Anda di halaman 1dari 4

ISTIADAT BENDERA

1. Menghormati Bendera Matlamat pencapaian ketaat setiaan kepada negara adalah melalui amalan-amalan menghormati bendera beserta dengan iringan menyanyi lagu kebangsaan dan negeri. Pemimpin hendaklah berhati-hati dan penuh tanggungjawab bagi mengawasi setiap Pengakap berdiri tegak, dan jangan bermain-main atau sambil lewa sahaja ketika istiadat sedang berlangsung. Oleh itu pemimpin hendaklah tegas dalam perkara tersebut dengan menjelaskan kepada Pengakap bahawa bendera adalah melambangkan negara dan mesti dihormati dan begitulah juga dengan bendera Pengakap. 2. Cara Istiadat Bendera Istiadat pengibaran bendera mempunyai dua cara iaitu : 2.1 Mengibarkan di mana bendera itu telah sedia berlipat di puncak tiang. 2.2 Pengibaran dengan cara perarakan yang dibawa oleh Pengakap. 3. Tanggungjawab Pemimpin Bagi Melaksanakan Istiadat Bendera Di antara perkara yang perlu pemimpin ambil tahu ialah : 3.1 Pastikan semua Pengakap telah sedia berdiri di hadapan tiang bendera dengan senyap dan berdiri tegak. 3.2 Pemimpin menentukan patrol bertugas dalam perjumpaan minggu itu dan petugas hendaklah berpakaian seragam Pengakap dengan lengkap. 3.3 Pastikan Pengakap dan petugas tahu tanggungjawab mereka untuk melaksanakan Istiadat Bendera terutama mengenai memberi hormat setelah bendera itu dikibar. 3.4 Pemimpin hendaklah menegaskan bahawa semua semua Pengakap : 3.4.1 Dilarang bercakap-cakap, ketawa, bermain dan sebagainya. 3.4.2 Memberi hormat dengan cara yang betul dan bukan sambil lewa sahaja. 3.4.3 Setiap Pengakap mesti memakai pakaian seragam Pengakap dengan lengkap.

3.4.4 Pemimpin-pemimpin berada tiga langkah di belakang tiang bendera. Susunan : Pemimpin/Ketua Kursus/Ketua Perkhemahan di kanan sekali dan diikuti oleh penolong-penolongnya. Pemimpin bertugas berdiri tiga langkah di kiri tiang bendera. 3.4.5 Jika Istiadat Bendera itu dibuat dengan mengibarkan bendera, nyanyi lagu Negaraku; jika bendera kebangsaan dikibarkan dan menyanyi lagu negeri jika bendera negeri dikibarkan. 4. Tujuan Mengadakan Istiadat Bendera Latihan aktiviti Troop di kumpulan yang telah dirancangkan untuk dijalankan pada setiap perjumpaan itu hendaklah dimulakan dengan Istiadat Pembukaan, di mana tujuannya supaya pemimpin dapat mengetahui kehadiran semua Pengakap di Troop : 4.1 Menepati masa dan berpakaian seragam yang lengkap serta berkumpul mengikut patrol masing-masing. 4.2 Memakai pakaian seragamnya dengan betul, kemas dan cergas. 4.3 Menghormati bendera dengan menyanyi lagu kebangsaan dan negeri mengikut rentak dan nada yang betul serta penuh semangat. 4.4 Mendisiplinkan diri dengan berdiri tegak ketika upacara Istiadat Bendera itu sedang dijalankan dan selepas itu mendengar pengumuman dari pemimpin. 4.5 Memenuhi kehendak prinsip-prinsip berpengakap. 5. Cara Menjalankan Istiadat Bendera Apabila Kumpulan /Troop telah siap sedia (dalam bentuk ladam kuda) dan pemimpin berbaris panjang tiga langkah di belakang tiang bendera, pemimpin bertugas (tiga langkah dikiri tiang bendera) akan memberi arahan berikut :

5.1 BENDERA ! Semua menghadap bendera. Ketua Patrol bertugas keluar terus ke tiang bendera. Petugas berhenti jarak satu langkah dihadapan tiang bendera. Petugas lantas menarik tali bendera dengan tangan kanan dan bergerak selangkah ke belakang lalu memberi hormat kepada bendera serta diikuti oleh semua pemimpin dan ahli Pengakap yang lain. (Tidak kira bendera berkibar atau tidak) Petugas berpusing ke belakang (Pengakap bergerak mengikut posisi asal) dan petugas kembali ke tempatnya. 5.2 NYANYIAN LAGU NEGARAKU kebangsaan dengan nada dan irama yang betul serta penuh semangat. 5.3 DOA Pemimpin bertugas memberi isyarat ap dan Doa akan dibacakan oleh petugas. Manakala Pengakap yang non-Muslim akan berdoa mengikut cara agama masing-masing. Selepas tamat doa, pemimpin bertugas memberi isyarat ap, untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sedia. 5.4 Sekiranya Pengakap dalam kumpulan menggunakan tongkat. Pemimpin bertugas memberi arahan Kalih Tongkat danap. Pengakap beragama Islam mengangkat tangan kanan dan doa dibacakan. 5.5 Selepas doa isyarat ap diberi oleh pemimpin bertugas untuk menurunkan tangan dan arahan diberi, Kalih Tongkat. 5.6 Selepas doa, pemimpin dikehendaki memeriksa pakaian seragam Pengakap. Sekiranya terdapat kesalahan dalam pemakainya, hendaklah dibetulkan pada masa itu juga. Kemudian pemimpin bertugas meneruskan dengan pengumuman sebagai penerangan atau nasihat. Semua pemimpin dan Pengakap menyanyi bersama-sama lagu

Rajah 1 : Kedudukan sebenar pemimpin dan ahli kumpulan dalam Istiadat Bendera.

Anda mungkin juga menyukai