Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan

Flora dan fauna memainkan peranan yang penting dalam kehidupan


manusia.. Flora dan fauna merujuk kepada segala komponen hidup
(biosis) seperti haiwan dan tumbuhan dan yang bukan hidup
(abiosis) contohnya, tanah, bentuk muka bumi, cuaca dan faktor
kimia. Satu keseimbangan wujud antara manusia dan organisma
dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu
sentiasa berubah.
Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuhtumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu
masa. Manakala Fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang
hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan
sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya,
punah.
Kepupusan flora dan fauna adalah disebabkan aktiviti-aktiviti
manusia. Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan
meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projekprojek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan
manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang
timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek
pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan
dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini
mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. Flora dan fauna menjadi
kian penting kepada semua orang di bumi, tidak kira dimana
mereka tinggal. Kepentingan hutan dan lautan sebagai satu sumber
tadahan yang dapat menampung berbagai jenis penghidupan flora
dan fauna .Kawasan hutan dan lautan amat kaya dengan tumbuhtumbuhan dan haiwan serta serangga yang saling hidup dalam
beraneka cara serta kadangkala berintergrasi antara satu sama lain
kerana adanya pertalian pemakanan. Pertalian dan interaksi antara
tumbuh-tumbuhan haiwan dan makanan dinamakan ekosistem.
Faktor-faktor ekologikal mempengaruhi pertumbuhan,
pembentukkan dan taburan tumbuh-tumbuhan. Seterusnya ia dapat
memberikan gambaran tentang ciri-ciri sesuatu komuniti tumbuhtumbuhan dan haiwan di hutan dan lautan
2.0 Punca / Faktor
2.1Pembalakan haram
Pembalakan haram yang beroperasi berluasa faktor utama yang
menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Menurut laporan Trade
Record Analysis of Fauna and Flora, di antara 1986 hingga jun
1990 , dianggarkan 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang iaitu
melebihi 320,000 hektar kawasan yang dibenarkan. Operasi
pembalakan haram ini telah menyebabkan penebangan spesis
pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Kebiasaanya

aktiviti pembalakan haram ini berlaku di kawasan perlindungan


seperti kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Pembalakan
haram ini turut memusnahkan hidupan flora dan fauna yang
lain.Pokok balak yang tumbang memusnahkan tumbuhan kecil
disekitarnya dan menyebabkan haiwan kehilangan tempat tinggal
dan secara tidak langsung tumbuhan dan haiwan itu mengalami
kepupusan.
Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak dikawal boleh
menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa
kepada perubahan suhu setempat.Aktiviti pembalakan harus
dikawal kerana kemusnahan sesebuah kawasan hutan memerlukan
masa selama 40 tahun untuk pulih semula
2.2 Pembakaran hutan
Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka Ia akan
menyebabkan spesis-spesis yang terancam yang terdapat
dikawasan tersebut akan musnah. Contohnya pembakaran hutan
yang berlaku di Kalimantan dan sumatera. Secara tidak langsung
hidupan dan tumbuhan yang berada disekeliling hutan tersebut
akan pupus dan mati kerana kehilangan tempat tinggal kerana
habitatnya telah musnah. Seperti sedia maklum satu lagi kejadian
pembakaran terbuka yang berlaku di Australia. Sudah pasti hidupan
flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan tersebut akan
mati.
Aktiviti pertanian yang dilakukan tanpa mengambil kira
kepentingan alam semula jadi juga mengakibatkan kesan yang amat
buruk terhadap usaha mengekang pengecutan hutan. Sikap
sesetengah pihak di negara membangun yang lebih gemar
mengambil jalan mudah, seperti mengamalkan "tebas dan bakar"
(slash and burn) bukan saja membuatkan satu-satu kawasan hutan
lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada
kalanya mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan
yang serius dan secara tidak langsung menyumbang kepada faktor
kepupusan flora dan fauna.
2. 3. Pembukaan Tanah Baru.
Pembukaan tanah seperti kawasan pertanian baru, pembukaan
tanah - tanah rancangan oleh Felda dan Felcra juga turut
memusnahkan spesis tumbuh- tumbuhan Pelbagai aktiviti manusia
menyumbang kepada kemusnahan hutan seluruh dunia. Antara yang
paling kritikal (dan paling cepat menjilat hutan-hutan kita) adalah
pembukaan kawasan baru untuk penempatan manusia dan aktiviti
ekonomi. Apabila jumlah penduduk dunia meningkat, kita
memerlukan kawasan yang lebih luas untuk membina rumah,
kawasan industri, perniagaan dan pertanian, jaringan pengangkutan
serta perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan tapak
pelupusan sampah.

Contohnya pembukaan tanah baru di Lojing Gua Musang Kelantan


dimana penyerahan tanah secara besar-besar kepada beberapa
syarikat dengan yang bertujuan untuk membuka kawasan pertanian
seperti kebun sayur. Bagi tujuan itu maka banyak hutan ditebang
dan dibersihkan dan flora dan fauna yang berada disekeliling
kawasan itu akan mengalami kepupusan.
2.4. Pemburu Haram
Aktiviti pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di
Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada
kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. Pemburu haram ini
bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut
keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Pemintaan yang
tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap
binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Harimau
Malaya merupakan satu spesis yang kian terancam kerana
pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam
bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya
tinggal sejumlah yang sedikit sahaja
Antara haiwan yang diburu bagi tujuan seperti berikut :
Beruang - diburu kerana kelenjar hempedunya
- daging dan tapak kaki
- makanan eksotik
Penyu - telur - tenaga batin
- daging
Badak - tanduk - untuk perubatan tradisional
Gajah - untuk gading
Harimau - untuk perubatan sementara anggotanya
berharga (perhiasan
2.5 Aktiviti Perikanan
Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting
terutama sekali di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik. Kaedah
perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan dengan
menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam
kepupusan sumber ikan. Aktiviti perikanan moden yang
menggunakan teknologi moden seperti penggunaan bot, kapal dan
juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang
mengancam hidupan akuatik sekaligus boleh menyebabkan
ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.
2.6 Pencemaran Air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi
kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan
memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran
ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan
pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair

dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja


tempat berair.Oleh itu,pencemaran air juga merupakan faktor
kepada penyumbang kepupusan flora dan fauna. Antara puncapunca pencemaran air ialah sisa bahan buangan kilang seperti
sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak
memerlukan kos pelupusan. Pembuangan bahan-bahan buangan
seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu
juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air
2.7 Pembangunan
Fenomena pengembangan kawasan bandar atau "urban sprawl"
semakin jelas mengancam hutan semula jadi di negara-negara maju,
sementara keperluan untuk menyediakan prasarana yang lebih
sempurna di negara-negara membangun turut menjadi satu faktor.
Hutan terpaksa dibuka untuk membina bangunan dan jalan raya;
setiap tahun kawasan baru dibuka dan semakin banyak hutan hilang
dari pandangan. Kepesatan pembangunan juga menyebabkan
kemusnahan flora dan fauna.
Di satu pihak, terdapat mereka yang ingin membuka kawasan baru,
menebang hutan untuk dibina rumah dan kilang, atau dijadikan
tapak bercucuk tanam bagi aktiviti pertanian. Kadang-kala mereka
tidak hiraukan keperluan ekosistem setempat terhadap hutan
semula jadi. Ratusan, bahkan ribuan hektar hutan akhirnya lenyap
dalam tempoh seminggu dua. Haiwan-haiwan yang selama ini hidup
bebas di hutan tidak dapat dilihat lagi, ada kalanya buat selamalamanya.
2.8 Peningkatan Suhu Dunia
Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama
kepupusan flora dan fauna. Faktor perubahan iklim ini bukalah
perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara
faktor kepupusan binatang prasejaran seperti dinosour adalah
disebabkan perubahan cuaca dunia. Fenomena Elnino yang
menyebabkan peningkatna suhu dunia yang mendadak ini
menyebabkan ada sesetengah speisis haiwan dan tumbuhan yang
terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan
cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.
Selain itu, cuaca panas terjadi akibat daripada pembakaran
hidrokarbon yang menghasilkan CO. Interaksi CO dengan O
diatmosfera menghasilkan CO2 yang menjadi terampai di atmosfera
dan menghalang gelombang panjang sinar suria daripada lepas
daripada lingkungan ini
3.0 Implikasi / Kesan
3.1 Kepupusan hidupan liar dan spesis pokok

Kegiatan manusia yang tidak dirancang seperti aktiviti pembalakan


boleh menyebabkan kesan negatif ke atas keseimbangan alam.
Penebangan hutan yang keterlaluan menyebabkan kepupusan
spesies pokok seperti pokok meranti, cengal dan balau. Penebangan
hutan juga boleh menyebabkan habitat haiwan liar terganggu
menyebabkan kepupusan haiwan liar seperti gajah, badak,harimau
kerana kehilangan kawasan habitat dan sumber makanan. Kegiatan
penebangan hutan untuk tujuan pertanian juga membawa
permukaan tanah terdedah kepada hakisan tanah dan tanah
runtuhterutama sekali apabila berlaku hujan
Sekali lagi, keseimbangan ekologi terancam dan dunia kehilangan
suatu khazanah yang tidak dapat diganti dengan kebijaksanaan
manusia. Alam semula jadi telah membina semuanya selama jutaan
tahun, sementara tangan manusia mampu menghancurkannya
dalam tempoh hanya beberapa dekad.
3.2 Menyebabkan kepupusan hidupan akuatik
Tumpahan minyak dan sampah sarat serta pembuangan sisa toksik
ke dalam laut menyebabkan kemusnahan hidupan laut. Sesetengah
bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang
tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan
beracun ke dalam sungai. Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan
seperti haiwan air yang lain. Baja dan racun perosak kimia yang
digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai
dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai
jenis hidupan air
Pencemaran laut juga menyumbang kepada kepupusan hidupan
laut. Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa
pencemaran bersama-samanya.Minyak yang tumpah daripada
tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu
membunuh burung laut, kerang-kerang dan hidupan liar yang
lain.Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa
kilang.Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan
kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan
organik seperti nutrien, bahan radioaktif dan gas semakin
berleluasa mencemari laut
3.3 Menyebabkan hakisan Tanah
Pembalakan yang berleluasa akan menyebabkan hakisan tanah
berlaku.Ini kerana k awasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin
dan air hujan.Pembukaan tanah baru dari hutan kepada pertanian
telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas.
Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti
hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang
kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah
runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang berterusan dan

kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan


bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan
pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih
banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti
pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan
memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlaku
hakisan tanah, perubahan iklim, kesan kepada rumah hijau dan
banjir.Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak terkawal akan
menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa
perubahan suhu dunia.
3.4 Menyebabkan pencemaran udara dan pemanasan global
Pembakaran hutan secara terbuka akan menyebabkan berlakunya
jerebu. Penggondolan hutan dan pembalakan yang dilakukan secara
meluas akan menyebabkan tiada tempat untuk menyerap haba yang
dilepaskan oleh aktiviti manusia. Kegiatan pembakaran hutan
secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan
hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau
sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global.
Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan
oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon
dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global . Asap yang
terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga
mengandungi banyak gas karbon dioksida.
Kesannya Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang
subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian.
Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur
seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku
perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari, ia
boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus
mengancam bekalan makanan dunia.Kekeringan sumber air
permukaan bumi dan kemarau menyebabkan proses sejatan tidak
mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi
menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering
dan persekitaran menjadi panas
3.5 Mecacatkan pemandangan alam
Kegiatan manusia yang berterusan dan tidak terancam
menyebabkan pemandangan yang indah bertukar menjadi sebuah
pemandangan yang menyakitkan mata.Pembuangan sampah sarap
ke dalam laut

4.0 Langkah-langkah
4.1 Pemuliharaan dan pemeliharaan
Pemeliharaan
Usaha yang dilakukan untuk melindungi, merancang dan mengurus
alam semulajadi supaya kekal dan berterusan.
Pemuliharaan
Usaha yang dilakukan untuk memulihkan sumber yang telah
diganggu supaya kembali pada keadaan asal.
4.1 Penghutanan Semula
Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan
sistematik yang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan serta badanbadan bukan kerajaan.penghutanan semula dilkukan di kawasan
pokok balak yang telah ditebang Tujuan Penghutanan
semula,Memastikan spesies pokok tidak pupus. Mengekalkan kualiti
alam sekitar. Memulihara tanah dan sumber air. Mengekalkan
habitat fauna dan flora. . Mengekalkan warisan hutan.
4.2 Menguatkuasakan akta yang telah sedia ada
Pelbagai akta telah diwartakan untuk menjaga alam sekitar.Pihak
kerajaan dan bukan kerajaan seharusnya bersatu dalam menangani
isu ini. Antara contoh akta yang telah sedia ada:
Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada
dalam hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan
dilakukan.
Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat
melindungi unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesis
yang menghadapi bahaya kepupusan. ( Penanaman hutan semula,
menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan
Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi
,taman laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi.
Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan
khasnya untuk mencegah pembalakan haram.,( membalak di
kawasan perlindungan hutan TAMAN NEGARA ) pemburuan haram

atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal seperti


tumbuhan jenis orkid .
Masalah pembalakan haram Laporan Trade Records of Fauna and
Flora menyebut di antara tahun 1986 dan Jun 1990 500.000 hektar
hutan di Malaysia ditebang tetapi kelulusan jumlah kawasan yang
dibenarkan hanya 320.000 hekter.
Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau
Abang.JumlahBancian penyu mendarat di Rantau Abang didapati
merosot di mana jumlah pada tahun 1996 sebanyak 5665 ekor
merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994.
Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan
Alam Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk
mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600
ekor seluruh Malaysia)
Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan
Akta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974
Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000
Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986

4.3 Pendidikan alam sekitar melalui kurikulum


Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada
peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya
adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains
seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi
melalui kursus Sains Alam Sekitardan Biologi
Persekitaran.Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum
pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang
memainkan peranan yang penting
ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat
juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan
ceramah. Melalui pendedahan ini dapat memupuk kesedaran
kepentingan alam sekitar kepada masyarakat.
4.4 Pendedahan Media Massa
Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam
membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan
adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran,
masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah
pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak
membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan
surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh

TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaannya


5.0 Kesimpulan
Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara flora dan fauna
semula jadi yang masih ada pada hari ini. Sekarang kawasan hutan
sudah cukup kecil, usahlah kita menjadikannya lebih kecil lagi
hingga tiada apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan
keadaan. Ingatlah, tanpa hutan, kita tidak akan berada di sini pada
hari ini. Jika kita memusnahkan hutan-hutan kita, mungkin kita
tidak akan berada lagi di sini pada hari esok
Tiada salahnya meneroka sedikit hutan untuk dibina rumah bagi
golongan yang selama ini tiada tempat berlindung, atau untuk
bercucuk tanam bagi membekalkan makanan kepada rakyat yang
telah lama kebuluran, atau menebang pokok bagi dijadikan kayu
papan dan sumber ekonomi. Tetapi ia mesti bersyarat. Syaratnya,
secara keseluruhan persekitaran semula jadi tidak menerima kesan
negatif yang teruk, dan ia dijalankan dengan terancang dan
mengambil perhatian terhadap penjagaan alam sekitar.
Pembalakan secara bijak boleh memenuhi keperluan kita terhadap
kayu, pada masa yang sama memastikan hutan terus wujud.
Penanaman semula hutan dan perladangan hutan adalah antara
langkah terkini yang semakin kerap diamalkan di seluruh dunia.
Namun, pembalakan haram dan insiden-insiden yang berlaku akibat
kepincangan dalam pentadbiran harus dicantas dan dihentikan
sama sekali, kerana aktiviti tidak beretika inilah yang menyebabkan
kemusnahan hutan paling teruk.
Dalam menghadapi isu alam sekitar, antara peraturannya adalah
"menerima hakikat" - hakikat bahawa manusia memiliki keperluan,
dan alam sekitar memerlukan perlindungan. Jika kita dapat mencari
titik pertemuan kedua-dua ini, dengan izin Tuhan bumi ini akan
terus menjadi tempat hidup yang terbaik.
P OST ED BY: KD I R AT: 9: 04

Anda mungkin juga menyukai