Anda di halaman 1dari 46

Tokoh-Tokoh

Tamadun Indah dan Jepun

Ahli Kumpulan:
Fung Bih Ju
Chong Siew Mui
Zaman Vedik Terkemudian
600- 320 SM
Tokoh-Tokoh Tamadun Indah
Bimbisara
Memerintah pada pertengahan kedua kurun
ke-6
Baginda berkahwin dengan puteri Kosala dan
Vaishali,
Menakluki kawasan-kawasan di barat dan utara
Merupakan seorang raja yang gigih serta
berwawasan politik
Menggalakkan pembangunan di bidang
pertanian
Sumbangan
Mendirikan dan menyusun pentadbiran cekap,
Membina jalan raya,
Melantik pegawai untuk mengukur tanah dan
menilai tamanan
Ajatashatru
Putera kepada Bimbisara dan mengganti
Bimbisara pada tahun 493 SM.
Meneruskan dasar menakluki Kosala,Kashi, dan
Vriji di utara dan Anga di timur
Meninggal dunia pada tahun 461 SM
Digantikan oleh dinasti Shishunaga pada tahun
413 SM
Lima puluh tahun kemudian Mahapadma Nanda
mendirikan kerajaan dan dinasti bukan Kshatriya.
Nanda mewarisi kerajaan Magadha,
mengenakan cukai tanah yang tinggi, membina
saluran air dan sebagainya.
Perkembangan ini tersekat kerana
Chandragupta Maurya dapat mengalahkan
Nanda dan menerajui kerajaan pada tahun
321SM.
Empayar Maurya
321-185SM
Chandragupta Maurya
Mengalahkan Nanda dan menerajui kerajaan
pada tahun 321 tahun.
Berasal dari puak Moriya
Penasihatnya, Kautalya atau Chanaknya telah
membantu Chandragupta menjalankan dasar
perluasan kuasa
Kemenangan ke atas kawasan kawasan
Seleucid di Indus telah menyebabkan
Seleucus telah mengkhawin puteri dengan
Chadragupta
297 SM, Chadragupta telah memeluk agama
Jainisme dan menyerahkan takhta kepada
puteranya,Bindusara.
Bindusara
Putera kepada Chandragupta
Meluaskan empayar sehingga ke Mysore di
selatan India
Penggantinya, Asoka Piyadassi kemudiannya
menakluki Kalinga di timur.
Asoka
- Putera kepada Bindusara iaitu pemerintah
empayar maurya yang kedua
- Dilantik menjadi maharaja pada tahun 269sm
setelah membunuh saudaranya.
- Mengambil langkah dengan menyusun sistem
pentadbiran agar lebih sistematik
Penaklukan Kalinga penting dalam sejarah
Maurya kerana kemusnahan yang berlaku di
dalam peperangan ini menimbulkan kesedihan
kepada Asoka sehingga baginda memeluk
agama Buddha yang menekankan ahisma
(tidak melakukan kekejaman).
Di bawah pemerintahan Asoka, sistem
Buddhisme disusun semula semasa Majlis
Buddhis Ketiga bersidang di Pataliputra pada
tahun 250SM.
Kemerosotan Empayar
(200SM-300 TM)
Pushyamitra
Menggantikan Empayar Maurya kepada
dinasti Shunga pada tahun 180SM.
Dalam masa seratus tahun, empayar Maurya
menjadi semakin kecil dan kawasan Magadha
yang diperintah oleh Shunga dikuasai oleh
dinasti Kanva yang meneruskan pemerintahan
sehingga tahun 28SM.
Zaman Gupta
(300-600 TM)
Chandra Gupta II
Chandra Gupta II berkahwin dengan
seorang puteri Lichchavi, suatu puak
ternama dan mengambil gelaran
Maharajadhiraja.
Puteri Chandra Gupta II dikahwinkan dengan
Raja Vakataka, Rudrasena II
Rudrasena II meninggal dunia lima tahun
kemudian dan balunya (anak perempuan
Chandra Gupta) memangku takhta kerajaan
dari tahun 390-410. Kerajaan Vakataka menjadi
sebahagian empayar Gupta Chandra.
Samudra Gupta
-Menaiki takhta pada tahun 355 TM dan telah
meluaskan kawasan pengaruhnya sehingga
raja-raja di timur dan selatan tunduk serta
membayar ufti.
-Mengekalkan kerajaan Hindu, memulihkan
konsep devaraja dan asamedha.
-Meneruskan hubungan luar dan mendirikan
pentadbiran yang cekap
Harsha
- Kerajaan Pushyabhuti yang termahyur
- Memulakan pemerintah pada tahun 606,
- Meluaskan kawasan pengaruhnya sehingga
Punjab Kashmir,Nepal dan Valabhi di barat luat
dan utara
- Mengadakan hubungan luar dengan negara china
sehingga Maharaja Tang Tai Tsung menghantar
dua duta
Mahatma Gandhi
- Usaha-usaha dilakukan untuk meneruskan
perjuangan kebangsaan melalui Indian
National Congress (1885)
- Usaha-usaha ini mula mengancam kedudukan
British di India
- Membantu dalam proses kemerdekaan India
dari jajahan British; hal ini memberikan
inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya
agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya.
Tokoh- tokoh tamadun Jepun
Tokugawa Leyasu
Tokugawa Ieyasu ( ) berlahir di Okazaki
pada 31 Januari 1543 dan meninggal di Shizuoka
pada 1 Jun 1616 pada umur 73 tahun.

Beliau berlahir dengan nama Matsudaira


Takechiyo ) dan merupakan seorang
daimyo dan shogun di Jepun.

Merupakan pendiri Keshogunan Tokugawa yang


memerintah Jepun sejak menaklukkan Ishida
Mitsunari dalam Pertempuran Sekigaharapada
tahun 1600 hingga Restorasi Meiji padatahun
1868.
Bersama dengan Toyotomi Hideyoshi dan Oda
Nobunaga, Leyasu adalah salah satu dari tiga
tokoh yang menyatukan Jepun pada zaman
Sengoku.

Beliau memerintah dari tahun 1600(secara


rasminya 1603) hingga turun takhta pada tahun
1605.
Zaman Kesyogunan Tokugawa
(1603 - 1867 )
Dapat dibahagi kepada 4 kumpulan:

1. Pahlawan (Samurai)
2. Kaum Tani (Nomin)
3. Petukang (Shonin)
4. Saudagar (Chonin)
Tokugawa Leyasu telah mendominasi arena
politik Jepun dari tahun 1603 sehingga 1616
dan merupakan pemimpin teragung Jepun
dalam abad ke 17.

Beliau telah mengasaskan kesyogunan


Tokugawa (1603 - 1867) yang merupakan
kerajaan tentera yang merintah paling lama
dalam sejarah Jepun.
Beliau telah berjaya menyatukan Jepun dan ini
merupakan satu tanggungjawab yang tidak pernah
diselesaikan oleh Oda Nobunaga dan Toyotomi
Hideyoshi.

Beliau telah dilantik sebagai salah seorang majlis


pemangku raja yang diwujudkan oleh Toyotomi
Hideyosi.

Pada tahun 1603, beliau telah dilantik menjadi


Shogun dan meletakkan jawatan dan digantikan
oleh anaknya iaitu Hidetada. Beliau juga terkenal
sebagai Daimyo yang terkuat di Jepun.
Secara amnya, Bakufu Tokugawa telah
membawa satu era yang aman dan stabil serta
berlanjutan selama hampir 200 tahun.

Pada zaman ini banyak kemajuan yang telah


dilakukan terutama dalam bidang pertanian,
perdagangan, kesenian, sastera dan lain-lain.

Masyarakat Tokugawa adalah sebuah


masyarakat yang berpelajaran dan terdapat
hampir 60000 Terakoya atau sekolah kampung
yang menampung keperluan pendidikan anak-
anak kaum tani
Sekolah - sekolah elit yang memberikan
didikan kepada anak-anak samurai juga telah
didirikan oleh Bakufu dan tuan-tuan tanah.

Kajian tentang buku-buku klasik Cina dan Kung


Fu Tze telah dimajukan, di samping
pembelajaran bahasa Belanda atau Rangaku
yang juga telah menerima sokongan golongan
Daimyo.
Pemerintah Bakufu telah mengalami kemerosotan
dan jatuh pada tahun 1867.

Masyarakat Tokugawa mengalami masalah


dalaman yang menhadi punca kemerosotan
masyarakat itu sendiri.

Perdagangan yang berkembang pesat dan proses


urbanisasi telah membawa banyak kekayaan
terutamanya kepada kumpulan saudagar tetapi
keadaan ini telah mengakibatkan kemiskinan kelas
tentera terutamanya golongan Daimyo dan samurai
yang menjadi tulang belakang sistem politik.
Banyak faktor dari segi politik, ekonomi dan
sosial telah membawa kehancuran kepada
pemerintahan keluarga Tokugawa.
Pemerintahan Shogun Tokugawa
Pada tahun 1600, leyasu telah berjaya
mengalahkan musuh-musuhnya dalam
pertempuran Sekigahara dan atas lejayaannya
itu bermakna pada tahun 1603, Maharaja
Jepun memberi gelaran shogun kepadanya.

Dengan ini lahirlah pemerintah leyasu dari


keluarga Tokugawa.
Setelah mendapat kuasa secara pewrlahan-
lahan Shogun Tokugawa mengambil ahli
kekuasaan dari Maharaja sehingga Shogun
Tokugawa yang benar-benar berkuasa di
Jepun.

Pusat pentadbiran telah dipindahkan ke Yedo


sementara Maharaja ditempatkan di Kyoto
dan tidak dibenarkan bergiat dalam urusan
pentadbiran.
Faktor-faktor kejatuhan Shogun Tokugawa

Peranan saudagar dan perubahan corak sosial


Menentang dasar isolasi
Perasaan kebangsaan/ fahaman shintoisme
Tekanan ekonomi
Tentangan suku kaum dari Barat
Kedatangan Barat
MAHARAJA MEIJI
Maharaja Meiji (3 November 1852- 30 Julai
1912) ialah Maharaja Jepun yang ke-122
menurut susunan pewarisan takhta
tradisional, memerintah sejak 3 Februari 1867
sehingga hari kemangkatan baginda.

Nama diri baginda ialah Mutsuhito.

Sepertilah maharaja-maharaja sebelumnya,


baginda dikenali dengan nama posthumus
selepas mangkat.
Selepas kemangkatan baginda bermulanya
satu tradisi baru iaitu memberikan zaman
pemerintahan mendiang maharaja kepada
baginda setelah mangkat.

Oleh sebab memerintah ketika zaman


Meiji(Pemerintahan kesedaran), baginda kini
dikenali sebagai Maharaja Meiji.
Meskipun kadang-kadang dipanggil Mutsuhito
atau Maharaja Mutsuhito di luar Jepun, maharaja-
maharaja Jepun hanya digelar dengan nama
posthumus mereka di Jepun. Penggunaan nama
diri maharaja itu boleh dianggap kurang sopan.

Ketika keputeraan baginda pada tahun 1852,


Jepun merupakan sebuah negara yang terpencil,
belum berindustri dan feudal yang didominasi
Syogun Tokugawa dan daimyo yang memerintah
lebih 250 kawasan terpencar di negara.
Apabila baginda mangkat pada tahun 1912,
Jepun sudah melalui revolusi politik, sosial,dan
perindustrian dalam negara dan timbul
sebagai salah sebuah kuasa besar di pentas
dunia.

Era Meiji yang berlangsung selama 44 tahun


iaitu dari 1868 hingga 1912 itu merupakan
satu era yang penting dalam sejarah Jepun.
Ini juga dikenali sebagai pemulihan Meiji
dimana bermulanya pemodenan-pemodenan
baru yang dilakukan setelah Jepun
mengamalkan dasar tutup pintunya hampir
200 tahun semasa pemerintahan Shogun
Tokugawa .

Pemerintah Shogun Tokugawa yang lapuk dan


lama itu telah menimbulkan rasa tidak puas
hati pelbagai golongan masyarakat feudal
terutamanya samurai dan petani .
Di samping itu , pemerintahan yang diamalkan
oleh Tokugawa yang memencilkan Jepun dari
dunia luar itu juga menimbulkan kehairahan
dan keinginan yang dalam dalam sanubari
kuasa barat.

Oleh itu, tekanan-tekanan telah dilaksanakan


oleh kuasa barat terhadap Jepun.
Disebabkan oleh tekanan-tekanan dari negara
barat, Shogun terpaksa membuat keputusan
untuk membenarkan kemasukan dunia luar ke
Jepun setelah 2 dekad Jepun mengamalkan
dasar isolasinya telah menimbulkan rasa tidak
puashati rakyat.

Perjanjian yang ditandatangani dengan pihak


Amerika itu membenarkan Amerika membuka
pelabuhan di Shimoda dan Hakodate.
Akhirnya pemerintahan Shogun Tokugawa ini
telah dijatuhkan oleh pemimpin-pemimpin
samurai dari kawasan-kawasan penguasaan
feudal suku kaum Satsuma, Choshu , Tosa dan
hizen.

Maka bermula pada 23 Oktober 1868,


dikatakan pemulihan atau pemodenan Jepun
telah bermula dengan pemerintahan Meiji.
Pemerintahan Meiji atau Pemulihan Meiji
bertujuan untuk mengembalikan maharaja
kepada kedudukannya yang sebenar sebagai
ketua masyarakat Jepun yang tertinggi.

Namun bermulanya zaman pemulihan Meiji


ini, kepimpinan kerajaan baru telah
didominasi oleh samurai muda dari suku kaum
Satsuna dan Choshu atau Oligarki Satsuma-
Cho yang bertugas sebagai penasihat Meiji.
Mereka menyedari bahawa Jepun tidak dapat
menandingi kuasa imperialis barat yang
merupakan ancaman utama kepada
kedaulatan Jepun kecuali menjadikan Jepun
sebuah negara moden yang mempunyai
kuasatentera yang kuat.

Maka lahirlah tujuan utama kerajaan mereka


iaitu Eukoku Kyohei (sebuah negara yang kaya
dan dengan kuasaketenteraan yang kuat )

Anda mungkin juga menyukai