Anda di halaman 1dari 11

OLAHRAGA

LARI BERPAGAR
PENGENALAN
Acara berpagar adalah acara balapan yang menarik dan
diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut
tetapi menggunakan pagar sebagai halangan.
Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai
dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancar
dan berkesan dalam masa yang paling minimum di
udara.
Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar
yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar
tersebut merupakan keperluan utama bagi peserta untuk
berjaya dalam sesuatu perlumbaan.Kelancaran
pergerakan ini disebut ritma. Atlet perlu mempunyai
fleksibiliti yang tinggi supaya dapat mengkoordinasikan
pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan
larian yang lancar.
Dalam acara lari berpagar, seseorang itu dikehendaki
berlari seberapa pantas yang boleh di antara pagar dan
melepasi halangan (pagar) itu.
Masalah utama yang dihadapi oleh atlet ialah cara
melepasi pagar. Ini mungkin disebabkan oleh
kekurangan pengetahuan mengenai teknik lari
berpagar,kekurangan kelembutan di sendi pinggul dan
belakang dan rasa takut pada halangan (pagar).
Untuk mencapai kejayaan dalam acara ini kelemahan-
kelemahan ini hendaklah diatasi terlebih dahulu.
Kemungkinan besar perkara ini sukar dicapai di
kalangan pelajar sekolah.
Namun begitu, acara lari berpagar boleh diperkenalkan
untuk tujuan keseronokan dan kecergasan fizikal.Atlet
yang tinggi dengan mempunyai kaki yang panjang
,mempunyai kelembutan dan kepantasan biasanya
berjaya dalam acara ini.
SEJARAH LARI BERPAGAR
Pada tahun 1886, Arthur Crooml' dari England
merupakan orang pertama melompat pagar dengan kaki
hadapan diluruskan. Cara ini dicipta oleh Alvin
Kraenzlein (USA) yang kemudiannya mencapai pingat
emas dalam Olimpik 1990.

Pada tahun 1896, semua acara lari berpagar melebihi


100 meter. Pada 1900 dua acara untuk lelaki
diperkenalkan iaitu 110 m dan 400 m. Acara lari
berpagar untuk wanita diadakan pada tahun 1926
dengan jarak 80 m. Selepas itu 100 m wanita
diperkenalkan pada tahun 1968 dan diikuti dengan acara
400 m pada tahun 1971.
KEMAHIRAN LARI
BERPAGAR
(a) Fasa Permulaan

Teknik permulaan acara lari berpagar adalah sama


dengan acara lari pecut. Gunakan gaya dekam di blok
permulaan.

-Letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan


untuk mendapatkan lapan langkah sebelum melepasi
pagar atau letakkan kaki lonjakan di hadapan blok
permulaan untuk mendapatkan tujuh langkah sahaja.
- Lari dengan larian yang konsisten dari permulaan
hingga dua langkah terakhir.
- Pendekkan langkah terakhir supaya pusat graviti
berada di hadapan daripada kaki yang melangkah pagar.
(b) Fasa Lonjakan
*Jarak lonjakan ke arah pagar bergantung kepada beberapa
faktor, iaitu:
- Ketinggian atlet
- Kelajuan larian
-Jarak jangkauan kaki hadapan
- Kelajuan langkah kaki hadapan
* Gaya lonjakan kaki yang baik
- Meninggalkan permukaan trek sama seperti lari pecut
- Melonjak dengan menggunakan hujung tapak kaki
- Kaki hadapan diangkat tinggi
- Kepala tegak memandang ke hadapan
- Pusat graviti ke hadapan sedikit dari kaki yang melonjak
(c) Fasa Layangan
- Angkat dengan pantas kaki hadapan melepasi pagar. Ayunkan
tangan yang selari dengan kaki hadapan dengan pantas.
- Bengkokkan lutut kaki belakang ke sisi dengan tapak tangan
mengarah keluar.
- Condongkan badan ke hadapan. Badan seolah-olah melayang
ke udara.

(d) Fasa Mendarat


- Jatuhkan kaki hadapan ke tanah dengan pantas sebaik sahaja
kaki belakang melepasi pagar.
- Mendarat dengan hujung kaki hadapan (lead leg).

(e) Fasa Penamat


- Lari pecut ke garisan penamat.
REKOD LARI BERPAGAR
SUKMA 2008
Rayzamsyah Wan Sofian - 14.10s

SUKAN UNIVERSITI ASEAN 2008 (SUA 2008)


Mohd Robani Hassan - 14.07s

SUKAN SEA KORAT, THAILAND 2008


Rayzamshah Wan Sofian - 13.91s
JENIS-JENIS PAGAR
NATIONAL ALUMINIUM HURDLE POLANIK HURDLE
UCS ULTIMATE HURDLE UCS INTERNATIONAL HURDLE
PERALATAN DAN UKURAN

Ukuran

Bagaimanapun ketinggian pagar untuk keempat-empat acara ini adalah berbeza-beza. Begitu juga
dengan
jarak kedudukan pagar antara satu dengan lain juga berbeza-beza. Rajah berikut menunjukkan
kedudukan serta ukuran
pagar dalam kemepat-empat acara dalam kumpulan acara lari berpagar.

Jarak Antara Jarak Antara Pagar


Garisan Permulaan Akhir Dengan
ACARA TINGGI Dengan Pagar Jarak Garisan Penamat
PAGAR Pertama Antara
Pagar

100 m wanita 84 meter 13 meter 8.5 meter 10.5 meter

110 m lelaki 1.076 meter 13.72 meter 9.14 meter 14.02 meter

400 m wanita 76 meter 45 meter 36 meter 40 meter

400 m lelaki 91.4 meter 45 meter 35 meter 40 meter

Anda mungkin juga menyukai