Anda di halaman 1dari 9

MELIPAT DAN

MENGIBAR BENDERA
ADAB DAN TERTIB
 Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali
bendera terlebih dahulu bagi
memastikannya teguh dan tidak mudah
putus hingga menyebabkan bendera jatuh
atau tidak tentu kibarannya.
 Sebelumbendera dinaikkan pastikan ianya
dalam keadaan yang baik.
 Merekayang menaikkan dan menurunkan
bendera hendaklah berpakaian kemas.
 Menaikkan dan menurunkan bendera dengan
perlahan-lahan. Apabila mengibarkan bendera
separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan
dahulu sepenuhnyadan kemudian menurunkannya
separuh tiang. Apabila menurunkan bendera
separuh tiang, naikkan semula bendera sepenuh
tiang dan kemudian turunkannya terus.
 Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa
hendak menaikkannya.
 Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah
sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah ditatang
atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke
bawah.
 Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan
disimpan dengan baik di tempat yang tertentu.
 Bendera tidak seharusnya digunakan untuk
mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan
digunakan dalam upacara Pemakaman/
Pengkebumian Negara.
 Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah
dianggap bendera yang uzur dan tidak sepatutnya
dikibarkan.
TATACARA MELIPAT BENDERA
 2 orang ahli pengakap diperlukan semasa melipat
satu bendera.
 Ikat tali bendera pada tali tiang bendera dengan
kemas, pastikan bendera tidak terbalik.
 Lipat 2 atau lipat 4 bendera tersebut (saiz lipatan
perlu sesuai dengan bendera).
 Kemudian, bentukkan lipatan bendera dalam
bentuk zip-zap. Belitkan tali tiang bendera melilit
bendera. Seterusnya selitkan tali bahagian bawah
ke dalam lipatan tersebut.
 Naikkan bendera yang diikat ke puncak tiang
bendera.
TATACARA SEMASA ISTIADAT
MENGIBAR BENDERA
 Pemimpin berdiri satu barisan di bahagian belakang tiang
bendera dan ahli pengakap berada dalam bentuk tapak
kuda.
 Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia”
kepada ahli pengakap.
 Pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan
menyebut perkataan “bendera”, ketua patrol bertugas
bergerak ke hadapan tiang bendera dan menarik tali
bendera bahagian yang dikendurkan. Bendera akan
berkibar.
 Ketua patrol bertugas melangkah selangkah ke belakang,
kemudian memberi tabik hormat kepada bendera dan
diikuti oleh semua pemimpin serta pengakap lain.
 Ketua patrol bertugas bergerak ke tempat
asalnya.
 Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan
“Negaraku”, semua ahli pengakap dikehendaki
menyanyi lagu Negaraku.
 Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan
“doa”. Ahli patrol bertugas melangkah selangkah
ke hadapan dan mengangkat tangan sambil
menyebut perkataan “UP”. Semua ahli akan
mengangkat tangan mengaminkan doa.
 Selesai membaca doa, ahli patrol bertugas akan
menyebut sekali lagi perkataan “UP”, semua ahli
akan menjatuhkan tangan dalam kedudukan
sedia.
 Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan
“Persetiaan”, ahli patrol bertugas melangkah selangkah ke
hadapan dan menyebut perkataan “UP”. Semua ahli akan
mengangkat tangan untuk memperbaharui persetiaan
pengakap. Persetiaan pengakap ini dilafazkan oleh ahli
patrol bertugas dan diikuti oleh semua ahli.
 Selesai membaca persetiaan, ahli patrol bertugas akan
menyebut sekali lagi perkataan “UP”. Semua ahli akan
menjatuhkan tangan dalam kedudukan sedia.
 Patrol bertugas memberi arahan kepada ahli “senang
diri”. Seterusnya pemimpin kumpulan memberi taklimat
dan ucapan.
 Selesai pemimpin kumpulan memberi ucapan, ketua patrol
bertugas memberi hukuman “sedia”. Apabila pemimpin
keluar baris, baharulah ketua patrol bertugas memberi
arahan keluar baris.
SEKIAN,
TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai