Anda di halaman 1dari 2

Biodiversiti : Sumbangan kepada kesejahteraan manusia dan alam

Biodiversiti didefinisikan sebagai kepelbagaian biologi atau organisma hidup dari pelbagai
sumber dari tanah daratan, samudera dan mencakup ekosistem akuatik. Biodiversiti adalah
sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara
sepsis dan ekosistemnya. Kepentingan atau peranan biodiversiti ini terbahagi kepada 2 iaitu :
Kepentingan kepada manusia dan kepentingan kepada alam.( Etidotmy, feb 2007). Pentingnya
kepelbagaian hidupan flora dan fauna (biodiversiti) menyumbang kepada kesejahteraan manusia
dan alam.

Biodiversiti adalah penting untuk mengekalkan kitaran hidrologi. Hal ini demikian
kerana hidupan semula jadi berfungsi sebagai agen penyerapan dan penyimpan semula jadi
kitaran air selepas hujan. Air dari tanah akan dibebaskan melalui proses transpirasi. Hutan,
padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan
membebaskannya sedikit demi sedikit apabila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir dan
kejadian bencana alam lain seperti gelunsuran tanah , tanah mendap dan banjir lumpur. Aliran air
bawah tanah yang banyak mendatangkan bencana dan boleh dielakkan jika habitat asal tidak
diganggu. Kehadiran pelbagai sepsis tumbuhan dan binatang, serangga, mikro organisma dapat
mengekalkan kepelbagaian hidupan yang sebenar menyumbang kepada kesejahteraan manusia.

Biodiversiti juga memberi khidmat kitaran ekosistem seperti perjalanan cuaca dan iklim
(modifikasi iklim). Tumbuhan misalnya, juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan
membebaskan wap. Proses fotosintesis amat penting untuk mengurangkan jumlah karbon
dioksida di dalam udara dan meminimakan gejala gas rumah hijau. Tumbuhan akan menyerap
karbon dioksida dan membebaskan oksigen yang amat diperlukan oleh manusia. Keteduhan
pokok akan menggiatkan aktiviti mikro organisma dan mengekalkan kelembapan dalam udara.
Keadaan ini akan mempengaruhi suhu dan sekaligus mengurangkan kepanasan. Oleh itu, iklim
akan menjadi lebih stabil apabila wujudnya kepelbagaian biologi ini.

Biodiversiti juga mempu menghalang hakisan tanah. Hal ini demikian kerana, daun dan
sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Keadaan ini sekaligus
menghalang tanah menjadi gersang, kering dan merekah. Selain itu, akar berfungsi “mengikat
tanah” dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi,
kaki bukit, tebing sungai dan pinggir pantai. Kewujudan sepsis buluh misalnya menjadikan
tebing-tebing sungai tidak runtuh. Keupayaan flora menyerap air hujan dapat menghalang
kesotan tanah, tanah runtuh dan paling penting menyimpan air. Simpanan air inilah yang
menjadikan sumber bekalan air sentiasa ada. Sebaliknya apabila hutan ditebang, hakisan akan
berlaku, sumber air hilang dan tiada lagi biodiversiti. Hakikatnya manusia selalu bersikap, “
sudah terantuk baru tengadah”. Tragedi Pos Dipang tidak member apa-apa pengajaran kepada
peneroka tanah dan hutan. Bulan Mei ini kita dikejutkan lagi dengan tragedy tanah runtuh di
Ulu Langat, puncanya sama apabila pembangunan yang mengabaikan kesejahteraan
biodiversiti. Tidak salah membina rumah di kaki bukit tetapi perlu mengambil kira faktor-faktor
alam sekitar.

Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikro organisma menyumbang kepada


pembentukan tanah dengan menjadi agen penguraian dan pereputan. Tanah akan menjadi
subur dan strukturnya akan berupaya menjana kepelbagaian hidupan. Kehadiran cacing tanah
amat bermakna untuk pengudaraan dan tekstur tanah. Di kawasan yang berombak, misalnya
hutan api-api dan paya bakau berfungsi sebagai benteng semula jadi pemecah ombak
mengurangkan kesan pukulan ketika ribut. Sebanarnya hutan pantai menjadi tapak kepada
pembiakan ikan dan hidupan marin yang lain. Tidak ramai yang menyedari fungsi ini. Malah
menjaga kontur pantai menjadi panorama yang cantik yang menyumbang kepada industri
pelancongan seperti Kuala Gula di Perak dan Kukup di Johor. Hutan menyelamatkan harta
benda dan nyawa. Oleh itu, kepelbagaian biologi boleh mengawal dan mencegah dari berlakunya
bencana alam.

Tumbuhan juga boleh menghasilkan oksigen untuk pernafasan dan respirasi.


Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan
nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversiti juga boleh menghalang tompokan sebatian
nitrogen seperti unsur-unsur ammonium dan nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.
Dengan kata lain, biodiversiti berperanan menyelenggara kitaran oksigen dan nitrogen yang
menyumbang kepada kesejahteraan alam dan manusia.

Biodiversiti untuk manfaat kepada manusia. Hal ini demikian kerana, kini sebanyak 3000 spesis
tumbuhan ubat di dunia ini yang dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser, anti-toksid dan terbaru
untuk penyakit Aids. Pelbagai penyelidikan boleh dijalankan dan dibangunkan untuk kesejahteraan
manusia. Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan RM 24
BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini. Contohnya,
Anthroposentrik digunakan dalam memajukan Bank Genetik khasnya untuk memajukan sktor pertanian,
perhutanan, akuakultur dan penternakan. Hutan juga menjadi sumber perubatan yang menyumbang
jutaan ringgit setahun kepada pendapatan negara kita. Jelas bahawa kekayaan kepelbagaian spesis
biodiversiti ini mampu meningkatkan kualiti kesihatan dan memanjangkan jangka hayat manusia.
 
Selain itu, kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “nilai intrinsik" atau nilai yang
tersendiri dan setiap benda hidup di atas muka bumi ini mempunyai "hak untuk hidup. Setiap
benda hidup tidak kira haiwan, tumbuhan dan manusia mempunyai “hak asasi” masing-masing.
Benda hidup mempunyai ingatan, emosi dan kesakitan. Oleh itu, ia perlu dijaga kerana
mempunyai hak dan peranan sebagaimana manusia. Bersama-samalah kita memelihara alam ini
kerana kita meminjam dari generasi akan datang.

U-Ken 25.5.2011

Anda mungkin juga menyukai