Anda di halaman 1dari 17

TINDAKAN SUSULAN, PENGAWALAN, PENYELIAAN DAN KOMUNIKASI

Halangan komunikasi guru pemulihan dengan rakan guru dan ibu bapa

Nama Ahli :

Nurul Ain Solehah binti Alias Siti Najwa binti Mohd Tahir

Definisi komunikasi
Johns (1996) Komunikasi sebagai proses pertukaran maklumat di antara penyampai dan penerima maklumat di kalangan pelbagai pihak. Green Berg & Baron (1996) Satu proses di mana individu, kumpulan dan organisasi yang bertindak sebagai penyampai menyampai maklumat kepada individu, kumpulan dan organisasi lain yang bertindak sebagai penerima mesej. Proses penghantaran, penerimaan & pertukaran maklumat, pendapat atau idea melalui tulisan, percakapan.

Definisi halangan
hal yang menyebabkan tidak terlaksananya suatu rancangan (maksud, keinginan) atau terhentinya suatu pekerjaan.

Halangan Komunikasi dengan Rakan Guru

Peristiwa
Sesetengah guru pemulihan sukar untuk mendapatkan kerjasama dari rakan guru : Cikgu, saya nak minta tolong kamu, nanti semasa kelas bahasa Melayu, saya serahkan dua orang anak murid saya tahun 4 dan tahun 5 dalam kelas akhir yang masih merangkakrangkak membaca tu tapi cikgu, saya

Adakah masalah berasal dari Guru Pemulihan sendiri?


Guru pemulihan tidak bertegas menghujahkan hak dan tugas kerja mereka. Sikap rela bertanggungjawab pada apaapa perkara akan berlaku selepas menegakkan haknya. Guru pemulihan menunjukkan kelakuan goyang kaki seperti tidak mempunyai kerja. Guru pemulihan sewajarnya menjalankan seminar untuk menerangkan segalanya tentang pemulihan. Mengambil tahu keadaan murid selepas melepasi program Pemulihan. Guru pemulihan perlu bertanggungjawab untuk berkongsi pendapat dan pengalaman tentang seseorang murid dan berbincang dengan guru biasa.

Selain itu
Mengingatkan rakan guru untuk menjalankan penilaian pada bekas murid pemulihan serta menyimpan rekod tersebut. Perskriptif termasuk menjalankan program individu murid pemulihan, mengadakan bengkel Pemulihan di peringkat sekolah. Menjalankan proses khidmat bantu iaitu membantu rakan guru mengubahsuai aktiviti dan bahan pengajaran, dan menunjuk ajar mereka dengan betul. Menjadi guru pendamping pada rakan guru bagi sentiasa mengambil tahu prestasi murid-murid. Mengamalkan cara mengajar secara berpasukan sekiranya keadaan memerlukan.

Adakah masalah bermula dari rakan guru?


Rakan guru tiada sikap empati terhadap guru pemulihan, maka wujudlah halangan berkomunikasi setelah mereka tidak memahami bidang kerja guru pemulihan. Menurut Henry Backrack (1996), mendefinisikan empati sebagai kemampuan seseorang untuk mengetahui apa yang sedang dialami orang lain pada suatu saat tertentu, dari sudut pandang orang lain itu, melalui kacamata orang lain itu. Bersimpati, pihak lain turut berasa sedih bagi orang lain atau turut berasa dibebani apabila mempunyai masalah yang ditanggung oleh orang lain. Perasaan berempati ini adalah merasakan sesuatu seperti orang yang mengalaminya, berada di kapal yang sama dan merasakan perasaan yang sama dengan cara yang sama.

Halangan komunikasi (psikologi)


rakan guru bahasa Melayu kerap memainkan halangan komunikasi berbentuk psikologi yang menjejaskan komunikasi dari guru Pemulihan. Halangan komunikasi yang dimainkan ialah dari segi emosi. Rakan guru yang kerap menuding jari pada guru Pemulihan menunjukkan reaksi marah dan tidak berpuas hati pada cara kerja guru pemulihan. Hal ini boleh menyebabkan guru pemulihan terhimpit pada halangan emosi semasa komunikasi. Menyebabkan takut untuk bersuara dan berasa serba salah.

Halangan Komunikasi (sosial)


halangan komunikasi dari sudut sosial, jantina dan budaya juga menjadi salah satu perkara yang telah terkait di dalam isu. Kumpulan sosial, jantina, dan budaya yang lain memerlukan adat yang lain kerana norma, kehidupan, peraturan, pengalaman, latar belakang, cara kerja dan pendidikan yang berbeza. Contoh : rakan guru ialah senior di sekolah tersebut. Sedangkan guru pemulihan ialah guru baru.

Halangan Komunikasi (emosi)


Rakan guru juga mempunyai persepsi melabel guru pemulihan sebagai guru yang tiada kerja dan pemalas. Rakan guru turut melabel situasi, di mana mereka perlu mengawal keadaan kelas untuk membantu murid bekas murid pemulihan yang lemah dalam kelas aliran perdana, hingga terabai murid yang pandai dan sederhana di dalam kelas itu. Maka, guru pemulihan mempunyai respon dan interprestasi yang berbeza setelah berdepan dengan situasi ini. Rakan guru juga sedaya upaya cuba membuktikan bahawa guru Pemulihan gagal menyelamatkan sepenuhnya bekas murid Pemulihan tersebut.

Sambungan
Rakan guru tidak mahu bekerjasama dengan guru Pemulihan. Rakan guru juga merendahkah atau melabel guru Pemulihan ialah guru berprofesion rendah. Rakan guru mengkritik kerja guru pemulihan tanpa memberi cadangan yang praktikal bagaimana hendak memperbaikinya. Rakan guru mewujudkan klik- mereka merasakan mereka lebih penting dan kuat berbanding guru pemulihan. Rakan guru menyebarkan pandangan negatif dan emosi negatif pada guru lain tentang guru pemulihan. Contoh : rakan guru mengumpat hingga guru pemulihan mengetahuinya.

Halangan komunikasi dengan ibu bapa

Peristiwa
Sesetengah guru Pemulihan menghadapi halangan komunikasi dengan ibu bapa : Cikgu, tolonglah anak saya ni memang nakal sangat-sangat, dah tak nak belajar lagi dah saya pun tak tau nak buat apa ,cikgu buatlah apa yang patut, cikgu sajalah yang didik dia ye Tapi, puan tak boleh

Ibu Bapa
Ibu bapa yang tidak mahu memberikan kerjasama sukar menyebabkan untuk melaksanakan proses pemulihan murid. Ibu bapa yang lepas tangan, dan menyerahkan bulatbulat segala tugas pada guru Pemulihan. Boleh menyebabkan murid tidak dapat bimbingan dan perhatian dari rumah. Ibu bapa tidak menyatakan masalah yang dihadapi oleh anak-anaknya. Ibu bapa sibuk dengan bekerja dan mengabaikan anakanaknya. Ibu bapa kurang kesedaran tentang kepentingan ilmu.

Guru pemulihan
Tidak boleh terus berputus asa dengan kerjasama yang tidak diberikan oleh ibu bapa. Guru perlu terus mewujudkan hubungan yang erat dengan anak murid. Guru perlu menjalankan langkah pengajaran yang menarik hingga murid berminat untuk belajar dan berusaha di rumah bukan hanya di sekolah.

Rujukan
http://angrianiworld.com/ubk/index.php?opti on=com_content&task=view&id=73&Itemid=1 http://cikguhaidi.wordpress.com/2009/05/04/ masalah-guru-pemulihan-part-3/ http://angrianiworld.com/ubk/index.php?opti on=com_content&task=view&id=77&Itemid=7 0

Anda mungkin juga menyukai