Anda di halaman 1dari 21

'

Faktor- faktor kepupusan haiwan

Pencemaran

- Keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Faktor ini yang
menyebabkan banyak hidupan akuatik semakin pupus.

- Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh semakin pupus disebabkan pencemaran air
terutamanya disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan
laut.

- Beruang panda yang merupakan habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China
semakin pupus disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab
kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.

Pembalakan Haram

- Pembalakan haram iaitu menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal.

- Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara.

- Apabila kegiatan pembalakan dijalankan, ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain
contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di
sekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup di kawasan itu lari dan mati.
Seterusnya hakisan tanah juga akan berlaku.

Pembakaran Hutan

- Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera telah menyebabkan spesis-
spesis yang berada di kawasan tersebut musnah dan terancam.

Pemburu Haram

- Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang
menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini.

- Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan binatang ini malahan mengaut keuntungan
yang banyak melalui kegiatan ini.

- Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintang ini menjadi
punca utama kegiatan ini berleluasa.

- Harimau Malaya merupakan satu spesis yang semakin terancam kerana pemburuan terhadapnya
semakin tinggi. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau
Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

Peningkatan Suhu Dunia


- Faktor peningkatan suhu dunia ini juga merupakan punca utama kepupusan flora dan fauna di
Malaysia.

- Faktor perubahan iklim ini bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara
faktor kepupusan binatang prasejarah seperti ‘dinasaour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.

- Fenomena yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan
sesetengah spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan terancam terutamanya haiwan dan tumbuhan yang
tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.

Dicatat oleh zaini bugar di 6:54 PTG 1 ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke
Facebook

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU


Antaranya:

- Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan.

- Mengiktirafkan lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi, taman laut atau taman
negara dengan keluasan yang mencukupi.

- Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA)1974 - Pembuangan sisa minyak ke laut didenda RM50,000.

- Mengetatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah


pembalakan haram.

- Pemeliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.

- Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar. Contohnya
usaha-usaha pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.

- Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan

- Peraduan menulis esei , puisi dan kempen-kempen (Cintailah Sungai kita )


Antara Haiwan Yang Telah Pupus

1. Syrian Wild Ass ( Pupus sejak 1927 )

Syrian Wild Ass adalah subspesies kepada keluarga Equidae atau keluarga kuda. Syrian
Wild Ass adalah spesies kuda yang paling kecil. Ia pernah berhabitat di sekitar Syria, Jordan
dan Iraq. Keunikan Syrian Wild Ass adalah kemampuan kulitnya berubah warna mengikut
musim. Sebagai contoh, kulit Syrian Wild Ass akan berubah warna kepada kuning
keperangan pada musim panas dan berubah pula kepada warna kuning pucat pada musim
panas. Spesies ini pernah mempunyai populasi yang besar sekitar abad ke-16 dan abad ke-
17 namun akhir merudum menjelang abad ke-19. Haiwan ini diistiyharkan pupus pada 1927
apabila spesies terakhir ini mati di Zoo Vienna.

2. Javan Tiger ( Pupus sejak 1980-an )

copy by: http://www.youtube.com/watch?v=bmMHAN9uET0

Saiz Javan Tiger kecil berbanding saiz harimau lain yang terdapat di negara-negara Asia.
Walaubagaimanapun, ia lebih besar berbanding Bali Tiger. Dipercayai, haiwan karnivor ini
pupus sejak 1980-an kerana pencerobohan habitatnya di hutan kepulauan Jawa. Javan
Tiger telah dilihat kali terakhir pada 1976 dan selepas itu tiada lagi laporan pertembungan
dengan haiwan ini.

3. Tarpan ( Pupus sejak 1919 )

copy by : http://www.youtube.com/watch?v=sYaurL9RMP0

Tarpan juga dikenali Eurasian Wild House. Ia adalah subspesies kepada kuda liar yang
pernah berhabitat di sekitar selatan Perancis, timur Sepanyol sehingga merentasi tengah
Russia. Populasi Tarpan mula merudum sekitar 1870an akibat pemburuan dan pemusnahan
habitatnya. Penampakan terakhir Tarpan adalah pada 1909 hasil usaha kerajaan Poland
untuk menyelamatkan spesies kuda liar ini. Tarpan yang berjaya ditangkap tersebut
kemudian dipelihara di dalam zoo di Russia. Walaubagaimanapun, haiwan tersebut
meninggal dunia tidak lama kemudian. Sejak daripada itu, Tarpan tidak lagi kelihatan dan
diistiyharkan pupus secara rasmi.

4. Thylacine a.k.a Tasmanian Tiger ( pupus sejak 1936 )


Thylacine dipercayai pupus sejak 1936. Haiwan karnivor ini juga digelar Tasmanian Tiger
kerana jalur ala-ala harimau yang terdapat di balakang badannya. Keunikkan haiwan ini
menarik minat ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New
Guinea. Miskipun diumumkan haiwan yang telah pupus secara rasmi, terdapat beberapa
pertembungan antara manusia dengan haiwan ini dilaporkan. Akan tetapi, tiada bukti kukuh
untuk menyokongnya. Thylacine dipercayai pupus kerana pemburuan manusia secara
berterusan dan habitatnya yang terancam.

5. Dodo ( Pupus sejak lewat abad ke-17 )

Tidak salah untuk mengatakan Dodo ialah haiwan yang telah pupus paling popular di dunia.
Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo seperti‘as dead as a dodo’ yang
membawa maksud kematian yang ragu-ragu dan pelik. Seperti peribahasa ini, kematian
dodo adalah pelik kerana Dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba. Suatu ketika, Dodo boleh
kelihatan berkeliaran sepertimana ayam-ayam dan itik-itik di kampung. Dodo adalah burung
yang tidak boleh terbang. Ia sering bersarang di atas tanah sepertimana ayam dan itik.
Habitat asal Dodo adalah di Kepulauan Mauritus.

6. Aurochs ( pupus sejak 1627 )


copy by :http://www.youtube.com/watch?v=R6aYiqTd_58&feature=related

Aurochs adalah spesies daripada lembu. Aurochs salah satu haiwan yang pupus paling
popular di Eropah. Aurochs dipercayai berevolusi daripada lembu daripada India kira-kira 2
million tahun yang lalu. Kemudian Aurochs telah berhijrah ke Timur Tengah dan kemudian ke
Asia seterusnya berhabitat secara meluas di negara-negara Eropah 250,000 tahun yang
lalu. Pada abad ke 13, kebanyakkan Aurochs berhabitat di Poland, Lithuania, Moldavia,
Transylvania dan timur Prussia.Rekod terakhir Aurochs yang hidup adalah pada 1627 di
Hutan Jaktorow,Poland.Tongkarak Aurochs kemudian di bawa oleh Swedish Army ke The
Property of Livrustkammaren di Stockholm.

7. Tyrannosaurus Rex ( Pupus sejak 65 juta tahun yang lalu )

copy by : http://www.youtube.com/watch?v=nqa1-dQWJBA
Tyrannosaurus Rex ataupun nama ‘manja’nya T.Rex masih kekal sebagai haiwan pemangsa
paling ditakuti yang pernah hidup di muka bumi. Panjangnya adalah 43.3 kaki, dan 16.6 kaki
tinggi dengan berat sehingga 7 tan.! T.Rex dipercayai mempunyai otot kaki dan rahang yang
kuat. Ini menjadikan T.Rex mempunyai pakej lengkap sebagai haiwan pemangsa yang
paling ditakuti oleh mana-mana haiwan lain pada waktu itu. Fosil T.Rex kebanyakkannya
ditemui di negara-negara Benua Amerika Utara. Setakat ini, saintis telah mengumpul kira-
kira 30 fosil T.Rex daripada kawasan ini.

8. Caucasian Bison ( Pupus sejak 1927 )

copy by : http://www.youtube.com/watch?v=ZKvq4ELPaKU
Caucasian Bison adalah subspecies kepada bison. Haiwan ini berhabitat di pergunungan
Kaukasus di timur Eropah. Haiwan ini dipercayai pupus sejak tahun 1927 apabila tiga ekor
bison yang terakhir telah dibunuh oleh pemburu haram. Haiwan ini pada mulanya
mempunyai populasi yang cukup besar apabila ada rekod mencatatkan haiwan ini mendiami
sebahagian besar pergunungan Kaukasus barat pada abad ke-17. Walaubagaimanapun,
populasinya mula merudum menjelang pada abad ke-19 apabila berlakunya penempatan
secara besar-besaran di keseluruhan habitatnya. Masyarakat pada masa itu masih belum
mempunyai nilai sentimental apabila menjadikan kulit dan daging haiwan ini sebagai
keperluan harian mereka. Faktor-faktor ini menyumbang kepada kepupusan Caucasian
Bison.

9. Giant Aye-aye ( Pupus sejak 1930 )


Giant Aye-aye adalah subspesis kepada monyet dan mempunyai hubungan dengan lemur monyet dan
kera. Spesis ini pernah berhabitat di kepulauan Madagaskar sejak 1000 tahun lampau. Spesis ini kali
terakhir dilihat pada tahun 1930an dan diistiharkan pupus sejak daripada itu.

10. Caspian Tiger ( Pupus sejak 1990an )

copy by:http://www.youtube.com/watch?v=chbLSYgdRU8

Caspian Tiger adalah subspesies bagi keluarga kucing sepertimana spesies-spesies


harimau yang lain. Saiznya boleh mencapai panjang daripada 200cm sehingga 270cm.
Walaubagaimanapun, Caspian Tiger betina mempunyai saiz yang lebih kecil. Habitat
Caspian cukup besar. Menurut rekod, haiwan ini yang pernah mencapai populasi maksimum
pada abad ke-16 berhabitat di China, Russia, Turki, Iran, Turkestan dan Afghanistan.
Populasinya mula merudum pada abad ke-20 akibat pemburuan haram yang cukup
berleluasa. Tambahan pula, sumber utama makanannya iaitu babi hutan turut sama
merudum populasinya menyebabkan berlakunya gangguan besar kepada sistem rantai
makanannya. Penampakan terakhir spesies ini adalah pada awal 1990an dan sejak
daripada itu, tiada lagi rekod penampakan dicatatkan.

DEC

17
Haiwan Yang Hampir Pupus
Umumnya, apabila sebut tentang masalah kepupusan spesies di bumi ini, kita tidak
boleh menyalahkan sesiapa selain diri sendiri iaitu manusia. Pertambahan populasi
manusia dan kadar penggunaan bahan semulajadi telah meningkatkan lagi kadar
kepupusan haiwan-haiwan ini. Atau lebih spesifik lagi, kemusnahan habitat akibat
aktiviti pembangunan dan perdagangan hidupan liar merupakan punca utama
penurunan bilangan spesies di muka bumi ini. Disebabkan ketamakan kita sendiri,
sanggupkah kita melihat haiwan-haiwan comel yang tidak bersalah seperti di bawah
ini pupus dan hilang terus dari muka bumi?
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar
SAND CATS

Kucing pasir merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yang tinggal di
padang pasir, terutamanya di kawasan padang pasir Afrika Utara, Asia Barat dan Asia
Tengah. Sejak tahun 2002 kucing pasir ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang
terancam oleh IUCN (International Union for the Conservation of Nature) kerana
penurunan populasi yang mendadak.
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar

Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar


Egyptian Tortoise

Egyptian Tortoise (kura-kura Mesir?) yang juga dikenali sebagai Kleinman’s tortoise
atau Leith’s tortoise ini dianggap dalam keadaan terancam yang kritikal. Ianya
dipercayai sudah pupus di Mesir, which is ironic, sebab namanya Egyptian Tortoise
tapi tak boleh dijumpai di tempat bersempena dengan nama kura-kura ini. Ribuan
sudah dihantar ke Amerika dan lain-lain negara dengan tujuan pembiakan dalam
kurungan.
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar
SEA OTTER
Sea Otter hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu
mereka. Mengapakah mereka tergamak nak membunuh haiwan secomel begini?
Populasi haiwan ini di Barat Laut Pasifik berkurangan kepada kurang daripada 2000
ekor pada awal abad ke-20. Berita baiknya, dengan penguatkuasaan undang-undang,
populasi Sea Otter ini telah meningkat kepada 100,000 hingga 150,000 ekor.
FENNEC FOX
Fennec Fox yg tinggal kawasan Afrika Utara dan Timur Tengah ini masih lagi belum
dianggap sebagai haiwan yang terancam namun habitat mereka menerima ancaman
dari aktiviti perlancongan dan pembangunan. Telinganya yang besar membantu untuk
memburu pada waktu malam dengan berfungsi untuk mendengar pergerakan mangsa
di bawah tanah dan menyejukkan badan daripada haba padang pasir.
Mexican Axolotl
Mexican Axolotl ini sebenarnya merupakan salah satu spesis salamander dan tinggal
di dalam air. Haiwan ini dikatakan hampir pupus, dengan kurang daripada 1200 ekor
yang tinggal di Mexico, satu-satunya habitat terakhir bagi haiwan ini yang masih
terpelihara. Apabila sudah pupus nanti pasti kecewa juga sebab mana nak cari haiwan
yang memang dilahirkan untuk senyum secara semulajadi sebegini?
PIKA
Pika yang merupakan mamalia kecil dari keluarga arnab ini mempunyai telinga yang
besar dan tidak mempunyai ekor. Menurut World Wildlife Foundation (WWF), binatang
ini terancam kerana ianya terdedah kepada kesan pemanasan global disebabkan Pika
ini tinggal di habitat yang sejuk dan agak lembap di kawasan tanah tinggi. Apabila
pemanasan global semakin meningkat, habitat tersebut akan semakin berkurangan
dan bakal membawa kepupusan kepada salah satu spesis haiwan ini.
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar

MANDARIN DUCK
Mandarin Duck (Itik Mandarin) yang mendiami Asia Timur ini sama seperti burung
merak di mana hanya yang jantan mempunyai bulu-bulu yang berbagai warna
manakala betina hanya berwarna plain yang membosankan. Sangat berlainan
daripada manusia bukan? Walaupun aktiviti pembangunan telah mengurangkan
spesis itik ini namun ianya masih lagi boleh dijumpai di beberapa kawasan di Asia
Timur. Menurut BBC, itik ini salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk dimakan
kerana rasanya yang kurang sedap.
SLOW LORIS
Berasal dari Indonesia, Slow Loris dari spesis kokang diburu hingga hampir pupus
kerana kononnya dagingnya yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit dan
mempunyai nilai-nilai spiritual. Slow Loris ini merupakan satu-satunya keluarga beruk
yang berbisa. Ia menyimpan racun di dalam kantung pada bahagian siku dan
menyerang mangsanya dengan cara yang sangat menarik iaitu dengan menyedut
racun tersebut ke dalam mulut dan berkumur sebelum melancarkan serangan gigitan
berbisa.
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar

BELUGA WHALE
Ikan paus Beluga yang terkenal kerana ciri-ciri bonjolan pada kepalanya dan berwarna
putih ini menurut kerajaan Amerika Syarikat mengalami ancaman di habitatnya di
Alaska. Dianggarkan hanya kira-kira 100,000 ekor yang tinggal di habitat liar bagi
salah satu spesis ikan paus terkecil ini.

BLACK FOOTED FERRET


Berasal daripada salah satu keluarga musang, Black Footed Ferret ini dianggap
terancam oleh IUCN. Malahan, binatang ini pernah diisytiharkan pupus pada tahun
1979, sebelum dua tahun kemudian sebilangan kecil telah dijumpai di Wyoming,
Amerika Syarikat. Usaha-usaha pemuliharaan yang giat dijalankan telah
mendatangkan hasil dengan lebih kurang 1000 ekor berjaya dibiakkan, menjadikannya
antara usaha pemuliharaan haiwan terancam paling berjaya di negara Uncle Sam.

GRAY GENTLE LEMUR


Kalau anda pernah tonton filem Madagascar pasti perasan dengan binatang ni. Ingat
King Julian? Bukannya serupa tapi berasal daripada keluarga beruk-beruk yang sama
juga. Gray Gentle Lemur, salah satu spesis lemur ini merupakan salah satu spesis
yang hanya boleh dijumpai di mana lagi kalau tak di Madagascar pastinya. Juga
dipanggil bamboo lemur, pemakanan haiwan ini sama seperti namanya iaitu buluh.
HAWAIIAN MONK SEAL
Nama yang sungguh pelik. Merupakan salah satu daripada spesis monk seal yang
masih tinggal di dunia (yang ketiga, carribean monk seal sudah pupus), anjing laut ini
hanya tinggal kira-kira 1100 ekor di habitat liar. Diburu sehingga berada dalam
ambang kepupusan pada abad ke-19, haiwan ini kini disenaraikan sebagai spesis
yang dilindungi.

Matschie’s Tree Kangaroo


Spesis kangaroo pokok ini hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan di Australia,
Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira 11,000 kaki. Tidak
seperti kangaroo yang biasa, spesis ini tinggal di atas pokok dan bergayut dari satu
pokok ke pokok yang lain dengan menggunakan anggota badannya yang kuat.
Disebabkan habitatnya yang terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini berada
dalam ambang kepupusan.
Iberian Lynx
Iberian Lynx yang berasal dari Sepanyol dan Portugal ini dikhabarkan bakal menjadi
spesis kucing pertama bakal pupus sejak 2000 tahun yang lepas, yang kini menjadi
kebimbangan WWF. Apa yang lebih membimbangkan ialah disebabkan oleh
pembangunan manusia dan kehilangan tempat tinggal, hanya terdapat kira-kira 38
ekor Iberian Lynx betina yang masih tinggal untuk membiak.

GIANT PANDA
Spesis menatang ni memang rasanya sudah ramai yang tahu berada dalam ancaman
kepupusan. Kalau tak, masakan WWF nak letak panda ini menjadi logo mereka. Dipercayai
hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat liar. Walaupun pelbagai usaha gigih dijalankan,
namun panda ini tidak mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan
dan di habitat liar, ianya terdedah kepada ancaman pemburuan haram. Mungkin lepas ini
untuk mengelak ancaman pemburu, panda-panda harus dilengkapkan dengan latihan
kungfu yang intensif utk mempertahankan diri mereka.
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar
v

Anda mungkin juga menyukai