Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU, JOHOR.







KERTAS CADANGAN

PROGRAM PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA CINA




TEMPAT
DEWAN SEKOLAH




PENGANJUR
GURU PELATIH IPGKTI
DAN
GURU-GURU PANITIA BAHASA CINA
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) SAWIT





1.0 PENDAHULUAN
Program ini dicadang dan dijalankan oleh Panitia Bahasa Malaysia SJK (C)
Sawit, Kulai. Murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 4 dikehendaki
menyertai program pertandingan ini. Program pertandingan ini bertujuan
untuk memperkembangkan lagi potensi murid-murid dalam pencapaian
akademik dalam mata pelajaran Bahasa Cina. Pada masa yang sama,
program ini juga bertujuan untuk mencungkil serta mendedahkan bakat-bakat
yang ada pada murid-murid seperti kemahiran bercerita dan berucap di
kalangan ramai.

2.0 RASIONAL
Program Pertandingan Bercerita merupakan pertandingan yang dijalankan
mengikut Tahun. Program pertandingan ini dijalankan untuk mencungkil
bakat murid-murid dalam kemahiran bercerita Bahasa Cina dan seterusnya
memperkembangkan lagi potensi mereka untuk pencapaian yang lebih
cemerlang.

3.0 MATLAMAT
Matlamat program ini dijalankan adalah untuk mencungkil bakat-bakat murid.
Ini adalah menyokong kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berteraskan untuk melahirkan insan modal yang sempurna dari segi JERIS.
Murid-murid juga boleh mendapat pengalaman berdasarkan peringkat
pertandingan yang dijalankan di sekolah.

4.0 OBJEKTIF
Terdapat beberapa fokus utama dalam Program Pertandingan Bercerita ini,
antaranya ialah:
4.1 Mencungkil serta mendedahkan bakat murid-murid.
4.2 Dapat membiasakan diri murid-murid untuk pertandingan peringkat
sekolah

5.0 TARIKH
5 OGOS 2014 (Hari Selasa) (Tahun 1 dan 2)
6 OGOS 2014 (Hari Rabu) (Tahun 3 dan 4)

6.0 MASA
7:45am 11:45pm (4 jam)

7.0 TEMPAT
Dewan sekolah SJK (C) Kelapa Sawit

8.0 JAWATANKUASA KERJA
PENGERUSI : Pn. Yiap Guik Ting (Guru Besar)
TIMBALAN PENGERUSI : Pn Tham Chew Heong (PK1)
NAIB PENGERUSI : Pn. Ong Siew Phang (PK HEM)
Cik Wong Yek Pin (PKKK)
PENYELARAS : Pn. Tan Lian Kee
Cik Anita Tie Mei Hua
Cik Wong Kie Wen
En. Wong Kheng Hock
SETIAUSAHA : Cik Anita Tie Mei Hua
NAIB SETIAUSAHA : Pn. Low Pek Fun
BENDAHARI : Cik Wong Kie Wen
PENOLONG BENDAHARI : Pn. Lye Lee Thow

8.1 AHLI JAWATANKUASA
JK. PERALATAN : En. Wong Kheng Hock
En. Cheng Fuh Yuan
JK. DOKUMENTASI

JK. PENGADIL

: Cik Anita Tie Mei Hua
Cik Wong Kie Wen

: Tahun 1
Cik Lee Sian Foon
Cik Tee Li Peng
Pn. Tang Yan Nee

Tahun 2
Pn. Khor Ah Siew
Pn. Liew Mei Ling
Pn. Lim Jui Kian

Tahun 3
Pn. Lye Lee Thow
Pn. Low Pek Fun
Pn. Wong Siew Yock

Tahun 4
Pn. Wong Lee Lee
Pn. Lee Yen Hong
Pn. Chee Fook Sia

JK. FOTOGRAFI : Cik Anita Tie Mei Hua
Cik Belinda
Hadiah : Cik Wong Kie Wen


9.0 PELAN TINDAKAN




10.0 ANGGARAN BELANJAWAN
10.1 PERBELANJAAN
Bil. Perkara Kos seunit
(RM)
Kuantiti Jumlah
(RM)
1. Kertas A4 0.10 40 4.00
2. Pingat 4.50 24 108.00
Jumlah 112.00

JUMLAH KESELURUHAN:
SATU RATUS DAN DUA BELAS RINGGIT MALAYSIA


MENERIMA KERTAS CADANGAN
MERANCANG KRITERIA-KRITERIA DAN PERATURAN
PERTANDINGAN
PEMILIHAN MURID-MURID UNTUK PERTANDINGAN
MENJALANKAN PERTANDINGAN-PERTANDINGAN BAHASA
MALAYSIA DI DEWAN SEKOLAH
TINDAKAN SUSULAN DAN PENAMBAHBAIKAN
11.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program Pertandingan Bercerita dapat dijalankan
dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektif seperti yang diharapkan.
Diharapkan juga selepas pertandingan ini, murid-murid lebih yakin diri dan
menguasai kemahiran bercerita dan berucapan dengan lebih baik. Kerjasama
dan sokongan yang diberikan sama ada dalam bentuk idea, sumbangan
kewangan dan sebagainya amat kami hargai dan dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.



Disediakan oleh :


(ANITA TIE MEI HUA)
Guru Pelatih IPGKTI



Disemak oleh: Diluluskan oleh:

.. ..
(LOW PEK FUN) (YIAP GUIK TING)
Guru Pembimbing, Guru Besar,
SJK (C) Sawit. SJK (C) Sawit.

Anda mungkin juga menyukai