Anda di halaman 1dari 11

ISL MINGGU 5

JELASKAN NILAI-NILAI UNIVERSAL ANTARA TAMADUN.

Nilai Asia dan Nilai Universal

Nilai dalam Tamadun Asia dianggap bersifat kolektif manakala nilai dalam
Tamadun Barat dikatakan bersifat individualistik. Kajian yang dilakukan menunjukkan
bahawa nilai kolektif yang menjadi sifat Tamadun Asia ini dipegang kuat oleh
masyarakat Timur. Antaranya seperti kesopanan, kasih sayang, sederhana,
menghormati tradisi, ketaatan, kesetiaan, menghormati keluarga dan orang yang lebih
tua, berpegang kepada agama dan pemaaf. (Kapoor, Blue, Konsky & Drager: 2000)

Nilai universal pula adalah sesuatu yang abstrak. Berdasarkan laporan UNESCO,
nilai universal yang patut dicambahkan oleh setiap negara ialah ;

• Nilai kedamaian

• Nilai kebebasan dan hak asasi manusia

• Nilai demokrasi

• Nilai pembangunan

Nilai-nilai universal seperti kebebasan dan hak asasi kemanusiaan yang selalu
diwar-warkan oleh pemimpin Barat tidak kurang juga dicurigai oleh pemimpin Asia
kerana dianggap cuba melegitimasikan faham liberalisme politik Barat tanpa mengambil
kira kelainan budaya yang terdapat di Asia. Sebagai tindak balas terhadap tuntutan
Barat yang mahukan dunia bukan Barat menghayati nilai-nilai universal berkenaan,
maka lahirlah konsep Nilai Asia.

Konsep Nilai Asia menjadi popular sekitar tahun 1970 an bila ia mula dijadikan
retorik oleh pemimpin Asia seperti Lee Kuan Yew dan diikuti oleh pemimpin Asia lain.
Menurut Kishore Mahbubani (1998), Nilai Asia merujuk kepada sebuah set pengajaran
moral dan sosial yang membawa kepada pembangunan ekonomi yang pesat di negara-
negara Asia sejak beberapa dekad yang lepas. Nilai-nilai ini termasuklah “attachment to
the family as an institution, deference to societal interest, thrift, conservatism in social
mores, respect for authority”.

Konsep Nilai Asia ini telah menerima kritikan termasuk oleh sarjana Asia. Antara
kritikan yang kerap dikemukakan ialah ”Nilai Asia sering digunakan sebagai senjata
budaya yang menolak liberalisme Barat, malah membawa kepada menghalalkan
ideologi politik sektarian dan corak pemerintahan kuku besi.” Ini menjadikan Nilai Asia
nampak jelik selepas dilabelkan sebagai satu senjata politik pemimpin Asia yang
autoritarian. Namun, kritikan ini tidak dapat menafikan wujudnya satu perbezaan nilai
antara negara-negara di Asia dengan negara bukan Asia khususnya Barat.

Pada mulanya perbincangan tentang Nilai Asia lebih kerap di sinonim dengan
ajaran Konfusius. Pengaruh tradisi ini telah membangkitkan kekuatan ekonomi dan
politik Asia kerana konsep “Demokrasi Konfusian” mencadangkan penerimaan hierarki
dalam masyarakat, keperluan dalam keharmonian sosial, rasa hormat pada keluarga
dan kerajaan yang bertanggungjawab. Dalam konteks politik menunjukkan keakuran
kepada autoriti pemerintah untuk mendapat “kebaikan bersama” sehingga menjadikan
rakyat akur dan menerima kedudukan dan hierarki pemerintah.

Nilai yang ditekankan dalam tanggapan seperti di atas sebenarnya hanya


terjurus kepada nilai ekonomi yang ada dalam ajaran Konfusius. Falsafah Konfusius
dijadikan sandaran dan disesuaikan mengikut kehendak pemuka awal konsep Nilai Asia.
Hasilnya, nilai etika dan sosial yang lebih menyeluruh telah diabaikan. Penonjolan nilai-
nilai dari tradisi agama Asia yang lain khususnya Islam dan Hindu mula dibicarakan
secara lebih meluas kerana setiap agama pada asasnya mempunyai kekuatan masing-
masing dalam memperkatakan soal moral, etika, kekeluargaan, politik dan lain-lain.
Nilai-Nilai Universal Asia

Tamadun-tamadun Timur mempunyai keserasian antara satu dengan lain


sehingga memudahkan interaksi. Ini disebabkan adanya “nilai-nilai sepunya” antara
mereka. Prof. Syed Naquib al-Attas (1972) mengungkapkannya sebagai nilai
kesejajaran. Sejak awal tahun 1970 an lagi beliau telah menyeru ke arah sikap terbuka
dalam menilai interaksi antara tamadun di Asia khususnya di Malaysia dan
menekankan hakikat kepentingan pandangan hidup atau world view yang berteraskan
nilai agama dan akhlak dalam sesebuah tamadun. Perspektif tentang adanya nilai-nilai
universal yang sejajar dalam tamadun di Asia yang telah disuarakan oleh beliau
(1972:70) dalam bukunya Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu berbunyi;

“…Keadaan bertumpunya agama-agama agung di dunia ini di Malaysia janganlah


hendaknya kita anggap sebagai satu kelemahan besar, satu bibit perceraian
masyarakat kita; kita harus mengangapnya sebagai satu keistimewaan dan kebesaran
kita di dunia; kita harus tahu bahawa dalam pandangan hidup agama-agama ini semua
lebih banyak terdapat titik pertemuan daripada yang terdapat dalam ideologi-ideologi
politik, bahawa dalam keluhuran falsafah-falsafah agama-agama Islam, Kristian, Hindu,
Buddha, dan ajaran Lao Tzu dan Kung Fu Tze ada terdapat kesejajaran fahaman
dalam bidang-bidang penting yang tentu akan dapat membantu ke arah memupuk
faham keperibadian Malaysia”

Namun ciri dan identiti khusus setiap agama khususnya aspek teologi akan tetap
berbeza. Seperti yang ditekankan oleh Prof. Naquib dalam tulisan beliau, persamaan
nilai yang terdapat dalam tamadun-tamadun Asia hanyalah satu kesejajaran dan
bukanlah satu keselarian ataupun persamaan yang hakiki. Kesejajaran yang cuba
diketengahkan oleh Prof. Naquib ini tidaklah sehingga membawa kepada pluralisme
dalam nilai hidup dan agama sehingga semua agama dianggap sama. Perbezaan tetap
ada. Ini ditegaskan lagi oleh Osman Bakar (1997);

“ … with reference to Asia, it means that Asian cultures do share a set of core human
value and at the same time exhibit differences in their value system”
Bagaimanapun pemikiran sempit yang menonjolkan particularism tamadun
masing-masing amat tidak sesuai dalam perkembangan dunia hari ini; apatah lagi
dalam usaha serius untuk mengadakan interaksi antara tamadun. Hal ini akan
menggagalkan dialog ketamadunan yang sedang diusahakan oleh pelbagai pihak.

Nilai-Nilai Universal Tamadun Asia

Nilai-nilai universal dalam Tamadun Asia tertanam dalam ajaran-ajaran


keagamaan yang telah berkembang subur di seluruh Asia; sama ada Islam, agama dan
kepercayaan dari Tanah Besar China mahupun dari benua India. Nilai-nilai universal
dari tradisi keagamaan ini boleh diringkaskan berdasarkan prinsip-prinsip seperti berikut;

• Berlandaskan idea keagamaan

• Menekankan aspek kemanusiaan dan institusi kekeluargaan

• Menekankan tatacara dan etika dalam kehidupan

• Mementingkan kebijaksanaan dalam kepemimpinan

• Menghargai alam sekitar

• Mementingkan ilmu dan orang berilmu

Berlandaskan idea keagamaan

Peranan agama dalam semua tamadun Asia sangat penting kerana ia


membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun. Semua
tamadun Asia sama ada berasaskan agama samawi atau budaya, tetap menjunjung
tinggi doktrin keagamaan, malah dari agama inilah lahirnya kebudayaan dan sains. Idea
ketuhanan yang transcendence (kudus) sama ada dengan panggilan Ti, Brahman atau
Sang Hyang Tunggal menyebabkan institusi dan ajaran keagamaan agama lain juga di
hormati.
Sebagai contohnya, Tamadun Islam bertunjang dan berpaksikan kepada konsep
tauhid. Ini bermaksud tauhid merupakan intipati dalam kehidupan bertamadun
masyarakat Islam. Justeru itu, asas dalam Tamadun Islam adalah akidah, syariah dan
akhlak. Ketiga-tiga aspek ini merupakan komponen dalam agama Islam. Sumber dalam
tamadun Islam adalah sumber naqli iaitu sumber wahyu. Sumber ini menjadi sumber
asas, manakala sumber aqli iaitu yang berdasarkan akal merupakan sumber sekunder
yang mana ketetapannya mestilah tidak bercanggah dengan sumber naqli. Aspek
kerohanian dalam Tamadun Islam amat dipentingkan. Kerohanian (spiritual) dan
kebendaan (material) mestilah seimbang dan bersepadu. Kesepaduan ini akan
membentuk matlamat Tamadun Islam yang paling utama iaitu mencapai keredaan Allah,
manakala material berfungsi sebagai wasilah atau alat penghubung dalam mencapai
matlamat utama tersebut.

Contoh lain pula dapat dilihat pada Tamadun Cina. Masyarakat Cina tetap
percaya kepada konsep ketuhanan walaupun terdapat pelbagai agama yang menjadi
anutan mereka. Antaranya, penyembahan roh nenek moyang, fahaman Konfusius,
Daoisme atau Taoisme dan Buddhisme. Kesemua agama ini menekankan konsep
ketuhanan dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan
sebaliknya, kecuali Buddhisme.

Dalam kosmologi Cina terdapat konsep tian yang bermaksud langit, iaitu merujuk
kepada dewa yang terpenting. Dewa dalam masyarakat Cina merupakan pembuktian
kewujudan Tuhan. Dalam Dinasti Chou, tian merujuk kepada makhluk unggul di langit
(supreme being) yang mengatur perjalanan hidup dan nasib seseorang, menentukan
keamanan dan kesejahteraan serta memberi balasan baik dan buruk. Ia juga mungkin
menyebabkan kemudaratan sebagai hukuman terhadap insan yang berkelakuan salah.
Kepercayaan terhadap konsep ini, mendorong masyarakat mereka mengawal tingkah
laku bagi mengelakkan dari mendapat balasan dari tian.

Tamadun India juga memperlihatkan hal yang sama mengenai kedudukan


agama dan kerohanian yang tinggi dalam masyarakat. Kepercayaan Hindu
menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian. Antaranya percaya kepada konsep
trimurti iaitu percaya kepada ketuhanan Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan
Pemelihara) dan Siva (Tuhan Pemusnah).

Institusi Kekeluargaan dan Aspek Kemanusiaan

Tamadun Asia begitu sarat dengan elemen “rite de passage” iaitu adat istiadat
dari saat kelahiran hinggalah kematian. Hal ini amat dititikberatkan oleh anggota
keluarga. Ini menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan sangat ditekankan. Sebagai
contohnya, dalam perspektif Islam, soal institusi kekeluargaan diperhalusi oleh ilmu
munakahat yang mengatur pembinaan institusi keluarga bermula dari proses mencari
jodoh, tanggungjawab suami isteri dan seterusnya.

Selain itu terdapat juga hubungan yang baik dengan Allah (hablum mina’Llah)
dan hubungan yang baik sesama manusia (hablum minannas). Hablum minannas diikat
dengan ukhuwah Islamiyah, dengan maksud semua umat Islam bersaudara dan sama
di sisi Allah kecuali orang yang bertakwa. Islam menetapkan agar umatnya sentiasa
menjaga akhlak antara sesama manusia yang merangkumi akhlak dengan ibubapa,
guru, kawan, jiran, sesama Islam dan bukan Islam, malah akhlak terhadap musuh Islam
juga perlu dijaga. Hubungan yang baik sesama manusia amat perlu dijaga, malah
andainya seorang Islam tidak mempunyai hubungan yang baik dengan manusia yang
lain walaupun mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, dia tidak dikira sebagai
ahli syurga.

Dalam konteks pergaulan juga, syariat Islam diturunkan agar kepentingan 5 hak
asasi manusia terlaksana iaitu hak beragama, menjaga kewarasan akal, menjaga
nyawa, harta benda dan maruah diri. Ini memperlihatkan ajaran Islam menekankan nilai
kemanusiaan.

Dalam Tamadun China pula terdapat konsep Ren yang bermaksud kasih sayang.
Konsep ini merujuk kepada sifat perikemanusiaan yang dianggap “ekspresi jantung
manusia”. Dalam Tamadun Hindu terdapat konsep Ahimsa iaitu belas kasihan yang
boleh membawa kepada tiadanya kekejaman terhadap sebarang makhluk sama ada
manusia ataupun binatang.

Menekankan Tatacara dan Etika Dalam Kehidupan

Etika dalam Islam adalah manfaat daripada penghayatan syariat. Syariat


diutuskan Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dan mengatur
kehidupan agar harmoni. Syariat Islam mengatur hubungan manusia dengan Allah
melalui pengamalan ibadat dan hubungan manusia sesama manusia melalui
pelaksanaan muamalat, munakahat dan jinayat. Syariat Islam juga merangkumi akhlak
iaitu sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. Akhlak Islam bersifat syumul
iaitu meliputi akhlak dengan Allah SWT, Rasulullah SAW, sesama manusia
terutamanya ibu, bapa, guru, jiran dan termasuk sesama manusia walaupun dengan
bukan Islam. Demikian juga akhlak Islam termasuk dengan alam persekitaran seperti
haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Penegasan soal etika dalam ajaran Islam menjadi faktor
utama Rasulullah SAW diutus oleh Allah kepada manusia. Justeru itu, Rasulullah
merupakan model akhlak yang terbaik kepada umat Islam dan manusia seluruhnya.
Dalam hal ini Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“ Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah terdapat contoh ikutan yang baik
bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari
kiamat dan dia banyak mengingati Allah.”

(al-Ahzab: 21)

Dalam Tamadun Asia lain seperti China terdapat konsep Dao (jalan). Begitu juga
pemikiran tentang Li (Tatasusila). Menerusi konsep ini, Konfusius menekankan
peraturan akhlak dan peraturan kehidupan berasaskan 3 perkara berikut:

i. Peraturan perhubungan manusia dengan Tuhan.

ii. Peraturan perhubungan manusia dengan manusia.

iii. Peraturan perhubungan politik


Selain itu, Konfusius juga menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan.
Segala perlakuan manusia perlulah sederhana dan tidak setuju kekerasan sebagai
jalan penyelesaian.

Dalam Hinduisme pula ia berpaksikan idea dharma (tanggungjawab) dan karma


iaitu doktrin perbuatan; baik akan mendapat balasan yang baik. Demikian juga
sebaliknya, buruk dibalas buruk. Masyarakat perlu mematuhi etika yang ditetapkan agar
kehidupan barunya lebih baik dan mendapat matlamat dalam mencapai mokhsa.

Mementingkan kebijaksanaan kepemimpinan

“ Pemimpin adalah khalifah di muka bumi” sinonim dengan kepemimpinan dalam


Islam. Politik Islam menggariskan sistem dan corak pemerintahan Islam seperti asas
dalam berpolitik adalah tauhid, risalah dan khilafah. Selain itu, prinsip politik Islam
adalah keadilan, persamaan, syura dan akauntabiliti. Sumber dalam politik Islam ialah
kitabu’Llah dan sunnah rasul-Nya, di samping ijtihad dan ijmak ulama.

Dalam Tamadun China, Konfucius menekankan ajaran moral kepada manusia,


antaranya membantu pemerintah yang baik dan sifat baik merupakan satu harta yang
paling penting untuk dimiliki oleh setiap pegawai. Dalam hal ini, Raja-raja Chou
mengaitkan diri mereka dengan konsep ”anak syurga” dan ”mandat dari syurga”. Ini
merujuk kepada maksud raja adalah wakil Tuhan di bumi. Justeru itu mereka perlu
memerintah dengan adil dan jika gagal, mandat akan ditarik semula. Selain itu, ajaran
Konfusius juga menekankan pemerintahan yang berdasarkan zheng ming, iaitu nama
yang betul untuk menjelaskan di antara perkara yang benar dan salah. Ia bermaksud,
peranan dan tanggungjawab adalah mengikut nama yang disandang. Tujuannya adalah
untuk membezakan antara perkara yang betul dan salah. Pemerintah juga perlu
memperbaiki diri sendiri atau zheng ji.

Dalam ajaran Hindu dan Buddha pula, konsep dharma dijadikan panduan
tingkah laku yang wajar dari raja kepada rakyat. Dharma menekankan nilai-nilai moral
seperti mengawal nafsu dan mengamalkan toleransi.
Menghargai alam sekitar

Islam menekankan hubungan yang harmonis dengan alam dan melarang


sebarang tingkah laku dan perbuatan yang bersifat fasad. Sehubungan ini, penggunaan
alam sekitar dikawal oleh hukum Islam terutamanya konsep Halal dan Haram.

Alam sekitar merupakan anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada


manusia untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. Allah berfirman yang bermaksud:

“ Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan
baginya agar Kami menguji mereka siapakah antara mereka yang terbaik
perbuatannya.”

(al-Kahfi: 7)

“ Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan dan berlayar di lautan.
Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera dan meluncurkan bahtera itu
membawa orang-orang yang berada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik dan
mereka bergembira kerananya. (Dan apabila) datanglah angin badai dan (apabila)
gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahawa mereka telah
terkepung (bahaya) maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan
ketaatan kepada-Nya semata-mata. (Mereka berkata): Sesungguhnya jika Engkau
menyelamatkan kami dari bahaya ini pastilah kami termasuk orang-orang yang
bersyukur.”

(Yunus: 22)

Selain itu, alam merupakan tanda kekuasaan dan kehebatan Allah SWT. Justeru
itu, Allah telah menentukan adab dan akhlak manusia dengan alam termasuk makhluk
ghaib.

Dalam Tamadun Cina, khususnya ajaran Tao, alam di anggap sebagai “ibu” atau
Dao. Ini menunjukkan bumi sebagai entiti yang perlu dimuliakan. Dalam Buddhism dan
Shinto pula, hubungan harmonis manusia dengan alam ditekankan melalui konsep
Esho Fui, iaitu manusia dan alam saling memerlukan.
Dalam fahaman masyarakat peribumi Malaysia juga terdapat kepercayaan
menghargai dan memelihara alam sekitar. Bagi mereka alam mempunyai kuasa ghaib.
Mereka percaya petir sebagai penjaga haiwan dan tumbuhan. Justeru itu, peribumi
melarang menebang pokok tanpa niat untuk digunakan atau membunuh binatang tanpa
niat untuk dimakan. Perbuatan ini akan mengundang kemarahan Tuhan dan akan
diturunkan bala bukan sahaja kepada pesalah, malah seluruh komuniti mereka.
Kepercayaan ini mendorong mereka menjaga alam sekitar agar berada dalam ekologi
yang seimbang.

Mementingkan ilmu dan orang berilmu

Konsep ulama dalam Islam berkait rapat dengan ilmu dan orang yang berilmu.
Seorang invidu di dalam masyarakat Islam hanya diterima sebagai ulama jika persiapan
ilmunya sempurna dan tercermin pada kewibawaan personaliti diri dalam segala aspek.
Selaras dengan ini, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“ Sesungguhnya yang takut kepada Alllah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah


ulama.” (al-Fatir: 28)

“ Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmuku” (Taha: 114)

“ Katakanlah wahai Muhammad, adakah sama orang yang mengetahui dan orang yang
tidak mengetahui. Bahawasanya yang mengingati ialah orang-orang yang
menggunakan fikirannya (ulul al-bab).” (al-Zumar: 9)

Ulama memainkan peranan besar dalam Islam. Antaranya sebagai pembimbing


umat, penyelesai masalah, pakar rujuk dan model atau contoh tauladan dalam
masyarakat Islam. Justeru itu, Rasulullah SAW menegaskan dalam hadithnya yang
bermaksud:

“ Ulama merupakan pewaris para nabi.”


Dalam ajaran Konfusius, terdapat konsep Jun Zhi (orang budiman) yang
bermaksud orang yang berilmu dan tahu akan kewajaran sesuatu. Salah satu tingkat
dalam empat perjalanan hidup (Asramas) seorang penganut Hindu pula ialah
Bramacarya yang memerlukan pengisian ilmu pengetahuan. Tingkat Asramas yang lain
adalah tahap Ghastra, Vanaprahastra, Sanayasa.

Ringkasnya, Tamadun Asia mempunyai satu kekuatan yang telah diwarisi sejak
Asia mula didiami oleh kelompok masyarakat. Kekuatan tersebut ialah ”nilai
kesejagatan” dan ”bersifat sepunya” antara tamadun-tamadun di Asia. Nilai kesejagatan
ini telah membentuk jalinan interaksi harmoni antara tamadun walaupun antara
tamadun ini memiliki dasar pegangan agama yang berbeza.

Peranan Islam sangat besar dalam menjadikan nilai-nilai dari ajaran agama
diiktiraf sebagai pendorong kepada pembinaan tamadun dalam zaman yang serba
moden ini. Umat Islam sebagai ummatan wasata (umat pertengahan) boleh menjadi
perantara yang baik dalam berinteraksi dengan tamadun moden mahupun tamadun
tradisional. Nilai pertengahan ini juga termasuklah tidak terlalu bersifat kebendaan dan
juga tidak menolak dunia secara total. Selain itu, Tamadun Islam juga mempunyai
keistimewaan yang tersendiri yang dapat dilihat pada nilai-nilai transenden (kudus)
yang merentas batas daerah dan budaya. Nilai ini mampu menjadi nilai universal
tamadun manusia.

Tree Builder .2011. nilai-nilai universal antara


tamadun .http://treebuilder.blogspot.com/2010/12/nilai-nilai-universal-antara-
tamadun.html.

Anda mungkin juga menyukai