Anda di halaman 1dari 19

PENGGUNAAN “IMMERSIVE ENVIRONMENT MAXIM” DALAM ISU

PENGURANGAN PENGAMBILAN MURID BAHASA CINA SEKOLAH


MENENGAH

ABSTRAK

Oleh

CHONG CHIN LU
KETUA PANITIA BAHASA CINA
SMK KOTA MARUDU
2022

Kajian ini dijalankan untuk mengurangkan isu pengguguran subjek dan masalah kehadiran
murid Bahasa Cina SMK Kota Marudu. Seramai 207 murid Bahasa Cina yang mendaftar
pada awal tahun 2019 – 2022 telah dipilih sebagai sampel. Tinjauan awal telah dilaksanakan
melalui pemerhatian dan temubual pada tahun 2019-2021. Hasil daripada tinjauan
menunjukkan isu guguran subjek Bahasa Cina kritikal dan kehadiran murid ke kelas Bahasa
Cina tidak memuaskan. Faktor utama pengguguran subjek adalah kerana tidak berminat
melalui dapatan temubual murid. Intervensi “Immersive Environment MAXIM” telah
dilaksanakan pada pertengahan awal tahun 2022. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
pengurangan guguran subjek Bahasa Cina. Tidak terdapat guguran subjek atas sebab tidak
berminat setelah intervensi malah ada tambahan murid kerana berminat subjek ini. Peratus
purata kehadiran ke kelas juga terdapat peningkatan.

Kata Kunci: Bahasa Cina, Suasana Bilik Darjah, Kehadiran, Minat, Immersive Environment
PENGGUNAAN “IMMERSIVE ENVIRONMENT MAXIM” DALAM ISU
PENGURANGAN PENGAMBILAN MURID BAHASA CINA SEKOLAH
MENENGAH
Oleh
Chong Chin Lu
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu, Kota Marudu

4.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu


Semenjak saya bermula bertugas pada tahun 2016 di SMK Kota Marudu sebagai guru Bahasa
Cina, saya mendapati keadaan pembelajaran murid dari segi sikap dan penguasaan bahasa
yang amat membimbangkan. Sekiranya sedikit penekanan diberi kepada murid dalam
pembelajaran, wujudlah murid yang memaklumkan bahawa mereka ingin menggugurkan
subjek kerana tidak dapat mengangkat silibus yang lebih mendalam daripada silibus sekolah
rendah. Oleh demikian “Kesan Kupu-kupu” tercetus dan terbawalah beberapa murid yang
kurang motivasi dalam pembelajaran Bahasa Cina, hilang begitu sahaja walaupun pelbagai
usaha seperti berhubung dengan ibubapa, sesi kaunseling bersama murid dan sebagainya
telah dilakukan.
Disebabkan mata pelajaran ini subjek yang elektif, maka murid faham mereka
mempunyai pilihan dan hak untuk ambil atau gugur subjek ini. Namun ramai daripada
mereka sebenarnya dipaksa oleh ibubapa untuk mengambil subjek ini dengan keadaan
motivasi dan minat belajar yang sangat rendah. Oleh itu mereka jarang memberi fokus dalam
belajar atau jarang menyiapkan kerja rumah di luar waktu belajar, seterusnya gugur subjek
dengan alasan mereka langsung tidak dapat faham kandungan yang disampaikan kerana
terlampau dalam dan bosan.
Keadaan ini amat kritikal dan saya rasa tidak puas hati lalu teringin membaiki
keadaan seperti begini. Untuk mendapatkan idea dan pedagogi dalam pengajaran Bahasa
Cina yang lebih kreatif, saya telah menghadiri kursus-kursus yang dikendalikan samada
dalam Malaysia ataupun di luar negara seperti China dan Taiwan atas tanggungan sendiri.
Daripada kursus yang pernah saya sertai di China, saya berpeluang untuk mengikut
“Learning Walk” di beberapa sekolah di China. Khasnya semasa lawatan saya ke DongBei
ShiDa FuXiao (Primary School Attached to Northeast Normal University, Jilin, China),
suasana pembelajaran dan persekitaran di sana amat memberangsangkan. Daripada
pemerhatian dan perbandingan, saya mengesan faktor utama masalah murid Bahasa Cina
sekolah saya dan telah mendapat idea dan konsep daripada lawatan tersebut.
Pada peringkat awal, saya tidak dapat merealisasikan hasrat saya kerana tidak
mempunyai bilik khas yang sesuai tetapi saya faham hasrat ini wajib direalisasikan untuk
mengubah kedaaan murid Bahasa Cina yang kritikal ini. Saya mula merancang dan
mengumpul sumber sehingga panitia Bahasa Cina berjaya mendapat peruntukan sebuah bilik
khas yang sesuai. Kepercayaan ini terus mendorong saya menjalankan kajian tindakan ini
untuk merealisasikan sebuah bilik khas yang boleh menjadi persekitaran yang mengasyikkan
(immersive environment) untuk pembelajaran Bahasa Cina.
2.0 Isu Keperihatinan / fokus kajian
Isu kurang minat dalam pembelajaran Bahasa Cina sering menjadi halangan utama murid
untuk mengambil subjek elektif ini. Melalui pemerhatian dari tahun 2019 sehingga 2021,
murid Bahasa Cina cenderung untuk menggugurkan subjek ini atas alasan kurang minat dan
berasa tidak yakin untuk terus mengikut pembelajaran Bahasa Cina.
Daripada perbualan dan sesi kaunseling bersama murid, saya telah mengenalpasti masalah
utama isu pengguguran subjek ini adalah suasana dan persekitaran yang kurang kondusif
sewaktu PdPc Bahasa Cina. Selama ini, prasarana dan kemudahan Panitia Bahasa Cina serba
kurang. Menurut kajian Jeong (2018), penggunaan multimedia merupakan faktor pendorong
untuk peningkatan kecekapan Bahasa Inggeris serta motivasi dan autonomi dalam
pembelajaran bahasa. Namun sebelum ini, dua jam PdPc Bahasa Cina guru hanya boleh
mengguna kaedah “chalk and talk” tanpa penggunaan multimedia yang boleh
memberangsangkan motivasi dan pembelajaran murid. Tambahan pula pada masa yang sama
guru dan murid terpaksa berkongsi ruang PdPC di bilik APD atau mencari mana-mana
tempat yang berkelapangan seperti pondok-pondok khas, padang, laluan pondok kokurikulum
dan sebagainya. Apa lagi waktu kelas Bahasa Cina terletak di luar jadual waktu, banyak
faktor persekitaran yang mempengaruh motivasi intrinsik dan ekstrinsik murid untuk terus
belajar Bahasa Cina.
Ekoran daripada hal ini, saya sebagai ketua panitia Bahasa Cina harus mencari
penyelesaian masalah dan sering membincangkan isu ini bersama pentadbir. Pada awal tahun
2022, pentadbir mengagihkan sebuah bilik khas untuk panitia Bahasa Cina dan akhirnya
perancangan kajian masuk ke peringkat perlaksanaan menghasilkan bahan bantu mengajar
terbesar dalam panitia Bahasa Cina – “Immersive Environment MAXIM”. Nama MAXIM ini
adalah akronim daripada Bahasa Cina “Meng and Xiang in Mega” yang membawa maksud
impian yang besar. Melalui dapatan Wang et. al. (2020) membuktikan bahawa pengalaman
yang mengasyikkan (Immersive experience) dapat menyediakan murid untuk menerima
pembelajaran berasaskan pengalaman dengan menerokai budaya dan Bahasa Cina. Selain itu
bukti menunjukkan juga murid lebih sedar kepada isu pragmatik dan komunikasi kehidupan
harian. Justeru, kewujudan bilik MAXIM merupakan sebuah bahan bantu mengajar yang
menyeluruh dan ia juga merupakan silibus yang tersirat (hidden silibus) untuk menyokong
pembelajaran berasaskan pengalaman dan mendorong motivasi murid selaras dengan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah.
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Am
Tujuan kajian ini adalah untuk mengurangkan isu pengurangan pengambilan murid Bahasa
Cina dengan penggunaan “Immersive Environment MAXIM”.
3.2 Objektif Khusus
i. Mengurangkan kadar pengguguran mata pelajaran Bahasa Cina keranan kekurangan minat
dan berasa tidak yakin selepas penggunaan MAXIM.
ii.Meningkatkan peratus purata kehadiran murid ke kalas Bahasa Cina selepas penggunaan
MAXIM.
4.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran terdiri daripada 207 murid Tingkatan 1 – 5 yang mengambil Bahasa Cina
pada awal tahun 2019 – 2022.
Tahun Jumlah murid pada awal tahun Jumlah murid pada pertengahan
tahun
2019 56 38
2020 51 43
2021 47 35
2022 53 54
207 170

5.0 Perlaksanaan Kajian


5.1 Tinjauan Masalah
Jadual 1: Kaedah Mengutip Data
Langkah dan Tarikh Cara Penilaian Kump. sasaran Tujuan
1 Sepanjang 2019 Pemerhatian Semua murid Bahasa Mengesan isu dan
- 2022 Cina Tingkatan 1 - 5 masalah murid Bahasa
Cina.
2 Sepanjang 2019 Temubual 5 murid Bahasa Cina Mengesan isu dan
- 2022 Tingkatan 1 - 5 masalah murid Bahasa
Cina.
3 Sepanjang 2019 Kutipan data Semua murid Bahasa Mengesan perubahan
- 2022 kehadiran pra Cina Tingkatan 1 - 5 sebelum dan selepas
dan pos intervensi.

Dalam pelaksanaan kajian menggunakan intervensi bilik MAXIM, kaedah yang digunakan
untuk mengutip data adalah pemerhatian, temubual dan kutipan data pra dan pos.
5.1.1 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas trend guguran subjek dan sebab-sebab guguran
subjek yang diberi sepanjang tahun 2019 sehingga 2022 sebelum dan selepas penggunaan
bilik MAXIM. Sebelum penggunaan MAXIM, kes pengguguran subjek Bahasa Cina amat
kerap dengan alasan tidak berminat. Sebagai kebiasaan, apabila seorang murid yang gugur
subjek, ekoran daripada kesan rama-rama, beberapa kawannya akan mengikut jejaknya untuk
menggugur subjek.
Selain daripada trend guguran subjek, saya juga telah membuat pemerhatian ke atas
penglibatan atau kesungguhan murid semasa PdPc. Sikap belajar murid-murid Tingkatan 1
hingga ke 3 adalah pasif dan kehadiran adalah kurang memberangsangkan berbanding
dengan murid tingkatan 4 dan 5.
5.1.2 Temubual
Berdasarkan pemerhatian sepanjang masa 2019 ke 2022, saya telah mengadakan sesi
temubual secara tidak formal untuk mengetahui punca masalah yang menyebabkan isu
guguran subjek dan kehadiran yang kritikal. Walaupun pelbagai cara yang menyeronokan
(Fun Learning) diaplikasikan semasa PdPc, namun ia tetap tidak dapat menangani masalah
ini.
5.1.3 Kutipan Data Guguran Subjek dan Kehadiran Pra (2019-2021) dan Pos (2022)
Data murid yang mengambil subjek Bahasa Cina dikutip pada awal tahun dan pertengahan
tahun untuk memberi gambaran statistik bagaimana trend pengguguran subjek pada tahun
2019 sehingga ke 2022 selepas penggunaan bilik MAXIM.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Analisis Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati:
i. Murid lebih aktif untuk melibatkan diri dalam sesi PdPc dengan menyiapkan tugasan
yang diberi. Sebelum ini, murid mudah berasa rimas dan keinginan gugur subjek apabila
disuruh membuat tugasan seperti menyalin atau menulis. Selepas penggunaan bilik
MAXIM, murid mampu menyiapkan tugasan yang lebih berat melibatkan aktiviti
menyalin dan menulis walaupun ada sedikit rungutan. Selain itu, tulisan tangan menjadi
lebih kemas berbanding dengan penampilan “cakar ayam” sebelum ini.
ii. Murid menunjukkan senyuman yang lebih ceria semasa aktiviti dalam bilik MAXIM. Ada
murid yang pendiam sebelum ini menjadi lebih aktif bercakap walaupun pernah
menunjukkan keinginan gugur subjek.
iii. Murid lebih cenderung untuk datang kelas awal sebelum kelas bermula berbanding
dengan keadaan yang sebelumnya. Sebelum intervensi bilik MAXIM, guru selalunya
terpaksa menunggu kelewatan murid sehingga 30 minit kerana tiada murid yang hadir
awal. Apabila murid ditegur kerana tabiat dan sikap yang sedemikian, ekoran daripada hal
tersebut akan wujudnya ‘Tsunami Gugur Subjek’.
iv. Murid lebih mampu menerangkan contoh-contoh kebudayaan bangsa Cina selepas
penggunaan MAXIM yang mengutamakan pengalaman hands’ on kebudayaan dan
bahasa.
5.2.2 Analisis Temubual
Beberapa dapatan diperoleh daripada perbualan bersama murid seperti yang berikut:
i. Murid ingin menggugurkan subjek kerana langsung tiada minat untuk belajar.
Mereka tidak mahu lagi belajar subjek yang susah dan malas mahu berusaha.
ii. Murid lelah untuk belajar subjek elektif ini kerana terpaksa mencari tempat belajar
dan berpendapat tidak perlu datang awal kerana ramai yang lewat.
iii. Murid berasa tiada semangat dan malas kerana rakan seperjuangan telah gugur
subjek.
iv. Murid berasa berat untuk mengangkat subjek Bahasa Cina kerana banyak tugas
dan kelas tambahan yang lain. Tiada masa untuk Bahasa Cina.
v. Murid berasa bosan kerana tiada kawan atau tidak bermakna untuk kekal dalam
kelas Bahasa Cina.
vi. Kebanyakan murid bukan Cina lemah asas dan pengetahuan asas tentang
kebudayaan Cina, mereka tidak dapat menghayati petikan yang terdapat unsur
budaya Cina. Mereka tidak dapat memahami konteks yang terdapat dalam silibus.

5.2.3 Analisis Kutipan Data Pra dan Pos


Perbandingan data pengguguran subjek tahun 2019 – 2022 adalah seperti berikut:
Jadual 2 : Data Pengguguran Subjek pada Tahun 2019 - 2022
T1 T2 T3 T4 T5 T6B T6A

JAN JUL JAN JUL JAN JUL JAN JUL JAN JUL JAN JUL JAN JUL

20 16 12 12 5 6 5 10 10 12 6 - - - -
19

20 21 17 10 11 5 5 5 1 10 9 - 2 - -
Pra

20

20 13 9 17 11 11 10 5 4 1 1 - - 2 2
21

20 22 23 10 10 11 11 6 6 4 4 - - 2 -
Pos

22

Dapatan daripada data pengguguran subjek pra dan pos menunjukkan pengguguran memang
berlaku setiap setengah tahun. Namun perbandingan bilangan murid pra dan pos
menunjukkan dalam pertengahan awal pada tahun 2022 selepas penggunaan bilik MAXIM
adalah kekal bilangannya.
Jadual 3 : Analisis Sebab Pengguguran Subjek pada Tahun 2019 - 2022

MINAT KENDERAA KEPUTUSAN/ IBUBAPA PINDAH


N TIDAK SEKOLAH
MAMPU

2019 -11 +0 -5 +0 -6 +0 -2 +0 -1 +0
Pra

2020 -9 +1 -0 +0 -1 +0 -0 +0 -0 +0
2021 -9 +1 -3 +0 -2 +0 +1 +0 -0 +0
2022 -0 +6 -2 +0 -3 +0 +0 +0 -1 +0
Po
s

Apabila menganalisis sebab pengguguran subjek selama tempoh pra dan pos, data
menunjukkan bahawa sebelum penggunaan bilik MAXIM, pengguguran subjek atas sebab
kurang minat adalah kritikal manakala selepas intervensi berlaku terdapat penambahan
seramai 6 orang murid di kalangan Tingkatan 1 hingga ke 6 yang berminat untuk mengikut
kelas Bahasa Cina. Walaubagaimanapun, tidak dapat dielakkan juga alasan murid tidak
mampu kerana kandungan silibus KSSM bukan senang difahami sekiranya penguasaan asas
murid dalam Bahasa Cina terlampau rendah.
Jadual 4: Analisis Purata Kehadiran Kelas Bahasa Cina pada Tahun 2019 - 2022

T1 T2 T3 T4 T5 T6B T6A

2019 62.50% 41.67% 50.00% 80.00% 58.33% - -


Pra

2020 52.38% 45.45% 60.00% 100% 89.00% 90.00% -


2021 69.23% 64.71% 69.23% 25.00% 100% - 80.00%
2022 79.54% 84.28% 88.42% 89.32% 77.5% - 83.33%
Pos

Seterusnya melihat kepada purata kehadiran murid selama 4 tahun ini, kehadiran dan
kesanggupan murid menghadiri kelas Bahasa Cina adalah sangat kritikal, peratus purata
tercorot serendah 25% sewaktu masa perintah kawalan pergerakan semasa tahun 2021.
Semangat murid sangat lemah dan tidak menghantar sebarang maklum balas walaupun telah
menerima arahan dan tugasan. Bagaimanapun, purata kehadiran pada tahun 2019 lebih
bermakna untuk diperbandingkan kerana ia melibatkan kehadiran bersemuka di sekolah.
Selepas intervensi MAXIM, isu kehadiran kelas Bahasa Cina terdapat penambahbaikan dan
datang awal atau tepat masa sebelum kelas bermula.
5.3 Tindakan yang dijalankan
i. Selepas pemerhatian dan kutipan data, saya telah merancang intervensi bilik khas
MAXIM dengan rekaan tetapan berfungsi dan persekitaran mengasyikkan (functional
setting designed & Immersive Environment Setting) untuk menangani faktor tidak
berminat dan tidak ada latar belakang persekitaran budaya Cina berdasarkan prinsip
“Visual, Progression, Heuristic, Adaptability, Consolidation”.
ii. MAXIM merupakan akronim kepada “Meng and Xiang in Mega” yang membawa
maksud impian besar dalam Bahasa Cina. Nama MAXIM (MengXiang HuaWenBan)
ditetapkan dengan hasrat murid dapat mencari hala tuju dan semangat belajar.
iii. Dengan mempertimbangkan keperluan murid dari segi persediaan sesi PdPc yang lebih
berperikemanusiaan, 5 sudut utama direka khas untuk murid termasuk Sudut PdPc, Sudut
Pameran (Chinese Cultural Village), Sudut Bacaan, Sudut Rehat dan Sudut Pantri.
v. Rekaan tetapan berfungsi di Sudut PdPc termasuk ruang multimedia, ruangan aktiviti,
gambarajah garis masa dinasti China, dinding refleksi murid, dinding ikatan bersama
“Memori Kita”, dinding orientasi, paparan hasil karya-karya seni murid.
vi. Ruang multimedia diwujudkan untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran murid
melalui pelbagai rangsangan deria semasa PdPc.
vii. Gambarajah garis masa dinasti China memberi pengalaman secara visual semasa
penghayatan petikan samada dalam bahasa klasik atau bahasa moden.
viii. Tetapan dinding refleksi adalah satu kaedah untuk memberi peluang kepada murid
menulis dan meluahkan fikiran selepas PdPc.
ix. Dinding memori ditetapkan untuk menjaga ikatan murid dengan guru serta memupuk
semangat kekitaan dan menjaga kemenjadian subjek Bahasa Cina bersama.
x. Di Sudut Pameran (Chinese Cultural Village) pula terdapat persediaan bahan-bahan yang
murid boleh buat aktiviti untuk menimba pengalaman seperti seni kaligrafi, seni gunting
kertas, seni ukir cop batu, Peking Opera Face Mask, Seni Tembikar, Seni Minum Teh
Cina, pameran hasil tangan 3D murid, permainan kad Bahasa Cina dan lain-lain.
xi. Sudut Membaca merupakan perpustakaan kecil dan membekalkan pelbagai jenis bahan
bacaan dalam Bahasa Cina untuk memupuk minat membaca.
xii. Sudut Rehat merupakan satu ruang yang membolehkan murid merehatkan minda dan
badan. Ini kerana waktu kelas Bahasa Cina terletak di luar jadual waktu, murid boleh
menyegarkan minda sebelum kelas bermula. Di samping itu, sudut ini juga terdapat
tetapan berfungsi seperti dinding hari jadi untuk menangani isu silap menulis tarikh dalam
Bahasa Cina. Selain itu, bahagian itu terdapat juga paparan hasil PdPc murid untuk
tatapan murid semasa berehat.
xiii. Sudut Pantri diwujudkan untuk memberi murid menikmati juadah dan bersedia secara
fizikal untuk meneruskan pembelajaran. Selain itu, ruang ini juga merupakan ruang
aktiviti yang melibatkan pengalaman yang melibatkan deria rasa dan bau seperti “Taste of
Chinese” dengan hasrat dapat merasai penerangan dalam petikan yang berkaitan dengan
budaya makan dan minum bangsa Cina.
xiv. Rekaan tetapan berfungsi seumpama silibus tersirat atau bertindak sebagai bahan bantu
mengajar yang selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah.
xv. Persekitaran bilik MAXIM merupakan satu medium untuk membantu dalam interaksi
antara murid dengan murid, murid dengan guru, murid dengan persekitaran.
xvi. Semasa PdPc, murid akan diberi 30 – 45 minit untuk menjalankan aktiviti budaya yang
disediakan seperti seni kaligrafi, seni melukis topeng peking opera, seni gunting kertas
dan sebagainya.
xvii. Hasil tangan murid yang baik akan dijadikan tetapan atau hiasan unsur China di
sudut-sudut yang berkenaan.
xviii. Gambar-gambar aktiviti semasa PdPc dan aktiviti budaya diambil dan dilekat pada
dinding Memori Kita.
xix. Setiap kali kelas, saya akan mengingatkan murid untuk meninggalkan refleksi dan
perasaan terhadap Bahasa Cina pada dinding refleksi sebagai “Exit Ticket”.
xx. Pada awal perjumpaan, saya meminta murid menulis tarikh hari jadi dalam Bahasa Cina
pada batang kayu dan diletak pada ruang bulanan dinding hari jadi.

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian


Kajian tindakan ini telah dilaksanakan selama 4 tahun, termasuk tempoh pemerhatian dan
tempoh perlaksanaan. Pada peringkat awal, saya memperkenalkan bilik MAXIM ini kepada
murid Bahasa Cina Tingkatan 1 ke 5 setiap kali perjumpaan bersama mereka. Saya
memperkenalkan setiap sudut dan keperluannya dalam pembelajaran samada dalam waktu
PdPc atau di luar waktu interaksi tidak formal kepada murid-murid. Tujuan tetapan dalam
bilik MAXIM ini adalah untuk mewujudkan sayang murid terhadap Bahasa Cina dan budaya
Cina dengan hasrat menangani isu utama dalam panitia Bahasa Cina.
Dengan usaha bersama murid, bilik MAXIM semakin menambah unsur budaya Cina
dan juga fungsinya. Berdasarkan pemerhatian saya, kesanggupan murid untuk menaruh lebih
usaha dalam pembelajaran semakin meningkat, salah satunya memberi tumpuan ketika
menjalankan sesi PdPC.
Pada peringkat awal, semua murid tidak kenal tulisan Cina Dinasti Qin walaupun ada
segelintir murid pernah nampak tulisan tersebut, murid tidak tahu budaya minum teh Cina,
murid tidak pernah nampak dan sentuh cop tradisi Cina dan sebagainya, namun ini semua
sebahagian kecil daripada pengetahuan budaya yang terdapat dalam bacaan Bahasa Cina.
Pandangan murid menjadi luas dan tidak lagi hanya tertumpu pada gambar, tetapi ada objek
sebenar yang boleh dipegang dan direnung. Lebih-lebih lagi kemudahan multimedia dalam
PdPc berjaya membawa pengalaman visual murid di luar negara China melalui “Google
Search” atau “YouTube”.
Melalui pemerhatian, murid lebih ceria dan bersemangat untuk datang ke kelas lebih
awal. Murid-murid akan saling mengajak untuk datang lebih awal untuk bermain catur Cina
atau membuat minuman di sudut pantri. Terdapat juga murid yang terpaksa datang awal
kerana masalah kenderaan, mereka akan juga masuk kelas samada berehat, membaca atau
membuat kerja rumah subjek lain. Ruang MAXIM umpamakan rumah atau tempat berehat
sekiranya mereka perlu menunggu masa untuk kelas sesi petang bermula. Semasa penantian,
murid-murid akan berjalan-jalan dan berinteraksi bersama persekitaran di sudut pameran,
sudut bacaan, dinding hari jadi, dinding memori kita dan sebagainya.
5.5 Refleksi Kajian
Perubahan dari segi bilangan murid menggugur subjek pada awal pertengahan tahun
dan purata kehadiran murid Bahasa Cina amat ketara selepas penggunaan bilik MAXIM.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan bilik MAXIM yang
mengutamakan rekaan tetapan berfungsi dan persekitaran mengasyikkan (functional setting
designed & Immersive Environment Setting) terdapat impak yang positif kepada kemenjadian
murid Bahasa Cina.
Walaupun masih terdapat murid yang gugur subjek Bahasa Cina, namun punca
utamanya bukan disebabkan minat tetapi faktor yang diluar kawalan seperti pindah sekolah,
masalah kenderaan dan tidak berkemampuan untuk belajar silibus Bahasa Cina sekolah
menengah. Di sebaliknya pula, terdapat tambahan 6 murid kerana berminat untuk belajar
Bahasa Cina bersama.
Di samping itu, hasil dapatan daripada pemerhatian adalah perubahan sikap murid-
murid kerana menunjukkan semangat belajar dengan datang kelas lebih awal.
Saya berasa sangat tersentuh dan terharu apabila terbaca senyuman yang ceria pada
wajah murid-murid terutamanya mereka yang biasanya pendiam dan tidak banyak bercakap.
Murid-murid menjadi lebih berani untuk meluahkan perasaan keinginan dan pandangan
mereka samada semasa atau di luar waktu PdPc.
6.0 Cadangan untuk Kajian Seterusnya
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:-
i. Mewujudkan ‘Digital Interactive Whiteboard” di sudut PdPc yang boleh
memperkayakan pengalaman dan minat belajar murid.
ii. Menambahkan aplikasi tablet “Dunia di hujung jari” semasa PdPC dengan
kemudahan “WiFi”
iii. Kaedah soal selidik diguna untuk meninjau kepuasan murid atas penggunaan bilik
MAXIM.
Hasil daripada kajian yang djalankan, saya dapati banyak perubahan dan impak yang positif
dan memberangsangkan dari segi minat, kehadiran dan amalan pembelajaran murid dan guru.
Saya berharap hasil kajian saya boleh menjadikan satu rujukan kepada yang berkenaan dan
dimanfaatkan untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang menarik khasnya dalam
bidang bahasa.

BIBLIOGRAFI
1. Jeong K.O. (2018). Developing Efl Learners’ Communicative Competence Through
Multimedia-Assisted Language Learning. Journal Of Theoretical And Applied
Information Technology, 96(5), 1367-1376.
https://www.researchgate.net/profile/Kyeong-Ouk-Jeong/publication/
324158629_Developing_efl_learners'_communicative_competence_through_multime
dia-assisted_language_learning/links/5bfd2e0da6fdcc76e722f528/Developing-efl-
learners-communicative-competence-through-multimedia-assisted-language-
learning.pdf
2. Wang, Y.J., Grant, S., & Grist, M. (2021) Enhancing the learning of multi-level
undergraduate Chinese language with a 3D immersive experience - An exploratory
study. Computer Assisted Language Learning, 34(1-2),114-132. 
https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/09588221.2020.1774614
LAMPIRAN: PELAKSANAAN INTERVENSI

Sudut PdPC – Ruang Multimedia dan Ruang Aktiviti


Sudut PdPC – Gambarajah Garis Masa Dinasti China dan Dinding Refleksi

Sudut PdPC – Dinding Memori Kita


Sudut PdPC – Dinding Orientasi dan Tulisan Kaligrafi

Sudut Pameran – Chinese Cultural Village


Sudut Pameran – Seni Kaligrafi

Sudut Pameran – Seni Gunting Kertas


Sudut Pameran – Cop Tradisi China

Sudut Pameran – Seni Mengukir Cop Batu China


Sudut Pameran – Seni Topeng Opera Beijing

Sudut Pameran – Seni Membuat Tembikar


Sudut Pameran – Seni Minum Teh China

Sudut Pameran – Hasil tangan 3D murid, Chinese Intangible Cultural Heritage of Humanity
Booklet, Mainan Cina
Sudut Bacaan

Sudut Rehat – Dinding Hari Jadi, Dinding Hasil Tangan Murid (Silibus)
Sudut Pantri – Taste of Chinese

Anda mungkin juga menyukai