Anda di halaman 1dari 9

KAJIAN TINDAKAN JAWI

MENYAMBUNG HURUF JAWI DAN MENULIS PERKATAAN DENGAN TEKNIK “PERMAINAN


MENGOPEK KERANG DAN MEMANCING HURUF”.

Oleh:
Fadhilah bt. Jamaludin
Sekolah Kebangsaan Kuala Gula
34350, Kuala Kurau, Perak
ABSTRAK.
Guru-guru Pendidikan Islam sering menghadapi masalah dalam pengajaran Pelajaran Jawi
kerana terdapat sebilangan murid yang bermasalah dalam penguasaan kemahiran menulis dan
membaca jawi. Senario ini tidak boleh dibiarkan kerana ia akan  berpanjangan sehingga murid
menjejakkan kaki ke sekolah menengah pula. Kaedah dan teknik sedia ada sememangnya sudah
cukup berkesan bagi murid yang cerdas tetapi tidak bagi murid yang dalam peringkat sederhana
dan lemah. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk membantu beberapa orang murid yang
dikesan menghadapi masalah dalam menyambung huruf-huruf jawi bagi membentuk
perkataan. Kebolehan menulis dan membaca dalam tulisan jawi akan memungkinkan murid
lebih menguasai pembelajaran Pendidikan Islam.

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


            Berdasarkan pengalaman saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam, didapati
beberapa orang murid kurang menguasai kemahiran menulis dan membaca dalam jawi. Pelajar
di sekolah ini kebanyakannya tinggal di perkampungan nelayan. Amalan dan penghayatan isi
mata pelajaran Pendidikan Islam hanya tertumpu di rumah dan tidak dilanjutkan di rumah.
Malah ramai dikalangan ibu bapa mereka tidak tahu membaca dan menulis jawi. Oleh itu saya
dan rakan-rakan guru Pendidikan Islam di sekolah ini bertanggungjawab memberi pendedahan
dan membina asas yang kukuh dalam pegangan hidup beragama serta memberi panduan agar
mereka mahir menulis dan membaca jawi.
Kegagalan menguasai kemahiran jawi akan menyukarkan murid membaca bahan-bahan
pembelajaran contohnya kandungan buku teks, buku rujukan, buku latihan dan tidak dapat
menjawab soalan ujian dan peperiksaan dengan baik. Kini saya berazam untuk merungkaikan
permasalahan yang dihadapi oleh murid yang menjadi responden dalam kajian tindakan saya
kali ini.

2.0 MASALAH KAJIAN.


            Murid sebenarnya sudah mengenali menghafal 37 huruf-huruf jawi namun kelemahan
mereka adalah dalam menyambung huruf-huruf jawi bagi membentuk perkataan.
Permasalahan ini membantutkan keseronokan belajar matapelajaran Pendidikan Islam.
Kelemahan ini bukan hanya berpunca daripada murid semata-mata namun sebagai seorang
guru yang profesional saya perlu meningkatkan dan memperbaiki amalan pedagogi dan
berusaha menambat hati mereka agar mahu memajukan diri serta menguasai apa yang diajar.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF AM.     
1) Menguasai kemahiran asas jawi iaitu menulis dan membaca tulisan jawi.
2) Dapat menambah minat dan pencapaian murid dalam pelajaran jawi.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
1) Untuk menarik minat murid mempelajari tulisan jawi.
2) Membantu murid mengenal huruf jawi.
3) Membantu murid mengetahui cara menyambung huruf dengan cara yang betul.
4) Membantu murid membezakan huruf yang boleh disambung dengan huruf yang tidak boleh
disambung.
5) Membantu murid mengeja satu dan dua suku kata dalam tulian jawi dengan betul.
6) Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas.
4.0 KUMPULAN SASARAN.
Terdiri daripada 6 orang murid tahun 2. Masalah yang mereka hadapi adalah tidak mengetahui
huruf yang boleh dan idak boleh disambung serta tidak tahu menyambung huruf tunggal jawi
menjadi satu perkataan. Mereka yang saya pilih ialah:
1) Nur Asyira Idayu bt Ramli.
2) Najihah bt Mazlam
3) Mohamad Firdaus b. Zakaria
4) Isma Alif b. Saad.
5) Siti Aisyah bt Mohd Sazali
6) Puteri bt Rohizi

5.0 LANGKAH PELAKSANAAN KAJIAN


            Kajian ini menumpukan kepada cara untuk mengenalpasti dan menangani masalah yang
wujud melalui pengumpulan data mengikut langkah-langkah berikut :       
5.1 TINJAUAN MASALAH.
            Tinjauan masalah telah saya laksanakan dengan cara pemerhatian semasa mengajar,
temubual dengan murid sendiri dan pandangan rakan-rakan guru yang mengajar kelas ini dan
berdasarkan jawapan murid semasa latihan diberi.    
5.1.1 Pemerhatian.
5.1.2 Temubual.
5.1.3 Latihan .
5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
5.2.1 PEMERHATIAN
            Berdasarkan pemerhatian terhadap murid semasa pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan didapati murid :
ü  Tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan.
ü  Tidak mahu cuba untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh guru.
ü  Kurang fokus pada pembelajaran.
ü  Kurang berkomunikasi dengan rakan dalam hal pelajaran.
ü  Tiada daya saing dan usaha untuk memajukan diri.

5.2.2 TEMUBUAL DAN SOAL SELIDIK.


Berdasarkan temubual dan soal selidik bersama murid disimpulkan bahawa:
ü  Tidak berminat untuk belajar dan rasa sukar mengikuti apa yang diajar.
ü  Tiada sokongan daripada ahli keluarga dan ibubapa kerana mereka sendiri tidak
mahir dalam menulis dan membaca jawi.
ü  Merasakan diri banyak kekurangan, kurang keyakinan dan malu.
ü  Tidak biasa menggunakan bahan bacaan jawi seperti buku cerita dan akhbar tulisan jawi yang
terdapat di Pusat Sumber Sekolah.
5.2.3 LATIHAN DAN UJIAN.
            Setelah murid diberikan ujian bertulis untuk menyambung huruf-huruf jawi didapati
berlaku banyak kesalahan . Antara kesilapan yang dibuat adalah:
ü  Menyambung huruf sesuka hati .
ü  Menyambung dengan bentuk dan cara yang salah.
ü  Tidak  menyambung tetapi cuma merapatkan huruf sahaja.
5.4 METHODOLOGI PELAKSANAAN KAJIAN
5.4.1 PERANCANGAN KAJIAN .
            Bagi menarik perhatian murid ,saya merancang aktiviti yang berkaitan rapat dengan
kehidupan seharian mereka . Persekitaran mereka sinonim dengan tangkapan hasil laut,
suasana di pelantar, mengopek kerang dan aktiviti memancing ikan. Oleh itu, saya namakan
aktiviti permainan yang akan saya jalankan ada persamaan dengan aktiviti mereka.
            Aktiviti bertujuan membolehkan murid mengingat huruf-huruf jawi  yang boleh
disambung dan tidak boleh disambung. Berdasarkan pengetahuan sedia ada murid telah
menghafal semua huruf jawi tetapi masih tidak tahu menyambungnya. Malah amat keliru
bagaimana untuk menyambung huruf jika ia di awal, tengah dan akhir. Tempoh masa yang
diambil bermula pertengahan  Mac 2014 sehingga akhir Bulan april 2014 kira-kira 6 minggu
untuk melihat hasil pencapaian murid. Sepanjang cuti persekolahan pertengahan penggal
pertama lalu, saya menyediakan lembaran kerja agar murid mahir dalam menyambung huruf-
huruf jawi.
            Langkah pertama saya pastikan murid-murid benar- benar mengenal huruf-huruf jawi.
Kemudian mengetahui padanan huruf jawi dengan huruf rumi. Ini akan memudahkan murid
untuk menulis dan menyebut suku kata dan perkataan nanti. Saya membekalkan murid dengan
sehelai kertas A4 yang telah dilaminate  sebagai panduan dan hafalan. Setelah diuji semua
murid dapat menyebut padanan yang betul barulah saya mulakan aktiviti permainan yang saya
rancang. Saya akan bertanya secara spontan apabila bertemu murid di mana sahaja di kawasan
sekolah. Secara tidak langsung hubungan guru dan murid lebih baik dan murid rasa selesa
apabila saya selalu berinteraksi dengan mereka.
5.4.2 AKTIVITI 1 (PERMAINAN MENGOPEK KERANG).

Aktiviti pertama dimulakan dengan memperkenalkan huruf sama ada boleh sambung atau
tidak.  Huruf dibahagikan kepada 3 pecahan.

 1.EH, SOMBONGNYA DIA.
ALIF    A , WAU Ë  ,   VI          “ , DAl   e , Dzal  g , Ra     i, Zai   k

2.MEMANG SOMBONG                                          3.KITA KAN KAWAN.


                                                                                         Semua huruf lain.
HAMZAH - Õ,  HA-Ê
                                                                                                                                                           
                                                            .                                                                                     
            Murid akan diberi 3 keping kad poket untuk menghafal huruf di atas di mana sahaja
mereka berada. Kad-kad ini diberi nama kad Sombong, kad memang sombong dan kad kawan.
1)Kad Sombong bermakna huruf tersebut boleh disambung oleh huruf lain
   tetapi tidak boleh menyambung huruf lain.
2)Kad memang sombong bermakna huruf tesebut tidak langsung boleh
   disambung dan menyambung .
3)Kad Kawan bermakna huruf –huruf yang boleh disambung dan malah huruf
    itu juga boleh menyambung huruf lain.
Apabila murid telah menghafalnya setelah diberi tempoh beberapa hari aktiviti permainan
dijalankan. Permainan diberi nama ‘KOPEK KERANG’. Murid biasa mambantu ibu bapa
mengopek kerang pada hari cuti. Murid nampaknya tidak sabar untuk bermain. Caranya murid
mengambil 1 kerang yang telah diletakkan pelekat dan diisi dengan satu atau 2 huruf jawi
dalam kotak yang diedarkan . Permainan ini boleh dimainkan di mana sahaja tempat yang
sesuai dan selesa. Saya akan mainkan muzik ataupun murid boleh menyanyi bersama-sama dan
muzik akan diberberhentikan secara tiba-tiba. Murid yang sedang memegang peti akan
menjawab secara lisan. Murid menyatakan huruf dan menyatakannya sama ada boleh atau
tidak boleh sambung, Saya akan membwri 2 markah bagi jawapan yang betul. Jika masih ada
yang belum mahir dia diberi tempoh untuk menghafalnya.
Selesai aktiviti ini murid diberi latihan bertulis (sila lihat lampiran) bagi mengukuhkan ingatan.
Murid diminta menanda / jika huruf itu boleh disambung dan x jika tidak boleh disambung.
Guru juga menunjukkan bagaimana bentuk huruf jawi apabila disambung apabila kedudukan
huruf tersebut berada di awal, tengah dan akhir.
5.4.3 AKTIVITI 2( PERMAINAN MEMANCING HURUF).
            Setelah melepasi tahap pertama dengan bermain permainan ‘kopek kerang’ beberapa
pusingan murid boleh diajak bermain permainan kedua dinamakan ‘Memancing huruf.’ Ia ada
persamaan dengan aktiviti memancing ikan yang dijalankan oleh penduduk nelayan di sini.
Sebelum itu guru akan memberi panduan dan murid menulis mengikut contoh iaitu bagaimana
bentuk huruf apabila disambung di awal, tengah dan akhir. Tidak semua huruf ditampilkan. 
Murid diberi contoh huruf yang sama bentuknya sahaja. Contohnya huruf seperti ba, ta ,dan,
tha, Cuma  huruf ba sahaja diterangkan. Cara permainannya adalah dengan murid diberikan
pancing yang diletakkan magnet menggantikan kailnya. Murid akan cuba memancing huruf di
dalam kotak atau bekas yang besar. Tidak semua huruf diletakkan magnet untuk permainan
yang lebih mencabar. Setelah berjaya murid akan cuba mengisi jadual yang disediakan
bagaimana bentuk huruf tersebut ditulis di awal, tengah dan akhir. Permainan boleh dijalankan
beberapa pusingan. Pemenang juga akan diberikan hadiah .
5.5 REFLEKSI KAJIAN DAN PENILAIAN.
5.5.1 Hasil pemerhatian cara belajar dan sikap yang ditunjukkan oleh responden sebelum
pelaksanaan kajian ini, amat mengecewakan dan tidak membantu ke arah peningkatan diri.
Namun apabila dipilih melibatkan diri dalam kajian ini mereka mula menunjukkan perubahan
dari aspek sikap dan penguasaan kemahiran menulis jawi. Mereka bermain dengan gembira
dan dalam masa yang sama memahirkan diri menyambung huruf dengan betul .
Perubahan yang yang ditunjukkan dari aspek sikap adalah:
1) Mulai rasa diberi perhatian dan berkehendak melibatkan diri.
2) Yakin diri berada di samping rakan-rakan yang lain di kelas.
3) Memberi kerjasama dalam semua aktiviti yang dirancang, malah tidak rasa
    tertekan mengikuti setiap aktiviti.
4) Berani mencuba walaupun melakukan kesilapan pada awalnya.
Perubahan dari aspek pembelajaran.
1)Tidak lagi keliru dalam menyambung huruf jawi.
2) Berjaya menyambung huruf sama ada di awal tengah dan akhir.
3) Membuat latihan sehingga siap,
4) Bukan setakat boleh menulis malah boleh menyebut perkataan yang dieja.
5) Menjawab dengan betul latihan yang diberi.
Di sini dilampirkan jadual jawapan yang telah dijawab oleh murid melalui aktiviti Kopek Kerang.

Pusingan Pusingan Pusingan pusingan pusingan


1 2 3 4 5

1) Idayu   2 2 0 2 0

2) Najihah 0 0 2 2 2
3) Firdaus 2 2 2 0 2

4) Isma Alif 2 2 2 2 0

5) Aisyah 2 2 2 2 2

6) Puteri 2 2 2 0 2

             
            Berdasarkan jadual pencapaian jelas menampakkan kebolehan murid menyatakan
dengan betul huruf yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung. Berikut pula
jumlah markah yang diperolehi melalui permainan memancing huruf.

NAMA JUMLAH MARKAH

1) Idayu   60

2) Najihah 90 PEMENANG

3) Firdaus 65    

4) Isma Alif 70             Saya tidak lupa memberikan


hadiah kepada murid yang
5) Aisyah 80 mendapat tempat tertinggi. Ini
6) Puteri 75 mendorong murid lain untuk cuba
menjawab dengan lebih baik pada
masa akan datang. Permainan ini akan terus dilaksanakan apabila ada masa terluang.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA.
            Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif
dari segi amalan pembelajaran murid dan penguasaan murid dalam kemahiran menulis jawi.
Mereka lebih yakin berada di samping rakan sekelas. Namun demikian itu belum cukup untuk
mereka bersaing dengan murid lain yang lebih mahir menulis dan membaca jawi. Oleh itu saya
berhasrat untuk melanjutkan kajian  berkaitan kemahiran membina dan menulis pelbagai jenis
ayat mudah. Bimbingan dan perhatian yang berterusan akan meningkatkan motivasi dalam diri
murid-murid seterusnya mendorong mereka menguasai pembelajaran.

7.0 KESIMPULAN.
            Walaupun kajian ini hanya melibatkan beberapa orang murid namun aktiviti yang direka
juga sesuai untuk dijalankan di kelas tahun dan murid lain yang mempunyai masalah yang
sama. Semoga ianya menjadi panduan perkongsian buat guru-guru lain. Ini bagi memastikan
murid tidak jauh ketinggalan dalam penguasaan kemahiran menulis jawi. Secara peribadinya
saya sebagai pengkaji dan Guru Pendidikan Islam merasakan usaha ini dapat menyumbang
kepada peningkatan tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam kerana
Pelajaran Jawi berkait rapat dengan sumber dan bahan bacaan untuk matapelajaran Pendidikan
Islam . Sebagai usaha bagi membantu murid mendapatkan bahan bacaan jawi saya telah mula
melanggan Majalah Asuh dan Ana Muslim untuk Pusat Sumber Sekolah yang di dalamnya
terdapat petikan jawi yang mudah dibaca. Semoga murid yang terhasil di bawah acuan kita
adalah murid yang celik Jawi.

SUMBER RUJUKAN.
Buku Prosiding Konvensyen Kajian Tindakan(2009), Ipoh :Jabatan Pelajaran
            Perak.
Mak Soon Sang,(2003).Psikologi Pendidikan, Subang Jaya :Kumpulan Budiman
            Sdn Bhd
Manual Kajian Tindakan ,Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
            Pendidikan :Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlob, Pandai Jawi ( 2007),Shah Alam :Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Modul Kursus bersiri Kajian Tindakan(2009): Jabatan Pelajaran Perak.

Sharifah Alwiah Al sagoff(1993),Ilmu Pendidikan:Pedagogi,Kuala Lumpur,


            Heineman Education Book (Asia) ltd.

Anda mungkin juga menyukai