Anda di halaman 1dari 5

INOVASI A-TACT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA DAN MENULIS LIMA PERKATAAN KVK MURID PEMULIHAN TAHUN 2 SITI NAJWA

BINTI MOHD TAHIR PISMP 8F

Inovasi yang dilaksanakan ini adalah berkaitan dengan pengaplikasian audio dan taktil terhadap masalah mengeja dan menulis murid pemulihan tahun 2. Inovasi ini dijalankan bagi membantu meningkatkan tahap kemahiran mengeja dan menulis lima perkataan KVK (pen, jem, van, jag dan beg) murid pemulihan. Kemahiran menulis merupakan salah satu keperluan yang terdapat dalam tiga asas kemahiran pendidikan pemulihan. Ramai murid menghadapi masalah yang berkaitan dengan mengeja dan menulis yang membabitkan kesukaran pengekodan suku kata dan huruf. Berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan kepada murid-murid pemulihan, didapati seramai dua orang kanak-kanak yang tidak dapat menulis lima perkataan KVK dengan betul. Perkara ini telah saya sedari semasa saya mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dalam kelas pemulihan. Saya telah mengajar dua orang murid ini bagi kemahiran perkataan KVK, di dalam pengajaran saya telah menggunakan kad gambar, kad perkataan KVK dan kad huruf yang membentuk cerakinan perkataan KVK. Contoh, pen, jem, van, jag dan beg, namun murid masih terkeliru untuk menulis dengan betul. Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, apabila saya menunjukkan kad gambar pen, dua orang murid itu boleh menyebut perkataan dengan betul. Namun, apabila saya meminta mereka menulis perkataan KVK tersebut, mereka melakukan kesilapan semasa menulisnya. Semasa saya mengajar, murid-murid ini tidak mempunyai masalah dalam membaca dan menulis perkataan KVK yang lain. Mereka hanya memiliki masalah menulis pada perkataan pen, jem, van, beg dan jag. Di dalam pemerhatian itu juga, saya mendapati murid ini menulis melalui sebutan perkataan KVK yang dirasakannya betul. Contohnya, perkataan beg menjadi bat atau bej. Saya memilih lima perkataan ini sahaja kerana murid mempunyai masalah yang ketara di dalam menulis lima perkataan ini sahaja. Tinjauan masalah sebelum Inovasi ini dilakukan dengan mengumpul data atau sebarang maklumat melalui alat Inovasi pertama iaitu, pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak ke atas murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Alat Inovasi yang

kedua, pengkaji menggunakan analisis dokumen dari borang senarai semak dan hasil kerja untuk melihat tahap kemahiran menulis perkataan. Alat Inovasi ketiga, ialah instrumen ujian sebelum Inovasi dan selepas Inovasi. Melalui pemerhatian, pengkaji melihat subjek tidak dapat menulis perkataan pen, jem, van, beg dan jag dengan betul. Subjek menulis perkataan mengikut cara menyebut perkataan KVK tersebut yang dirasakannya betul. Contohnya, van menjadi ven. Subjek boleh membaca perkataan namun terdapat masalah semasa menulis perkataan pen, jem, van, beg dan jag. Berdasarkan maklumat dari borang senarai semak yang melihat aspek hasil kerja murid dan lembaran kerja murid, telah didapati bahawa murid tidak dapat menulis perkataan pen, van, jem, beg dan jag sahaja. Perkataan-perkataan lain boleh ditulis dengan betul setelah menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran selama beberapa minggu. Melalui ujian sebelum Inovasi didapati murid hanya mampu menjawab 1 dari 5 soalan ujian dan didapati kedua-dua subjek hanya mampu memperoleh markah 20%. Murid hanya dapat menjawab 1 soalan dengan betul dan ini menunjukkan hasil tidak mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pemilihan kumpulan sasaran Inovasi adalah berdasarkan masalah yang paling ketara dihadapi di sekolah ini dalam kelas pemulihan. Seramai 2 orang murid pemulihan yang terlibat dalam Inovasi ini. Subjek ini terdiri daripada dua orang murid lelaki. Subjek berumur lapan tahun. Kedua-duanya sedang belajar dalam kelas pemulihan yang sama. Kedua-dua subjek ini merupakan murid lelaki. Mereka belajar di dalam kelas 2 Kreatif pada aliran perdana. 2 Kreatif merupakan kelas ke dua daripada dua kelas, kelas yang pertama ialah kelas 2 Setia. Mereka mengalami masalah yang sama dalam menulis perkataan pen, jem, van, jag dan beg. Inovasi yang akan digunakan ialah teknik A-Tact. A membawa maksud Audio. Tact pula daripada bahasa Inggeris Tactile di dalam bahasa Melayu ialah taktil. Di dalam ini terdapat gabungan bahan bantu mengajar antara bunyi audio dan bahan taktil yang mengaktifkan rangsangan sensori motor halus. Murid dapat membina rangsangan sentuhan rasa, penglihatan dan pendengaran. Model bahan sentuhan ialah kertas foam yang lekuk dan terdapat dasar kertas pasir di dalamnya mampu mengaktifkan rangsangan murid untuk merasakan dengan jari

permukaan kertas pasir dan bentuk lekuk huruf dari kertas foam. Contohnya perkataan pen, akan disentuh oleh murid di samping bahan audio dimainkan, audio yang menggunakan lagu dengan lirik perkataan KVK. Rajah 1 di bawah ini menunjukkan gambaran Inovasi A-Tact yang sedang dijalankan.

pen
Kertas pasir pada dasarnya, huruf itu pula lekuk ke dalam diperbuat dari kertas foam dan di situ murid boleh menggerakkan jarinya.

Sambil itu audio akan dimainkan dari jarak yang berdekatan

Rajah 1 : Gambaran Inovasi A-Tact yang dijalankan

BAHAN TAKTIL
Bahan taktil ini akan dipasang bersama audio nyanyian. Lagu ini hanya ada lima perkataan KVK sahaja.

Terdapat lima langkah utama dalam fasa tindakan Inovasi A-Tact. Pengkaji telah menyusun langkah-langkah tersebut seperti yang dipaparkan dalam jadual 1 di bawah. Tindakan dilaksanakan sebanyak 3 kali sesi pengajaran.

Jadual 1 : Prosedur Pelaksanaan Fasa Tindakan A-Tact


Langkah Langkah 1 Pelaksanaan Pengkaji mentadbir aktiviti A-Tact iaitu A Audio lagu KVK seiring Tact iaitu taktil perkataan KVK kepada subjek selama 10 minit Langkah 2 Pengkaji mentadbir aktiviti menyanyi lagu KVK tanpa iringan muzik bersama menyentuh bahan taktil. Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5 Pengkaji mentadbir aktiviti menulis perkataan KVK Pengkaji menganalisis hasil Inovasi Rumusan

Sebelum pelaksanaan Inovasi, dapat dilihat masalah mengeja dan menulis perkataan di dalam ujian sebelum Inovasi. Melalui item senarai semak itu, telah terbukti subjek tidak menunjukkan sebarang peningkatan semasa Inovasi belum dijalankan. Melalui pemerhatian juga di dapati subjek mempunyai masalah menulis perkataan pen, jem, van, jag dan beg. Selepas Inovasi dijalankan, murid menunjukkan peningkatan yang positif. Murid sudah boleh mengeja dan menulis dengan betul perkataan pen, jem, beg, van dan jag. Ujian selepas Inovasi bagi mengetahui kemahiran mengeja telah dilakukan mendapati murid mampu mengeja perkataan KVK yang ditetapkan. Murid A memperoleh markah 80%. Murid A dapat menjawab 4 dari 5 soalan dengan betul. Murid B pula dapat mengeja kelima-lima perkataan dengan betul dan memperoleh markah sebanyak 100%. Selepas Inovasi dijalankan, murid membuktikan peningkatan pada menjawab soalan Inovasi pertama melalui senarai semak semasa melihat kemahiran mengeja murid mengalami peningkatan daripada tidak telah menjadi ya. Subjek telah dapat mengecam, menyebut dan mengeja perkataan pen, jem, van, jag dan beg. Persoalan Inovasi kedua dapat dijawab dengan menggunakan. Ujian sebelum dan selepas Inovasi yang berbentuk ujian bertulis kemahiran menulis perkataan KVK. Menggunakan

analisis dokumen melalui borang senarai semak tentang kemahiran menulis murid pemulihan dan kaedah pemerhatian menggunakan borang senarai semak.

Hasil analisis ujian selepas Inovasi membuktikan subjek mengalami peningkatan kerana berjaya memperoleh markah 80% bagi murid A, dan 100% bagi murid B. Murid A berjaya menjawab 4 dari 5 soalan dengan betul. Murid B pula berjaya menjawab semua 5 soalan perkataan KVK dengan betul. Analisis dokumen hasil kerja menunjukkan subjek menunjukkan peningkatan kemahiran menulis perkataan KVK. Hasil menulis ini terlihat pada menjawab lembaran kerja dengan tepat, aktiviti menulis pada buku tulis dengan betul, aktiviti menulis pada papan putih dan minat mereka dalam pelibatan secara aktif semasa menulis seiring dengan. Kemahiran menulis murid mengalami peningkatan daripada tidak telah menjadi ya. Subjek menunjukkan rasa minat di dalam kelas pemulihan bahasa Melayu. Mereka mulai berani untuk menulis perkataan di hadapan kelas pada papan putih. Mereka akan cuba menjawab sehingga betul. Selepas itu, subjek juga melibatkan diri di dalam aktiviti menulis dengan fokus yang tinggi. Subjek menunjukkan peningkatan di dalam menulis pen,jem,van,jag dan beg semasa latihan aktiviti menulis perkataan KVK . Bermula pada perkataan pen,jem,van,jag dan beg perlu dibetulkan cara menulis perkataan ini. Namun, setelah beberapa minggu perubahan yang baik semakin ketara ditunjukkan oleh subjek. Sewaktu menjawab pada lembaran kerja, subjek langsung tidak bergantung kepada pengkaji.

KOS INOVASI Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Perkara. Kertas A4. Dakwat pencetak. Marker. Perhubungan.(Nilai tambah telefon dan minyak kereta) Kertas pasir Kertas foam Kertas keras (monting board) Gam Bilangan. 1 rim Tangki penuh. 3 batang Sepanjang tempoh Inovasi tindakan 3 keping 2 keping 1 keping 1 botol JUMLAH Harga seunit.(RM) 10.00 55.00 5.70 60.00 6.00 4.00 4.00 2.50 147.20

Anda mungkin juga menyukai