Anda di halaman 1dari 3

Tajuk 3 (perempuan) : Ashabul Kahfi.

BIL TEKS CATATAN


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…

Terima kasih… pengacara majlis


para hakim bijaksana Nasyid
Ashabul Kahfi tajuk cerita
Buat renungan kita bersama

Kawan-kawan,

Siapakah gerangan Ashabul Kahfi? Ya…. Ashabul Kahfi merupakan kisah Tujuh
pemuda beriman yang bernama Maksalmina, Martinus, Kastunus, Bairunu,
Danimus, Yathbunus dan Thamlika. Mereka tetap teguh mempertahankan iman
dan tidak mahu menyembah berhala, walaupun menyedari diri terancam
dengan kezaliman raja Daqyanus. Telah terakam dalam firmanNya:

Maksudnya:
Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan
mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk. Al-Kahfi : 13

Ya kawan-kawan,
Pemuda harapan bangsa. Tahniah kepada Astro yang mengadakan
Program realiti Pencetus Ummah mampu menarik minat remaja masakini
dalam program dakwah dan penghayatan Islam.
Hadirin sekalian,
Keimanan pemuda tidak goyah
Tetapkan hati kepada Allah ] Nasyid
Raja meminta mereka menyerah
larikan diri pertahan aqidah

Firman Allah ;

:Ertinya
Mereka pun berkata, Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi
Al-Kahfi ;14
Ya kawan-kawan,
Penghijrahan demi kebaikan menjadi tuntutan. Lihatlah kini…ramai
golongan artis yang sudah berhijrah ke arah kebaikan . Alhamdulillah.

Kawan-kawan…
Tujuh pemuda tersebut melarikan diri ke pedalaman kawasan pergunungan
bernama Nikhayus. Perjalanan mereka terhenti seketika, dek kerana diekori
seekor anjing yang bernama Qitmir. Akhirnya anjing tersebut turut bersama-
sama mereka sehingga tiba di sebuah gua.

Ya kawan-kawan…kita patut menghormati makhluk lain meskipun haiwan seperti


anjing. Kes mendera binatang seperti memotong kedua-dua kaki kucing yang
bernama Hero amat menyayat hati.

309 tahun Allah tidurkan,


Dengan ketenangan tanpa gangguan. ] pantun
Benarlah Allah berfirman:

Ertinya:
Maka kami tutupkan telinga mereka, beberapa tahun di dalam gua itu. Al
Kahfi :11

Terjaga dari lena yang panjang,


Perut terasa minta diisikan
Menuju ke pekan membeli makanan ] Sajak
Terkejutnya bukan kepalang
Wang dihulur bukan tukaran….

Peristiwa ini aneh sekali. Alangkah bertuahnya tujuh pemuda pilihan Ilahi. Inilah
bukti kekuasaan Allahu Rabbi. Tiada siapa dapat menandingi.

Ya kawan-kawan,
Allah Maha berkuasa. Tiada setara dan serupa denganNya. Beribu-ribu
ikan tamban yang timbul di persisiran pantai Tabisan, Sabah menjadi tanda
tanya kepada manusia. Inilah kuasa Yang Esa.
Penduduk kota berasa hairan melihat wang tukaran pemuda tersebut. Lalu
dikhabarkan kepada raja. Akhirnya raja yang beriman itu berangkat ke gua,
bertemu tujuh pemuda untuk menyaksikan sendiri akan kebenaran kata-kata
agar tidak menghukum pemuda tanpa usul periksa.
Firman Yang Esa…

Ertinya:
Siapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan maka mereka itu
adalah orang-orang kafir. (Al-Maidah: 44)

Ya kawan-kawan,

Pemimpin cemerlang pemimpin dihormati. Benarlah seperti slogan


kepimpinan melalui teladan. Kesediaan Sultan Muhammad v mencemar
duli menjadi imam solat amat disanjung tinggi.

Akhirnya… tujuh pemuda tersebut dimatikan Allah sejurus bertemu Raja yang
beriman.
Sekian wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum waramatullahi
wabarakatuh...

Anda mungkin juga menyukai