Anda di halaman 1dari 3

JURNAL REFLEKSI MINGGU PERTAMA

(28 JUN – 2 JULAI 2010)

Apa yang telah dilalui :

Setelah sekian lama menunggu dan membuat perkiraan, saya berpeluang


untuk menghadiri praktikum kali kedua pada 28 Jun - 19 Ogos 2010 bagi semester 6
ini. Tidak banyak yang dapat saya katakan pada minggu pertama saya menjalani
praktikum ini kerana saya hanya berpeluang untuk berkenalan dengan murid-murid
yang bakal saya ajar iaitu kelas Tahun 2 Bestari dan 4 Bijak. Kelas – kelas ini
merupakan kelas terpilih untuk menerima kehadiran saya sepanjang praktikum ini.
Saya berpeluang mengajar 10 waktu, (4 Bijak 5 Waktu Sains/2 waktu Pendidikan
Jasmani dan 2 Bestari 3 Waktu sains) Kelas-kelas ini merupakan kelas antara yang
terbaik dan kesemuanya tahu membaca, jadi kerisauan saya terhadap penerimaan
mereka terhadap pelajaran semakin berkurang.

Pada hari pertama lagi Saya berpeluang untuk bertemu dengan guru
pembimbing yang akan menjadi pembimbing dan penyelia saya sepanjang saya
berada di sini iaitu Pn Raudhah bt Abas. Beliau telah banyak memberikan maklumat
kepada saya mengenai kelas yang akan diajar serta pelbagai nasihat telah diberikan
untuk saya lebih bersedia menghadapi praktikum pada kali pertama ini. Walaupun
saya tidak mengambil waktu beliau untuk mengajar, beliau tetap berusaha
membantu saya dan rakan mencari waktu yang sesuai untuk membuat pemantauan
serta memberi bimbingan yang diperlukan. Saya juga tidak ketinggalan melawat bilik
sains serta kelas yang bakal saya masuk untuk mengajar pada minggu hadapan.

Pada hari kedua saya telah bertemu dengan guru yang mengajar kelas 2
Bestari iaitu Pn Norazuraini dan berpeluang melihat buku persediaan megajar
beliau. Pn Nora telah memberikan sedikit maklumat mengenai kelas tersebut serta
setakat mana pengajaran dan pembelajaran yang perlu saya sambung. Saya juga
sempat berkenal-kenalan dengan beberapa orang guru serta pihak pentadbir yang
menjadi tulang belakang kepada SK Padang Temu ini.

Satu lagi pengalaman saya yang tidak dapat dilupakan apabila saya dapat
menghadiri beberapa program yang dianjurkan oleh sekolah iaitu hari terbuka
sekolah dimana ibubapa serta penjaga murid- murid boleh datang untuk melihat
sendiri keadaan anak-anak mereka di sekolah serta berbincang dengan guru kelas
mengenai pencapaian anak-anak mereka.

Perhubungkaitan :

Bagi saya apa yang berlaku di SKPT pada minggu pertama saya disini amat
menyenangkan. Semua guru amat mesra dan saya mendapat tunjuk ajar yang amat
berkesan daripada guru pembimbing dan guru matapelajaran kelas-kelas yang bakal
saya ajar. Saya dapat mendekati dan memahami corak pengajaran serta
pembelajaran murid- murid apabila berpeluang melihat serta memerhati kelas yang
yang bakal di ajar oleh saya nanti. Mereka sangat seronok apabila mengetahui
bahawa saya bakal mengajar mereka. Daripada pengalaman yang lepas galakan
yang positif amat berkesan kepada kanak- kanak ini terutamanya jika setiap mereka
dinilai berdasarkan markah atau diberikan pujian dan hadiah. Galakkan secara
positif amat berkesan dan melaui pemerhatian saya disebabkan mereka ini di
anatara kelas yang awal kedudukannya mereka sangat “advance” dan teruja dengan
setiap aktiviti pembelajaran. Namun saya percaya guru-guru mereka tidak hanya
menumpukan perhatian kepada murid yang bijak sahaja sehinga mengabaikan
murid yang biasa sahaja pencapaian mereka.

Membuat Interprestasi :

Sepanjang satu minggu saya berada di sekolah ini, saya dapat sesuatu yang
amat bermakna iaitu dapat memdekatkan diri dengan pelajar serta belajar mengawal
kelas. Walaupun mempunyai pengalaman selama sebulan di SKAB saya masih
belum lagi bersedia dari segi mental dan fizikal dan saya berharap apabila saya
masuk ke kelas yang dijanjikan saya akan lebih bersedia dan segala pengalaman
serta tunjuk ajar guru-guru dapat saya praktikkan pada masa akan datang. Aktiviti
didalam kelas juga akan membantu guru-guru mengajar dan murud memahami P&P
dengan mudah. Walaupun guru yang telah mengajar ini berpengalaman mengajar,
mereka juga mneggunakan bahan bantu mengajar dan inilah akan dijadikan contoh
untuk saya dalam kelas nanti
Keputusan :

Pada minggu hadapan saya akan mula mengajar semua matapelajaran yang
ditugaskan kepada saya iaitu Sains serta Pendidikan Jasmani untuk Tahun 4 Bijak.
Tahun 2 Bestari pula Sains yang menjadi sandaran. Saya pasti akan memulakan
tindakan-tindakan seperti berikut:

1) Murid-murid yang agak tidak terkawal memerlukan ketegasan daripada guru


dan saya mungkin akan berusaha menjadi tegas terhadap perilaku serta
kelakuan mahupun dalam melakukan kerja.
2) Murid-murid amat seronok dan dapat menerima P&P dengan mudah jika
galakan secara positif dapat diberikan
3) Perhatian mesti diberikan bukan sahaja kepada murid-murid yang bijak tetapi
kepada yang susah menerima pengajaran seharusnya perlu diberikan lebih
perhatian dan galakan.

Saya amat beharap untuk tindakan seperti di atas proses pengajaran saya akan
bertambah berkesan apabila saya mula mengajar nanti.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai