Anda di halaman 1dari 10

KAJIAN TINDAKAN JAWI

MENYAMBUNG HURUF JAWI DAN MENULIS PERKATAAN DENGAN TEKNIK


“PERMAINAN MENGOPEK KERANG DAN MEMANCING HURUF”.
Oleh:
Muhammad Shazali Bin Mustafa
Sekolah Kebangsaan Taman Desaminium
43300 , Seri Kembangan, Selangor

ABSTRAK.
Guru-guru Pendidikan Islam sering menghadapi masalah dalam pengajaran
Pelajaran Jawi kerana terdapat sebilangan murid yang bermasalah dalam
penguasaan kemahiran menulis dan membaca jawi. Senario ini tidak boleh dibiarkan
kerana ia akan  berpanjangan sehingga murid menjejakkan kaki ke sekolah
menengah pula. Kaedah dan teknik sedia ada sememangnya sudah cukup berkesan
bagi murid yang cerdas tetapi tidak bagi murid yang dalam peringkat sederhana dan
lemah. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk membantu beberapa orang murid
yang dikesan menghadapi masalah dalam menyambung huruf-huruf jawi bagi
membentuk perkataan. Kebolehan menulis dan membaca dalam tulisan jawi akan
memungkinkan murid lebih menguasai pembelajaran Pendidikan Islam.

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


            Berdasarkan pengalaman saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam ,
didapati beberapa orang murid kurang menguasai kemahiran menulis dan membaca
dalam jawi. Pelajar di sekolah ini kebanyakannya tinggal di perkampungan nelayan.
Amalan dan penghayatan isi mata pelajaran Pendidikan Islam hanya tertumpu di
rumah dan tidak dilanjutkan di rumah. Malah ramai dikalangan ibubapa mereka tidak
tahu membaca dan menulis jawi. Oleh itu saya dan rakan –rakan guru Pendidikan
Islam di sekolah ini bertanggungjawab memberi pendedahan dan membina asas
yang kukuh dalam pegangan hidup beragama serta memberi panduan agar mereka
mahir menulis dan membaca jawi.
Kegagalan menguasai kemahiran jawi akan menyukarkan murid membaca
bahan- bahan pembelajaran contohnya kandungan buku teks, buku rujukan ,buku
latihan dan tidak dapat menjawab soalan ujian dan peperiksaan dengan baik. Kini
saya berazam untuk merungkaikan permasalahan yang dihadapi oleh murid yang
menjadi responden dalam kajian tindakan saya kali ini.

2.0 MASALAH KAJIAN.


            Murid sebenarnya sudah mengenali menghafal 37 huruf-huruf jawi namun
kelemahan mereka adalah dalam menyambung huruf-huruf jawi bagi membentuk
perkataan. Permasalahan ini membantutkan keserokan belajar matapelajaran
Pendidikan Islam. Kelemahan ini bukan hanya berpunca daripada murid semata-
mata namun sebagai seorang guru yang profesional saya perlu meningkatkan dan
memperbaiki amalan pedagogi dan berusaha menambat hati mereka agar mahu
memajukan diri serta menguasai apa yang diajar.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 OBJEKTIF AM.     
1) Menguasai kemahiran asas jawi iaitu menulis dan membaca tulisan jawi.
2) Dapat menambah minat dan pencapaian murid dalam pelajaran jawi.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS.
1) murid dapat mengenal huruf jawi yang boleh disambung dan tidak boleh
    disambung.
2) Murid mengetahui bagaimana bentuk huruf di awal. di tengah dan di akhir
    apabila disambung.
3) Mengatasi masalah murid dalam menyambung huruf-huruf jawi menjadi satu
     perkataan.
4) Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan
berkesan.

4.0 KUMPULAN SASARAN.


Terdiri daripada 6 orang murid tahun 2. Masalah yang mereka hadapi adalah tidak
mengetahui huruf yang boleh dan tidak boleh disambung serta tidak tahu
menyambung huruf tunggal jawi menjadi satu perkataan. Mereka yang saya pilih
ialah:
1) Nur Asyira Idayu bt Ramli.
2) Najihah bt Mazlam
3) Mohamad Firdaus b. Zakaria
4) Isma Alif b. Saad.
5) Siti Aisyah bt Mohd Sazali
6) Puteri bt Rohizi

5.0 LANGKAH PELAKSANAAN KAJIAN


            Kajian ini menumpukan kepada cara untuk mengenalpasti dan menangani
masalah yang wujud melalui pengumpulan data mengikut langkat-langkah
berikut :       
5.1 TINJAUAN MASALAH.
            Tinjauan masalah telah saya laksanakan dengan cara pemerhatian semasa
mengajar, temubual dengan murid sendiri dan pandangan rakan-rakan guru yang
mengajar kelas ini dan berdasarkan jawapan murid semasa latihan diberi.    
5.1.1 Pemerhatian.
5.1.2 Temubual.
5.1.3 Latihan .
5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
5.2.1 PEMERHATIAN
            Berdasarkan pemerhatian terhadap murid semasa pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan didapati murid :
  Tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan.
  Tidak mahu cuba untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh guru.
  Kurang fokus pada pembelajaran.
  Kurang berkomunikasi dengan rakan dalam hal pelajaran.
  Tiada daya saing dan usaha untuk memajukan diri.

5.2.2 TEMUBUAL DAN SOAL SELIDIK.


Berdasarkan temubual dan soal selidik bersama murid disimpulkan bahawa:
  Tidak berminat untuk belajar dan rasa sukar mengikuti apa yang diajar.
  Tiada sokongan daripada ahli keluarga dan ibubapa kerana mereka sendiri tidak
mahir dalam menulis dan membaca jawi.
  Merasakan diri banyak kekurangan, kurang keyakinan dan malu.
  Tidak biasa menggunakan bahan bacaan jawi seperti buku cerita dan akhbar tulisan
jawi yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah.
5.2.3 LATIHAN DAN UJIAN.
            Setelah murid diberikan ujian bertulis untuk menyambung huruf-huruf jawi
didapati berlaku banyak kesalahan . Antara kesilapan yang dibuat adalah:
  Menyambung huruf sesuka hati .
  Menyambung dengan bentuk dan cara yang salah.
  Tidak  menyambung tetapi cuma merapatkan huruf sahaja.
5.4 METHODOLOGI PELAKSANAAN KAJIAN
5.4.1 PERANCANGAN KAJIAN .
            Bagi menarik perhatian murid ,saya merancang aktiviti yang berkaitan rapat
dengan kehidupan seharian mereka . Persekitaran mereka sinonim dengan
tangkapan hasil laut, suasana di pelantar, mengopek kerang dan aktiviti memancing
ikan. Oleh itu, saya namakan aktiviti permainan yang akan saya jalankan ada
persamaan dengan aktiviti mereka.
            Aktiviti bertujuan membolehkan murid mengingat huruf-huruf jawi  yang boleh
disambung dan tidak boleh disambung. Berdasarkan pengetahuan sedia ada murid
telah menghafal semua huruf jawi tetapi masih tidak tahu menyambungnya. Malah
amat keliru bagaimana untuk menyambung huruf jika ia di awal, tengah dan akhir.
Tempoh masa yang diambil bermula pertengahan  Mac 2014 sehingga akhir Bulan
april 2014 kira-kira 6 minggu untuk melihat hasil pencapaian murid. Sepanjang cuti
persekolahan pertengahan penggal pertama lalu, saya menyediakan lembaran kerja
agar murid mahir dalam menyambung huruf-huruf jawi.
            Langkah pertama saya pastikan murid-murid benar- benar mengenal huruf-
huruf jawi. Kemudian mengetahui padanan huruf jawi dengan huruf rumi. Ini akan
memudahkan murid untuk menulis dan menyebut suku kata dan perkataan nanti.
Saya membekalkan murid dengan sehelai kertas A4 yang telah dilaminate  sebagai
panduan dan hafalan. Setelah diuji semua murid dapat menyebut padanan yang
betul barulah saya mulakan aktiviti permainan yang saya rancang. Saya akan
bertanya secara spontan apabila bertemu murid di mana sahaja di kawasan sekolah.
Secara tidak langsung hubungan guru dan murid lebih baik dan murid rasa selesa
apabila saya selalu berinteraksi dengan mereka.
5.4.2 AKTIVITI 1 (PERMAINAN MENGOPEK KERANG).

Aktiviti pertama dimulakan dengan memperkenalkan huruf sama ada boleh sambung
atau tidak.  Huruf dibahagikan kepada 3 pecahan.

 1.EH, SOMBONGNYA DIA.

ALIF     A , WAU Ë  ,   VI          “ , DAl   e , Dzal  g , Ra     i, Zai   k

2.MEMANG SOMBONG                                          3.KITA KAN KAWAN.


                                                                                         Semua huruf lain.

HAMZAH -  Õ,  HA-Ê
                                                                                                                                                           
                                                            .                                                                                     
            Murid akan diberi 3 keping kad poket untuk menghafal huruf di atas di mana
sahaja mereka berada. Kad-kad ini diberi nama kad Sombong, kad memang
sombong dan kad kawan.
1)Kad Sombong bermakna huruf tersebut boleh disambung oleh huruf lain
   tetapi tidak boleh menyambung huruf lain.
2)Kad memang sombong bermakna huruf tesebut tidak langsung boleh
   disambung dan menyambung .
3)Kad Kawan bermakna huruf –huruf yang boleh disambung dan malah huruf
    itu juga boleh menyambung huruf lain.
Apabila murid telah menghafalnya setelah diberi tempoh beberapa hari aktiviti
permainan dijalankan. Permainan diberi nama ‘KOPEK KERANG’. Murid biasa
mambantu ibu bapa mengopek kerang pada hari cuti. Murid nampaknya tidak sabar
untuk bermain. Caranya murid mengambil 1 kerang yang telah diletakkan pelekat
dan diisi dengan satu atau 2 huruf jawi dalam kotak yang diedarkan . Permainan ini
boleh dimainkan di mana sahaja tempat yang sesuai dan selesa. Saya akan
mainkan muzik ataupun murid boleh menyanyi bersama-sama dan muzik akan
diberberhentikan secara tiba-tiba. Murid yang sedang memegang peti akan
menjawab secara lisan. Murid menyatakan huruf dan menyatakannya sama ada
boleh atau tidak boleh sambung, Saya akan membwri 2 markah bagi jawapan yang
betul. Jika masih ada yang belum mahir dia diberi tempoh untuk menghafalnya.
Selesai aktiviti ini murid diberi latihan bertulis (sila lihat lampiran) bagi
mengukuhkan ingatan. Murid diminta menanda / jika huruf itu boleh disambung
dan x jika tidak boleh disambung. Guru juga menunjukkan bagaimana bentuk huruf

jawi apabila disambung apabila kedudukan huruf tersebut berada di awal, tengah
dan akhir.
5.4.3 AKTIVITI 2( PERMAINAN MEMANCING HURUF).
            Setelah melepasi tahap pertama dengan bermain permainan ‘kopek kerang’
beberapa pusingan murid boleh diajak bermain permainan kedua dinamakan
‘Memancing huruf.’ Ia ada persamaan dengan aktiviti memancing ikan yang
dijalankan oleh penduduk nelayan di sini. Sebelum itu guru akan memberi panduan
dan murid menulis mengikut contoh iaitu bagaimana bentuk huruf apabila
disambung di awal, tengah dan akhir. Tidak semua huruf ditampilkan.  Murid diberi
contoh huruf yang sama bentuknya sahaja. Contohnya huruf seperti ba, ta ,dan, tha,
Cuma  huruf ba sahaja diterangkan. Cara permainannya adalah dengan murid
diberikan pancing yang diletakkan magnet menggantikan kailnya. Murid akan cuba
memancing huruf di dalam kotak atau bekas yang besar. Tidak semua huruf
diletakkan magnet untuk permainan yang lebih mencabar. Setelah berjaya murid
akan cuba mengisi jadual yang disediakan bagaimana bentuk huruf tersebut ditulis
di awal, tengah dan akhir. Permainan boleh dijalankan beberapa pusingan.
Pemenang juga akan diberikan hadiah .
5.5 REFLEKSI KAJIAN DAN PENILAIAN.
5.5.1 Hasil pemerhatian cara belajar dan sikap yang ditunjukkan oleh responden
sebelum pelaksanaan kajian ini, amat mengecewakan dan tidak membantu ke arah
peningkatan diri. Namun apabila dipilih melibatkan diri dalam kajian ini mereka mula
menunjukkan perubahan dari aspek sikap dan penguasaan kemahiran menulis jawi.
Mereka bermain dengan gembira dan dalam masa yang sama memahirkan diri
menyambung huruf dengan betul .
Perubahan yang yang ditunjukkan dari aspek sikap adalah:
1) Mulai rasa diberi perhatian dan berkehendak melibatkan diri.
2) Yakin diri berada di samping rakan-rakan yang lain di kelas.
3) Memberi kerjasama dalam semua aktiviti yang dirancang, malah tidak rasa
    tertekan mengikuti setiap aktiviti.
4) Berani mencuba walaupun melakukan kesilapan pada awalnya.
Perubahan dari aspek pembelajaran.
1)Tidak lagi keliru dalam menyambung huruf jawi.
2) Berjaya menyambung huruf sama ada di awal tengah dan akhir.
3) Membuat latihan sehingga siap,
4) Bukan setakat boleh menulis malah boleh menyebut perkataan yang dieja.
5) Menjawab dengan betul latihan yang diberi.
Di sini dilampirkan jadual jawapan yang telah dijawab oleh murid melalui
aktiviti Kopek Kerang.

Pusingan Pusingan Pusingan pusingan pusingan


1 2 3 4 5

1) Idayu   2 2 0 2 0

2) Najihah 0 0 2 2 2

3) Firdaus 2 2 2 0 2

4) Isma Alif 2 2 2 2 0

5) Aisyah 2 2 2 2 2

6) Puteri 2 2 2 0 2

             
            Berdasarkan jadual pencapaian jelas menampakkan kebolehan murid
menyatakan dengan betul huruf yang boleh disambung dan yang tidak boleh
disambung. Berikut pula jumlah markah yang diperolehi melalui permainan
memancing huruf.

NAMA JUMLAH MARKAH

1) Idayu   60

2) Najihah 90 PEMENANG

3) Firdaus 65

4) Isma Alif 70

5) Aisyah 80

6) Puteri 75

   
            Saya tidak lupa memberikan hadiah kepada murid yang mendapat tempat
tertinggi. Ini mendorong murid lain untuk cuba menjawab dengan lebih baik pada
masa akan datang. Permainan ini akan terus dilaksanakan apabila ada masa
terluang.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA.
            Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan
yang positif dari segi amalan pembelajaran murid dan penguasaan murid dalam
kemahiran menulis jawi. Mereka lebih yakin berada di samping rakan sekelas.
Namun demikian itu belum cukup untuk mereka bersaing dengan murid lain yang
lebih mahir menulis dan membaca jawi. Oleh itu saya berhasrat untuk melanjutkan
kajian  berkaitan kemahiran membina dan menulis pelbagai jenis ayat mudah.
Bimbingan dan perhatian yang berterusan akan meningkatkan motivasi dalam diri
murid-murid seterusnya mendorong mereka menguasai pembelajaran.

7.0 KESIMPULAN.
            Walaupun kajian ini hanya melibatkan beberapa orang murid namun aktiviti
yang direka juga sesuai untuk dijalankan di kelas tahun dan murid lain yang
mempunyai masalah yang sama. Semoga ianya menjadi panduan perkongsian buat
guru-guru lain. Ini bagi memastikan murid tidak jauh ketinggalan dalam penguasaan
kemahiran menulis jawi. Secara peribadinya saya sebagai pengkaji dan Guru
Pendidikan Islam merasakan usaha ini dapat menyumbang kepada peningkatan
tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam kerana Pelajaran
Jawi berkait rapat dengan sumber dan bahan bacaan untuk matapelajaran
Pendidikan Islam . Sebagai usaha bagi membantu murid mendapatkan bahan
bacaan jawi saya telah mula melanggan Majalah Asuh dan Ana Muslim untuk Pusat
Sumber Sekolah yang di dalamnya terdapat petikan jawi yang mudah dibaca.
Semoga murid yang terhasil di bawah acuan kita adalah murid yang celik Jawi.
SUMBER RUJUKAN.
Buku Prosiding Konvensyen Kajian Tindakan(2009), Ipoh :Jabatan Pelajaran
            Perak.
Mak Soon Sang,(2003).Psikologi Pendidikan, Subang Jaya :Kumpulan Budiman
            Sdn Bhd
Manual Kajian Tindakan ,Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
            Pendidikan :Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlob, Pandai Jawi ( 2007),Shah Alam :Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Sharifah Alwiah Al sagoff(1993),Ilmu Pendidikan:Pedagogi,Kuala Lumpur,


            Heineman Education Book (Asia) ltd.

Solehuddin b. Hj. Arshad(2009), Nota Panduan Sistem Ejaan Jawi Yang

             

Anda mungkin juga menyukai