Anda di halaman 1dari 8

Soalan 1

Standard pada umumnya adalah satu pernyataan tentang apakah yang pelajar perlu
tahu dan boleh lakukan selepas mempelajari sesuatu topik mata pelajaran. Standard
mengandungi pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perlu kuasai. Dalam konteks
pendidikan di negara ini, standard kurikulum adalah ditentukan dan digubal di peringkat
pusat dan kemudiannya diturunkan ke sekolah untuk guru-guru melaksanakannya di
dalam bilik darjah dan sekolah. Sejauhmanakah guru memahami standard kandungan
yang terdapat dalam kurikulum tersebut dan seterusnya dapat merancang pengajaran
dan pembelajaran serta pentaksiran yang sesuai supaya pengetahuan dan kemahiran
yang terdapat di dalam standard tersebut dapat dicapai.
Definisi
Merungkai standard - mengenal pasti pengetahuan (konsep) dan kemahiran yang
terdapat dalam standard (pernyataan umum tentang hasil pembelajaran - apa yang
pelajar perlu tahu dan boleh lakukan) dan indikator (hasil pembelajaran khusus
bagi kelas/tahun/tingkatan).
Merungkai standard dan indikator mata pelajaran tertentu yang tersenarai di
dalamnya untuk menentukan dengan tepat apa yang pelajar perlu (1) Tahu
(konsep atau kandungan) dan (2) Boleh lakukan (kemahiran) melalui (3) Konteks
tertentu (apa yang guru akan guna untuk mengajar pelajar konsep dan kemahiran)
Indikator - merupakan hasil pembelajaran mata pelajaran bagi tahap persekolahan
khusus (tahun/tingkatan).
Konsep - merujuk kepada idea abstrak yang mengarah kepada pemahaman yang
lebih luas (contoh: keamanan, demokrasi, budaya, perubahan, pola, kuasa dsb).
Kandungan - merujuk kepada maklumat spesifik yang pelajar perlu tahu dalam
sesuatu standard serta indikator yang berkaitan di dalam sesuatu mata pelajaran
atau sesuatu kursus.
Biasanya konsep atau pengetahuan merupakan kata nama penting atau frasa kata
nama yang terdapat dalam standard dan indikator, manakala kemahiran
dinyatakan dalam kata perbuatan.
Langkah-langkah Merungkai Standard
Secara ringkasnya, langkah-langkah untuk merungkai standard adalah seperti berikut:
Kenal pasti Bidang dan Kandungan mengikut tahap/tahun/tingkatan
Kenal pasti Standard Kandungan
Kenal pasti Indikator
Kenal pasti Konsep (Pengetahuan) - Apa yang pelajar perlu tahu
Kenal pasti Kemahiran - Apa yang pelajar boleh buat
Topik atau Konteks - Apa yang akan digunakan untuk mengajar konsep dan
kemahiran - unit khusus, pengajaran dan aktiviti-aktiviti)
Kenal pasti Idea-idea utama
Kenal pasti Soalan-soalan Penting
Bina Soalan-soalan Penting daripada Idea-idea Utama Untuk memandu
Pengajaran dan Pentaksiran
Bina Perancangan Pengajaran dan Pentaksiran
Membuat rumusan
Contoh: (contoh ni prof bg kat nota dia)
Membina Graphic Organizer untuk merungkai standard
Mata pelajaran: Dunia Sains dan Teknologi
Tahun: 2
Topik/sub-Topik: Tumbuhan (Sains Hayat)
Standard:
Disamping menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan fenomena sains, pelajar
akan membina kemahiran untuk menggunakan proses asas memahami sains melalui
pemantauan, penjelasan, membuat andaian, membezakan, mengukur, mengelaskan,
meramal soalan, dan menggunakan data untuk membuat justifikasi kesimpulan.

Indikator:
Pelajar menggunakan kaedah saintifik untuk bertanya dan menjawab soalan berkaitan
dengan dunia, termasuklah:
Keperluan asas tumbuhan iaitu air, cahaya, matahari dan udara.
Kepentingan air, udara dan cahaya matahari kepada tumbuhan.
Pemerhatian yang dijalankan melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Keperluan asas tumbuhan bagi memastikan ia hidup dengan subur.
Konsep (Pengetahuan):
Untuk mengetahui perkara-perkara berkaitan dengan persoalan saintifik.
Persoalan saintifik tersebut adalah:
Fenomena saintifik
Penyiasatan awal berkaitan fenomena saintifik
Pemantauan
Kesimpulan
Kemahiran:
Pelajar mampu untuk:
Membina (Pemantauan Berkaitan dengan kemahiran)
Memantau
Menjelas
Menyusun
Membuat tafsiran
Membeza
Mengukur
Mengelaskan
Meramal
Membina soalan
Menggunakan data untuk membuat kesimpulan
Menggunakan kaedah saintifik
Bertanya dan menjawab soalan berkaitan penyiasatan awal
Membuat keputusan hasil dari tafsiran
Memilih dan menggunakan yang terbaik
Konteks: (Topik atau Isi Kandungan)
Pemantauan dalam Dunia Sebenar Sains dan Teknologi
Aktiviti 1:
Mengenal pasti konsep (pengetahuan), kemahiran dan konteks. Sila rujuk borang
Aktiviti 1, dan gunakan proses merungkai standard untuk mengenal pasti konsep,
kemahiran dan konteks yang sesuai berdasarkan tajuk pelajaran yang anda pilih.
Idea Utama
Setelah standard dirungkai dan "graphic organizer" dibentuk, langkah seterusnya
adalah mengenal pasti idea-idea utama yang terangkum dalam konsep (pengetahuan)
dan kemahiran. Rasional dan proses mengenal pasti idea-idea utama akan dijelaskan.
Idea Utama merupakan suatu kesedaran, jumpaan atau kesimpulan yang dicapai
sendiri oleh pelajar sama ada semasa pengajaran atau selepas pengajaran. Ia
berbentuk generalisasi utama yang pelajar boleh fikirkan selepas memahami
gambaran yang lebih besar (big picture). Pernyataan daripada pelajar sendiri yang
diperolehi daripada pemahaman yang mendalam tentang konsep yang dikaji.
Merupakan pemahaman kekal yang pelajar boleh bawa dalam perjalanan
pembelajaran mereka. Ciri-ciri Idea Utama antaranya dalah seperti berikut:

Ringkas dan tepat (Brevity) - biasanya lima ke sepuluh patah perkataan


Konseptual - tidak boleh dijawab secara fakta atau dengan kenyataan ya/tidak
Terbuka (Open-ended) - membolehkan pelbagai perspektif; tidak ada satu jawapan
betul

Meluas dan berpanjangan (Enduring) - idea yang merentas masa dan boleh
digunakan kepada bidang pembelajaran lain

Soalan Penting - Mengapa?


Langkah seterusnya adalah proses untuk menulis Soalan-soalan Penting yang guru
akan kongsi bersama pelajar di permulaan unit pengajaran. Soalan-soalan ini
digunakan sebagai saringan pengajaran untuk memilih pengajaran dan aktiviti-aktiviti
yang akan meningkatkan kefahaman pelajar tentang konsep dan kemahiran yang
dirungkai bagi mendorong pelajar untuk menemui idea-idea utama dengan sendiri.
Matlamatnya adalah untuk membolehkan pelajar menjawab soalan-soalan penting
dengan idea-idea utama yang dinyatakan dalam perkataan mereka sendiri yang
merupakan kesimpulan unit pengajaran guru.
Soalan Penting yang ditimbulkan daripada Idea Utama adalah ringkas dan padat,
soalan terbuka yang tidak boleh dijawab dengan ya atau tidak atau hanya dengan
mengingat sahaja. Soalan penting yang baik memerlukan tindak balas kemahiran
berfikir aras tinggi. Dalam menilai soalan-soalan penting, soalan-soalan berikut boleh
dikemukakan:

Adakah soalan-soalan penting saya berbentuk soalan terbuka?


Adakah soalan-soalan penting boleh melibatkan pelajar berfikir?
Adakah soalan-soalan penting akan memerlukan pelajar lebih daripada mengingat
maklumat sahaja seperti "siapa, apa, di mana dan bila?" kepada aplikasi dan
berfikir aras tinggi seperti "bagaimana" dan "mengapa"?
Adakah Idea Utama saya menjawab dengan ringkas dan padat serta berkesan
soalan penting?

Ni contoh bg idea utama n soalan penting (KBAT)


Idea Utama
Tumbuhan memerlukan persekitaran yang tidak tercemar untuk tumbuh subur
Tumbuhan memerlukan pemantauan yang rapi untuk tumbuh subur
Tumbuhan yang tidak tercemar dapat menyediakan persekitaran yang selesa
Soalan Utama
Bagaimanakah cara tumbuhan hidup dengan subur?
Bagaimanakah persekitaran yang tercemar boleh memberi kesan kepada
kesuburan tumbuhan?
Bagaimanakah tumbuhan dapat menyediakan persekitaran yang selesa?

PENTAKSIRAN ALTERANATIF

Pentaksiran alternatif merupakan salah satu kaedah yang mana dilihat mampu
memberikan satu bentuk pentaksiran menyeluruh potensi pelajar dengan penekanan
diberikan pada aspek penting iaitu potensi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Menurut
Bailey (1998), pentaksiran tradisional adalah secara tidak langsung, tidak autentik, oneshot, speed-based, dan rujukan norma. Law & Eckes (1995) menggariskan isu yang
sama dan menyatakan bahawa pentaksiran tradisional adalah ujian-peristiwa tunggal
(singleoccasion tests) iaitu hanya mengukur apa yang pelajar boleh lakukan pada suatu
masa tertentu. Walau bagaimanapun, skor ujian tidak dapat menunjukkan perkembangan
pelajar tersebut. Selain itu, ia tidak dapat menggambarkan kesukaran pelajar semasa
melakukan ujian.
Dikli (2003) menyatakan bahawa pentaksiran tradisional sering memberi
tumpuan kepada kemampuan hafalan dan melihat kembali pembelajaran, yang mana
tahap kemahiran kognitif yang lebih rendah. Sistem pentaksiran pada masa kini
berpandukan kurikulum yang hanya mencakupi kebolehan pelajar mengingat dan
kemahiran menghafal semata-mata. Kemahiran yang lain tidak diaplikasi, dianalisis,
disintesis dan dinilai dalam sesuatu penilaian (Begum & Farooqui, 2008).
Pentaksiran alternatif mula digunakan sebagai satu kaedah yang baru dalam
sistem pendidikan disebabkan oleh kesedaran yang semakin meningkat yang mana
sebelum ini dipengaruhi oleh ujian berdasarkan kurikulum dan pengajaran sahaja (Dikli,
2003). Selain itu, alat pentaksiran tradisional hanya memerlukan pelajar untuk
memaparkan pengetahuan mereka dengan cara yang telah ditentukan terlebih dahulu.
Sebaliknya pentaksiran alternatif, mentaksir kemahiran berfikir yang lebih tinggi.
Pelajar mempunyai peluang untuk menunjukkan apa yang mereka belajar. Sejak
pentaksiran alternatif dibangunkan dalam konteks dan dari semasa ke semasa, guru
mempunyai peluang untuk mengukur kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pelbagai
bidang dan situasi (Law & Eckes, 1995).
Pentaksiran alternatif atau pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses
pembelajaran secara berterusan. Pentaksiran ini dijalankan untuk memastikan setiap
pelajar memahami dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan. Guru juga dapat
menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar. Reeves

(2000) mempercayai bahawa penekanan kepada penilaian prestasi dapat memberi


keupayaan kepada pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam
kehidupan sebenar. Pentaksiran yang bersifat alternatif adalah seperti pentaksiran kerja
kursus/portfolio, projek, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi
pekerti dan pembinaan jati diri pelajar dapat dilaksanakan.
Selain itu, ia boleh memberi peluang kepada pelajar untuk
membuat penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari semasa ke
semasa.

Pentaksiran

Alternatif

pentaksiran autentik kerana ia

menmpunyai

kaitan

dengan

juga dapat merangsang pelajar

mengkombinasikan kemahiran, pengetahuan dan kemampuan yang


terdapat dalam dunia sebenar. Selaras itu, pentaksiran autentik
mampu

membantu

pelajar

meneroka

sumber

baru

dalam

menghasilkan produk. Pemikiran aras tinggi akan terbentuk yang


memerluakn pelajar menganalisis, mensintesis dan menilai sebelum
menghasikan hasil yang bernilai dalam kehidupan. Pentaksiran ini
mampu membawa kepada peningkatan potensi serta meneroka
penyelesaian terhadap permasalahan yang timbul.

Pentaksiran

autentik didapati memberi kesan baik untuk mengenalpasti dan


melaporkan proses perkembangan kanak-kanak.

Soalan 3
Definisi
Portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja pelajar yang telah dipilih dan ditentukan
secara spesifik untuk melihat perkembangan pelajar dan memberi peluang yang besar
kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran pentaksiran kendiri (Mueller, 2004)
Portfolio merupakan koleksi evidens yang tersusun dan sistematik, digunakan oleh guru
dan pelajar bagi memantau perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar
dalam bidang pembelajaran yang spesifik. (Vavrus, 1990)

Sejauhmana pentaksiran portfolio dalam pentaksiran autentik


Portfolio pelajar paling biasa dikaitkan dengan koleksi karya seni dan, sedikit sebanyak,
koleksi penulisan. Pelajar dalam bidang ini menjalankan tugas sahih seperti
pengetahuan dan kemahiran. Portfolio mengandungi cerita yang menarik daripada
pertumbuhan bakat pelajar dan mempamerkan kemahiran mereka melalui koleksi
persembahan sahih. Pendidik berkembang ini bercerita kepada bidang lain seperti
pendidikan jasmani, matematik dan sains sosial untuk menangkap pelbagai demonstrasi
permohonan bermakna daripada pelajar dalam bidang ini.
Tambahan pula, dalam tugasan portfolio lebih bertimbang rasa, pelajar diminta untuk
memikirkan kerja mereka, untuk melibatkan diri dalam penilaian kendiri dan penetapan
matlamat. Mereka adalah dua daripada kemahiran yang paling sahih pelajar perlu
membina untuk menguruskan dalam dunia sebenar. Kajian telah mendapati bahawa
pelajar-pelajar di kelas yang menekankan peningkatan, kemajuan, usaha dan proses
pembelajaran dan bukan gred dan prestasi normatif lebih cenderung untuk
menggunakan pelbagai strategi pembelajaran dan mempunyai sikap yang lebih positif
terhadap pembelajaran. Namun, dalam pendidikan kita telah diperdaya proses
pembelajaran yang memihak kepada produk pembelajaran. Pelajar-pelajar tidak kerap
diminta untuk mengkaji bagaimana mereka berjaya atau gagal atau bertambah baik pada
tugas atau untuk menetapkan matlamat untuk kerja-kerja masa depan; produk akhir dan
penilaian yang diterima sebahagian besar perhatian dalam banyak bilik darjah. Oleh itu,
pelajar tidak membangunkan kemahiran metakognitif yang akan membolehkan mereka
untuk memikirkan dan membuat pelarasan dalam pembelajaran mereka di sekolah dan
di luar.
Portfolio sangat baik untuk dipertimbangkan sebagai proses dan pembangunan
kemahiran yang berkaitan. Oleh itu, portfolio sering disertakan dengan lain-lain jenis
penilaian sahih kerana memberi tumpuan kepada koleksi bermakna bagi prestasi pelajar
dan renungan bermakna serta penilaian kerja.

Tujuan
Mengapa menggunakan tugasan portfolio? Portfolio biasanya dicipta untuk salah satu
daripada tiga maksud yang berikut: menunjukkan pertumbuhan, untuk mempamerkan
kebolehan semasa, dan untuk menilai pencapaian kumulatif.
Jenis
Portfolio boleh dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan tujuan ia dihasilkan
iaitu:
1.
Portfolio Perkembangan (Growth Portfolios) Dihasilkan untuk menunjukkan
perkembangan atau perubahan yang berlaku sepanjang masa, membantu pelajar
membina kemahiran proses seperti penilaian kendiri dan penetapan matlamat,
mengenal pasti kekuatan serta kelemahan, dan mengesan pembangunan produk
atau prestasi.
2.
Portfolio Showcase (Showcase Portfolio) Digunakan untuk melihat
pencapaian pelajar pada hujung tahun atau semester, membantu dalam
menyediakan sampel hasil kerja terbaik untuk tujuan pekerjaan atau kemasukan
ke kolej, melihat persepsi pelajar dari segi kerja yang mereka gemari, terbaik dan
paling penting serta mengkomunikasikan kebolehan semasa pelajar kepada bakal
guru mereka.
3.
Portfolio Penilaian (Evaluation Portfolios) Direka untuk mendokumentasikan
pencapaian pelajar bagi tujuan menentukan gred, mendokumentasikan kemajuan
pelajar berdasarkan standard yang ditetapkan serta menempatkan pelajar
sewajarnya.
Dalam merekabentuk tugasan berbentuk portfolio, beberapa persoalan perlu
dikemukakan sebagai panduan kepada pelajar. Antara persoalan tersebut adalah:
1.
Tujuan : Apakah tujuan portfolio dihasilkan?
2.
Audien : Untuk siapakah portfolio tersebut dihasilkan?
3.
Kandungan : Apakah sampel hasil kerja pelajar yang perlu dimasukkan?
4.
Proses : Apakah proses yang terlibat dalam menghasilkan portfolio?
5.
Pengurusan : Bagaimanakah masa dan bahan diuruskan dalam penghasilan
portfolio?
6.
Komunikasi : Bagaimana dan bila portfolio akan dikongsi bersama audien?
7.
Penilaian : Sekiranya portfolio digunakan untuk tujuan penilaian, bila dan
bagaimana ia akan dinilai?

Soalan 4
Newmann
mendapat

dan

Wehlage

kesahan

(1993)

pentaksiran

mencadangkan
,

murid2

bahawa

perlu

untuk

mempunyai

pengetahuan dan displin dalam membina projek atau persembahan


untuk mencapai kejayaan di luar kelas
5 Standard Newmann dan Wehlage
Newmann dan Wehlage (1993) mencadangkan bahawa, dalam usaha untuk pengajaran yang akan
dianggap "sahih", pelajar perlu membina makna dan menghasilkan pengetahuan, menggunakan
siasatan berdisiplin ke arah membina pengertian, dan produk serta persembahan kepada tahap
nilai atau makna.
Newmann dan Wehlage menawarkan lima standard (atau kriteria) yang boleh digunakan untuk
membezakan tahap kesahihan aktiviti pembelajaran:
1. Sejauh manakah pelajar diperlukan untuk menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi?
2. Apakah pengetahuan dan pemahaman yang dicapai?
3. Berapakah tahap melakukan aktiviti pembelajaran atau penilaian mempunyai nilai dan makna di
luar bilik darjah?
4. Sejauh manakah pelajar adalah dikehendaki untuk berbincang, belajar dan memahami isi
subjek?
5. Sejauh manakah penilaian mengukur jangkaan, hormat, dan tahap kemasukan semua pelajar
dalam proses pembelajaran?

Anda mungkin juga menyukai