Anda di halaman 1dari 4

LENCANA WAJIB - PENUNGGANG BASIKAL

1.0 PENGENALAN

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan
dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalan raya,
menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal
yang betul.

 Menyatakan 4 undang-undang jalanraya semasa berbasikal.


 Mengetahui dan menyatakan kepada penilai 10 peraturan semasa menunggang
basikal.
 Menunjukkan cara memberi isyarat tangan semasa berbasikal.
 Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.
 Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannhnya
 Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan
yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bagi penunggang
basikal dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi
penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang, bulatan dan lintasan
pejalan kaki.

2.0 BAHAGIAN-BAHAGIAN BASIKAL


3.0 PERATURAN BERBASIKAL

3.1 PERATURAN SEMASA MENUNGGANG BASIKAL

1. Sebelum menunggang basikal, pastikan brek, lampu hadapan, lampu merah


belakang dan loceng boleh digunakan.
2. Sebelum belok basikal ke kanan atau ke kiri, atau ke belakang, hendaklah
memandang ke belakang, dan kemudian beri isyarat.
3. Jika tunggang basikal beramai-ramai, tunggang dalam satu baris.
4. Guna lorong basikal, jika ada.
5. Kedua-dua tangan mesti pegang pemegang (hendal) dan kaki pada pengayuh
basikal (pedal).
6. Fahami dan ingat isyarat jalan raya.
7. Apabila berhenti, gunakan brek belakang, perlahan, dan brek hadapan
kemudiannya.
8. Beri jalan kepada kenderaan yang besar dan patuh pada isyarat lalu lintas.
9. Sentiasa menunggang basikal di sebelah kiri jalan.

3.2 PRINSIP ASAS JALAN RAYA YANG PERLU DIPATUHI OLEH PENUNGGANG
BASIKAL

1. Berhenti pada bonggol yang terdapat pada jalan.


2. Menunggang di bahagian kiri mengikut arus lalu lintas.
3. Patuhi lampu isyarat.
4. Semasa di persimpangan, pandang belakang, kiri dan kanan dan beri isyarat
tangan sebelum membelok.
4.0 PERKARA YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN BERBASIKAL

1. Basikal Tidak Sempurna - Misalnya brek, lampu, dan sebagainya, tidak boleh
berfungsi.
2. Tidak Memberi Isyarat - semasa memulakan tunggangan, sewaktu membelok
atau memberhenti basikal.
3. Membawa Penumpang - yang mengganggu imbangan.
4. Jalan raya yang sibuk dan sempit.
5. Membawa haiwan.
6. Bergurau atau bercakap-cakap.
7. Memotong atau melintasi celah-celah kenderaan lain.
8. Saiz basikal tidak sesuai.
9. Pemegang (hendal) dan tempat duduknya tidak sesuai.

5.0 CARA MEMBAIKI BASIKAL

1. Cara menampal tiub basikal.


PERHATIAN :
Penampal tiub basikal kebiasaannya hanya bertahan sementara sahaja, kerana angin
ditempat bocor akan keluar sedikit demi sedikit. Oleh itu menukar tiub baru adalah
lebih baik bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan kedai membaiki basikal.

6.0 MENCEGAH KEMALANGAN BASIKAL

1. Memandu dengan selamat dan sopan.


2. Patuhi peraturan jalan raya semasa menunggang basikal.
3. Pastikan basikal dalam keadaan baik, berlampu dan memakai topi keledar
keselamatan semasa menunggang basikal.
4. Pakai pakaian yang berwarna cerah dan boleh memantulkan cahaya.
5. Elak daripada membawa penumpang semasa menunggang basikal.

Anda mungkin juga menyukai