Anda di halaman 1dari 16

PENGAJIAN AM STPM : KEPELBAGAIAN BIODIVERSITI

Posted on Ogos 4, 2009 by albayuni BYLINE: Rencana- Siti Mariam Md. Zain KETUA Taman-taman dan Projek-projek Khas Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Andrew J. Sebastian berkata, jika tujuh keajaiban dunia boleh ditambah menjadi lapan, beliau tidak teragak-agak meletakkan nama Malaysia dalam kategori itu. Ini kerana mengikut pendapatnya, sebagai sebuah di antara 12 negara mega biodiversiti yang menguasai 75 peratus daripada spesies hidupan hutan dan laut yang terdapat di dunia, Malaysia tidak syak lagi wajar menerima pengiktirafan tersebut.Bayangkan dengan usia hutan hujan kita yang dianggarkan 200 juta tahun, tentunya terdapat pelbagai hidupan yang sehingga kini masih terus menjadi misteri, katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini. Jelas Andrew, di samping binatang dan haiwan liar, hutan hujan kita juga dihuni oleh 15,000 spesies tumbuhan berbunga selain turut menjadi tumpuan 736 spesies burung, 150,000 spesies invertebrat (binatang atau haiwan tanpa tulang belakang), 4,000 spesies ikan laut, 449 spesies ikan air tawar dan beberapa jenis batu karang. Malangnya, khazanah di hutan dan lautan yang begitu berharga di sekeliling kita, gagal dihayati oleh kita sendiri.Kemusnahan hutan atas nama pembangunan, pencemaran laut dan sikap tidak bertanggungjawab kita yang memilih membuang sampah merata-rata, adalah antara `sumbangan yang hanya akan melenyapkan nama Malaysia dalam senarai impian. Memperkatakan tentang khazanah alam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri beberapa kali menegaskan, betapa perlunya semua pihak menyedari tanggungjawab menjaga kestabilan biodiversiti yang tidak ternilai harganya. Malah ketika melancarkan Dasar Bioteknologi Negara (DBN), Abdullah berkata, ia menandakan permulaan era baru yang cukup bermakna dalam usaha kerajaan menggunakan kekayaan biodiversiti negara melalui pendekatan sains dan teknologi. Sewajarnya isu pembangunan seimbang seperti yang diutarakan oleh Perdana Menteri yang mahu agar alam sekitar diberi perhatian dan tidak dimusnahkan semata-mata untuk mencari keuntungan seharusnya dipandang serius. Berkesan Namun satu soalan yang sering menjadi pertanyaan ialah adakah kita benar-benar menjaga hutan dan alam sekitar? Sejauh manakah kita berusaha melindungi kawasan-kawasan ini daripada dirosak atau dimusnahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terutamanya mereka yang hanya bertuhankan wang ringgit? Menurut Andrew, kesedaran itu tidak wujud sebenarnya kerana negara langsung tidak mempunyai `sistem pembesar suara yang dapat melarang pihak-pihak berkenaan melakukan perkara-perkara tersebut. Kita ada kawalan undang-undang malangnya sehingga kini ia gagal dilaksanakan dengan berkesan, katanya kesal. Kekesalan seperti yang ditunjukkan oleh Andrew bukan suatu perkara baru. Sebelum ini kita juga sering terdengar malah turut marah dengan tindakan golongan yang hanya mengejar keuntungan semata-mata. Malangnya, marah itu tidak kekal lama. Mungkin sikap kita yang `hangat-hangat tahi ayam merupakan faktor penyumbang kepada kemusnahan alam sekitar yang kian membimbangkan kebelakangan ini. Kemusnahan alam sekitar yang menjadi nadi kehidupan kepelbagaian biodiversiti di negara ini, secara sedar atau tidak juga membawa

mudarat kepada kita semua. Jika hutan ditebang, bukan sahaja tumbuhan, serangga, haiwan atau binatang liar yang menjadi mangsa malah ia turut mengganggu sumber atau bekalan air akibat pengaliran takungannya yang terganggu. Di Kedah, hal ini pernah menjadi isu apabila hasrat kerajaan negeri memberi konsesi balak kepada sebuah syarikat swasta mendapat tentangan walaupun kaedah yang dipilih pembalakan helikopter dikatakan mampu mengurangkan kadar pencemaran air empangan di kawasan terbabit. Walaupun hutan yang dimaksudkan sehingga hari ini masih `selamat, namun tanpa kesedaran, orang seperti Andrew melihat keselamatannya tetap tidak terjamin. Sambil memberi contoh satu lagi kawasan `selamat yang mungkin hanya menunggu masa untuk `diterokai, katanya, adalah satu kerugian besar jika keaslian kawasan-kawasan berkenaan yang kaya dengan khazanah alam fauna dan flora dibiarkan musnah demi keuntungan jangka pendek.Satu-satunya paya air tawar yang tinggal di Johor sehingga kini masih dapat dipertahankan, tetapi sampai bila? soalnya. Menyingkap perasaannya lebih lanjut, Andrew mengaku beliau agak hairan dengan sikap kebanyakan rakyat Malaysia. Jika pelancong luar datang ke negara ini semata-mata untuk menikmati keindahan alam sekitarnya, masyarakat kita pula seolah-olah langsung tidak tahu menilainya. Kelip-kelip di Kuala Selangor misalnya. Orang luar menganggap ia sebagai satu keajaiban dunia tetapi kita tidak pernah menghargai kewujudannya, kata Andrew. Lebih mendukacitakannya apabila sehingga kini, MNS belum menerima permohonan daripada manamana pelajar tempatan yang berminat membuat kajian tentang kehidupan serangga tersebut berbanding yang diterima daripada pelajar asing. Mereka datang dari jauh untuk melihat dengan mata kepala sendiri fenomena ini tetapi anakanak kita langsung tidak peduli, katanya sekali lagi dengan nada kesal. Justeru tegas Andrew, demi kebaikan semua pihak, sudah sampai masanya kerajaan sendiri lebih bersikap proaktif dalam usaha merapatkan jurang yang berlaku. Ditanya tentang masa depan alam sekitar, biarpun tidak mempunyai jawapan yang pasti, namun Andrew tetap percaya perjuangannya akan berhasil suatu hari nanti. Hanya masa akan menentukan. Apa pun harapan saya ialah agar kesedaran ini akan timbul bukan hanya setelah kita tidak mampu berbuat apa-apa lagi, katanya. Ancaman Terhadap Biodiversiti Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin Pegawai Penyelidik 01/11/2007 | Artikel Bahasa Malaysia Pada hari ini kepelbagaian kehidupan atau biodiversiti negara berhadapan dengan pelbagai krisis yang memberi ancaman besar dan menyumbang kepada kemerosotan dan kehilangannya. Dalam keadaan tersebut, terdapat banyak unsur yang menyumbang kepada kemusnahan khazanah yang tidak ternilai ini sama ada unsur secara langsung ataupun unsur tidak langsung. Pemusnahan habitat umpamanya merupakan unsur utama yang menyumbang kepada kehilangan biodiversiti kita pada hari ini. Jika dilihat di negara kita sendiri habitat hutan telah banyak dimusnahkan untuk tujuan pembangunan, perumahan dan sebagainya. Dalam ruang lingkup ini, ahli biologi menganggarkan bahawa kawasan seluas 10 km2

mengandungi dua kali ganda banyak spesies dengan kadar purata kawasan 1 km2. Langkah mengurangkan ekosistem kepada satu per sepuluh jumlah asal akan menyebabkan sesetengah daripada spesies mengalami kepupusan. Sebagai contoh, haiwan aras tertinggi dalam kitar makanan seperti singa, beruang, harimau, gajah dan sebagainya memerlukan habitat yang luas bagi memastikan jumlah spesies terus dapat dikekalkan. Unsur kemusnahan biodiversiti yang seterusnya ialah pencerobohan spesies, iaitu pengenalan secara tiba-tiba spesies asing dalam sesuatu ekosistem yang boleh mengganggu aliran biasa ekosistem tersebut, yang mana ia sekaligus akan memberi kesan buruk kepada spesies asal yang menghuni dalam ekosistem tersebut. Pengenalan spesies asing ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada flora dan fauna, bahkan ia juga turut menjejaskan kegiatan manusia. Satu contoh jelas yang telah dikenalpasti ialah peristiwa pencerobohan spesies ubur-ubur di Lautan Atlantik. Pencerobohan spesies ini telah menyebabkan persaingannya dengan spesies asal yang mana kini ia terdiri daripada 95% jumlah biojisim lautan tersebut, dan ia merupakan satu bencana yang memberi kesan besar terhadap ekonomi di kawasan tersebut. Sementara itu, pada abad lampau didapati 70% spesies ikan air tawar di Amerika Syarikat telah mengalami kepupusan akibat daripada pengenalan spesies luar biasa (exotic species). Begitulah besarnya pengaruh dan kesan daripada pencerobohan spesies asing ke atas spesies asal di dalam sesuatu ekosistem yang mana, sekiranya terus dibiarkan ia akan membawa kepada kepupusan yang lebih besar lagi ke atas spesies-spesies lain. Selain itu, pencemaran juga turut menjadi penyumbang utama kepada kemusnahan biodiversiti kita. Pencemaran bahan kimia ke atas spesies air tawar, laut dan tanah misalnya boleh membawa kepada lenyapnya jumlah dan spesies di dalam sesuatu ekosistem. Bahan-bahan yang terhasil daripada usaha-usaha pertanian, seperti baja dan racun serangga pula, boleh meresap ke dalam akuifer dan sungai yang akhirnya akan sampai ke laut dan akan meracuni hidupan laut. Keadaan ini sekaligus akan mengancam sumber makanan kita yakni ikan yang kita sedia maklum merupakan sumber protein utama dalam kehidupan kita. Bukan itu sahaja, malah lebih buruk lagi ia akan turut mempengaruhi dan merencatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Manakala pencemaran atmosfera pula boleh menyumbang kepada perubahan iklim mendadak yang dijangka akan mengakibatkan gangguan ke atas taburan spesies, dan seterusnya membawa kepada kepupusan biodiversiti yang sedia ada. Pada hari ini perubahan iklim dunia menjadi mawdu hangat yang sering diperdebatkan oleh peminpin-pemimpin dunia dalam mana mana persidangan. Malah perkara ini turut dibincangkankan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-62 baru-baru ini, yang mana sangat bersesuaian dengan tema perhimpunan tersebut iaitu Masa Depan Di Tangan Kita: Menghadapi Cabaran Kepimpinan Terhadap Perubahan Iklim. Perkara ini sebenarnya bukan perkara yang baru, malah jika diimbas kembali, kesan daripada perubahan iklim lebih sedekad yang lepas misalnya telah menyebabkan suhu dunia meningkat antara 0.3 dan 0.6 oC yang mana ia merupakan peningkatan terbesar dalam jangkamasa 1000 tahun, dan daripada peningkatan suhu ini ia telah menyebabkan kesan rumah hijau (greenhouse effect). Malah akhbar ada

melaporkan kajian terbaru IPCC menjangkakan bahawa suhu purata Malaysia akan meningkat antara 0.6 oC hingga 4.5 oC menjelang tahun 2060. Jangkaan ini amatlah membimbangkan dan jika ia menjadi kenyataan bermakna biodiversiti kita akan berhadapan dengan pelbagai ancaman yang lebih besar lagi. Bukan itu sahaja, malah akibat perubahan iklim ini juga telah memberi kesan yang ketara kepada paras air laut yang mana ia telah meningkat kepada 10-20 cm di seluruh dunia, pencairan glasier di kutub, perubahan bentuk pemendapan dan meningkatnya peristiwa kejadian suhu melampau. Perubahan ini sekaligus menyebabkan kitaran musim seluruh bumi terganggu. Apa yang lebih membimbangkan lagi ialah perubahan ini berlaku dalam jangkamasa yang cukup pantas dan ini akan menimbulkan masalah kepada kebanyakan spesies untuk menyesuaikan diri, dan sekaligus akan memberi masa depan yang suram kepada nasib biodiversiti kita. Unsur kepupusan biodiversiti yang seterusnya ialah disebabkan oleh penuaian berlebihan yang dilakukan ke atas sumber biodiversiti secara berterusan. Pada hari ini, bukan sahaja di negara kita malah di negara-negara lain juga didapati banyak spesies yang diburu dan dituai secara berterusan untuk tujuan pembangunan. Malah kadar ekonomi sesebuah negara sangat bergantung kepada hasil yang diperoleh daripada sumber biodiversiti. Salah satu contoh jelas kepupusan secara langsung yang disebabkan oleh penuaian secara berlebihan ialah melibatkan spesies burung merpati dan kakak tua Carolina dalam abad yang ke-20. Jika pemburuan dan penuaian sumber biodiversiti dilakukan secara berterusan tanpa adanya langkah pemuliharaan yang berkesan, dikhuatiri biodiversiti yang masih lagi wujud pada hari ini akan menerima nasib yang sama dengan kedua-dua spesies yang disebutkan tadi. Sebagai contoh, pada hari ini di negara kita spesies harimau merupakan antara salah satu spesies yang semakin berkurangan dan diancam kepupusan berikutan pemburuannya untuk tujuan perdagangan. Meskipun kadar pertumbuhan masyarakat adalah penggerak utama kepada kelima-lima unsur yang disebutkan tadi, kehilangan biodiversiti tidak dapat dielakkan yang mana ia sangat mempengarauhi pertumbuhan dan pembangunan masyarakat dan ekonomi sesebuah negara. Namun ia hanyalah sebahagian daripada unsure khusus secara menyeluruh yang bertitik tolak daripada asas kemasyarakatan, ekonomi, siasah, budaya dan sejarah masyarakat. Kekurangan pengetahuan terhadap kepentingan biodiversiti, terutamanya di kalangan masyarakat khasnya, merupakan antara unsur langsung yang menyumbang kepada terancamnya sumber biodiversiti kita yang masih wujud pada hari ini. Kita sebagai pemegang amanah di muka bumi ini sepatutnya sedar bahawa biodiversiti yang terdapat di negara kita merupakan khazanah yang tidak ternilai, dan ia adalah sumber tempat manusia bergantung untuk meneruskan kelangsungan hidup. Namun perkembangan terkini menunjukkan semakin manusia maju dengan bermacam-macam bentuk pembangunan, satu aspek yang terpaksa dikorbankan ialah alam dan biodiversiti yang dimilikinya. Manusia mengeksploitasi biodiversiti tanpa mengambilkira kepentingan masa depan dan padah yang akan diterima apabila biodiversiti yang menjadi pendokong kepada kehidupan manusia dieksploitasi tanpa batasan.

Jika dilihat, agama Islam sendiri sangat menuntut umatnya prihatin terhadap keselamatan biodiversiti yang dikurniakan Ilahi dan kita sebagai sebagai pemegang amanah disaran agar memakmur dan menjaganya sama seperti nyawa sendiri kerana ia menjanjikan sumber rezeki kepada kehidupan kita. Sebarang tindakan menzalimi biodiversiti dan alam akan memudaratkan dan membahayakan umat manusia itu sendiri. Sebenarnya menjaga biodiversiti adalah sama seperti menjaga keturunan kita dan ia merupakan suatu kelangsungan generasi manusia pada masa akan datang. Oleh itu sudah tiba masanya kita meletakkan kepentingan pemeliharaan biodiversiti sebagai matlamat utama dalam kehidupan kita serta berusaha menjaga dan menyelamatkan khazanah yang tidak ternilai ini daripada terus dimusnahkan. Malah, Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda yang bermaksud, Dunia ini indah dan segar dan sesungguhnya Tuhan Yang Maha Kuasa (yakni Allah SW.T) telah menjadikan kamu sebagai penjaganya, dan Dia melihat apa yang kamu lakukan (Riwayat Abu Said Al-Khudri). Daripada hadis ini, jelas menunjukkan bahawa setiap lapisan masyarakat perlulah sedar bahawa hasil bumi anugerah Allah S.W.T haruslah dipertahankan dan tidak boleh dieksploitasi dan dizalimi sesuka hati mengikut hawa nafsu. Ini kerana dikhuatiri kerakusan pengeksploitasian secara berlebihan sumber biodiversiti akan membawa padah yang buruk kepada kehidupan manusia sejagat. Justeru itu, pemeliharaan dan pengurusan biodiversiti secara mapan dan lestari adalah perlu bagi menjamin kehidupan yang sejahtera dan makmur kepada manusia sejagat. Jadi, sama-samalah kita muhasabah diri kita agar menjadi umat yang bijaksana dan bersyukur ke atas nikmat yang Allah S.W.T telah kurniakan kepada kita dalam usaha mencapai keberkatan hidup kita di dunia dan juga akhirat.

PENGAJIAN AM STPM : LARAS SAINS


Posted on Ogos 3, 2009 by albayuni Gaya Pemakanan Mempengaruhi Kesihatan Masyarakat Norkumala binti Awang Pegawai Penyelidik 05/03/2007 | Artikel Bahasa Malaysia Memang mudah melakar impian, tetapi mungkin sukar untuk menterjemahkannya mengikut hakikat. Namun, biar apapun kemungkinan yang bakal berlaku, kita sebagai umat Islam perlu sedaya upaya menguatkan semangat agar apa yang dicitakan tercapai. Sejajar dengan itu, seharusnya amalan pemakanan seharian kita perlu diubah agar dapat meningkatkan taraf kesihatan dengan pemakanan yang sihat berteraskan faham halalan tayyiban. Mungkin runtunan nafsu terhadap makanan yang tidak berkhasiat menjadi penghalang kerana ia telah menjadi tabiat kita tetapi jika kita memiliki keazaman untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, ia mungkin dapat diatasi. Jika sebelum ini, kita seorang hamba Allah yang tidak pernah mengambil berat tentang sumber makanan yang menjadi darah daging kita, anjakkanlah sikap kita agar dapat berubah kepada gaya pemakanan dan hidup yang sihat serta menekankan kepentingan pengambilan makanan yang memberi kesan yang mendalam sama ada jasmani mahupun rohani. Tidak dapat disangkal lagi bahawa amalan pemakanan seseorang akan mempengaruhi kesihatan

masyarakat. Kehidupan yang sihat bertitik tolak daripada pemakanan yang baik. Bagi yang menjalani gaya hidup yang sihat, barangkali mempunyai banyak pilihan untuk mempertingkatkan tahap kesihatan contohnya mengurangkan berat badan dengan cara yang betul, melakukan aktiviti yang sihat, pengambilan makanan yang seimbang walaupun sesetengah daripada kita dihambat dengan kesibukan tugas. Untuk meningkatkan lagi kualiti kehidupan, kita tidak boleh lupa akan faktor yang mempengaruhi tubuh kita, kerana tubuh badan manusia adalah satu organisma hidup yang amat mengkagumkan di mana ia mempunyai kemampuan untuk membesar, mengawal, memperbaiki dan mempertahankan diri jika diberi pemakanan seimbang, bermutu tinggi dan semula jadi. Di dalam memilih makanan, Islam menekankan agar umatnya mencari yang halal serta baik. Ini kerana faham halalan tayyiban yang dianjurkan dalam Al Quran mencerminkan kepada kita bahawa Islam itu syumul hatta di dalam bab pemilihan makanan sekalipun diperincikan dengan faham yang cukup lengkap panduannya. Intipatinya mudah, pilih makanan yang halal, sumber rezeki yang halal, menekankan unsur mutu makanan iaitu pemakanan yang sihat serta makanan yang baik dan bersih untuk kesihatan. Kalau sebelum ini, kita mengambil mudah dengan sumber makanan yang disuapkan ke mulut kita sehari- hari, anjakkanlah pemikiran kita agar unsur halal itu menjadi satu perkara yang amat penting mempengaruhi kesihatan rohani dan jasmani malah juga penting dalam pembentukan peribadi anak- anak. Sewajarnya kita menitikberatkan bahawa jika kita memberikan mereka makanan yang haram dan kotor, anak akan cenderung menjadi derhaka dan biadab. Apakah yang ditakrifkan sebagai makanan yang bermutu supaya ia benar- benar memenuhi ciriciri tayyib? Makanan yang hendak dimakan itu dikatakan tayyib jika ia memenuhi kriteria seimbang. Jika sebelum ini, kita tidak pernah prihatin terhadap pemakanan yang seimbang, seharusnya kita sedar dan mengubah tabiat makan agar lebih menjuruskan kepada mementingkan unsur kesihatan. Saranan untuk mengambil makanan bagi memenuhi keperluan tubuh mengikut jumlah zat dan mineral dapat dilihat daripada amalan Rasulullah SAW sendiri di mana baginda mencampurkan beberapa jenis makanan untuk dimakan. Daripada Salh bin Saad pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah memakan buah tembikai dengan tamar basah. Dan amalan ini merupakan satu pendekatan yang dipamerkan oleh Rasulullah dalam pola pemakanan yang seimbang. Dari satu sudut lain yang kini dipandang sepi oleh sesetengah daripada kita ialah industri perusahaan makanan. Dunia industri makanan dan minuman kita gersang dengan penyertaan dari umat Islam. Mereka lebih rela disogokkan dengan budaya makan gaji berbanding dengan berusaha sendiri untuk menjadi usahawan muslim yang berjaya contohnya dalam bidang industri makanan dan minuman. Umat Islam masih lagi bergantung harap kepada bukan Islam untuk keperluan harian. Seharusnya umat Islam tidak cepat melatah kerana isu makanan tidak halal yang diusahakan oleh pengilang bukan Islam. Ini kerana kebanyakan daripada makanan dan minuman yang digunakan oleh umat Islam adalah dikeluarkan oleh pengusaha bukan Islam. Sejajar dengan itu penyertaan oleh ramai lagi usahawan muslim ke dalam industri ini seharusnya lebih hebat lagi dan digalakkan oleh orang Islam itu sendiri. Barangkali dengan wujudnya pengusaha dari kalangan orang Islam akan menjamin ciri- ciri kebersihan dan kehalalan sesuatu produk makanan. Oleh itu, kita perlu persiapkan akal fikiran dan seharusnya menyokong peniaga dan usahawan Islam yang lain dengan memilih makanan yang diusahakan mereka jika kita sendiri tidak mampu untuk merintis menjadi usahawan makanan muslim. Sekurang- kurangnya, kita dapat membantu golongan seagama kita berjaya dalam perniagaan sekaligus

memperkembangkan makanan muslim yang halal lagi baik. Seharusnya, kita mampu mengubah pola pemakanan ke arah yang lebih sihat mengikut kemampuan kita. Makanan itu dikatakan memenuhi ciri tayyib apabila ia selamat dimakan. Mungkin di kalangan kita tidak memperhalusi erti tayyib sebenar dan mengambil mudah tentangnya sebelum ini. Namun, kita boleh menanamkan niat agar kita menekankan soal keselamatan makanan yang merangkumi soal kebersihan dan keracunan makanan. Apabila ingin mengubah selera makan diluar, sebagai pengguna yang bijaksana perlulah memilih kedai yang bersih, halal dan selamat. Penyajian makanan juga tidak meragukan kita. Di dalam satu hadis, Anas Ibn Malik meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW membersihkan buah kurma terlebih dahulu sebelum makan. Ini menunjukkan walaupun buah kurma itu makanan yang segar, ia mungkin tercemar oleh debu atau benda- benda lain yang menyebabkan ia tidak elok untuk dimakan. Oleh itu, membasuhnya adalah salah satu cara untuk kita mengekalkan keselamatan makanan tersebut. Dalam sudut lain mengenai pemakanan, kadang- kadang ramai di antara kita bimbang dengan penampilan saiz badan masing- masing terutamanya wanita. Mungkin ada di kalangan kita mengalami masalah kegemukan. Kegemukan bukan sekadar masalah lahiriah tetapi dari sudut kesihatan ia mungkin mendatang bahaya yang lebih besar iaitu penyakit berkaitan jantung. Ia amat membimbangkan kerana penyakit ini dapat membunuh manusia secara senyap tanpa disedari. Oleh itu, pemakanan yang sihat dapat menjamin bentuk badan yang cantik secara langsung kesihatan yang baik. Bagi yang memiliki bentuk badan yang tidak memuaskan, dengan gaya pemakanan yang seimbang dan senaman yang berkala dapat menurunkan berat badan kepada bentuk yang diingini. Oleh itu, tiket atas dasar kesihatan mungkin menjadi satu titik tolak untuk kita berusaha mencapai berat badan yang unggul dalam memperbaiki taraf kesihatan yang lebih baik. Dengan azam yang kental, kita dapat menterjemahkan impian kita kepada kenyataan. Sewajarnya kita sendiri berusaha ke arah pemakanan yang sihat. Daripada bab pemilihan makanan halal dan baik, penglibatan dalam industri makanan halal sehinggalah kepada penyediaan sendiri makanan yang baik di rumah menjadi tanggungjawab setiap individu muslim. Ayuh, kita tanamkan niat agar kita sendiri menjadi seorang insan yang bertaraf tinggi, kesihatan yang baik dan terjamin untuk kesinambungan masyarakat pewaris beradab pada masa hadapan. Soalan Amalan Pemakanan Baik perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Bincangkan rasional amalan ini dan langkah-langkah untuk menghindarkan penyakit dalam kalangan warga emas di negara-negara membangun.

PENGAJIAN AM STPM : LARAS SASTERA


Posted on Ogos 3, 2009 by albayuni Manfaat penganjuran temasya sukan Oleh: SHAHRIL ANUAR ABDUL GHALIM (Utusan Malaysia 8/12/2007) TIDAK dapat disangkal lagi bahawa sukan memainkan peranan penting dalam membentuk kesihatan tubuh yang paling berkesan. Tetapi fungsinya kini sudah jauh ke hadapan. Ia kini telah menjadi aset bagi sesebuah negara dalam mempelopori kemasyhuran. Ini terbukti dengan tanggapan spontan jika seseorang itu ditanyakan soalan seperti, siapakah

kuasa bola sepak dunia? Negara manakah yang mengungguli sukan bola keranjang, tenis, hoki, badminton atau sebagainya. Ternyata sukan dapat membantu negara mengharumkan namanya di peringkat persada dunia. Malaysia juga kini lebih dikenali kerana pencapaian yang cemerlang dalam sukan badminton, skuasy dan hoki serta beberapa lagi jenis sukan. Dari segi ekonomi, sukan juga telah membuka satu lagi hubungan erat di antara sukan, media dan syarikat pengiklanan. Ini amat baik dari segi pertumbuhan ekonomi negara. Syarikat-syarikat televisyen berlumbalumba untuk membuat liputan secara langsung sesuatu acara sukan dan tidak ketinggalan juga syarikat pengiklanan yang berlumba-lumba untuk menjadi penaja utama. Bagi negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum seperti Malaysia, sukan dapat digunakan sebagai alat mengintegrasikan atau menyatupadukan masyarakat. Kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik menyediakan peluang untuk mereka senantiasa bekerjasama, saling memahami dan menyemai konsep saling perlu memerlukan di antara satu dengan yang lain. Ini dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat sesama mereka sekali gus mengeratkan lagi perpaduan dan mengikis aspek negatif ke arah keharmonian negara. Jalinan politik antara negara juga dapat dikukuhkan dengan penganjuran pelbagai temasya sukan seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan SEA dan tak kurang juga temasya sukan di peringkat kebangsaan seperti Sukma yang telah pun berakhir beberapa bulan yang lalu. Jalinan dua hala dapat dibentuk dengan semangat sukan yang jitu. Soal menang atau kalah bukanlah perkara yang menjadi tumpuan tetapi cuba kita selongkar kebaikan yang diperoleh daripada penyertaan sukan berkenaan. Tetapi mungkin ada yang kurang bersetuju kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa kemenangan adalah menjadi keutamaan dan penentu kejayaan sesuatu acara sukan. Bagaimanapun kita juga tidak dapat lari daripada pendapat yang mengatakan bahawa biarlah kalah dalam pertandingan asalkan kita menang dalam pembangunan politik, ekonomi dan sosial. Soalan Penganjuran sukan merupakan suatu peluang yang diharap-harapkan oleh sesebuah negara termasuk negara kita. Banyak negara bersaing untuk mendapatkan hak tersebut lantaran manfaat yang boleh dijangkakan. Bincangkan penyataan ini.

Karangan ramalan P. Am STPM: seni budaya & kraftangan


Posted on September 15, 2009 by goaypastpm| Leave a comment

Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut.

Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Banyak faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut.

1. Proses globalisasi menyebabkan kegiatan seni budaya tradisional semakin lesu.


Akibat globalisasi, kita terdedah kepada perkembangan budaya asing secara meluas. Semua orang dapat mengikuti perkembangan seni budaya dunia terkini melalui internet/facebook, blog dsn. Seni atau budaya asing yang baru biasanya lebih menarik minat orang ramai. Misalnya generasi muda mahukan breakdance, hip-hop, popping, tempo muzik yang lebih rancak dsn. Masakan tradisional diganti dengan makanan segera dari barat Akibatnya tarian seni budaya tradisional seperti Wayang kulit, makyung, ghazal, tarian kipas, tarian kepang dsn semakin dilupakan.

2. Kemajuan teknologi maklumat juga merupakan puncanya.


Kini permainan teknologi maklumat lebih memikat. Misalnya PSP, Wii dan sebagainya. Misalnya permainan badminton dapat dijalankan melalui Wii dengan seorang diri sebagai pemain. Pelbagai program permainan dapat didownload daripada internet. Pelbagai permainan dalam I-phone.Wi-Fi, 3G memberi kesan audio visual lebih memikat. Sebaliknya congkak dikatakan membosankan dan tidak mencabar. Begitu juga dengan wau dan gasing yang memakan masa menyediakannya dan memerlukan kemahiran dan kumpulan rakan. Misalnya kanak-kanak bandar tidak tahu meligat gasing.

3.Sikap masyarakat yang dingin juga menjejaskan budaya tradisional kita.


Kehidupan kita semakin sibuk. Selepas bekerja, rakyat tiada masa terluang untuk aktiviti seni tradisional yang perlukan kemahiran. Usaha menghasilkan tenunan kain songket, lukisan batik dan kraftangan yang lain memakan masa. Aktiviti permainan gasing dan wau mengambil masa panjang, dari mencari bahan mentah dan menghasilkannya. Tegasnya, hiburan tradisional tidak serasi dengan hidup sibuk kini. Yang lebih banyak ialah pusat yoga, pusat tarian moden, jimnasium bina badan dan persolekan muka serta melansingkan badan.

4. Kekurangan pusat latihan turut menyebabkan masalah ini.


Tanpa latihan khusus, bakat yang berpotensi tidak dapat diasah. Mereka yang berminat juga sukar mendapat peluang. Dengan itu, kita sukar melahirkan pengarah dan pelakon yang baik. Pusat perkembangan seni budaya tradisional amat terhad. Pusat sedemikian tidak menguntungkan jika tanpa tajaan kerajaan. Akibatnya ramai rakyat yang berminat tidak dapat latihan. Para pengamal seni tidak dapat menyampaikan ilmu ini kepada generasi muda. Seni tradisional juga kurang diperkenalkan di media massa. Maka pendedahan kegiatan seni budaya tradisional sangat kurang.

Kesimpulan:

Pelbagai langkah perlu untuk mengembangkan budaya bangsa kita.

Maklumat tambahan: Langkah-langkah majukan seni budaya tradisional Festival Kuala Lumpur:

Hasrat kita membentuk bangsa yang bukan sahaja maju secara fizikal, tetapi pada masa yang sama tinggi nilai budaya dan keseniannya, maka sudah tentu pembangunan ekonomi negara perlu dilengkapi dengan keupayaan warganya menjulang kecemerlangan melalui pupukan seni budaya. Kepelbagaian seni budaya dan warisan negara, dan manifestasi usaha tersebut dalam satu acara besar berbentuk Festival ini amat sesuai sekali. Menjadi landasan penting untuk mengenengahkan keindahan dan unsur-unsur kebudayaan, kesenian dan warisan pelbagai kaum di Malaysia, sama ada untuk tatapan masyarakat tempatan mahupun masyarakat antarabangsa. Untuk mempamerkan kecemerlangan kreativiti dan warisan bangsa. ketengahkan sebagai bandaraya moden dan progresif, namun tetap kaya dengan nilai-nilai kebudayaan, kesenian dan ketamadunan. Kuala Lumpur is a city with a soul. Malaysia ini sudahpun terkenal dengan keistimewaannya dari segi kekayaan budaya dan warisan serta kesenian, hasil dari kewujudan masyarakat berbilang kaum yang hidup bersama dalam keadaan harmoni.

Let it be known that Kuala Lumpur is so much more than just a shopping destination or a place where business is done. Let it be known that Kuala Lumpur is also the place where you can find the finer things in life; a center of arts and culture that stimulates the mind and invigorates the spirit.

Kuala Lumpur Sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa

Dasar menjadikan Kuala Lumpur Sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa bertujuan untuk memartabatkan identiti dan imej Kuala Lumpur sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa melalui program kebudayaan dan kesenian antarabangsa seperti persembahan tarian, muzik, lukisan, kraftangan, lakonan, teater, puisi, perfileman, pameran, persidangan, forum, simposium dan festival.

Skim Bantuan Kebudayaan

Skim Bantuan Kebudayaan khusus bagi membantu kepada Badan Bukan Kerajaan untuk melaksanakan aktiviti seni budaya. Bantuan yang diperolehi akan dapat meningkatkan lagi kemahiran, kemampuan dan kecekapan badan bukan kerajaan di dalam bidang masing-masing.

Kemajuan Pementasan Seni

Istana Budaya telah berjaya mementaskan 16 produksi tempatan dan 6 produksi antarabangsa dengan jumlah penonton seramai 64,722 orang. Muzikal Puteri Hang Li Po telah berjaya menarik khalayak pelbagai kaum.

Merakyatkan Seni Laman Seni Kuala Lumpur


Program ini telah diadakan diperkarangan BSLN dan Istana Budaya setiap hari Sabtu pertama setiap bulan. Beberapa aktiviti sokongan seperti persembahan kebudayaan tradisional dan moden, senam seni, pertandingan nyanyian, demonstrasi seni tampak, permainan tradisional dan sebagainya diadakan bagi menggalakkan orang ramai mengunjungi program ini.

Pembangunan Kraf i. Penyelidikan dan Pembangunan


Rekaan produk kraf baru telah dihasilkan yang meliputi bidang batik, tenunan, tekatan, seramik, hasil rimba dan logam. Kajian teknologi dan kajian bahan telah dihasilkan. Pusat Inovasi Seramik telah diwujudkan untuk dimanfaatkan oleh pengusaha seramik.

ii. Pembangunan Usahawan Kraf

Satu Daerah Satu Industri telah dibangunkan dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk. Kraftangan Malaysia juga melaksanakan projek pentahapan usahawan kraf, projek pentahapan usahawan muda dan projek perantisan kraf warisan.

iii. Galakan Dagangan


Promosi diadakan di peringkat domestik dan peringkat antarabangsa. Nilai jualan bagi promosi domestik adalah sebanyak RM4.4 juta manakala promosi antarabangsa dapat menjana sebanyak RM8.3 juta. Hari Kraf Kebangsaan diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

iv. Latihan Kemahiran Kraf

Pembangunan tenaga mahir melalui Institut Kraf Negara telah melatih pelajar di peringkat sijil dan di peringkat diploma. Bidang kraf yang ditawarkan ialah batik, tenunan,kayu, rotan, seramik dan logam.

v. Pemuliharaan Kraf

Bagi mengekalkan seni kraf warisan negara, aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan dilaksanakan. Kraftangan Malaysia mengadakan pameran bertema di Muzium Kraf dan aktiviti pendidikan kraf serta menerbitkan buku kraf iaitu Buku Seramik Tradisional Malaysia dan Buku Seni Gerus.

Dasar Perfileman Negara i. Kemudahan Dana Perfileman dan Skim Kemudahan Produksi

Sebanyak RM1.135 juta berbentuk pinjaman telah diluluskan kepada 5 filem cereka. 3 buah filem pula telah mendapat bantuan daripada kemudahan dana perfileman, iaitu sebanyak RM12 juta.

ii. Pembangunan modal insan

Sebanyak 17 buah bengkel telah diadakan dengan 268 orang peserta.

Anugerah Seni Negara

Anugerah Seni Negara ialah pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni, karyawan dan seniman yang telah menyumbang dan memperlihatkan ketokohan yang cemerlang dalam pembangunan seni tanah air. Anugerah Seniman Negara, Anugerah Karyawan Seni dan Anugerah Pendukung Seni.

Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni (SLPPS)

Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni (SLPPS) diwujudkan khusus bagi penggiat seni, budayawan dan karyawan bagi mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kepakaran dalam bidang seni, budaya dan warisan di dalam dan di luar negara. memberi penajaan kepada penggiat seni individu, syarikat swasta dan persatuan.

STPM 1993 1 Kualiti, pengayaan, dan nilai keindahan karya sastera dan seni dalam sesebuah masyarakat hari ini hanya dapat dipupuk dan ditingkatkan melalui usaha-usaha mengadakan sayembara dan anugerah yang tertentu. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?

STPM 1996 2. Muzium merupakan gedung menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan yang mempunyai nilai sejarah, seni, dan sains. Bincangkan peranan muzium dalam konteks pembangunan sesebuah Negara dan masyarakat. stpm1997 3. Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, ini bukan bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan. Jelaskan penyataan ini.

Karangan ramalan: Rasuah


Posted on September 26, 2009 by goaypastpm| Leave a comment

Rasuah merupakan perbuatan penyalahgunaan kuasa bagi mencapai lebihan pendapatan daripada orang awam. Rasuah merupakan perbuatan memberi atau menawarkan sebarang bentuk ganjaran bagi mempengaruhi tindakan dan keputusan seseorang. Sememangnya rasuah mendatangkan kesan buruk kepada sesebuah negara. Bincangkan./Huraikan/jelaskan penyataaan di atas.

Rasuah merupakan perbuatan penyalahgunaan kuasa bagi mencapai lebihan pendapatan daripada orang awam. Rasuah merupakan perbuatan memberi atau menawarkan sebarang bentuk ganjaran bagi mempengaruhi tindakan dan keputusan seseorang. Sememangnya rasuah mendatangkan kesan buruk kepada sesebuah negara.

1. Rasuah akan menggoyah struktur pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Politik tak stabil.tunjuk perasaan, rusuhan, pembunuhan

Sesebuah karajaan akan jatuh akibat rasuah. Sebagai contohnya Empayar Rom, Uthamniah dan Dinasti Ching jatuh kerana gejala ini. (yang salah dibebaskan, yang benar dihukum) Thailand, Taiwan. Negara-negara itu hancur kerana menteri dan pegawai awam mengamalkan rasuah. Akibat rasuah, pentadbirannya tidak terurus. (Filipina:Fidel Marcos) Masyarakat hilang keyakinan terhadap pemimpin negara. Rakyat akan memberontak dan mencetuskan reformasi. Keadaan huru-hara berlaku dan akhirnya kerajaan digulingkan.

2. Rasuah juga mengancam ketegaan ekonomi negara.


Rasuah merupakan kos tidak langsung kepada semua aktiviti ekonomi. Sekiranya sesuatu projek berharga RM100 juta, mungkin RM 20 juta hangus akibat rasuah. (rasuah diberi untuk mendapatkan tender/lesen projek) Jadi, kosnya ialah RM 20 juta lebih tinggi.

Ini pasti menyekat para pelabur asing ke negara kita. Pelabur aka lebih suka melabur di negara yang bersih dan cekap. Secara tidak langsung ini akan melumpuhkan ekonomi negara.

3. Rasuah akan menyebabkan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana.

Di India/Indonesia, orang kaya mampu memberi rasuah. Maka mereka mendapat lesen dan peluang perniagaan. Bertambah kayalah golongan ini. Golongan yang miskin dinafikan peluang ekonomi kerana tidak mampu memberi rasuah. Sebagai kesanya, jurang ekonomi yang begitu ketara berlaku. Maka integrasi negara akan terjejas. Prasangka dalam kalangan kaum akan terus menebal.

4. Rasuah juga mengancam keselamatan negara.


Golongan yang tamak hanya akan bekerja jika ada rasuah. Perkara yang akhir didahulukan dan yang awal dinafikan kedudukannya. Pihak yang terlibat dalam rasuah akan mengetepikan etika dan mutu kerja. Kontraktor binaan misalnya, sanggup menggunakan bahan yang kurang bermutu demi mengaut keuntungan. (demi menebus rasuah yang dikeluarkan) (2008 Bukit Antarabangsa: runtuh, 2009 Stadium dan kolam renang Trengganu roboh) Bangunan dibina tidak mengikut standard dan piawaian keselamatan. Pegawai kerajaan akan meluluskan projek kerana diberi rasuah. Akibatnya projek itu akan mudah rosak dan runtuh. (Taiwan: gempa bumi. Bangunan dan lebuh raya runtuh mengorbankan banyak nyawa. Tegasnya rasuah dapat meragut nyawa.

5. Rasuah mencemar maruah, agama, bangsa dan negara. (imej negara)


Karis Kraus, sarjana Jerman menyatakan Rasuah lebih hina dan keji daripada pelacuran. Seorang pelacur hanya mencemarkan maruah dirinya sahaja tetapi pengamal rasuah mencemarkan maruah keseluruhan negara. Agama mengajar kita menjadi manusia yang beriman. Jadi, melakukan rasuah merupakan pengkhianatan kepada agama. Jika rasuah di Malaysia berleluasa, bangsa kita juga tidak dihormati. Kerajaan kita akan dikatakan tidak cekap. Tak efisien, tak berupaya, mundur, prinsip Negara kita akan diketawakan.

Pada kesimpulannya, rasuah sememangnya mendatangkan kesan buruk kepada sesebuah negara. Jadi, pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini. Jauhkanlah diri kamu daripada menerima pemberian yang lain, maka kedudukanmu akan setaraf dengannya. Hadith riwayat Ali ibni Abi Talib.

1991 2 Rasuah adalah satu amalan yang amat mudah merebak dalam sistem hidup masyarakat hingga boleh meruntuhkan struktur masyarakat itu sendiri. Cara rasuah merebak seumpama kanser yang membunuh setiap tisu anggota secara senyap dan akhirnya membunuh pesakit berkenaan. Bincangkan sebab-sebab berlakunya amalan rasuah dan kesannya terhadap masyarakat.

1999 2 Menurut sebuah majalah tempatan, jumlah jenayah komersil di Malaysia pada tahun 1997 telah meningkat kepada 7137 kes berbanding 4807 kes pada tahun 1996. Nilai yang terbabit dalam kes-kes pada tahun 1997 meningkat sebanyak 134 peratus kepada RM556 juta berbanding RM238 juta pada tahun sebelumnya. Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan sebab-sebab jenayah berkenaan semakin berleluasa dan implikasinya kepada negara.

STPM 2008 2. Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang telah berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah gejala rasuah perlu dibendung?

Anda mungkin juga menyukai