Anda di halaman 1dari 15

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Tajuk Kajian: Penggunaan Roda Impian Saya bagi meningkatkan kemahiran mengeja dan menulis abjab kecil dan besar a-z.

1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Saya sedang menjalankan praktikum selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri, Seberang Perai Selatan. Pada minggu pertama praktikum, saya telah berpeluang untuk menjadi guru ganti bagi kelas 6 Islah. Saya telah meminta murid untuk membaca petikan yang terdapat dalam buku teks. Saya dapat mengenalpasti terdapat beberapa orang murid yang mengalami kesukaran semasa membaca. Saya sangat sedih apabila mendapat tahu perkara seperti ini masih wujud bagi murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Bagi mendapatkan pengesahan tentang perkara yang berlaku, saya telah membuat sesi temu bual dengan guru pemulihan. Berdasarkan keterangan yang diberikan, saya mendapat maklumat bahawa terdapat pelajar yang masih tidak dapat membaca dengan lancar. Selain itu, terdapat juga pelajar yang tidak dapat menjalankan pengiraan matematik dengan betul. Mereka sukar untuk menyelesaikan soalan matematik yang mudah. Pada pendapat saya, masalah ini timbul ekoran daripada pelajar tidak dapat menguasai kemahiran asas dalam bacaan dan pengiraan. Oleh itu, suatu penyelesaian yang sesuai perlu dicari bagi membantu pelajar-pelajar yang bermasalah ini. Melalui beberapa sumber literitur yang telah diambil sebagai rujukan kajian, seperti jurnal yang telah dihasilkan oleh Abdul Rahim bin Hamdan dan Hayazi bin Mohd
1

Yasin

(2011)

yang

menerangkan

bahawa

Dalam

Proses

pengajaran

dan

pembelajaran, ransangan dari pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan inovasi pelajar. Bahan-bahan terkini perlu disediakan agar dapat membantu pelajar memahami konsep yang diajar dan sebagai penyokong kepada pengajaran guru itu sendiri. Melalui jurnal ini, saya mula menyedari bahawa Rangsangan dari pelbagai sumber bermaksud bahan bantu mengajar yang pelbagai yang mana banyak melibat deria pelajar seperti sentuhan, pendengaran, dan penglihatan. Berdasarkan pengetahuan ini, saya telah membuat satu inovasi baru dengan membentuk satu bahan bantu mengajar yang dinamakan sebagai Roda Impian Saya. Penggunaan Roda Impian Saya memerlukan pelajar menggabungkan ketiga -tiga deria terbesar mereka semasa melakukan aktiviti pembelajaran.

1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pertama sekali saya ingin nyatakan perasaan yang begitu sedih dan tidak berpuas hati terhadap diri sendiri kerana tidak memberikan tunjuk ajar yang betul kepada anak-anak didik saya. Sering kali terdengar perkataan.....saya lupa la cikgu....lepas huruf ini huruf apa ya cikgu?....begitu sinonim sekali setiap kali pembelajaran pemulihan Bahasa Melayu. Setiap kali perkataan ini keluar dari mulut mereka, saya merasa sedih kerana saya seakan-akan gagal mendidik mereka. Saya tidak mahu menyalahkan mereka dengan perkara yang berlaku, bagi saya, saya yang memainkan peranan besar bagi mencorak anak didik sehingga berjaya. Bagi saya, latar belakang keluarga yang miskin, kurangnya perhatian daripada ibu bapa serta tidak mempunyai kemudahan pembelajaran yang mencukupi menjadi faktor utama pelajar gagal untuk menunjukkan prestasi yang baik dalam pembelajaran. Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemulihan, saya mendapati terdapat pelajar yang tidak mengenal huruf-hurur abjab. Bagi saya, ini merupakan faktor utama pelajar tidak dapat membaca perkataan dengan lancar.
2

Mengeja dan menulis abjab a-z merupakan kemahiran asas yang paling penting jika seseorang murid ingin menguasai kemahiran membaca. Gabungan beberapa abjab akan membentu suku kata dan gabungan suku kata akan membentuk perkataan. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran mengeja dan menulis abjab terlebih dahulu sebelum melangkah kepada kemahiran-kemahiran lain yang lebih sukar. Menurut Kamus Dewan, mengeja ialah perbuatan Membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut-turut dalam sesuatu perkataan. Hal ini bermaksud, murid perlu mengeja abjab secara berturut-turut bagi membunyikan suku kata. Manakala, gabungan bunyi suku kata akan menghasilkan bunyi perkataan. Berdasarkan definisi yang diberikan oleh kamus dewan, saya dapat merasakan bahawa pelajar mempunyai masalah pada peringkat yang paling asas iaitu pada peringkat huruf-huruf abjab. Masalah yang dihadapi pada peringkat mengenal hurufhuruf abjab menyebabkan pelajar tidak berupaya menggabungkan huruf-huruf abjab untuk menjadi suku kata dan seterusnya perkataan.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATIAN 2.1 TINJAUAN MASALAH Kajian ini memfokuskan kepada murid pemulihan tahun lima dan enam yang mempunyai masalah dalam mengeja dan menulis huruf abjab. Berdasarkan pemerhatian saya, murid ini mempunyai tahap pembacaan yang amat kritikal. Setelah membuat beberapa penilaian yang mendalam saya mendapati bahawa murid ini menghadapi masalah mengeja dan menulis abjab. Bagi saya, masalah ini merupakan
3

faktor penyebab murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis pada tahap kemahiran yang lebih tinggi walaupun telah mencecah umur 11 dan 12 tahun. Antara masalah yang dihadapi oleh murid ialah: a) Tidak dapat mengeja huruf atau abjab dari a hingga z. b) Tidak dapat menulis huruf atau abjab dari a hingga z. c) Keliru huruf kecil dan besar.

Suatu pendekatan pengajaran yang sesuai perlu dilaksanakan dengan segera supaya masalah ini dapat diatasi. Hal ini kerana, terdapat di antara murid-murid ini yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kegagalan membaca dan menulis akan menyebabkan murid tersebut gagal mendapat keputusan yang baik setelah peperiksaan dijalankan. Saya telah memilih untuk menggunakan bahan bantu mengajar yang dipanggil Roda Impian Saya. Bahan bantu mengajar ini mengaplikasikan kaedah multi sensori atau kaedah pelbagai sensori iaitu sensori penglihatan (visual), pendengaran (auditori), pergerakan (kinestatik)dan sentuhan (taktil) ataupun VAKT untuk membantu mengatasi masalah murid.

2.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Pertama sekali saya ingin nyatakan perasaan yang begitu sedih apabila mendapat tahu murid yang sedang saya didik mempunyai masalah dalam bacaan. Mereka adalah pelajar pemulihan dari kelas 6 Islah. Saya telah menjalankan sesi pertemuan dengan kesemua pelajar ini di dalam kelas mereka sendiri, sebelum saya asingkan mereka ke dalam kelas pemulihan. Semasa menjalankan ujian diagnostik terhadap mereka semasa berada di dalam kelas biasa, saya dapat melihat mereka lebih cenderung untuk
4

bertanya kepada rakan-rakan yang lain bagaimana untuk menulis huruf yang telah saya sebutkan. Rakan-rakan mereka akan membantu memberikan jawapan dengan menunjukkan huruf-huruf abjad yang telah tertampal pada dinding. Mereka juga memberikan jawapan dengan menggunakan pergerakan jari bagi menunjukkan bentuk sesuatu abjad. Saya tidak berpuas hati dengan ujian yang telah saya jalankan ini kerana muridmurid pemulihan telah dibantu oleh rakan-rakan mereka yang lebih pandai di dalam kelas arus perdana. Ekoran daripada itu, saya menjalankan ujian diagnostik untuk kali yang kedua bagi mengesahkan ujian yang diagnostik yang pertama. Hasil daripada ujian yang telah dijalankan, saya dapat membuat rumusan bahawa murid pemulihan terbabit mempunyai masalah dalam mengenal huruf besar kan kecil. Saya beranggapan bahawa masalah mengenal huruf besar dan huruf kecil ini menjadi faktor utama kenapa murid-murid terbabit menghadapi masalah dalam bacaan. Antara kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar adalah mereka sering tertukar di antara huruf besar dan huruf kecil. Mereka kelihatan keliru mengenai fungsi penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Kesalahan ini juga wujud apabila mereka tidak dapat mengingat bentuk huruf besar dan huruf kecil dengan tepat. Kesannya, mereka terus menulis tanpa mengambil kira betul atau salah penggunaan huruf tersebut.

Di samping itu, kesalahan lain yang wujud adalah pelajar tidak dapat menyenaraikan secara sepenuhnya huruf yang bermula dari huruf a sehingga huruf z. Mereka kelihatan termenung dengan lama bagi menulis huruf yang telah disebut oleh saya. Terdapat juga huruf yang ditulis salah berbanding dengan apa yang disebut oleh saya. Selain itu, mereka juga tidak dapat memadankan huruf besar dan huruf kecil dengan tepat. Sebagai contoh huruf kecil g dipadankan dengan huruf besar Q,
5

manakala huruf kecil q dipadankan dengan huruf besar G. Berdasarkan masalah ini saya dapat melihat pelajar hanya meneka jawapan berpandukan bentuk abjab yang hampir sama, bukannya bentuk abjab yang tepat. Berdasarkan masalah yang timbul ini, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan bahan bantu mengajar yang memerlukan pelajar menggunakan pelbagai deria. Bagi saya penggunaan pelbagai deria ini mampu menerapkan konsep belajar sambil bermain. Konsep belajar sambil bermain akan membantu pelajar belajar dengan cara yang lebih berkesan dengan menggunakan deria sentuhan, pendengaran, dan penglihatan. Mereka akan lebih mudah untuk mengingat, dan dapat memahami sesuatu pelajaran dengan cepat dan bermakna. Berdasarkan konsep belajar sambil bermain saya telah memilih untuk membina bahan bantu mengajar yang dipanggil Roda Impian Saya. Roda Impian Saya mempunyai pecahan-pecahan bahagian yang mana pecahan bahagian tersebut mempunyai aktiviti pelajaran yang pelbagai. Sebagai contoh bahagian aktiviti deria sentuhan yang memerlukan pelajar bermain permainan membina huruf dengan menggunnakan doh. Bahagian yang kedua pula adalah bahagian deria penglihatan dan pendengaran dimana aktiviti yang akan dijalankan adalah pelajar akan menonton video nyanyian tentang huruf-huruf abjab. Melalui bahagian ini juga pelajar akan dapat melihat slide-slide abjad yang menarik. Bahagian yang ketiga pula adalah bahagian psikomotor halus dan kasar, yang mana pelajar akan menjalankan aktiviti membentuk huruf dengan menggunakan jari, badan dan pergerakan-pergerakan ringkas.

PERMAINAN DOH

MENONTON VIDEO/ SLIDE

PERGERAKAN BEBAS 6

Rajah 1: Bahan Bantu Mengajar Roda Impian Saya.

2.3 TINJAUAN LITERITUR Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan jati diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya, 2005). Membaca merupakan satu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bemakna antara pembaca dan penulis. Hal ini bermaksud, melalui pembacaan pembaca dapat mengetahui mesej penting yang ingin disampaikan oleh penulis. Selain itu, membaca juga ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya ( Abdul Rasid Jamian, 2011). Bentuk visual termasuklah simbol-simbol setiap abjab, dan gabungan simbol bagi membentuk perkataan. Sementara itu, kemahiran menulis pula merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan ( Abdul Rasid Jamian, 2011). Hal ini bermaksud, bagi menyampaikan sesuatu maklumat seseorang boleh menggunakan penulisan dan bagi mendapatkan maklumat tentang sesuatu yang telah ditulis kemahiran membaca diperlukan.
7

Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu. Campbell (1989) menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai sebagai teknik bagi menarik perhatian murid-murid dalam P&P dalam bilik darjah. Hasil daripada kajian beliau mendapati murid-murid menunjukkan kemajuan yang baik dalam pembelajaran termasuklah dari segi kemahiran dan disiplin. Selain daripada membantu murid-murid belajar, Campbell telah dapat memperkembangkan pelbagai kemahiran murid. Kajian yang dijalankan oleh Campbell (1989), Ribot (2004) dan Mohd Izzat bin Ismail (2012) menunjukkan satu keputusan yang positif terhadap peningkatan pencapaian murid. Sebagai contoh, kajian yang telah dijalankan oleh Mohd izzat bin Ismail (2012) untuk mengesan keberkesanan bahan mengajar yang menggunakan kaedah multisensori telah menunjukkan kesan yang baik dalam prestasi pencapaian pelajar. Beliau menyatakan dalam kajiannya Keputusan ujian pos menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid dalam mengenali huruf-huruf antara huruf a hingga z dan mengeja suku kata suku kata tertutup dan terbuka berbanding keputusan ujian pra (iaitu sebelum kaedah multi-sensori digunakan). Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan alat bantu mengajar berdasarkan penggunaan multisensori dapat membantu meningkatkan kemahiran mengeja muird.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 3.1 OBJEKTIF UMUM Objektif umu kkajian ini adalah untuk meningkatkan keupayaan mengeja dan menulis abjab kecil dan besar dengan menggunakan Roda Impian Saya. 3.2 OBJEKTIF KHUSUS

1) Meningkatkan kebolehan mengeja abjad dengan menggunakan Roda Impian Saya. 2) Meningkatkan kebolehan menulis abjad dengan menggunakan Roda Impian Saya. 3) Mengenalpasti sama ada Roda Impian Saya dapat menarik minat pelajar

untuk mempelajari kemahiran mengeja dan menulis abjad.

3.3 SOALAN KAJIAN 1) Adakah penggunaan Roda Impian Saya dapat meningkatkan kemahiran mengeja dengan tepat? 2) Adakah penggunaan Roda Impian Saya dapat meningkatkan kemahiran menulis dengan betul ? 3) Adakah penggunaan Roda Impian Saya dapat menarik minat murid untuk mempelajari kemahiran mengeja dan menulis abjad?

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian melibatkan seorang orang pelajar murid tahun 6 Islah. Pemilihan pelajar tahun enam sebagai subjek kajian kerana pelajar ini akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Nama pelajar ini ialah Hariz Fahmi bin Hasmam. Bagi saya pelajar ini perlu diutamakan untuk diberikan bantuan yang sewajarnya dalam aspek pembelajaran kerana pelajar ini berada pada tahap yang cukup rendah dan amat
9

ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain. Tanpa bantuan yang diberikan, pelajar ini mungkin sukar untuk mendapat keputusan yang baik dalam UPSR. Kegagalan dalam peperiksaan yang penting ini boleh menyebabkan pelajar ini terus gagal dalam kehidupannya. Oleh itu, saya sebagai guru yang telah mengajarnya amat bersimpati dengan pelajar ini, dan akan cuba sedaya upaya untuk membantunya sehingga berjaya. Hariz Fahmi bin Hasmam tidak mempunyai masalah dari segi fizikal. Dia kelihatan seperti pelajar-pelajar normal yang lain. Dia mampu membuat aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan oleh saya dengan baik. Bagi saya, pelajar ini masih boleh dibantu tetapi melalui cara dan kaedah yang sesuai dengan tahap keupayaan yang dia miliki.

5.0. PERANCANGAN TINDAKAN Saya akan membuat penilaian terlebih dahulu terhadap pelajar sebelum saya menggunakan Roda Impian Saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini penting bagi melihat keberkesanan penggunaan kad timbul yang akan digunakan. Antara penilaian yang akan saya buat sebelum menggunakan kad timbul adalah, saya akan meminta pelajar membaca huruf yang saya tunjukkan di papan putih dengan betul. Setiap jawapan pelajar sama ada betul atau salah akan direkodkan sebagai dokumen penilaian.

Di samping itu, saya juga akan melakukan ujian menulis abjad kepada pelajar berkenaan. Penilaian ini dilakukan bagi melihat sama ada pelajar mampu membuat diskriminasi bagi setiap abjad. Langkah-langkah ujian tersebut adalah saya akan menyebut satu abjab, seterusnya meminta pelajar menulis abjad yang telah disebutkan. Jawapan pelajar akan disemak dan disimpan sebagai bahan penilaian.

10

Setelah ujian sebelum penggunaan bantu mengajar yang menggunakan Roda Impian Saya dilakukan, saya akan merancang aturan pengajaran yang sistematik bagi mengendalikan sesi pengajaran dengan lebih berkesan dengan mengguna kan Roda Impian Saya. Pada permulaan sesi pengajaran, saya akan meminta pelajar membuat pusingan Roda Impian Saya. Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan apabila roda yang telah berpusing terhenti pada tempat pelaksanaan aktiviti. Bagi menilai keberkesanan penggunaan Roda Impian Saya terhadap prestasi pembelajaran pelajar. Saya akan mengulangi ujian yang telah dilakukan sebelum bahan tersebut digunakan bagi membuat perbandingan diantara dua keputusan yang telah diperoleh. Kelebihan bahan bantu mengajar ini adalah pelajar akan menggunakan lebih banyak deria dan akan melibatkan aktiviti permainan yang mana dapat membantu mereka membina pengetahuan melalui aktiviti yg dilakukan.

6.0 MENGUMPUL DATA Antara teknik yang akan saya gunakan bagi mengumpulkan data adalah pemerhatian, temubual dan senarai semak. Bagi teknik pemerhatian saya akan melihat bagaimana pelajar dapat menggunakan bahan bantu mengajar itu dengan teknik yang

11

betul supaya menjurus kepada kemahiran yg diinginkan oleh saya. Saya akan melihat keupayaan pelajar sebelum penggunaan bahan bantu mengajar dan keupayaan pelajar selepas menggunakan bahan bantu mengajar. Saya memilih untuk melakukan pemerhatian secara tidak formal kerana ianya lebih santai berbanding pemerhatian formal. Pemilihan ini juga disebabkan oleh sikap murid pemulihan yang malu, merasa diri seorang yang lemah, dan tidak mahu menonjolkan diri. Oleh itu, pemerhatian secara tidak formal adalah yang paling sesuai. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang keupayaan pelajar, saya akan menjalankan temu bual dengan pelajar semasa pemerhatian dilakukan. Semasa sesi temubual saya boleh mengajukan soalan kepada pelajar, sebagai contoh; Adakah kamu suka belajar dengan menggunakan Roda Impian Saya ini?, Adakah kamu rasa Roda Impian Saya ini dapat menjadikan kamu lebih memah ami tentang perkara yang telah saya ajarkan?. Di samping itu, semasa pemerhatian dilakukan juga, saya akan membuat senarai semak yang mana ianya membantu saya melihat aspek-aspek peningkatan kemahiran pelajar dengan lebih jelas. Sebagai contoh, saya akan menandakan betul jika pelajar mampu menyebut abjab yang telah diarahkan untuk membaca, dan pangkah, jika jawapannya adalah sebaliknya. Penggunaan senarai semak dilakukan sebelum dan selepas penggunaan Roda Impian Saya, ini penting bagi melihat keberkesanan penggunaan kad timbul kepada pelajar.

6.0 ANALISIS DATA Saya akan melakukan analisis data bermula dengan tahap pra-analisis, di mana segala nota lapangan yang telah saya baca akan disemak, ditingkatkan dan dilabelkan
12

menurut jenisnya. Setelah itu, segala data yang telah diperoleh akan ditranskripsikan dalam perisian pemprosesan data sebagai contoh perisian microsof excel. Langkah yang seterusnya adalah, segala maklumat akan dipamerkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda (Tally) dan graph kemajuan pelajar dengan menggunakan perisian yang sama. Semua prosedur analisis data yang telah disusun membawa kepada rumusan kajian menjadi lebih tepat.

7.0 ANGGARAN PERUNTUKAN BIL. BAHAN UNIT HARGA SEUNIT 1 2 3 4 KAD BOARD GAM CAT WARNA BENANG 1 1 1 5 RM 4.50 RM 3.50 RM 15.00 RM 1.50 JUMLAH RM 4.50 RM 3.50 RM 15.00 RM 7.50 RM 30.50 JUMLAH

8.0 REFLEKSI Pertama sekali saya amat bersyukur kerana mendapat bimbingan daripada Dr Suah See Ling. Saya amat bertuah kerana banyak perkara yang baru yang telah saya
13

pelajari daripada beliau. Beliau banyak memberikan bimbingan dan bantuan ketika saya menghadapi masalah semasa membuat kertas cadangan kajian tindakan ini. Saya telah berusaha dengan sedaya upaya untuk menghasilkan satu kertas cadangan kajian yang terbaik dan saya amat beruntung kerana mendapat seorang pensyarah pembimbing yang amat dedikasi dengan amanah yang dipikul oleh beliau. Beliau sering memberi teguran yang membina. Beliau sentiasa mengingatkan kami ketika kami alpa terhadap tugasan yang diberikan. Di samping itu, beliau juga banyak memberikan bahan-bahan rujukan yang bermanfaat kepada kami sebagai rujukan dan panduan dalam menghasilkan kertas cadangan yang berkualiti tinggi. Pelbagai usaha yang telah saya lakukan bagi menghasilkan satu kertas cadangan yang terbaik, seperti merujuk kajian-kajian tokoh-tokoh yang telah mencuba kajian seperti yang telah saya buat. Banyak maklumat-maklumat yang penting yang telah saya dapat semasa proses membuat rujukan, seperti tahap keberhasilan bahanbahan bantu mengajar yang telah digunakan oleh tokoh-tokoh tersebut sehingga proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik, proses penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan dan juga cara untuk menilai keberkesanan bahan bantu mengajar. Di samping itu, saya juga banyak berbincang dengan rakan-rakan untuk menghasilkan satu bahan bantu mengajar yang berkesan yang sesuai dengan tahap pencapaian pelajar. Pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai adalah penting kerana ianya akan membantu pelajar yang bermasalah dapat dibantu dan dipulihkan dengan kadar yang segera. Saya merasa sungguh beruntung kerana dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang sentiasa membantu ketika menghadapi masalah.

Guru pembimbing juga banyak memberikan tunjuk ajar yang amat berguna dalam menyiapkan tugasan. Beliau telah memberikan banyak maklumat mengenai subjek kajian. Beliau memberikan cadangan-cadangan pembinaan bahan bantu mengajar dan cara pengajaran yang berkesan bagi membantu pelajar yang bermasalah
14

itu. Bagi saya, pandangan dari guru pembimbing adalah penting kerana beliau merupakan guru yang pernah mengajar pelajar terbabit dan sudah tentu beliaulah yang lebih mengetahui menganai pelajar terbabit. Kesimpulannya, saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dalam proses menyiapkan kertas cadangan kajian tindakan ini. Saya amat terharu dengan segala sumbangan yang telah diberikan. Saya amat berharap kertas cadangan ini akan diterima oleh pensyarah penilai dan mendapat sokongan yang sepenuhnya oleh mereka. Pada semester akan datang saya akan cuba memastikan kertas cadangan ini direalisasikan dalam kelas pemulihan yang sebenar. Yang lebih penting lagi, pelajar yang telah saya jadikan sebagai subjek kajian mampu meningkatkan keupayaan ke tahap yang lebih tinggi, akhirnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

15

Anda mungkin juga menyukai