Anda di halaman 1dari 6

2.

LENCANA WAJIB - PENUNGGANG BASIKAL

Penunggang Basikal

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan
kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya, menjaga dan
membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul.

- Menyatakan 4 undang-undang jalanraya semasa berbasikal.


- Mengetahui dan menyatakan kepada penilai 10 peraturan semasa menunggang basikal.
- Menunjukkan cara memberi isyarat tangan semasa berbasikal.
- Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.
- Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannhnya
- Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang
ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bagi penunggang basikal
dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang basikal
termasuk penggunaan jalan simpang, bulatan dan lintasan pejalan kaki.

1. UNDANG-UNDANG JALANRAYA - BERBASIKAL


UNDANG-UNDANG BERBASIKAL
Patuhi semua Undang-Undang Trafik dan Isyarat

• Menunggang basikal dijalan raya, MESTI mematuhi undang-undang lalu lintas; tanda-


tanda dan isyarat trafik.
• JANGAN Menunggang yang bertentangan dengan arah lalu lintas adalah berbahaya
dan menyalahi undang-undang.
Menunggang di lorong pejalan kaki
• Ketika menunggang basikal anda di kaki lima anda mesti
patuhi semua papan tanda dan isyarat pejalan kaki.
• Apabila menghampiri pejalan kaki dari belakang, perlahan dan memberi isyarat yang boleh
didengar memberi amaran kepada mereka kehadiran anda sebelum melintasi mereka. 

2. PERATURAN BERBASIKAL

Peraturan-peraturan Semasa Menunggang Basikal

1. Sebelum menunggang basikal, pastikan brek, lampu hadapan, lampu merah belakang dan
loceng boleh digunakan.

2. Sebelum belok basikal ke kanan atau ke kiri, atau ke belakang, hendaklah memandang ke
belakang, dan kemudian beri isyarat.

3. Jika tunggang ramai-ramai, tunggang dalam satu baris.

4. Guna lorong basikal, jika ada.

5. Kedua-dua tangan mesti pegang pemegang (hendal) dan kaki pada pengayuh basikal
(pedal).
6. Fahami dan ingat isyarat jalan raya.

7. Apabila berhenti, gunakan brek belakang, perlahan, dan brek hadapan kemudiannya.

8. Beri jalan kepada kenderaan yang besar dan patuh pada isyarat lalu lintas.

9. Sentiasa menunggang basikal di sebelah kiri jalan.

3. BAHAGIAN BASIKAL

4. PERKARA YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN BERBASIKAL

Perkara-perkara Yang Menyebabkan Kemalangan


 Semasa Berbasikal

1. Basikal Tidak Sempurna - Misalnya brek, lampu, dan sebagainya, tidak boleh berfungsi.

2. Tidak Memberi Isyarat - semasa memulakan tunggangan, sewaktu membelok atau


memberhenti basikal.

3. Membawa Penumpang - yang mengganggu imbangan.

4. Jarak yang sesuai.


5. Jalan raya yang sibuk dan sempit.

6. Membawa haiwan.

7. Bergurau atau bercakap-cakap.

8. Memotong atau melintasi celah-celah kenderaan lain.

9. Saiz basikal tidak sesuai. 

10. Pemegang (hendal) dan tempat duduknya tidak sesuai

5. CARA MEMBAIKI BASIKAL

CARA MENAMPAL TIUB BASIKAL


PERHATIAN :
Penampal tiub basikal kebiasaannya hanya bertahan sementara sahaja, kerana angin ditempat
bocor akan keluar sedikit demi sedikit. Oleh itu menukar tiub baru adalah lebih baik bagi mereka
yang tinggal berdekatan dengan kedai membaiki basikal.

6. TIPS BERBASIKAL
Sebelum Menunggang Basikal

Pastikan:
- Badan mesti Sihat.
- Basikal baik dan selamat.
- Memakai topi kaledar keselamatan.
- Menunggang di lorong tepi atau lorong khas jika ada.
- Memakai pakaian yang cerah.
- Jangan menunggang bergandingan.
- Patuhi peraturan lalulintas jalan raya.
- Memasang lampu ketika waktu malam.

Semasa Menunggang Basikal

- Memberi tumpuan / fokus.


- Berhati-hati.
- Peka dengan keadaan jalan raya. (berlubang, selekoh, air bertakung, simpang & lln.)
- JANGAN menunggang di bawah pengaruh ubat yang dilarang Doktor.
- Jangan berbual & merokok.
- Berikan laluan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Basikal)

- Basikal tidak boleh di tunda ketika di atas jalan raya.


- Ditunggang di sebelah kiri jalan.
- Tidak boleh ditunggang berinringan.
- Tidak boleh membawa orang lebih dari reka bentuknya.
- Berat muatan tidak melebihi 18 kg  

Anda mungkin juga menyukai