Anda di halaman 1dari 4

Kesan banjir

\Banjir yang melanda negara kita beberapa ketika dulu sudah cukup untuk membangkitkan
persoalan; adakah dunia ini selamat didiami lagi? Tidak kira di mana kita berada, kita
dikepungi lautan dengan 70 peratus permukaan bumi adalah air. Maka, kewujudan air
sangat berkait rapat hampir pada setiap aspek kehidupan, lebih-lebih lagi aspek
keselamatan dan nyawa.

Kesan paling buruk yang boleh dibawa oleh banjir adalah kehilangan nyawa. Sama ada
kerana lemas, tercedera akibat banjir, putus bekalan makanan, putus bekalan air bersih,
penyakit dan ketiadaan ubat, kesukaran menemui doktor, bahkan keganasan dan rampasan
barang keperluan asasi akibat kekurangan dan keterdesakan mangsa-mangsa banjir.
Semua itu mungkin. Bagaimana sekiranya air naik dan tidak surut-surut? Bukan saja boleh
membunuh manusia, bahkan boleh melenyapkan negara.

Kesan paling buruk yang boleh dibawa oleh banjir adalah kehilangan nyawa. Sama ada
kerana lemas, tercedera akibat banjir, putus bekalan makanan, putus bekalan air bersih,
penyakit dan ketiadaan ubat, kesukaran menemui doktor, bahkan keganasan dan rampasan
barang keperluan asasi akibat kekurangan dan keterdesakan mangsa-mangsa banjir.
Semua itu mungkin. Bagaimana sekiranya air naik dan tidak surut-surut? Bukan saja boleh
membunuh manusia, bahkan boleh melenyapkan negara. 

Kerosakan harta benda sudah membayangkan kesannya kepada ekonomi manusia.


Sekurang-kurangnya, kita memerlukan belanja dalam jumlah yang sama untuk
mengembalikan keadaan kepada sediakala. Bank, premis perniagaan, semuanya mengalami
kerugian teruk bukan sahaja kerana kerosakan harta, bahkan kerana aktiviti perniagaan
yang terhenti.

Apabila barangan yang seharusnya dijual tidak dapat dijual, bahkan kerosakan barangan
juga berlaku, maka ia menyebabkan kerugian di pihak peniaga. Syarikat yang menyertai
bursa saham akan terjejas dan menyebabkan pelabur merasa tidak selamat dan mula
mengalihkan modal kepada negara-negara lain sebagai alternatif. Justeru, minat pelabur
yang luntur akan menyebabkan kesan yang lebih buruk kepada industri pelaburan dan tidak
mustahil, krisis kewangan tahun 1999 boleh berulang.

Maka, banjir yang melanda Johor secara dahsyat bukan saja memberi kesan buruk kepada
negeri Johor, bahkan memungkinkan risiko kepada ekonomi negara kita seluruhnya.
Walaupun ini cuma logika sebab dan musabbab, namun risiko ini tidak harus dipandang
remeh.

Banjir juga mengancam kesihatan. Bermula dari kegagalan fungsi hospital dan farmasi,
berlanjutan kepada penularan penyakit-penyakit berjangkit. Penyakit seperti cirit-birit, taun,
demam kepialu, denggi, hepatitis A dan kudis buta menjadi ancaman akibat daripada
bahana banjir yang menjejaskan kebersihan makanan, minuman, persekitaran. Bahkan
kesesakan di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir turut memudahkan penularan
sebarang penyakit berjangkit.
Penyakit Leptospirosis yang mula menyerang dengan dua kes kematian dicatat pada awal
Januari 2007 adalah berpunca daripada bakteria Leptospira yang didapati daripada air
kencing haiwan berdarah panas di mana penyakit ini boleh merosakkan organ dalaman
manusia. Bakteria yang tersebar melalui air banjir mengancam keselamatan kerana
penularan yang tidak terkawal.

Sekolah yang menjadi tempat penempatan sementara mangsa banjir turut terpaksa
ditutup. Akibatnya proses pendidikan terganggu dan menghadapi masalah. Murid-murid dan
pelajar tidak dapat ke sekolah dan proses mengajar terbantut di tengah-tengah. Keadaan
boleh menjadi lebih buruk yang membabitkan masa depan generasi kecil kita.

Realitinya, banjir bukan saja memberi kesan buruk kepada semua mangsa yang terlibat,
bahkan ia juga memberi kesan kepada kesedaran manusia terutamanya, dalam persiapan
menghadapi banjir. Banjir telah membuka mata kita berkenaan sistem perparitan yang
dilaporkan bermasalah, serta beberapa aktiviti pembalakan yang tidak terancang. Dakwaan
tambakan pasir oleh Singapura menyebabkan banjir juga mendapat perhatian yang tidak
sedikit, sekurang-kurangnya banjir telah menyebabkan kita lebih peka kepada banyak
perkara yang sebelum ini lebih bersifat tersembunyi.) kita mestilah tolong-menolong antara
satu sama lain

~cthnya menolong jiran sekiranya mereka menghadapi sebarang kesulitan ketika banjir berlaku

2) kita hendaklah berkerjasama sesama masyarakat 

~cthnya bekerjasama dalam mengangkat barang barang keperluan 

3)memahami cara-cara menghadapi banjir

~cthnya dgn mempelajari teknik berenang supaya tidak lemas kelak ketika banjir

4)membuat langkah penyediaan sebelum menghadapi banjir 

~cthnya : menyelamatkan dokumen dan maklumat yg penting,menyediakan brg keperluan yg


mencukupiKesan terhadap diri

○ Mendapat penyakit

Penyakit merupakan kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir kesihatan manusia. Banjir
yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini
bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun
dan malaria. 

○ Boleh membawa kematian 

Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa sendiri dan juga nyawa orang yang
tersayang terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. 

Kesan terhadap masyarakat


○ Kemusnahan Tanam tanaman

Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati.
Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan
tanam-tanaman ini akan merugikan para petani.Ini juga akan menyebakan masyarakat
kekurangan sumber makanan

○ Kemusnahan harta benda 

Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta
merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini
membawa kerugian besar kepada penduduk. 

Kesan terhadap negara

○ Kerugian kerajaan

Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan
mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan
memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan
kos penyelenggeraan yang tinggi. Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai
keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan
petempatan sementara mangsa banjir.

Anda mungkin juga menyukai