Anda di halaman 1dari 21

Pengenalan

Menurut Kamus Dewan, flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang


terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Manakala fauna bermaksud (Bio)
seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai
habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya,punah.
Kekayaan negara dalam bentuk flora dan fauna
Malaysia merupakan salah sebuah daripada dua belas negara megakepelbagaian
dunia. Kesemua negara ini mempunyai sekurang- kurangnya 60 peratus daripada spesies
yang diketahui dunia. Pulau Borneo yang terdiri daripada Sabah dan Sarawak telah
disenaraikan sebagai kawasan utama bagi endemisme.
Flora
Menurut kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia, flora
Malaysia sangat kaya dan secara konservatifnya dianggarkan mengandungi lebih kurang
12,500 spesies tumbuh tumbuhan berbunga, dan lebih daripada 1,100 spesies pakupakis. Kebanyakannya adalah unik dan tidak ditemui di mana- mana tempat lain di dunia. Di
Semenanjung Malaysia misalnya, 26% daripada spesies pokok adalah endermik.
Endemisme yang lebih tinggi dijangka pada flora herba, dengan sesetengah genus yang
lebih besar dianggarkan dalam lebih daripada 80% spesiesnya.
Flora dan fauna daratan didapati di pelbagai habitat dan ekosistem, iaitu dari tanah
rendah hingga ke puncak gunung yang tertinggi, serta di pelbagai jenis hutan. Jenis hutan
ini merupakan tempat bermulanya kepelbagaian biologi negara. Hutan dipterokarpa tanah
rendah sangat kaya dengan kepelbagaian spesies. Pada masa sekarang, jenis hutan ini
tidak banyak lagi yang tinggal, sebahagian besarnya musnah akibat pengembangan
pertanian.
Ekosistem laut yang mengelilingi negara termasuk terumbu karang, amat kaya
dengan berbagai - bagai bentuk kehidupan. Komuniti terumbu karang di Malaysia dianggap
salah satu komuniti yang sangat pelbagai di dunia juga. Namun flora dan fauna di laut tidak
banyak didokumenkan. Flora tersebut termasuklah fitoplankton, rumpai air dan rumpai laut.
Fauna
Terdapat kepelbagaian fauna yang lebih besar di negara kita. Di kalangan veterbrat,
terdapat lebih kurang 300 spesies mamalia liar, 700 ke 750 spesies burung, 350 spesies
reptilian, 165 spesies amfibia dan lebih 300 spesies ikan air tawar. Mengikut anggaran yang
mary rami regok
ipgk sarawak(2011-2015)

Page 1

konservatif, terdapat lebih daripada 100, 000 spesies invertebrat. Habitat air tawar seperti
anak sungai tanah rendah yang mengalir perlahan dan sungai tanah tinggi yang mengalir
deras menampung pelbagai fauna invertebrat akua dan pelbagai jenis ikan. Fauna laut
termasuklah ikan, sotong katak, sotong, landak laut, kimia raksasa, timun laut, kopepod,
udang segestid, cacing tanah dan banyak lagi.
Satu lagi kajian yang menunjukkan pelbagaian flora dan fauna adalah dibuat oleh
pihak MOSTI, yang mana menurut mereka, Malaysia sememangnya kaya dengan flora dan
fauna. Dianggarkan kira-kira 12,500 spesies tumbuhan berbunga dan lebih daripada 1,100
spesies paku-pakis.Terdapat 297 spesies mamalia darat di Malaysia. Sebanyak 22 mamalia
laut direkodkan di Malaysia dan ini termasuk dolfin, ikan paus dan dugong. Malaysia menjadi
tempat tinggal hampir 742 spesies burung. Sekurang- kurangnya 522 spesies adalah
spesies tempatan, 192 spesies bermigrasi dan 52 spesies tempatan dengan ciri bermigrasi.
Manakala bilangan spesies amfibia dan reptilian yang direkodkan di Malaysia adalah
masing-masing 242 dan 567 spesies.Secara keseluruhannya, dianggarkan 15,000 spesies
turnbuhan berbunga, 600 spesies burung,286 spesies mamalia, 140 spesies ular dan 80
spesies cicak.Data ini adalah diperolehi dari sumber majalah MOSTI edisi ke- 60 pada tahun
2007.
Namun kekayaan flora dan fauna yang kita miliki semakin hari semakin berkurang
disebabkan oleh kerakusan manusia. Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada
flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan
kawasan tadahan air. Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini kita
lihat bagaimana kekayaan spesies yang negara kita miliki semakin berkurang . Faktor ini
disebabkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia yang kian menggugat kestabilan alam.
Hidupan seperti penyu di lautan juga kian terancam. Menurut laporan Pusat Santuari Penyu
Rantau Abang, Terengganu melalui kajian mereka menunjukkan bahawa pada tahun 1986
terdapat 5665 ekor penyu mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja.
Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan
menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali spesis penyu ini.
Punca- punca kepupusan flora dan fauna di Malaysia
Masalah pembalakan haram
Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan pada tahun
1986 hingga Jun 1990,terdapat 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan
yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja. Pembalakan turut dijalankan di kawasan

hutan simpan dan Taman Negara serta membabitkan spesies yang dilindungi seperti
mary rami regok
ipgk sarawak(2011-2015)

Page 2

meranti dan cengal. Kegiatan pembalakan juga memusnahkan spesis tumbuhan seperti
tumbuhan kecil.Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup kehilangan
habitat.Ini ditambah lagi dengan tiada usaha untuk menanam semula hutan yang telah
dibalak di mana ia menyumbang kepada kepupusan spesies flora dan fauna. Proses
pemulihan mengambil masa yang panjang. Pertumbuhan hutan sekunder adalah memakan
masa yang lama.

Kawasan hutan yang susut nilai kerana pokok- pokok ditebang.


Pembukaan tanah baru
Pembukaan tanah seperti kawasan pertanian baru, pembukaan tanah - tanah
rancangan oleh FELDA dan FELCRA juga turut memusnahkan spesis tumbuh- tumbuhan.
Pelbagai aktiviti manusia menyumbang kepada kemusnahan hutan seluruh dunia. Antara
yang paling kritikal (dan paling cepat menjilat hutan-hutan kita) adalah pembukaan kawasan
baru untuk penempatan manusia dan aktiviti ekonomi.
Apabila jumlah penduduk Malaysia meningkat, kawasan yang lebih luas diperlukan
untuk membina rumah,kawasan industri,perniagaan dan pertanian, jaringan pengangkutan
serta perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan tapak pelupusan sampah. Saya
suka mengambil contoh terdekat iaitu kemusnahan habitat haiwan dan tumbuhan seluas
ratusan hektar di loji empangan Bakun di Sarawak. Pelbagai spesies haiwan serta
tumbuhan yang mempunyai nilai dimusnahkan. Contoh kedua ialah pembukaan tanah baru
di Lojing Gua Musang Kelantan dimana penyerahan tanah secara besar-besar kepada
beberapa syarikat yang bertujuan untuk membuka kawasan pertanian seperti kebun sayur.
Bagi tujuan itu maka banyak hutan ditebang dan flora serta fauna yang berada disekeliling
kawasan itu akan mengalami kepupusan.

mary rami regok


ipgk sarawak(2011-2015)

Page 3

Pembukaan tanah baru untuk pertanian pindah

Bukit Lojing, Gua Musang

Pembakaran hutan
Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka menyebabkan spesis-spesis
musnah. Kegiatan pertanian pindah oleh masyarakat tempatan adalah penyumbang kepada
pembakaran hutan terutamanya dari bulan Julai sehingga September di Sarawak khususnya
di mana petani mula membakar kawasan yang telah ditebang untuk penanaman. Secara
tidak langsung, hidupan dan tumbuhan di sekeliling hutan tersebut akan pupus dan mati.
Aktiviti pertanian yang dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan alam semula jadi juga
mengakibatkan kesan yang amat buruk terhadap usaha mengekang pengecutan
hutan.Sikap sesetengah pihak di negara kita yang lebih gemar mengambil jalan mudah,
seperti mengamalkan "tebas dan bakar" (slash and burn) bukan saja membuatkan kawasan
hutan lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada kalanya
mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan yang serius.
Kegiatan pemburuan haram
Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan adalah merupakan satu
faktor yang menjurus kepada kemusnahan spesis haiwan.
Pemburu haram bukan sahaja mengeksploitasikan binatang tersebut malahan mengaut
keuntungan yang banyak. Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan
tempatan terhadap binatang menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.
Di Sabah dan Sarawak misalnya, permintaan yang tinggi terhadap makanan eksotik
seperti daging tenggiling, landak, babi hutan, labi- labi dan sejenis katak yang boleh
dimakan mendorong sesetengah orang menjadikan pemburuan haram sebagai punca
pendapatan utama mahupun sampingan mereka. Ini sudah tentunya menjurus kepada
kepupusan spesies fauna. Harimau Malaya merupakan satu spesis yang kian terancam
kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan
Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.
Pencemaran air
mary rami regok
ipgk sarawak(2011-2015)

Page 4

Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan dugong semakin pupus akibat pencemaran
air seperti tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut.
Punca utama pencemaran air di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah dari
kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang najis
manusia dan najis binatang ternakan seperti ayam, babi, lembu dan lain-lain ke dalam
sungai. Sebagai contoh, Sungai Semenyih pernah dicemari dengan puluhan ladang babi
pada tahun 1980-an.
Selain itu, perkembangan industri pertanian juga penyumbang kepada pencemaran
air. Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit menjadi punca kepada pencemaran
air sepanjang sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang,
parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Contohnya, pemandangan dari udara yang
bertempat di Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang telah menunjukkan
warna air yang berwarna hitam pekat apabila sampai ke laut. Sungai Juru pernah
diisytiharkan sebagai sungai yang paling tercemar di Asia Tenggara oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO).
Dalam bidang pertanian pula, baja dan racun serangga serta racun rumpai yang
mengalir ke sungai menjejaskan kualiti air. Contohnya, para petani yang bekerja di Tanah
Tinggi Cameron telah mengamalkan penggunaan baja kimia dan racun serangga sehingga
menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terba. Selain itu, hotel dan rumah kongsi para
pekerja tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna sehingga menyebabkan najis
manusia tidak dapat dirawat dengan betul. Kes ini juga telah didedahkan kepada wartawan
dan dipertontonkan di televisyen. Natijahnya plankton yang menjadi makanan utama
penghuni dasar laut musnah dan sekaligus menjejaskan haiwan akuatik juga.

Pembangunan
Fenomena pengembangan kawasan bandar atau "urban sprawl" semakin jelas
mengancam hutan semula jadi di negara-negara maju, sementara keperluan untuk
menyediakan prasarana yang lebih sempurna di negara-negara membangun turut menjadi
satu faktor.Hutan terpaksa dibuka untuk membina bangunan dan jalan raya; setiap tahun
kawasan baru dibuka dan semakin banyak hutan hilang dari pandangan. Kepesatan
pembangunan juga menyebabkan kemusnahan flora dan fauna. Di satu pihak, terdapat
mereka yang ingin membuka kawasan baru, menebang hutan untuk dibina rumah dan
kilang, atau dijadikan tapak bercucuk tanam bagi aktiviti pertanian. Kadang-kala mereka
tidak hiraukan keperluan ekosistem setempat terhadap hutan semula jadi. Ratusan, bahkan
ribuan hektar hutan akhirnya lenyap dalam tempoh seminggu dua. Haiwan-haiwan yang
selama ini hidup bebas di hutan tidak dapat dilihat lagi, ada kalanya buat selama-lamanya.

Usaha pemuliharaan in-situ dan ex-situ


mary rami regok
ipgk sarawak(2011-2015)

Page 5

Kerakusan manusia perlu diberhentikan segera untuk mengelak kepupusan flora


dan fauna yang penting kepada kehidupan manusia.Tindakan memelihara dan
memulihara spesies flora dan fauna ini membabitkan semua pihak termasuk Jabatan
Perhutanan, Kerajaan Negeri, Jabatan Pengaliran dan Saliran, dan hatta individu yang
terbabit. Setiap orang rakyat Malaysia harus mengambil peranan. Ini melibatkan
pemuliharaan in-situ dan ex-situ.

Pemuliharaan in- situ


Pemuliharaan in-situ merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah sedia
ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini agak sukar dijalankan disebabkan oleh keadaan
habitat dan ekosistem semulajadi yang semakin hari semakin banyak mengalami perubahan
dan pembangunan. Usaha pemuliharaan in- situ ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui
pelbagai teknik bagi memastikannya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Usaha
pemuliharaan ini termasuklah pembangunan yang efektif, rekabentuk yang kreatif,
pemeliharaan habitat semulajadi dan rekreasi, pengurusan kawasan hutan simpan
(protected area) dan mempromosi serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai
pemeliharaan tumbuhan dan alam semulajadi secara mampan.
Untuk melindungi dan memulihara kepelbagaian spesies biologi di Malaysia,
beberapa langkah in - situ telah diperkenalkan. Rangkaian kawasan yang dilindungi di
daratan mulai 997, termasuk 2.12 juta hektar Taman Negara dan Taman Negeri, Kawasan
Perlindungan Hidupan Liar, Kawasan Perlindungan Penyu dan Kawasan Simpanan Hidupan
Liar. Manakala 3.43 juta hektar lagi hutan semulajadi di dalam Kawasan Hutan Kekal seluas
14.28 juta hektar dilindungi sebagai kawasan tadahan air.
Rangkaian Kawasan Simpanan Hutan Dara di Semenanjung Malaysia dan di Sabah
melindungi jenis kepelbagaian biologi yang terhad di kawasan yang ditumbuhi hutan kecil
sebagai kumpulan gen, yang terletak di dalam hutan simpan atau kawasan pertanian yang
lebih besar ( yang biasanya bersifat komersial). Menurut maklumat yang diperolehi dari
laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, terdapat lebih kurang 458
buah kawasan telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal . Seluas 4.64 juta hektar
meliputi kawasan hutan darat, paya laut dan paya gambut. Selain itu, beberapa lagi Taman
Negeri diwartakan seperti, Taman Negeri Endau- Rompin di Johor, Royal Belum di Perak
dan Taman Negeri Perlis di Perlis
Menjelang akhir tahun 1994, perairan di sekiatr 38 pulau luar pesisir di Semenanjung
Malaysia dan di Labuan telah diwartakan sebagai Taman Laut. Selain itu, sebuah Taman
mary rami regok
ipgk sarawak(2011-2015)

Page 6

Negara di Sarawak, tiga di Sabah dan sebuah di Terengganu melindungi ekosistem pantai
dan laut.
( Sumber: Laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar )
Masalah dalam usaha menjalankan pemuliharaan in- situ
Usaha pemuliharaan ini, tidak mencukupi kerana beberapa sebab .Pertamanya,
beberapa habitat penting kurang diwakili. Misalnya, tanah lembab seperti hutan bakau, paya
gambut dan paya air tawar tidak dilindungi secukupnya. Selain penting sebagai tempat bagi
burung yang berhijrah, dan untuk mengawal aturan hidup hidrologi, serta untuk menampung
perikanan, habitat ini juga menampung flora dan fauna yang unik kerana cirinya yang
tersendiri iaitu pada antara muka bagi sistem daratan dan sistem akua. Selain itu, bukit
kuarza dan batu kapur ialah contoh yang kurang dilindungi.
Faktor yang kedua adalah usaha pemuliharaan spesies individu ditumpukan pada
haiwan besar dan burung sahaja. Hanya sedikit penumpuan yang diberikan kepada
pemuliharaan spesies individu tumbuh- tumbuhan, serangga atau ikan ( laut dan air tawar).
Perkara ini disebabkan terutamanya kekurangan pengetahuan.
Faktor yang ketiga ialah pemuliharaan diberi keutamaan yang rendah dalam dasar
penggunaan tanah sedia ada dan ini mengakibatkan persaingan bagi penggunaan tanah.
Jadi hutan diteroka sewenang- wenangnya tanpa memikirkan usaha untuk memuliharanya.
Seterusnya, usaha pemuliharaan spesies tumbuh- tumbuhan asli jenis bukit seperti
buah- buahan dan sayuran hutan tidak mencukupi, dan spesies lama ini sedang pupus
dengan pesat.
Sikap atau budaya masyarakat yang kurang kesedaran tentang mengekalkan hutan
sebagai habitat asal flora dan fauna adalah faktor yang kelima. Pemusnahan hutan jelas
ketara akibat penerokaan hutan sebagai kawasan pertanian komersial mahupun sebagai
kawasan pertanian pindah. Ada segelitir masyarakat setempat yang bersekongkol dengan
pihak yang terlibat dengan pembalakan haram di mana mereka memilih untuk bekerja
mengambil upah daripada melaporkan kegiatan tersebut kepada pihak yang berwajib. Apa
yang menyedihkan adalah, mereka hanya memandang keuntungan yang sedikit tanpa
memikirkan kesan jangka panjangnya. Keuntungan besar diperolehi oleh pihak luar yang
memusnahkan nilai yang berharga di kawasan mereka. Kurang kesedaran menghargai nilai
flora dan fauna menyebabkan masyarakat yang menjalankan pertanian pindah
mengamalkan budaya "tebas dan bakar" (slash and burn). Apa yang menyedihkan lagi,
masih ada segelintir masyarakat yang mencuri masuk ke kawasan hutan simpan untuk
memburu haiwan ataupun mengutip hasil hutan yang berharga seperti damar, gayu gaharu
mary rami regok
ipgk sarawak(2011-2015)

Page 7

dan rotan. Jika tiada usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang nilai biologi ini maka
sia- sia sahajalah usaha kerajaan untuk melaksanakan dasar pemuliharaan in- situ.

Pemuliharaan ex-situ
Pemuliharaan ex - situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan liar di luar
habitat semula jadi mereka.Ia juga merupakan pemuliharaan terhadap organisma atau
spesies flora dan fauna yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya.
Spesies yang diancam kepupusan atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi dan
dibiakkan semula di dalam kurungan atau habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke
habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesies tersebut telah pulih
dan mempunyai habitat yang sesuai. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan
dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara flora dan fauna yang semakin
terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, dan sebagai
rujukan untuk kegunaan di masa akan datang. Ianya memberi pelbagai manfaat dan faedah
dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program
pemeliharaan dan pemuliharaan ini.
Usaha ini melibatkan spesies disimpan di taman botani, taman herba, arboreta dan
zoo, bank gen benih, bank gen invitro dan bank gen ladang. Bank gen benih dianggap
selamat dan berkesan bagi spesies yang menghasilkan benih.
Banyak usaha untuk memelihara kepupusan flora dan fauna secara lestari telah
dijalankan.Usaha pemuliharaan ex-situ boleh di bahagikan kepada dua jenis iaitu program
umum seperti program kesedaran awam dan program khusus yang dilaksanakan oleh
agensi kerajaan atau organisasi masing-masing. Jadual 1 merupakan rumusan kegiatan
atau program yang telah atau sedang dijalankan oleh agensi kerajaan, NGO dan sektor
swasta dalam usaha pemuliharaan dan kegunaan kepelbagaian biologi yang melibatkan
flora dan fauna secara lestari.
Agensi/Organisasi yang

Kegiatan/Program Pemuliharaan dan Penggunaan

bertanggungjawab
Jabatan Pendidikan

Kepelbagaian Biologi Secara Lestari


Pembangunan kurikulum sekolah yang mengandungi
aspek pemuliharaan dan penggunaan kepelbagian biologi

Jabatan Alam Sekitar

secara lestari
Program pemuliharaan sumber taman laut untuk pelajar
(dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri) dan
orang awam,
Pelaporan dan pemantauan Penilaian Impak Alam Sekitar

mary rami regok


ipgk sarawak(2011-2015)

Page 8

Jabatan Perhilitan

Menjalankan Program Pendidikan Kepelbagaian Biologi


(PPKB) di sekolah menengah bagi meningkatkan
kesedaran pelajar terhadap kepentingan memulihara
kepelbagaian biologi,

Meluaskan usaha menangani konflik manusia dan


hidupan liar,

Mempergiatkan usaha-usaha memelihara habitat fauna


dan inventori hidupan liar yang terancam,

Program pengayaan habitat misalnya membuat jenut


tiruan dan menanam pokok untuk menambah sumber
makanan untuk fauna,

Mewartakan taman-taman negara dan tempat


perlindungan hidupan liar,

Jabatan Perhutanan

Pertubuhan Institut Kepelbagaian Biologi sebagai pusat

kepakaran hidupan liar


Program kesedaran awam di kalangan pelajar sekolah,
peserta Program Latihan Khidmat Negara, summer

FRIM

camp,
Mendokumentasi Flora of Malaya untuk mewujudkan
pengkalan data lebih 7,000 spesies flora di Malaysia,

Mengemaskini spesies yang jarang ditemui dan endemik,

Memberi nasihat perancangan pembangunan,

Mewujudkan usaha forensik perhutanan dengan

Meng
Jabatan Perikanan

kumpul DNA sel pokok untuk menjadi bahan bukti jika

berlakunya pencerobohan hutan.


Mewujudkan kawasan tukun tiruan untuk meningkatkan
sumber perikanan, mengadakan kempen kesedaran
persekitaran marin, pembersihan kawasan karang.

Menjalankan pemuliharaan sungai dan tebingan, kajian


kualiti air sungai, serta kempen kesedaran kepada
masyarakat kepentingan memulihara sungai

Pihak Berkuasa

Menyokong JAS dalam pelaporan dan pemantauan EIA.

Tempatan

Menentukan penzonan kawasan masing-masing untuk


tujuan tertentu seperti perindustrian dan pertanian.

mary rami regok


ipgk sarawak(2011-2015)

Page 9

BP Malaysia

Menjalankan program kesedaran awam dan pemuliharaan


kepelbagaian biologi di sekitar kawasan operasi, selain
menyediakan sumbangan kewangan dan bekerjasama
dengan organisasi kerajaan mahupun swasta dalam
usaha itu

Kesimpulannya pemuliharaan ex-situ memerlukan sokongan dan kerjasama


daripada semua pihak. Maka dengan itu usaha usaha menyelamatkan spesies akan
berterusan. Langkah in harus bermula dengan setiap individu harus mengambil bahagian.
Caranya ialah mempengaruhi atau mengalakkan rakan untuk cintakan alam sekitar ataupun
bekerjasama dengan kerajaan. Masyarakat harus memainkan peranan yang penting dengan
mengambil bahagian secara langsung seperti menganjurkan kempen menanam pokok di
sekitar kawasan kediaman. Tindakan yang paling berkesan adalah bertanggungjawab
mengambil tindakan terhadap aktiviti pembalakan dengan melaporkan kepada pihak
berwajib.
Seperti yang sudah diketahui, kerajaan adalah tunjang kepada program
pemuliharaan ex-situ ini. Penguatkuasa undang- undang atau penggubalan Akta Kualiti
Alam Sekitar 1974 menjadi dasar dan rujukan kerajaan. Kerajaan telah menunjukkan
komitmen dengan mewartakan Taman Negara dan Hutan Simpan atau projek Ladang
Hutan.

mary rami regok


ipgk sarawak(2011-2015)

Page 10

Bahagian 2 :
Pelan perancangan program kesedaran di sekolah saya.
"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita
meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak
dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup
membuktikan bahawa alam sekitar yang mana melibatkan kewujudan flora dan fauna
merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Mendepani arus
globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun
aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar. Oleh
yang demikian, anjakan paradigma harus dilakukan agar kesedaran tentang menghargai
alam sekitar dipupuk sejak anak- anak masih kecil lagi.
Sekolah merupakan tempat paling tepat untuk membentuk generasi masa hadapan
yang menghargai alam sekitar. Ini adalah kerana hanya di sekolahlah keperibadian dan
persepsi manusia terhadap alam sekitar dapat dibentuk atau dicorakkan. Apabila sudah
dewasa atau keluar dari alam sekolah, seorang manusia akan lebih sukar untuk dididik
seperti kata pepatah Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. Atas kesedaran ini, sekolah
saya juga mengambil bahagian secara langsung menerapkan usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar di kalangan murid- murid agar mewujudkan generasi masa
hadapan yang menghargai alam sekitar amnya, dan flora dan fauna khususnya. Program
kami akan melibat kesan jangka pendek dan juga jangka panjang di kalangan murid- murid.
Program jangka pendek
Nama program : Kempen Kesedaran : Alam Sekitar, Flora dan Fauna tanggungjawab semua
Tentatif program :
mary rami regok
ipgk sarawak(2011-2015)

Page 11

Objektif

: i.

Untuk memenuhi permintaan sukatan matapelajaran Sains muridmurid di sekolah rendah serta mendidik masyarakat secara tidak
langsung untuk menjaga alam sekitar amnya dan flora dan fauna
khususnya.

ii.

Bertujuan memberi peluang kepada para murid untuk


menunjukkan minat terhadap reka cipta dan inovasi.

iii.

Mendidik murid- murid untuk menguruskan bahan buangan dengan


cara yang betul supaya tidak menghasilkan pencemaran

Sasaran

: Semua warga SK. Tanjung Batu, Bintulu dan masyarakat setempat iaitu
penduduk di kawasan Sungai Plan Resettlement.

Tarik perlaksanaan
Aktiviti

: April Mei 2013 ( Bulan Sains dan Matematik )

: i. Lawatan sambil belajar ke Taman Negara Semilajau


: ii. Pertandingan melukis poster
: ii. Pertandingan Inovasi dan Rekacipta ( Tahap Dua )
: iii. Pameran dan ceramah Selamatkan Harta Warisan Negara Kita.
: iv. Kuiz bertulis ( Terbuka kepada penduduk di kawasan Sungai Plan )

Ahli Jawatan Kuasa Program :


Penaung

: Syarikat SMDS, Bintulu

Pengerusi

: Guru Besar, SK. Tanjung Batu

Timbalan pengerusi

: YDP PIBG SK. Tanjung Batu

Penyelaras

: Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha

: Ketua Panitia Matapelajaran Sains

Bendahari

: Pembantu Tadbir Kewangan Sekolah

AJK perlaksana untuk aktiviti :


Aktiviti
Lawatan sambil belajar ke Taman

Guru bertanggungjawab
Semua guru penasihat Kelab Sains dan

Negara Semilajau
Pertandingan melukis poster
Pertandingan Inovasi dan Rekacipta
Pameran dan ceramah
Kuiz bertulis

Persatuan Alam Sekitar sekolah.


Semua guru Sains Tahun 1, 2 dan 3
Semua guru Sains Tahun 6
Semua guru Sains Tahun 5
Semua guru Sains tahun 4

Pihak luar yang terlibat

: Bintulu District Authority ( Bahagian Sumber manusia )


: Bahagian Pengurusan Taman Negara Semilajau
: Bahagian Pelupusan Bahan Kimia,Jabatan Kimia, Bintulu
: Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan, Bintulu

Penyumbang dana

: Syarikat SMDS, Bintulu District Authority dan PIBG sekolah

mary rami regok


ipgk sarawak(2011-2015)

Page 12

Jadual perlaksanaan
Aktiviti

Tarikh

Sasaran

Pihak terlibat

Perasmian

1 April 2013

Semua warga

Pihak sekolah

SK. Tanjung

AJK PIBG

Batu
Semua ahli

SMDS
Pengurusan

ke Taman Negara

Kelab sains dan

Taman Negara

Semilajau

Persatuan Alam

Semilajau

Lawatan sambil belajar

27 April 2013

Sekitar sekolah
Pertandingan melukis

01 03 Mei 2013

poster

Semua murid

Pihak sekolah

Tahun 1 - Tahun

Pertandingan Inovasi

09 Mei 2013

3
Murid Tahun 4 -

Bintulu District

dan Rekacipta
Pameran dan ceramah

24 Mei 2013

Tahun 6
Semua warga

Authority
Pameran :

SK. Tanjung

Jabatan Kimia

Batu

Jabtan
Perhutanan
SMDS
Ceramah :
Jabatan Alam
Sekitar, bahgain

Kuiz bertulis

Majlis penangguhan
program

12 22 Mei 2013

23 Mei 2013

Masyarakat di

Bintulu
Pihak sekolah

sekitar kawasan

AJK PIBG

Sungai Plan

SMDS

Resettlement
Warga SK.

Pihak sekolah

Tanjung Batu

PIBG SK. Tanjung

dan masyarakat

Batu

setempat

SMDS
BDA
Jabatan Kimia
Jabatan
perhutanan
Jabatan Alam

mary rami regok


ipgk sarawak(2011-2015)

Page 13

Sekitar
Anggaran kos :
Perkara

Bilangan

Spefikasi

Jumlah
( RM )
600.00

Tambang bas ke Taman

120 peserta

3 buah bas RM

Nrgara Semilajau

termasuk 6 orang

200.00

guru pengiring
Makanan murid dan

126 orang

RM 8.00 X 126

1,008.00

Hadiah pertandingan

15 orang

Johan : RM 30.00

285.00

melukis poster

( 3 pemenang dan 2

Kedua : RM25.00

saguhati dari setiap

Ketiga: RM20.00

Tahun 1, 2 dan 3)

Saguhati : RM

Hadiah pertandingan

5 kumpulan

10.00
Johan: RM200.00

Inovasi dan Rekacipta

( 3 pemenang utama

Kedua : RM150.00

dan 2 saguhati )

Ketiga : RM100

guru semasa lawatan


Ke Taman Negara
Semilajau

550.00

Saguhati :
Hadiah kuiz bertulis

3 pemenang utama

RM50.00
Johan: RM100.00

dan 2 Saguhati

Kedua :RM80.00

340.00

Ketiga: RM60.00
Saguhati :
Cenderahati

Pihak Jabatan Kimia

RM50.00
4 X RM 50.00

200.00

9 X 6.00

200.00
54.00

Pihak Jabatan Alam


sekitar
Pihak Jabatan
Perhutanan
BDA
Peralataan
Makanan hakim

3 orang untuk setiap


aktiviti

mary rami regok


ipgk sarawak(2011-2015)

Page 14

Makanan tetamu

500.00

jemputan
Jumlah

3,737.00

Dana dan sumbangan :


Pihak SMDS

: RM 4000.00

Pihak BDA

: RM 500.00

Jumlah

: RM 4500.00

Ringkasan aktiviti : Lawatan sambil belajar


Perlaksanaan program ini bertujuan memberi peluang kepada murid murid untuk
memperolehi pembelajaran di luar bilik darjah dan melihat persekitaran sebenar hidupan
haiwan khasnya di Taman Negara Semilajau di mana mereka berpeluang melihat ikan
lumba- lumba, habitat sebenar buaya dan mempelajari beberapa spesies flora
terancam.Program lawatan sambil belajar yang dirancang ini bukan sahaja boleh
menimbulkan minat belajar namun ianya mampu mewujudkan pembelajaran berkesan di
kalangan murid murid di mana ia akan mendidik mereka untuk menghargai betapa
pentingnya mengekalkan flora dan fauna di persekitaran asalnya. Ianya juga dapat
melahirkan pelajar yang berminat terhadap keindahan alam sekitar dan mempelajari
langkah langkah untuk mengekal dan memulihara spesies yang semakin terancam.
Ringkasan aktiviti : Inovasi daripada bahan buangan
Pertandingan mereka cipta dan menghasilkan inovasi daripada bahan buangan
adalah bertujuan bagi memberi peluang kepada para murid menunjukkan minat
terhadap reka ciptaan.Selain itu,matlamat yang kedua adalah mendidik murid- murid untuk
menguruskan bahan buangan dengan cara yang betul supaya tidak menghasilkan
pencemaran. Pengurusan bahan buangan yang betul bukan sahaja menyelamatkan spesies
flora dan fauna malah boleh menjana pendapatan sampingan. Program ini akan membantu
murid- murid menggunakan bahan buangan sebagai bahan asas untuk mencipta sesuatu
yang baru dan bernilai. Secara tidak langsung amalan 3R ( Reuse, Reduce and Recycle)
dapat diterapkan. Ini akan menjana idea mereka tentang cara penjimatan bahan- bahan asli
terutamanya bahan yang diperbuat daripada sumber flora. Bukan itu sahaja nilai yang akan
diperolehi, malah mereka juga akan menyedari betapa pentingnya menghargai hasil alam.
mary rami regok
ipgk sarawak(2011-2015)

Page 15

Program jangka panjang


Nama program : Projek Taman Baka
Tentatif program :
Objektif

:i

Menanam baka tumbuhan yang bernilai dan juga yang semakin


terancam.

ii.

Mewujudkan tapak kajian untuk kerja lapangan murid- murid.

iii.

Menggalakkan masyarakat setempat untuk bersama- sama


mengambil bahagian dalam pemuliharaan ex-situ flora.

Sasaran

: Semua murid di SK. Tanjung Batu dan masyarakat setempat

Tarikh perlaksanaan : Bulan Januari November 2013 ( sepanjang tahun )


Penaung

: YDP PIBG SK. Tanjung Batu, Bintulu

Pengerusi

: Guru Besar SK. Tanjung Batu, Bintulu

Penyelaras

: Penolong Kanan Kurikulum

Setiausaha

: Ketua Panitia matapelajaran Sains

Bendahari

: Ketua Panitia matapelajaran Kemahiran Hidup

AJK program

i. Taman Herba

: Semua guru matapelajaran Kemahiran Hidup dan Pendidikan Sivik dan


Kewarganegaraan

ii. Taman flora terancam

: Semua guru matapelajaran Sains

Pihak luar yang terlibat

: Jabatan Perhutanan
: Jabatan Pertanian
: Tan Nursery Sdn. Bhd.

Anggaran kos

Perkara
Beg polisterina
Baja
Penyiram

Dana dan sumbangan

Bilangan
300
5 guni
6
Jumlah

Spesifikasi
300 X 0.50
10 X 50.00
6 X 11.00

Jumalah ( RM )
150.00
250.00
66.00
466.00

: i. PIBG : RM 470.00
: ii. Jabatan Pertanian : 5 guni baja
: iii. Tan Nursery : 20 jenis baka pokok

Ringkasan aktiviti :
Baka baka ini akan ditanam di Taman Herba dan juga Taman Sains. Objektifnya
adalah untuk mewujudkan kawasan kajian murid- murid terhadap tumbuh- tumbuhan
terutamanya dalam matapelajaran Sains mereka. Selain daripada itu, program ini akan
mary rami regok
ipgk sarawak(2011-2015)

Page 16

dapat melibatkan masyarakat sekeliling secara tidak langsung di mana penglibatan ibu bapa
adalah amat dialu- alukan. Ibu bapa diminta untuk menyumbangkan apa- apa sahaja
spesies yang bernilai contohnya pokok herba ataupun spesies yang terancam kepada
sekolah. Murid- murid akan mengusahakan Taman Baka ini sehingga jumlahnya semakin
banyak dan baka- baka itu akan disumbangkan balik kepada masyarakat sekeliling yang
berminat. Selain dari menyumbang balik kepada masyarakat, tumbuh- tumbuhan ini juga
akan ditanam di sekeliling sekolah sebagai pokok hiasan.
Jika semua pihak memberikan kerjasama dan bersungguh- sungguh dengan usaha
yang dijalankan dapatlah kita sama-sama meningkatkan kesedaran mengenai betapa
pentingnya menjaga alam sekitar agar ianya kekal untuk generasi mendatang. Generasi
yang akan datang masih berpeluang untuk melihat spesies flora dan fauna seperti yang kita
lihat pada hari ini.

mary rami regok


ipgk sarawak(2011-2015)

Page 17

Refleksi
Pengalaman yang diperolehi
Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang membuat kerja kursus ini.
Antaranya ialah pengalaman saya pergi ke pejabat Jabatan Kimia dan pejabat Treiniekens
Sdn. Bhd. untuk mendapat maklumat tentang cara mereka melupuskan sisa bahan kimia.
Sebenarnya ianya bukan sahaja untuk kerja kursus ini tetapi ianya juga untuk pengurusan
makmal sains di sekolah saya. Sesudah perjumpaan saya dengan pegawai yang
bertanggungjawab menguruskan prosedur pelupusan bahan kimia, barulah saya faham
kenapa bahan kimia memerlukan prosedur yang ketat apabila hendak dilupuskan. Kesannya
kepada alam sekitar adalah sangat teruk. Bayangkan jika tiada akta yang mengawal
pelupusan bahan kimia yang sangat bahaya ianya akan dibuang sewenang- wenangnya. Ia
bukan sahaja menjejaskan flora dan fauna malah kesannya secara langsung dialami oleh
manusia.
Pengalaman yang kedua pula ialah kerja kursus ini telah mencetuskan idea tentang
penambahbaikan aktiviti tahunan Panitia Sains saya . Saya banyak membuat perbincangan
dengan guru penasihat Kelab Alam Sekitar tentang program yang akan kami jalankan pada
tahun ini. Apatah lagi program kami akan dihantar ke pertandingan yang akan dianjurkan
oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Bintulu District Authority (BDA ). Beberapa cadangan
aktiviti yang saya tulis untuk kerja kursus ini sebenarnya telah kami laksanakan setiap tahun.
Cuma beberapa aktiviti baru yang saya cadangkan akan dibuat pada tahun ini dan beberapa
penambahbaikan akan dibuat hasil perbincangan bersama guru penasihat Kelab Alam
Sekitar dan Penolong Kanan Kokurikulum sekolah..
Halangan yang dihadapi
Permulaannya saya menghadapi kesukaran untuk memulakan kerja kursus ini
kerana kurang memahami kehendak soalan. Saya banyak membuat kajian dari buku,
merujuk majalah serta bahan dari internet dan juga berbincang dengan beberapa orang
rakan sekelas dalam forum kelas kami. Banyak maklumat yang saya perolehi namun saya
mary rami regok
ipgk sarawak(2011-2015)

Page 18

masih keliru dengan maklumat yang banyak menjurus kepada kempen kesedaran terhadap
alam sekitar dan bukannya menjurus kepada flora dan fauna. Untuk mengatasi masalah ini,
saya membuat draf tentang tugasan serta mengasingkan maklumat yang saya kumpulkan
barulah saya boleh nampak dengan jelas idea yang akan saya tulis.
Halangan yang kedua ialah tugasan seharian yang menimbun apatah lagi dengan
bebanan tugas sebagai ketua panitia di mana kami dikehendaki membuat analisis item
untuk ujian yang diadakan. Memandangkan jumlah murid yang agak ramai iaitu lebih
daripada dua ribu orang, tugas ini adalah berat kerana memerlukan masa dan komitmen
yang lebih daripada saya, apatah lagi ianya perlu dihantar dengan kadar yang segera. Saya
jadi hilang tumpuan kerana keletihan terpaksa menghabiskan tugasan yang perlu
disegerakan.
Pengetahuan baru yang meningkatkan kefahaman tentang topik ini
Seperti yang saya perkatakan tadi, saya memperolehi pengalaman baru tentang cara
pelupusan bahan kimia yang betul. Yang mana sebelum ini saya agak prosedur mereka
agak membebankan tetapi akhirnya saya menyedari bahawa tanggungjawab mereka adalah
menjaga kualiti alam sekitar. Selain itu, sudah tentunya saya mengetahui tentang jumlah
spesies flora dan fauna yang terdapat di negara kita yang mana kekayaan yang kita miliki
merupakan berada pada tempat keenam dunia. Kajian ini juga membuatkan saya banyak
membaca tentang usaha yang dilakukan oleh agensi yang berkaitan untuk menyelamatkan
spesies spesies terancam contohnya gajah, penyu, orang utan dan burung enggang.
Kerja kurusus ini juga membuatkan saya mengenali akta- akta yang digubal untuk
melindungi alam flora dan fauna negara kita. Rupa- rupanya hukuman yang berat telah
digubal untuk individu atau syarikat yang melanggar undang- undang dan memusnahkan
alam sekitar namun akibat sikap tamak dan kerakusan manusia sendiri yang menjadikan
keadaannya bertambah teruk.
Segala pengetahuan yang saya perolehi sekarang akan saya manfaatkan untuk
pengajaran matapelajaran Sains lebih- lebih lagi tajuk ini diajar dalam Tahun Enam. Segala
aktiviti yang telah dirancang atau dicadangkan akan cuba saya laksanakan untuk mendidk
generasi muda tentang pentingnya memelihara dan memulihara flora dan fauna. Tugasan
sebagai guru Penasihat Kelab Sains dan juga Ketua Panitia sains memudahkan saya untuk
melaksanakan aktiviti- aktiviti tersebut.

mary rami regok


ipgk sarawak(2011-2015)

Page 19

Rujukan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang.(2011).Utusan Pengguna Edisi Julai Ogos,Persatuan
Pengguna Pulau Pinang, Pulau Pinang.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2012).Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
Utusan Malaysia.(2007). Majalah Mosti Edisi ke-60. Kuala Lumpur
http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=191772&
http://berita-harian-online.com/30000-tan-sampah-sehari-menjelang-2020/
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/325-inforingkas/5974-laman-web-jabatan-alam-sekitar.html
http://www.nre.gov.my/malay/Pages/defaultnre.aspx
http://www.kimia.gov.my/
http://komunitihijaumajakir.blogspot.com/

mary rami regok


ipgk sarawak(2011-2015)

Page 20

mary rami regok


ipgk sarawak(2011-2015)

Page 21

Anda mungkin juga menyukai