Anda di halaman 1dari 3

Portfolio

Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan


bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi
pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini
dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang. Rakaman Proses
Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan
dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar.

Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat :

• Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar


• Contoh hasil kerja pelajar
• Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual
• Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting
untuk dikongsi bersama pihak lain
• Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni

Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah
dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain
mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea
secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat,
bahan atau teknik tertentu.

Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang
akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula
menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil
kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan
bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam
proses pembelajaran pelajar.

Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio


dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio
persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan,
eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat.

Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek :


Kajian

• Pemerhatian dan pengamatan


• Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan
• Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan

Lakaran
• Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang
konstruktif ‘Pewujudan Idea’
• Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk

Rangka Sebenar
• Merangka reka cadang atau model
• Menentukan alatan dan bahan
• Prototaip (jika berkaitan)

Persembahan Portfolio
• Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat
• Mengikut urutan
• Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang meliputi kajian,
lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang
bentuk, bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan
kemudahan yang ada
kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:
• Jurnal
• Diari
• Laporan
• Kompilasi catatan yang dijilid
• Beberapa helaian kertas yang di kokot
• Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa kegunaan portfolio
secara umum.
Antaranya :

• Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian
pelajar
• Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri
• Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui
• kemajuan pembelajaran pelajar
• Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri
• Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan
pelajar yang lain

Cadangan Kandungan Portfolio

Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan,


antaranya:
Kecerdasan linguistik seperti :
• Catatan pra penulisan
• Draf projek penulisan
• Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian
• Proses Penyelesaian masalah
Kecerdasan ruang-,visual seperti:
• Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta aliran
Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi.
Kecerdasan interpersonal seperti :
• Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain
• Laporan rakan sebaya Kecerdasan interpersonal seperti:
• Catatan jurnal
• Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri
• Sampel latihan refleksi kendiri
• Soal selidik
• Carta kemajuan
• Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri

Anda mungkin juga menyukai