Anda di halaman 1dari 7

1.

Tyrannosaurus Rex: – Pupus sejak 65 juta tahun yang lalu

T. Rex

Tyrannosaurus Rex ataupun nama ‘manja’nya T.Rex masih kekal sebagai haiwan pemangsa
paling ditakuti yang pernah hidup di muka bumi. Panjangnya adalah 43.3 kaki, dan 16.6 kaki
tinggi dengan berat sehingga 7 tan.! T.Rex dipercayai mempunyai otot kaki dan rahang yang
kuat. Ini menjadikan T.Rex mempunyai pakej lengkap sebagai haiwan pemangsa yang paling
ditakuti oleh mana-mana haiwan lain pada waktu itu. Fosil T.Rex kebanyakkannya ditemui di
negara-negara Benua Amerika Utara. Setakat ini, saintis telah mengumpul kira-kira 30 fosil
T.Rex daripada kawasan ini.

2.Aurochs: -pupus sejak 1627

Aurochs

Aurochs adalah spesies daripada lembu. Aurochs salah satu haiwan yang pupus paling popular
di Eropah. Aurochs dipercayai berevolusi daripada lembu daripada India kira-kira 2 million tahun
yang lalu. Kemudian Aurochs telah berhijrah ke Timur Tengah dan kemudian ke Asia seterusnya
berhabitat secara meluas di negara-negara Eropah 250,000 tahun yang lalu. Pada abad ke 13,
kebanyakkan Aurochs berhabitat di Poland, Lithuania, Moldavia, Transylvania dan timur
Prussia.Rekod terakhir Aurochs yang hidup adalah pada 1627 di Hutan
Jaktorow,Poland.Tongkarak Aurochs kemudian di bawa oleh Swedish Army ke The Property of
Livrustkammaren di Stockholm.

3.Dodo: - Pupus sejak lewat abad ke-17

Dodo

Tidak salah untuk mengatakan Dodo ialah haiwan yang telah pupus paling popular di dunia.
Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo seperti‘as dead as a dodo’ yang membawa
maksud kematian yang ragu-ragu dan pelik. Seperti peribahasa ini, kematian dodo adalah pelik
kerana Dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba. Suatu ketika, Dodo boleh kelihatan berkeliaran
sepertimana ayam-ayam dan itik-itik di kampung. Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang.
Ia sering bersarang di atas tanah sepertimana ayam dan itik. Habitat asal Dodo adalah di
Kepulauan Mauritus.
4.Thylacine a.k.a Tasmanian Tiger :- pupus sejak 1936

Thylacine
Thylacine dipercayai pupus sejak 1936. Haiwan karnivor ini juga digelar Tasmanian Tiger kerana
jalur ala-ala harimau yang terdapat di balakang badannya. Keunikkan haiwan ini menarik minat
ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea. Miskipun
diumumkan haiwan yang telah pupus secara rasmi, terdapat beberapa pertembungan antara
manusia dengan haiwan ini dilaporkan. Akan tetapi, tiada bukti kukuh untuk menyokongnya.
Thylacine dipercayai pupus kerana pemburuan manusia secara berterusan dan habitatnya yang
terancam.

5.Javan Tiger:- Pupus sejak 1980-an

Javan tiger

Saiz Javan Tiger kecil berbanding saiz harimau lain yang terdapat di negara-negara Asia.
Walaubagaimanapun, ia lebih besar berbanding Bali Tiger. Dipercayai, haiwan karnivor ini pupus
sejak 1980-an kerana pencerobohan habitatnya di hutan kepulauan Jawa. Javan Tiger telah
dilihat kali terakhir pada 1976 dan selepas itu tiada lagi laporan pertembungan dengan haiwan
ini.
KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan


yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa.

Manakala Fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah
tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap,
binasa semuanya, punah.

KESIMPULAN

Kepupusan flora dan fauna ialah kemusnahan dan kepupusan tumbuh – tumbuhan
dan haiwan semulajadi.

PENDAHULUAN

Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus
daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora
dan fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh –
tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok.
Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80
spesies cicak telah disenaraikan.

Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi
mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahah
air.

Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini kita lihat bagaimana
orkid hutan yang cantik telah dilapurkan hampir pupus, faktor ini mungkin
disebebkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan kian menggugat
kestabilan alam. Hidupan seperti penyu dilautan juga kian terancam, menurut
laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu melalui kajian mereka
menunjukan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu mentarut tetapi
pada tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa
kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan generasi
akan datang tidak lagi mengenali speisi penyu ini.
FAKTOR – FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN

Masalah pembalakan haram .

o Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora


menyatakan diantara 1986 hingga jun 1990 , 500,000 hektar hutan di
Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000
hektar sahaja.
o Pembalakan haram juga menebang spesis pokok yang dilindungi
seperti Meranti dan Cengal.
o Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan
dan Taman Negara.
o Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia juga memusnahkan spesis
tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga
akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Ia juga
akan menyebabkan binatnag-binatang yang hidup dikawasan itu dan
lari dan mati.

Pembakaran Hutan

 Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan


Sumatera. Ia akan menyebabkan spesis-spesis yang terancam yang ada
dikawasan tersebut akan musnah

Pembukaan Tanah Baru

 Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah – tanah


rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesis tumbuh –
tumbuhan

Pemburu Haram

 Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah


merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis
haiwan ini.
 Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan
mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.
 Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap
bintanag ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.
 Harimau Malaya meruapa satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan
terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina
menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit
sahaja.

Peningkatan Suhu Dunia

 Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama
kepupusan flora dan fauna.
 Faktor perubahan iklim ini bukalah perkara baru dalam kepupusan flora dan
fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejaran seperti
‘dinasaour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.
 Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatna suhu dunia yang
mendadak ini menyebabkan ada sesetengah speisi haiwan dan tumbuhan
yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan
cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.

Pencemaran

 Seperti mana kita maklumi bahawa keadaan pencemaran yang teruk akan
menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faaktor ini yang
menyebabakan banyak hidupan akuatik kian pupus.
 Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh (killer weil) semakin
pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan
minyak dilaut dan kegitan manusia yang suka mengotorkan laut.
 Beruang panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya
terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan
pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada
kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama
habitat ini.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

 Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam


hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan.
 Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi
unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi
bahaya kepupusan. ( Penanaman hutan semula, menghadkan atau
menentukan kapasiti hasilan hutan
 Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman
laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi.
 Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya
untuk mencegah pembalakan haram.,( membalak di kawasan perlindungan
hutan – TAMAN NEGARA ) pemburuan haram atau pemusnahan spesis
tumbuhan yang tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid .
 * Masalah pembalakan haram – Laporan Trade Records of Fauna and
Flora menyebut di antara tahun 1986 dan Jun 1990 –500.000 hektar
hutan di Malaysia ditebang tetapi kelulusan jumlah kawasan yang
dibenarkan hanya 320.000 hekter.
 Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.JumlahBancian
penyu mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada
tahun 1996 sebanyak 5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994.
 Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam
Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji
kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh
Malaysia )
 Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan
 Akta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974
 Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000
 Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986
 Peraduan menulis esei ,puisi dan kempen-kempen (Cintailah Sungai kita )

Anda mungkin juga menyukai