Anda di halaman 1dari 2

TUGAS QUARTER MASTER

Sebelum Perkhemahan
Sebelum sesuatu aktiviti perkhemahan atau kegiatan luar dijalankan, QM akan
memainkan peranan penting dalam penyediaan segala keperluan peralatan yang
diperlukan. Sebelum melaksanakan aktiviti ini, persatuan boleh melantik dua QM
iaitu
QM Alatan dan QM Makanan bagi melancarkan pengurusan.
Tugas QM Alatan
1. Memastikan senarai peralatan yang diperlukan oleh persatuan untuk tujuan
aktiviti perkhemahan yang akan dijalankan. Setelah persatuan mengadakan
mesyuarat peringkat jawatankuasa bagi membincangkan dengan jelas berkenaan
keperluan perkhemahan, satu senarai peralatan akan disediakan.
Quartermaster akan meneliti dan menyemak senarai tersebut bagi menentukan
sama ada barangan yang diperlukan berada dalam simpanan ataupun perlu disewa,
beli atau pinjam dari mana-mana.
2.
Menyediakan senarai semak peralatan yang ingin dibawa untuk mengelakkan
sebarang keciciran. Senarai semak akan dibuat untuk merekodkan bilangan
peralatan yang dipinjam, beli atau sewa yang dibawa ke tapak perkhemahan.
Senarai semak ini turut diperlukan sebagai rujukan di akhir aktiviti perkhemahan
untuk memeriksa jumlah alatan yang dipulangkan.
3.
Memberi panduan tentang cara-cara membawa alatan, terutamanya alatan
tajam seperti parang, kapak, pisau dan cangkul. Quarter master bertanggungjawab
dalam menjaga selain mengendalikan peralatan yang berada di bawah jagaannya.
Oleh itu, beliau harus memastikan agar segala peralatan digunakan dengan cara
yang betul dan berhati-hati agar ia tidak rosak selain tidak memudaratkan
keselamatan orang lain.
4.
Memeriksa keadaan peralatan agar berada dalam keadaan baik sebelum
dibawa ke tapak perkhemahan. Segala peralatan yang akan dibawa ke tapak
perkhemahan akan dikumpulkan di satu tempat dan diperiksa. Ini bertujuan
mengelakkan pembaziran kerana membawa peralatan yang tidak dapat berfungsi
dengan baik apatah lagi boleh membahayakan keselamatan pengguna.

Tugas QM Makanan
1. Menyediakan menu yang sesuai untuk semua peserta perkhemahan. QM akan
menentukan menu yang sesuai bagi hidangan sarapan, kudapan, makan tengahari
dan makan malam sepanjang hari perkhemahan berlangsung.
2. Mengenalpasti peserta yang mempunyai masalah alahan kepada jenis makanan
tertentu. QM akan membuat menu alternatif bagi peserta yang mempunyai alahan
terhadap makanan tertentu.
1

3. Menyediakan bahan kering dan bahan basah dalam kuantiti yang mencukupi
untuk semua peserta seperi beras, ikan, sayur, buah dan sebagainya. Setelah
menentukan menu, QM makanan akan menyediakan senarai bahan-bahan yang
diperlukan serta membuat tinjauan di tapak perkhemahan terlebih dahulu. Ini
bertujuan untuk memastikan kawasan yang terdekat dan sesuai bagi membeli segala
bahan mentah yang ingin diperolehi.
4.
Membuat bajet untuk penyediaan makanan sepanjang perkhemahan
berlangsung. Kos bagi penyediaan makanan akan dikira dan disediakan oleh QM
makanan. Jumlah ini akan dimajukan kepada bendahari untuk diluluskan.
5. Membuat pengagihan bahan kering dan bahan basah kepada setiap kumpulan
untuk dimasak. Semasa di tapak perkhemahan, QM makanan bertugas memanggil
wakil setiap kumpulan atau unit untuk mengagihkan bahan masakan untuk dimasak
oleh setiap kumpulan.
Semasa Perkhemahan
Semasa perkhemahan dilaksanakan, QM alatan bertanggungjawab menyediakan
peralatan khemah serta menyelenggara semua alatan yang telah dibawa agar tidak
rosak. Selain itu, QM juga akan memastikan semua peralatan digunakan dengan
cermat dan tidak mendatangkan masalah. Manakala, QM makanan pula bertugas
sepanjang waktu perkhemahan untuk mengagihkan bahan masakan kepada setiap
patrol. Di dalam setiap patrol, terdapat seorang wakil yang boleh jadi juga QM
makanan. Tugas QM makanan di peringkat patrol adalah menentukan jadual giliran
memasak. Beliau mengagihkan tugas penyediaan makanan kepada ahli-ahli patrol
dan memastikan tugasan ini dilakukan dengan sempurna. Kawasan memasak juga
dipastikan agar sentiasa berada dalam keadaan bersih sebelum dan selepas
memasak agar tidak mengundang lalat dan bau busuk.
Selepas Perkhemahan
Selepas perkhemahan, QM bertanggungjawab memastikan semua peralatan yang
dipinjam dipulangkan semula. Kesemua peralatan yang dipulangkan ini akan dirujuk
berdasarkan senarai semak yang buat semasa pengagihan alatan sebelum
perkhemahan dijalankan. Setelah itu, QM memastikan kesemua peralatan ini akan
dibersihkan, diasah, dikeringkan, disapu minyak, dimasukkan ke dalam sarung atau
dibungkus matanya kemudian disimpan bergantung kepada jenis, saiz dan bentuk
peralatan.

Anda mungkin juga menyukai