Anda di halaman 1dari 3

ADAT ISTIADAT PENGAKAP

1. ISTIADAT BENDERA PENGAKAP

Pertamanya semua ahli pengakap mengadap bendera. Ketua Patrol bertugas keluar
terus ke tiang bendera. Petugas berhenti jarak 1 langkah di hadapan tiang bendera.
Petugas menarik tali bendera dengan tangan kanan dengan satu tarikan. Petugas
selangkah ke belakang lalu memberi hormat kepada bendera serta diikuti oleh
semua pemimpin dan pengakap lain tanpa mengira bendera berkibar atau tidak.
Petugas berpusing ke belakang dan berjalan kembali ke posisi asal berkawad.

3.ISTIADAT PENYAMPAIAN LENCANA PENGAKAP

Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin.


Pertamanya, Laung Agung dijalankan terlebih dahulu. Ahli pengakap bergerak ke
bulatan di hadapan bendera. Penerima lencana berbaris di hadapannya di tengah
bulatan. Ketua pengakap memberi taklimat tentang pentingnya lencana yang
diterima oleh penerima. Selepas itu, ahli yang menerima lencana tabik hormat pada
ketuanya. Kemudian, ketua menyematkan lencana pada baju ahli. Contohnya,
lencana Kemajuan di kiri lengan baju dan lencana Kepandaian di kanan lengan
baju. Ahli memberi salam dan ucapkan Syabas. Setelah selesai semua, PKK tabik
hormat dan balik ke sekawan masing - masing.
4. ISTIADAT MELANTIK AHLI BARU PENGAKAP

Semua ahli pengakap berada dalam bulatan iaitu berdiri di tengah-tengah bulatan.
Penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang tiang bendera. Ahlinya pula
berdiri dalam keadaan sedia. Ahli baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk
ke dalam bulatan. Ketua sekawan yang berkenaan membawa ahli baru itu berdiri di
hadapan. Selepas itu, ketua sekawan balik ke tempatnya. Serentak dengan itu,
Penolong Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah dengan
membawa topi, skaf dan lencana keahlian. Kemudian, ahli baru akan melafazkan
Persetiaan Pengakap dan diikuti oleh PKK baru itu. "Bahawa dengan sesungguhnya,
saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan:

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,


Menolong orang pada setiap masa,
Menurut Undang-Undang Pengakap"

Seterusnya, ahli baru memberi tabik hormat kepada ketuanya. Istiadat ini diakhiri
dengan Laung Agung.

5. ISTIADAT MENAIKAN BENDERA

Menjalankan istiadat menaikkan bendera semasa lagu kebangsaan dimainkan


serentak.

Pengakap itu mestilah memakai pakaian seragam yang lengkap. Jika terdapat lebih
daripada satu bendera yang akan dinaikkan atau sebaliknya, jumlah pengakap perlu
ditambahkan. Hanya seorang pengakap diperlukan untuk menaikkan sesuatu
bendera. Ikatkan kedua-dua hujung tali bendera pada bendera yang akan dinaikkan
dan bersedia di tiang bendera. Pastikan bendera di dalam kedudukan yang betul,
jangan dipasang songsang. Kedua-dua belah tangan pegang pada tali bendera dan
bendera diletakkan di atas bahu kanan pengakap. Semua pengakap dikehendaki
berbaris dalam patrol dan berkeadaan sedia. Ketua kumpulan akan mengarahkan
semua pengakap supaya bersedia. Kemudian Lagu Kebangsaan akan dinyanyikan
beramai-ramai. Pengakap yang bertugas akan menaikkan bendera dengan
perlahan-lahan dengan diiringi Lagu Kebangsaan yang dinyanyikan. Apabila Lagu
Kebangsaan habis dinyanyikan, bendera yang dinaikkan mestilah sampai pada
kemuncak tiang bendera, lalu pengakap yang bertugas akan mengikat tali bendera
pada tiang bendera dengan ketat. Pengakap yang ditugaskan tadi akan melangkah
selangkah ke belakang kemudian memberi hormat kepada bendera, dan diikuti oleh
semua pemimpin dan pengakap lain. Selepas itu, pengakap yang bertugas akan
bergerak ke tempat asalnya. Istiadat melafazkan persetiaan pengakap dijalankan
dengan diketuai oleh ketua kumpulan. Istiadat bertafakur dijalankan, dan bacaan
doa oleh yang beragama Islam pemimpin yang memberi arahan untuk aktiviti
seterusnya pada hari itu. Semua pengakap kemudiannya diarahkan keluar baris oleh
ketua kumpulan untuk menjalankan aktiviti.

Anda mungkin juga menyukai