Anda di halaman 1dari 10

PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 1

ISI KANDUNANGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Penghargaan ………………………………………………………………………………………………. 2

1.0 Pengenalan Lompat Tinggi ……………………………………………………………………… 3

2.0 Lompat Tinggi ………………………………………………………………………………………… 3-8

Peralatan Lompat Tinggi

Fasa Lompat Tinggi

Gaya Lompat Tinggi

Peraturan Lompat Tinggi

3.0 Tokoh Sukan di Malaysia ……………………………………………………………………….. 9-10

Nauraj Singh Randhawa


Lee Hup Wei

1
PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 1

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada guru saya cikgu Siti Kamariah Binti Abdul Kamal kerana telah banyak
memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah proses menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada ibu dan bapa saya yang banyak memberi sokongan serta
dorongan dan jugak wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan
dorongan kalian, mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan sempurna
seperti rakan-rakan yang lain.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan disamping dapat menjadi seorag pelajar yang
bertanggungjawab, berjaya dan cemerlang.

2
PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 1

1.0 PENGENALAN

Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk
membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu
kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua kelengkapan disediakan sebelum
pertandingan dimulakan.

2.0 LOMPAT TINGGI


2.1 Peralatan Lompat Tinggi

1)Tiang lompat tinggi

Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa
pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah
dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini
hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi memblehkan tiang berkedudukan stabil.

3
PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 1

2. Palang lompat tinggi

Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun
bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai
dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang
menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan.

3. Kawasan Mendarat

Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi
perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik
lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang
sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan
pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut
yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau
pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas lembut
ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam
berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.

4
PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 1

4. Pita Pengukur

Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan
oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas
palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi
menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

5. Landas Lari dan Kawasan Lonjak

5
PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 1

2.2 Fasa lompat Tinggi

Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu :

a) Penujuan – larian menghala ke palang


b) Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan
c) Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.
d) Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

2.3 Gaya Lompat Tinggi

a) Gaya gunting

Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar
dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.

b) Gaya Timur

Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak, kaki
bebas diayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara
mengiring

6
PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 1

c) Gaya guling barat

Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan
kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa
pelompat ‘berguling’ selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

d) Gaya pelana

Gaya ini hamper sama dengan gaya Guling Barat. Pelompat menuju ke palang secara
bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan
badannya seolah-olah meniarap di atas palang

7
PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 1

e) Gaya Fosbury Flop

Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury Flop .Mengikut
gaya ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang.

2.4 Peraturan Lompat Tinggi

1. Peserta-peserta hendaklah melakukan lonjakan dengan sebelah kaki.

2. Seorang peserta itu gagal sekiranya:

a. Selepas sesuatu lompatan, palang jatuh dari tiangnya akibat aksi peserta
itu sendiri semasa melompat atau,

b. Peserta itu menyentuh bumi termasuk tempat mendarat melebihi satah


mencancang dan sama ada luar atau di antara tiang dengan mana-mana
bahagian badannya, sebelum melepasi palang. Walau bagaimanapun
sewaktu melompat, jika seseorang peserta itu menyentuh tempat mendarat
dengan kakinya, dan pada hemat hakim tidak akan memberi kelebihan
padanya, maka atas sebab ini lompatan tersebut tidak dianggap batal.

8
PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 1

3.0 ATLET LOMPAT TINGGI

3.1 Nauraj Singh Randhawa

Nauraj Singh Randhawa lahir pada 27 Januari 1992. Beliau merupakan


seorang olahraga Malaysia dalam acara lompat tinggi. Beliau telah menjadi johan
dalam Sukan Asia Tenggara 2013 dan 2015. Pada tahun 2016, dia mencapai peribadi
terbaik dengan 2.29 m di Kallang, Singapura.

9
PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 1

3.2 Lee Hup Wei

Lee Hup Wei lahir pada 5 Mei 1987. Beliau merupakan atlet lompat tinggi Malaysia.
Beliau dilahirkan di Kajang, Selangor. Beliau mempunyai empat orang adik beradik iaitu
seorang lelaki dan tiga perempuan. Beliau mengikuti pendidikan menengah di SMK Dengkil,
kemudian menyambung pelajaran ke Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk melengkapkan
pengajian Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Lee Hup Wei menduduki tempat kelapan pada Kejohanan Asia 2005, ketujuh di
Sukan Asia 2006 dan memenangi pingat emas pada Kejohanan Asia 2007. Beliau
memperoleh banyak kejayaan dalam acara lompat tinggi. Antaranya ialah, juara di
kejohanan Asia Track and Field (AFT) di Jordan, memenangi pingat emas di Sukan SEA di
Korat serta di kejohanan All Comers dan Terbuka Thailand. Baru-baru ini beliau juga
memenangi emas di Sukan Olimpik Luck Good.

Lompat terbaik peribadinya ialah 2.27 meter, yang dicapai pada Terbuka China pada
Mei 2008 di Stadium Nasional Beijing, juga dikenali sebagai Sarang Burung, untuk
memecahkan rekod Malaysia yang berusia 13 tahun yang ditetapkan oleh Loo Kum Zee pada
tahun 1995 Chiang Chiang Mai SEA Games.

10

Anda mungkin juga menyukai