Anda di halaman 1dari 10

EDM 2104

PEDAGOGI
Topik : Model-model Pengajaran

Subtopik: MODEL SOSIAL


Ahli Kumpulan:
1. 2. 3. 4.

Lim Lay Ling Ng Pei See Siti Fatimah Binti Md Jidin Siti Nur Adnarina Binti Mohd Thazali

EDM2104 : PEDAGOGI

Teori Sosial (Albert Bandura)




Bandura (1977), Teori Pembelajaran Sosial didefinisikan sebagai satu pembelajaran yang berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang sebagai model tingkah laku. Pembelajaran seseorang adalah melalui peniruan, mengajuk dan memadan dengan berdasarkan sesuatu perkara yang pernah dilihat daripada individu lain yang signifikan dan persekitaran. Menurut Maarof (2003), Bandura (1977), menekankan bahawa manusia belajar dengan cara memerhatikan tingkah laku orang lain. Pembelajaran melalui pemerhatian, juga dinamakan sebagai pemodelan. Kebanyakan pola percakapan, gaya pakaian, tingkah laku negatif dan agresif dan pelbagai tingkah laku dipelajari melalui pemodelan.
EDM2104 : PEDAGOGI 2

Albert Bandura menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan pemodelan. Aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru, dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

EDM2104 : PEDAGOGI

EDM2104 : PEDAGOGI

EDM2104 : PEDAGOGI

EDM2104 : PEDAGOGI

Model Pengajaran Sosial


- Bersandarkan teori pembelajaran sosial - Berpegang pada pendapat bahawa manusia mampu menjana kuasa sinergi apabila bekerjasama dalam kumpulan - Berupaya membentuk komuniti pembelajaran yang bermakna di sekolah

Model Main Peranan / Model Simulasi

Model Pembelajaran Koperatif

Model Inkuiri Jurisprudential

EDM2104 : PEDAGOGI

Model Main Peranan (role-play) - Diperkenalkan oleh Fannie dan George Shaftel (1982) - Membantu murid mempelajari dan menghayati nilai-nilai sosial. - Memupuk kemahiran interpersonal dan kemahiran bersosialisasi . - Model ini memerlukan murid melakonkan situasi-situasi konflik supaya penyelesaian dan pemahaman diperolehi. - Contoh : sketsa-pelajar melakonkan watak tentang sesuatu konflik dan menyelesaikannya. Model Inkuiri Jurisprudential - Dipelopori oleh Oliver & Shaver (1971) - Penyelesaian isu yang kompleks dan berkontroversi dalam suasana yang positif. - Membantu murid berfikir secara lebih sistematik, berbincang secara bersama dan rasional bagi mengatasi pendapat yang berbeza. - Guru memformulasikan suatu isu dalam bentuk soalan & meminta murid berbincang dan menganalisis dari sudut pandangan yang berbeza. - Contoh: Apakah yang dimaksukan dengan sifat penyayang? Murid dikehendaki membincangkannya dari sudut pandangan murid, ibubapa, guru dan masyarakat. - Contoh lain: aktiviti pembelajaran ala perbahasan. Model Pembelajaran Koperatif - Sebarang pembelajaran yang melibatkan kerjasama murid di dalam kumpulan yang berstruktur ke arah pencapaian sesuatu matlamat bersama. - Murid belajar dalam suasana kolaborasi dalam kumpulan. - Berlawanan dengan situasi persaingan akademik yang biasa diamalkan di bilik darjah. - Memupuk pergantungan positif, akauntabiliti individu dan penglibatan yang seimbang dan serentak dalam kalangan ahli kumpulan. - Contoh aktiviti: Think-Pair-Share, Jigsaw, Numbered Heads Together, Round Table dll.

EDM2104 : PEDAGOGI

- TERIMA KASIH Rujukan: James Ang Jit Eng, Balasandran Ramiah, (2009). Kepimpinan Instruktional: Satu Panduan Kritikal. Batu Caves, Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. http://eprints.utm.my/10389/1/29.9_Teori-Teori_Tingkah_Laku_Negatif.pdf http://jmat.ipgmksm.edu.my/pdf/teori2011.pdf

EDM2104 : PEDAGOGI

10

Anda mungkin juga menyukai