meringankan gejala ataupun untuk menjaga tekanan darah
agar sentiasa normal. Berikut dinyatakan makanan yang tidak sihat dan menjadi punca penyakit
darah tinggi ini.
1) Garam dan Sodium.
Garam dan sodium (natrium) adalah hal yang jahat ketika dijamu bagi penderita
tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. The Dietary Guidelines for Americans
menunjukkan bahawa orang dengan hipertensi atau prehipertensi harus menghadkan
pengambilan sodium sekitar 1.500mg sehari.
2) Makanan Segera.
Terdapat berbagai makanan segera yang mudah didapatkan dipasaran. Makananmakanan segera seperti pizza ini jelasnya memberi kesan buruk kepada kesihatan
individu yang perlu menjaga pengambilan sodium mereka. Kombinasi seperti keju,
daging, sos tomato dan roti membuatkan ianya kaya dengan sodium. Pizza contohnya,
sangat berbahaya bagi penghidap hipertensi. Untuk menjaga ketahanan makanan
tersebut, pengeluar sudah semestinya menambahkan banyak garam. Semakin tebal
kerak dan semakin banyak topping pada pizza, semakin tinggi sodium yang
terkandung di dalamnya.
3) Makanan Sejuk Beku.

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

-06-5327

Walaupun ianya merupakan salah satu jenis makanan yang sangat mudah
dimasak, namun ianya mengandungi kadar sodium yang sangat tinggi. Sebaiknya
pengguna memerhatikan label pada makanan segera dan cari makanan yang rendah
kandungan sodium atau natriumnya.
4) Gula.
Anda mungkin sudah tahub bahawa pengambilan gula yang berlebihan telah
dikaitkan dengan peningkatan berat badan dan obesiti. Tapi tahukah anda bahawa
pengambilan gula yang tinggi juga berkait dengan tekanan darah tinggi. Minuman
dengan pemanis buatan tambahan memberikan kontribusi terhadap obesiti. Tekanan
darah tinggi lebih sering terjadi pada orang yang berlebihan berat badan atau obesiti.
5) Lemak Tepu dan Lemak Trans.
Contoh makanan yang tinggi kandungan lemak tepu adalah kulit ayam, susu full
cream, daging merah, dan mentega. Lemak trans pula diciptakan dalam proses yang
disebut hidrogenasi. Lemak trans ditemukan secara semulajadi dalam jumlah kecil
pada daging berlemak dan produk susu. Namun, penyumbang terbesar lemak trans
ialah dari makanan yang mengandungi minyak goreng terhidrogenasi. Pengambilan
terlalu banyak lemak tepu dan lemak trans akan meningkatkan kolestrol yang dapat
memburukkan hipertensi dan akhirnya menyumbang kepada perkembangan penyakit
jantung koronari.
6) Kopi.
Jika anda menghidap darah tinggi atau prehipertensi, anda perlu mengurangkan
pengambilan kopi. Kopi menyebabkan lonjakan tekanan darah. Semua minuman
berkafein dapat menyebabkan peningkatan tekanan darah tinggi.
7) Alkohol.
Alkohol dikatakan ada baik dan buruknya apabila pengambilan yang sedikit boleh
menurunkan tekanan darah tinggi, dan pengambilan yang berlebihan mampu
meningkatkan tekanan darah tinggi meskipun individu pertama kali mengambilnya.
6

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

-06-5327

Selain itu, alkohol boleh melemahkan kesan ubat darah tinggi yang di ambil
peminumnya. Alkohol juga tinggi kalori yang boleh menaikkan berat badan
seterusnya memudahkan menghidap penyakit-penyakit lain seperti darah tinggi
khususnya.
DIABETES.
Penyakit Diabetes atau Kencing Manis adalah salah satu jenis penyakit yang terjadi akibat dari
suatu kelainan pada sistem insulin kerana kadar glukosa yang berlebihan di dalam darah. Pada
penderita diabetes, ada gangguan keseimbangan antara transportasi glukosa ke dalam sel,
glukosa yang disimpan di hati dan glukosa yang dikeluarkan dari hati. Akibatnya, kadar glukosa
dalam darah meningkat dan keluar melalui urine. Keadaan ini disebabkan oleh pankreas kita
tidak mampu lagi memproduksi insulin atau sel kita tidak memberi respons pada kerja insulin
sebagai kunci untuk membuka pintu sel sehingga glukosa tidak padat masuk ke dalam sel.
Tanda-tanda seseorang itu menghidap kencing manis adalah seperti sering dahaga dan
sering perlu minum air, sering ke tandas, terasa badan lemah, berat badan turun dengan cepat,
penglihatan semakin kabur, dan terasa pening kepala.
Golongan yang berisiko tinggi untuk menghidap kencing manis ialah mereka yang
mempunyai keturunan yang menghidap kencing manis, mereka yang berat badan agak tinggi,
pernah mempunyai radang pada pankreas, dan wanita mengandung yang pernah menghadapi
kencing manis ketika hamil. Berikut merupakan cara-cara yang boleh diambil bagi mengelak
Diabetes.
1) Perubahan Cara Hidup.
Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka
yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired Glucose Tolerence -IGT)
atau kecacatan puasa glukos (Impaired Fasting Glucose IFG). Kajian menunjukkan
kedua-dua keadaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan
dengan kawalan pemakanan yang betul. Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak
mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk
mengelakkan Diabetes.

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

-06-5327

2) Pemakanan.
Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula
sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna
makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan
seharusnya dikurangkan kerana kadar kalori pada sesehari itu seharusnya
dikurangkan untuk kepastian bahawa pemakanan yang diambil tidak melebihi batas.
Catatkan apa yang biasa dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.
3) Senaman.
Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan
dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu
menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan
berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paruparu (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3
hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 jam dalam tempoh
seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetes sebanyak 40% hingga 60%.
4) Penjagaan Berat Badan.
Telah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal
tahap gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Sesetengah
dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat
badan dapat dikawal.
5) Pemeriksaan Diri Sendiri.
Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan
mereka iaitu dari segi kulit, rasa kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa
perubahan lain yang dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doktor untuk
memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.

6) Pemeriksaan oleh Doktor Secara Tahunan atau Secara Berkala.


8

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

-06-5327

Ujian berkala secara tetap terutama merekayang berisiko tinggi mampu mengesan
kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan penghidap kencing manis
mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan pada setiap 1%
pengurangkan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait
kencing manis sebanyak 40%. Selain itu, rawatan awal kencing manis juga mampu
mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan
anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong
disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% ke 85%.
7) Pengambilan Ubat.
Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di
Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan
menghidap kencing manis sebanyak 31%. Rawatan menggunakan metformin lebih
berkesan bagi mereka yang berusia muda dan gemuk. Rawatan metformin kurang
berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis.
SAKIT JANTUNG KORONARI.
Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai penyakit jantung iskemia (Ischaemic Heart
Disease). Penyakit ini adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan darah kepada otot jantung.
Kekurangan darah yang berterusan kepada jantung akan menyebabkan kematian otot-otot
jantung dan jika keadaan bertambah teruk boleh menyebabkan kegagalan jantung untuk
berfungsi dan seterusnya kematian mengejut. Antara sindrom penyakit jantung koronari adalah
angina pektoris dan infarksi miokardia.
Angina pektoris merupakan tanda awal seseorang itu mendapat penyakit jantung
koronari. Tanda-tanda awal angina pektoris adalah rasa sakit di dada sebelah kiri yang
disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen. Kadangkala pesakit mengadu sakit di bahagian
perut (epigastrik). Serangan angina pektoris boleh berlaku semula apabila pesakit melakukan
aktiviti berat atau ketika pesakit mengalami tekanan (stress) kerana pada keadaan tersebut
jantung memerlukan oksigen yang tinggi. Bagaimanapun, kesakitan ini akan hilang di dalam
masa kurang dari setengah jam apabila pesakit memberhentikan aktiviti berat dan berehat.

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

-06-5327

Infarksi miokardia adalah suatu keadaan di mana sebahagian otot jantung menjadi rosak dan mati
akibat dari kekurangan bekalan darah yang teruk ke bahagian tersebut.
Sakit dada biasanya berlaku di sebelah kiri dada dan akan merebak ke bahagian lengan,
leher dan bahu kiri. Pesakit biasanya merasa tidak selesa di dada atau merasa seakan-akan
sesuatu benda yang berat sedang menimpadan menekan ke dada dan kadangkala seolah dada
berasa ketat. Selain itu, pesakit juga akan sukar bernafas, merasa pening kepala dan muntah.
Senaman merupakan cara paling mudah untuk kita memiliki jantung yang sihat. Dengan
hanya berjalan selama 30 minit sehari kita boleh memilikijantung yang sihat. Aktiviti-aktiviti
lain yang boleh juga diamalkan ialah berjoging, berenang, berbasikal dan bersukan. Berkebun
dan melakukan kerja-kerja rumah juga boleh menyihatkan jantung anda. Senaman boleh
membantu mengurangkan risiko penyakit jantung kerana :

Senaman

mengurangkan bebanan pada jantung anda.


Senaman menambah penerokaan pembuluh-pembuluh

meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.


Senaman meningkatkan paras kolesterol pelindung penyakit jantung yang dikenali

sebagai kolesterol berketumpatan tinggi (HDL).


Membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang berlebihan.
Mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan.
Membantu pengamalnya mendapat tidur yang nyenyak.

memperkuat

dan

meningkatkan

keupayaan

otot-otot
darah

jantung
dan

serta

seterusnya

Pelbagai kaedah boleh dilakukan bagi mengelakkan diri menjadi penghidap sakit jantung
koronari ini. Berikut merupakan petua bagi memiliki jantung yang sihat :1) Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali.
2) Makan secara teratur dan seimbang.
3) Kekalkan berat badan unggul.
4) Tidak merokok.
5) Menangani tekanan perasaan.
6) Mengawal tekanan darah.
7) Mengawal paras gula (glukosa) dalam darah
8) Mengawasi paras kolesterol.
9) Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

10

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

-06-5327

10) Mengutamakan kesihatan jantung anda pada setiap masa.


OSTEOPOROSIS.
Osteoprosis adalah suatu keadaan di mana tulang-tulang menipis, rapuh, dan mudah patah
(fraktur). Menurut kajian, osteoporosis menyebabkan hampir 24% manusia meninggal dunia
dalam setahun akibat fraktur dan patah tulang pinggul. Pencegahan dan rawatan penyakit
osteoporosis dilakukan dengan mendapatkan cukup kalsium. Untuk mendapatkan tulang yang
kuat maka individu memerlukan lebih daripada 800mg kalsium bergantung kepada usia anda.
Tidak semua kalsium yang diambil diserap sepenuhnya oleh usus. Hanya lebih kurang 30% dari
kalsium yang diambil biasanya terserap. Bayi dan kanak-kanak menyerap kalsium sehingga 60%
sedangkan orang dewasa boleh menurn sehingga 15% ke 20% dan meningkat jika hamil.
Cara mencegah dan mengatasi penyakit osteoporosis atau kerapuhan tulang adalah
dengan mengambil makanan yang mengandungi gizi serta nutrisi yang seimbang. Selain itu juga,
adalah dengan mengambil makanan yang kaya dengan kalsium. Pencegahan boleh dilaksanakan
dengan cara mengambil makanan yang membentuk tulang secara semulajadi seperti kandungan
kalsium, vitamin D serta dengan melakukan aktiviti fizikal atau bersukan secara teratur.
Ubat osteoporosis semulajadi yang baik untuk kesihatan tubuh badan adalah dengan
pengambilan kalsium sebanyak 1.200mg hingga 1.500mg dan kemudian ditambahkan sokongan
vitamin D sebanyak 400UI dalam sehari. Sebenarnya tubuh kita boleh menghasilkan vitamin D
sendiri, namun kita harus mematuhi jadual pemakanan yang seimbang dan mencukupi. Jika
individu mengamalkan diet yang tidak mengandungi cukup kalsium, maka biasanya tubuh akan
bahagian kalsium dari tulang untuk dibawa pada bahagian tubuh lain yang turut memerlukan
kalsium seperti gigi dan sebagainya. Keadaan inilah yang menyebabkan tulang tidak mendapat
kalsium yang secukupnya sehingga ia menjadi rapuh dan lemah. Berikut merupakan makanan
yang boleh membantu menyihatkan tulang.
1) Susu dan Produk Tenusu.
Produk susu yang dimaksudkan adalah seperti keju, yogurt, dan juga susu krim
yang sangat baik dalam membantu mencegah terjadinya penyakit osteoporosis. Hal
ini disebabkan kerana kandungan kalsium dan juga kandungan protein yang ada di
dalamnya bisa membantu menguatkan dan memelihara kesihatan tulang.
11

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

-06-5327

2) Kekacang.
Untuk mencegah penyakit osteoporosis maka sebaiknya mengambil kekacang
yang mengandungi kandungan kalsium, magnesium, mangan, dan juga fosfor di
dalamnya. Yang terbaik adalah jenis kacang badam. Kacang postachio juga baik
untuk diambil kerana mengandungi kalsium yang tinggi.
3) Sayur-sayuran.
Kandungan yang ada di dalam sayur-sayuran seperti brokoli dan juga ubi bit jika
diambilsecara teratur setiap hari boleh membantu menguatkan tulang secara
semulajadi.
4) Ragi.
Ragi mengandungi sebanyak 330 hingga 350 miligram kalsium dalam setaip
berat bersihnya 100 gram.
5) Kurma.
Ubat osteoporosis yang lain ialah kurma yang mengandungi kalsium tinggi dan
juga mengandungi magnesium yang sangat baik untuk kesihatan tulang.

PERANAN SEBAGAI AHLI MASYARAKAT.


Sebagai ahli masyarakat kita perlulah menyokong usaha badan-badan kesihatan dengan
mengamalkan bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupan. Orang ramai lebih gemar
mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan
ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakat kita hari ini yang lupa kesan
pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau
sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti yang
dinyatakan sebelum ini yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai
juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat
membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan
12

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

-06-5327

yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan
seimbang seperti yang dinyatakan dalam piramid makanan negara ini.

Selain itu, sebagai ahli masyarakat kita mestilah mengajurkan dan menjalankan aktiviti
senaman berkala yang mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat
dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau
berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti
ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik
serta menjadikan sistem imunisasi mereka. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki
badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan.
Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang
itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cerdas.
Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan
mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Kebersihan asas seperti mengosok gigi, mandi,
berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian.
Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah justeru,

13

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

-06-5327

amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang siahat dalam
kalangan masyarakat.
Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan,masyarakat juga
perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka.persekitan yang bersih perlu dijadikan amalan dan
gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit.umpamanya, orang ramai digalakan
mengadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan
membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih.
Justeru,amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam
kalangan masyarakat.
Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga
perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan
dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Tempat-tempat pembiakan
nyamuk didalam atau diluar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air
mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai dapat
menjauhakan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.
Gaya hidup yang sihat melibatkan psikologi dan sosial seseorang itu. Kita mestilah
menyokong individu lain melahirkan rasa berkongsi masalah mereka dan tidak memberikan
tekanan mental. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang
lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang sukar bersendirian
atau menyimpan masalah mereka. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang
mesra bersama rakan-rakan atau jiran tertangga.hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat
melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan mengembirakan.sesungguhnya, aspek
psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.
Sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani
tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu
mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa
tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan
satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapai tekanan
hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan
taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan
seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu
14

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

-06-5327

perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya
hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

BIBLIOGRAFI.
Zarina Law Abdullah dan Abdul Latif Ahmad (2009); HBHE1103 Pengenalan Pendidikan
Kesihatan (OUM); Meteor Doc. Sdn. Bhd.; Selangor Darul Ehsan.
http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/kesihatan/90-kajian-di-kalanganpelajar-sekolah-mengenai-keracunan-makanan-kemudahan-tandas-dan-amalammembasuh-tangan
Norazhan Che Lan (2010); HBHE2103 Program Bersepadu Sekolah Sihat (OUM); Meteor Doc.
Sdn. Bhd.; Selangor Darul Ehsan.

15

Anda mungkin juga menyukai