Anda di halaman 1dari 10

ABSTRAK

Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang selalunya dikatakan sangat susah
untuk difahami. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran
membundar nombor di kalangan murid-murid Tahun 2 Melor. Tinjauan asal telah dilakukan
melalui pemerhatian dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam
membundar nombor. Kekeliruan murid dalam menjawab soalan yang diberikan menyebabkan
murid-murid mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan yang diberikan. Suatu
perancangan tindakan telah dibuat bagi meningkatkan tahap pemahaman murid tentang
membundar nombor Selain daripada itu saya merasakan perlunya menyemai sikap sukakan
matematik dikalangan murid dari peringkat lebih awal lagi.

Hasil daripada pemerhatian semasa pengalaman saya mengajar pada tahun


lepas,kebanyakan murid tidak dapat menjawab dengan betul soalan berhubung perbundaran
nombor. Maka kajian ini tertumpu kepada kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 18 orang
murid kelas Tahun 2 Melor iaitu 7 orang lelaki dan 11 orang perempuan dari salah sebuah
sekolah di daerah Parit Buntar, Perak. Setelah kajian tindakan dilaksanakan keputusan ujian pos
menunjukkan peningkatan prestasi murid. Secara keseluruhannya kajian tindakan ini telah dapat
meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam meningkatkan
kemahiran membundar nombor.

1.0 PENDAHULUAN

Matematik ialah satu bidang ilmu yang menarik dan melatih minda seseorang murid supaya
dapat berfikir secara mantik, bersistem dan logik. Matematik juga merupakan satu bidang yang
menyeronokkan dan berkait rapat dengan situasi kehidupan seharian manusia. Kenyataan ini
menyuntik diri ini untuk membuka minda generasi kini dengan tanggapan bahawa Matematik itu
mudah dan bukan sekadar nombor. Kajian ini dilaksanakan adalah kerana kesedaran tentang
pentingnya pemahaman konsep pembundaran di kalangan murid Tahun 2 Melor. Pengaplikasian
kurikulum yang terbaru iaitu KSSR atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah menuntut agar
murid bukan sahaja dapat menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira malah
mengaplikasikan elemen kreativiti dan inovasi, teknologi Maklumat dan komunikasi (TMK), dan

keusahawanan.

Dalam kajian ini, fokus utamanya adalah untuk membantu murid mengatasi kelemahan
asas kemahiran membundar yang sepatutnya telah dikuasai berdasarkan pentaksiran yang dibuat
disekolah iaitu PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah). Maka ia menuntut pengkaji untuk
memikirkan satu jalan penyelesaian agar konsep pembundaran yang mudah ini dapat difahami
secara jelas oleh murid-murid.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian tindakan ini memfokuskan kepada pencarian kaedah yang bersesuaian untuk
diperkenalkan dan diamalkan oleh murid Tahun 2 Melor supaya mereka dapat menguasai
kemahiran membundar seterusnya dapat meningkatkan pencapaian mereka yang melibatkan
kemahiran bundar. Bagi membuktikan tanggapan ini, pengkaji telah menjalankan tinjauan masalah
dengan menggunakan teknik triangulasi iaitu melalui temu bual, analisis dokumen dan ujian yang
dilakukan ke atas responden.

Tinjauan mendapati bahawa murid masih keliru dan mudah lupa meskipun telah membuat
banyak latihan. Melihat kepada beberapa kesalahan yang dilakukan oleh subjek kajian, saya
mendapat idea untuk membina satu model yang dapat bantu subjek kajian faham kemahiran
bundar. Saya merasakan penggunaan model lebih bermakna kerana subjek kajian dapat lihat
dengan jelas kerana saiznya lebih besar dan mereka dapat memegang dan menggunakan kaedah
yang sesuai dengan tahap murid-murid.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah tulang ikan
dalam membundar nombor untuk membantu murid Tahun 2 Melor memahami konsep
bundar kepada puluh terdekat.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

a. Adakah penggunaan Kaedah Tulang Ikan dapat membantu murid menguasai kemahiran
membundar nombor bulat kepada puluh terdekat?

b. Bagaimanakah penggunaan Kaedah Tulang Ikan dapat membantu murid menguasai


kemahiran membundar nombor bulat kepada puluh terdekat?

5.0 KUMPULAN SASARAN

Subjek kajian terdiri daripada 7orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan
Tahun 2 Melor. Keutamaan subjek kajian adalah daripada golongan murid yang lemah
dalam melakukan pembundaran nombor bulat kepada puluh yang terdekat. Ciri utama
subjek kajian yang dipilih adalah daripada golongan murid yang yang mendapat markah
kurang daripada 5 untuk ujian pra yang dijalankan.

Semua murid adalah berbangsa Melayu dan dari latar belakang keluarga yang
berpendapatan sederhana. Berdasarkan temu bual yang diadakan dengan guru Matematik
yang mengajar kelas ini, didapati bahawa mereka antara golongan murid yang bijak,
sederhana, dan lemah dalam Matematik. Menurut Munirah (2011), dalam menjalankan
satu kajian, adalah penting kepada pengkaji untuk mengenalpasti kumpulan sasaran yang
terlibat kerana hal ini akan menentukan bidang masalah yang perlu dikaji.

6.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

6.1 TINJAUAN MASALAH

6.1.1 Temubual

Berdasarkan temubual dengan murid-murid Tahun 2 Melor sewaktu saya mula-


mula memperkenalkan tajuk Pembundaran Nombor Bulat secara umumnya
berunsur negatif dan kurang bermotivasi. Hasil daripada temu bual dan berdasarkan
jawapan yang diterima oleh pengkaji semasa menemubual tiga orang murid ini
memperlihatkan bahawa murid Tahun 2 Melor tidak memahami maksud
pembundaran dan tidak ingat cara untuk membundarkan sesuatu nombor itu
walaupun ianya telah dipelajari semasa mereka Tahun 1 lagi.

Menerusi perbincangan tidak formal dengan guru-guru matematik yang


berpengalaman di sekolah ini pula mendapati bahawa mereka menggunakan cara
atau kaedah yang lebih kurang sama dengan kaedah tradisional iaitu dengan hafalan
syarat-syarat pembundaran dan lebih berfokus kepada langkah-langkah
membundar berbanding pemahaman konsep bundar itu sendiri.
6.1.2 Analisis Dokumen

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat berdasarkan tingkah laku murid sewaktu sesi
pengajaran dan pembelajaran, didapati bahawa sebahagian besar murid tidak tahu
bagaimana untuk membundar dengan betul selain itu terdapat murid yang cuai dan
tidak membaca soalan sepenuhnya. Mereka juga masih keliru tentang langkah-
langkah pembundaran yang diajar oleh guru menggunakan kaedah tradisional dan
sering bertanya semula kepada guru bagaimana cara untuk memulakan
pembundaran.

Selain daripada itu terdapat murid yang cuai dan tidak membaca soalan
sepenuhnya. Maka jawapan yang diberi tidak selaricdengan kehendak soalan.
Mereka juga masih keliru tentang langkah-langkahcpembundaran yang diajar oleh
guru menggunakan kaedah tradisional dan seringcbertanya semula kepada guru
bagaimana cara untuk memulakan pembundaran. Oleh itu, analisis yang dibuat
dalam jadual dibawah menunjukkan hasil murid yang dianalisiscberdasarkan Ujian
Pra.

6.1.3 Ujian Pra

Ujian diagnostik adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru mengesan
punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang
murid. Tujuannya adalah untuk membantu pengkaji mengenalpasti secara khusus
kesulitan-kesulitan dan mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai
sesuatu kemahiran.

Berdasarkan ujian-ujian inilah pengkaji dapat merancang satu program pengajaran


yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik dan
akhirnya membina program dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut
tahap kognitif murid.
6.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH

6.2.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
idapati kaedah membundar kaedah garis nombor menjadi masalah kepada 10 orang
murid Tahun 2 Melor. Teknik membundar berbeza-beza (pelbagai cara mengikut
pemahaman masing-masing) antara seorang murid dengan murid yang lain. Pada
pendapat saya, kaedah tulang ikan merupakan jalan yang paling baik.

6.2.2 Temu Bual


Hasil temu bual dengan kumpulan sasaran, saya dapati 10 orang (100%) murid
meminati mata pelajaran Matematik. 4 orang mengaku tidak tahu membundar dan
selebihnya mengatakan tahu sedikit tentang membundar.

6.2.3 Soal selidik

Jadual 1: Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Membundar

BIL PERKARA SETUJU TIDAK SETUJU

BIL % BIL %

1 Minat mata pelajaran Matematik

2 Minat subtopik “bundar” dalam topik


Nombor Bulat

3 Berupaya membundar kepada puluh


terdekat

4 Mudah lupa kaedah membundar untuk


rumah yang lebih besar

5 Bosan dengan kaedah yang diajar oleh


guru
6 Berupaya menjawab dengan tepat
soalan membundar sekiranya tempoh
masa menjawab dipanjangkan
Jadual 1

6.2.4 Ujian PRA

Jadual 2: Pencapaian Murid-murid Tahun 2 Melor Dalam Ujian Pra

BILANGAN SOALAN YANG BETUL ( 10 SOALAN ) UJIAN PRA


BILANGAN %

MENGUASAI

TIDAK MENGUASAI

JUMLAH MURID

6.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.3.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Sebanyak 2 aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran


membundar di kalangan murid kumpulan sasaran saya.

Aktiviti tersebut ialah:

AKTIVITI 1: PENDEDAHAN KAEDAH TULANG IKAN

a) Aktiviti ini melibatkan guru menerangkan kepada murid-murid cara


membundar menggunakan Kaedah Tulang Ikan.
b) Guru menggunakan medium ict iaitu power point dan juga kad imbasan rajah
tulang ikan.
c) Pendekatan ini diulang sebanyak 2 kali iaitu 2 hari pdpc di dalam kelas.
d) Pendekatan ini dilaksanakan dan murid berjaya menguasai kaedah ini dengan
betul.
AKTIVITI 2: PEMANTAPAN KAEDAH TULANG IKAN

a) Aktiviti ini merupakan aktiviti bertulis. Murid diberikan 10 soalan setiap sesi.
b) Murid perlu menjawab 10 soalan membundar dalam tempoh masa 10 minit.
c) Murid dikehendaki menyelesaikan soalan membundar dengan merujuk kad
rajah tulang ikan.
d) Aktiviti ini diulang setiap hari dengan set soalan yang berbeza selama 3 hari
berturut turut.

6.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/PENILAIAN

6.4.1 AKTIVITI 1: PENDEDAHAN KAEDAH TULANG IKAN


Murid didedahkan dengan kaedah tulang ikan selama 1 minggu iaitu hari Ahad dan
Isnin. Aktiviti ini dijalankan selama 10 minit setiap hari. Pertama sekali,
penerangan tentang cara membundar menggunakan kaedah tulang ikan ini.
Kemudian, murid dilatih untuk menyelesaikan soalan bundar dengan menggunakan
kaedah tulang ikan dengan betul.

6.4.2 PEMANTAPAN KAEDAH TULANG IKAN

Selepas menjalankan Aktiviti 1, saya menjalankan Aktiviti 2 pula. Berikut ialah


langkah-langkah bagi Aktiviti 2.

i. Guru meminta murid menjawab 10 soalan bundar di dalam lembaran kerja yang
diberikan.

ii. Murid-murid diminta menjawab soalan masing-masing dalam tempoh 10 minit.

iii. Kemudian guru menyemak jawapan bersama sama murid.

6.4.3 PEMERHATIAN

Aktiviti 1 dijalankan selama 2 hari berturut-turut dan aktiviti 2 juga dijalankan


selama 3 hari berturut-turut. Daripada pemerhatian guru, kumpulan sasaran berjaya
menjawab kesemua 10 soalan bundar dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka
juga dapat menjawab soalan bundar dengan betul sambil merujuk kad rajah tulang
ikan. Mereka dapat menjawab dengan tenang.

7.0 REFLEKSI

Saya berpuas hati dengan pencapaian murid-murid ini berbanding sebelum sesi bimbingan
dilaksanakan. Terdapat perubahan yang ketara iaitu mereka dapat menjawab dengan tepat dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Lebih membanggakan mereka dapat menyiapkan lebih awal dari
tempoh masa tersebut.

7.1 REFLEKSI KAJIAN

Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pasca, didapati kajian tindakan yang dijakankan
ini telah memberi impak yang cukup baik dalam membantu murid-murid meningkatkan
kemahiran membundar. Hasil dapatan dari kajian tindakan ini menunjukkan peningkatan
murid dalam ujian pasca.

Jadual 3: Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra dan Ujian Pasca

BILANGAN SOALAN YANG BETUL ( 10 SOALAN ) UJIAN PRA


BILANGAN %

MENGUASAI

TIDAK MENGUASAI

JUMLAH MURID
8.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Berdasarkan kajian dan penghasilan kaedah tulang ikan ini dapat membantu meningkatkan
kemahiran pembundaran nombor bulat hingga ratus terdekat dalam kalangan murid tahun 2 ini
dapat dikesan kekuatannya. Antara yang dapat dibuktikan melalui kajian ini ialah alat ini berjaya
menarik minat peserta kajian dalam mengikuti setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang
diadakan oleh pengkaji sehingga ke akhirnya.

Selaras dengan hasrat KSSR yang menekankan elemen kreativiti dan inovasi, kaedah
tulang ikan merupakan suatu pembuka minda murid untuk lebih kreatif dan bereksperimentasi.
Tambahan pula, ia merupakan suatu pendekatan yang logik dan sistematik yang boleh diterima
pakai untuk PDPC.

Sebenarnya, banyak lagi pengubahsuaian yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan


kemahiran murid dalam topik pembundaran nombor bulat ini. Pelbagai kaedah yang lebih canggih
boleh diperkenalkan namun masih selaras dan relevan bergantung kepada tahap penguasaan murid.
Penambahbaikan ini boleh dijalankan secara berperingkat dan berterusan melalui kajiankajian
yang bakal muncul. Pokoknya, kreativiti guru harus diasah dalam menjadikan tajuk ini semakin
berkembang dan lebih diminati pada masa akan datang.

Rujukan

Munirah. (2011). Meningkatkan Minat Murid Tahun 2 Terhadap Mata Pelajaran Sains
Menggunakan Dam Sains Sebagai Bahan Bantu Mengajar. Terengganu: Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato' Razali Ismail

Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid


(PPPM) Tahun 2, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala
Lumpur.

Mazniyah Md Jaafar, Muhammad hussin, S. L Choo, Mohd Zubir Embong, Aminuddin


Mohd Sani, Zakiah Adris (1995). Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai